Kedai kecil Nora akhirnya siap setelah 2 hari bertungkus lumus bersama adik Nora, Gmie - kontraktor Nora yang paling orait sekali dalam famili.
Gambar sewaktu dalam proses pembikinan kedai kecil Nora
Sedang buat deko dalam kedai pada hari 1, Nora dapat kunci
Yes, Nora dapat kunci dan mula mengecat - ehmmm adik Nora yang buat
Salam,
salam buat teman-teman seperjuangan....
Syukur pada Allah SWT kerana apa yang Nora cita-citakan selama ini telah terlaksana jua akhirnya.Memang cita-cita Nora dari kecil lagi ingin menjadi seorang peniaga yang berjaya dan sebelum ini,Nora berniaga di kaki lima wisma yakin di Jalan Masjid India hampir 11tahun. Bermula dari tahun 1998 lagi dan beberapa tahun selepas itu Nora mula mencuba nasib di bazaar larut malam yang lebih di kenali sebagai DOWNTOWN NITE MARKET yang terletak di velodrome Bandar Tun Razak Cheras.
Pada mulanya kunjungan ke Tesco Extra Selayang hanyalah sekadar ingin membeli wayar untuk sambungkan siaran astro ke tv yang satu lagi (mana mampu nak bayar untuk 2 rangkaian astro). Dalam sibuk mencari wayar...Nora lalu di depan Hinode Shop...alah kedai yang jual barang dengan harga RM5 tu..Nora sempat bertanya pada salah seorang pekerja kedai tersebut,lagipun Nora adalah pengunjung tetap kedai tu (cuma tak dapat award je) jelita adalah panggilan pada adik yang bekerja kat kedai RM5 tu. Jelita sini ada ke kedai yang nak disewa? yang murah-murah? jelita tu pula jawap pun dengan rileks nya...ada jelita, jelita pegi je dekat kaunter depan tu...sini banyak kedai kosong.
Nora pun memulakan langkah untuk ke Servis Kaunter dan dari situ kami berjumpa dengan Randy yang mencadangkan supaya Nora ambil kedai instead of pull cart. Kedai lebih mudah, senang tutup dan buka. Kami pun melawat kedai itu dan Nora terus terpesona dengan kedudukan kedai itu. Inilah yang Nora impikan. Ingin membuka sebuat butik kecil dan mungkin ini langkah awal menuju ke cita-cita Nora.
Hendak seribu daya, tak nak seribu dalih, Nora tak berdalih lagi - terus mengambil keputusan untuk mengambil kedai tersebut....dengan sewa sebanyak RM 800. Bermulalah episod Nora di Tesco - beb nanti Nora cite lagi k...salam...doakan kejayaan Nora - mungkin dengan ada kedai kecil ini, Nora dapat membantu teman-teman lain yang memerlukan ruangan dan tempat meletak produk mereka. Nora sanggup bantu dengan ikhlas tanpa komisyen atau sebarang bayaran...dapat juga bantu kawan-kawan kita...datanglah ke Tesco Extra Selayang...call dulu ye...bye..

4 comments:
Tahniah, semoga nora terus maju di negara yang segala-galanya tersedia untuk kita nikmati bersama, yang tidak dimiliki oleh rakyat negara-negara yang sentiasa huru-hara, berperang dan tidak ketinggalan negara yang sentiasa ditimpa musibah.
Ingatlah bahawa walaupun pada hakikatnya nora kena bersusah sedikit untuk memulakan perniagaan, tetapi jika keadaan negara tidak harmoni, keadaan ekonomi tidak okey, dan keadaan rakyat yang tidak mampu untuk membeli, nescahya kita juga tidak akan mampu berbuat apa-apa.
Bersyukurlah..
www.anak2merdeka.blogspot.com
selamat maju jaya!
semoga usaha murni anda diberkati dan semoga berjaya dan dimurahkan rezeki..
Salam Nora
Insya Allah dengan gigih, ikhlas dan tawakkal Nora akan berjaya. Saya turut doakan Nora.
Post a Comment