Wednesday, October 28, 2009

Thanks....

Salam,

Thanks semua yang mendoakan kejayaan Nora atas pembukakan kedai kecil Nora kat TESCO Selayang. Nora akan terus berusaha untuk memastikan perniagaan Nora suksess. Korang bagi support ye. Ada yang teringin nak beli dress dan pakaian lain datang le..SMS atau call Nora supaya masa korang datang Nora boleh ada. Nora kadang-kadang tak de kat kedai kerana menguruskan perniagaan tempat lain, beli stok dan sambil itu tetap bekerja makan gaji. Nak hidup kena berusaha. Anyway mengenai isu politik, perjuangan rakyat Nora tetap tidak tinggalkan. Nora akan mula mengulas dari masa ke semasa mengenai isu-isu yang panas - khususnya seperti SPRM yang menurut pakar dari Thailand - Teoh 80% di bunuh. Hancur berkecai keluarga Teoh, sedih dan pasti marah. Siapa tak marah kalau keluarga di perlakukan sebegitu. Apa pun - SPRM kena bertanggungjawab. Kenapa ada pihak nak bela SPRM - jawapnya politik. Sepatutnya kerajaan, UMNO dan sesiapa sahaja mendesak agar boss SPRM di gantung - sementara kes di siasat. Baru nampak kesungguhan. Kita mahu bersih tetapi kebersihan kita hanya pada retorik janji-muak dan bosan la.

Apa pun kedai Nora bersih tau...di jaga rapi macam Nora punya baby....woow kelas gitu..Nora harap sangat ianya berjaya kerana Nora nak buka satu lagi ...kalau ada rezeki ...ok Nora off dulu....k.....

4 comments:

Anonymous said...

Salam Nora..
apa pandangan mengenai Unity Government ni?


iskandar SK

Anonymous said...

jangan tuduh sebarangan yg SPRM terlibat dalam pembunuhan..

orang SPRM tak la bodoh nak pi bunuh TBH dekat pejabat diorang..

tapi hakikatnya memang TBH dibunuh..dan mungkin juga orang-orang CINA PAKATAN RAKYAT yg bunuh kan..

Anonymous said...

Salam Nora..
Ni nak citer skit pasal Lelaki tak Orait Nora..
Pagi ni berlaku lagi, nak saja orang-orang kat Sri Gombak membelasah lelaki yang tak orait.. Memang betul apa kata Kak Nora, lelaki yang tak orait ni sebenarnya penakut.. Lelaki yang tak ada batu dalam seluar.. Peniaga dianiya macam budak-budak.. Ingatkan makruk BN je buat kerja tindas-menindas ni, rerupanya Skuad Bogel ni pun sama ja.. Bukan nak membela tapi membela temolok masing-masing..
Hari tu, ada la sorang peniaga naik ke pejabat buat aduan tapi disergahnya pulak.. Marah-marahkan peniaga tersebut, nak buat aduan alih-alih peniaga tadi dipersalahkan balik.. So peniaga ni pun turun la dari pejabat atas kedai judi ni.. bila saja keluar dari pintu terdengar suara-suara sumbang lelaki tak orait ni than naik la kembali peniaga ni nak berdepan dengannya tapi si lelaki tak orait ni terkebil-kebil, berjalan masuk biliknya.. tak berani la pulak nak berdepan. Bila peniaga ni keluar balik, terdengar balik suara-suara kurang hajar dia.. bila masuk balik dalam pejabat tu, terkebil-kebil berjalan masuk berselindung dengan pak mat and the gengs.. Rasa nak tergelak saja bila tengok gelagatnya..
Pagi tadi, ada lagi peniaga-peniaga yang panas dek perangai-perangai pengurusan uptown ni.. hampir terjadi pergaduhan kecil peniaga dengan pihak pengurusan.. Tetiba saja, si Lelaki yang Tak Orait ni muncul sambil memekak, terpekik-pekik ke peniaga.. Kononnya kalau nak buat samseng jangan buat samseng kat situ.. Than arahkan anak buahnya mengambil no. lot peniaga-peniaga yang tak puas hati tadi ditutup malam esok.. so apa lagi, naik darah la peniaga ni dengan gelagat dia.. Bila ada peniaga ni datang dekatnya nak berdepan, berundur la pulak dia sampai ke keretanya.. sambil berleter-leter.. nak je peniaga-peniaga ni cepuk si lelaki yang tak orait ni.. bila peniaga-peniaga dah keliling dia, baru la dia senyap.. kemudian bila dah nak bersurai, terdengar la suara bacul “kalau berani, datang le ke pejabat”.. hahaha.. nak tergelak rasanya.. mungkin betul kata peniaga-peniaga kat situ, bila nak pejabat nak buat aduan, habis kita lak dimakinya.. maklum la, tempat dia..
Yang pastinya, jangan terlalu nak menzalimi orang.. Kalau tak hari ni, pasti akan ada hari balasannya..
Kesian ya, lelaki bila dah hipokrit menguasai diri.. kononnya nak jadi perwira rakyat tapi hampeeh..
Kalau Nora nak tahu pasal gengs ni, pergi aja jumpa peniaga-peniaga sana.. Hampir semua membenci tunggu masa saja dengan lelaki tak orait ni.. bak peniaga kecil dengan DBKL..
Maaf ya Nora, ni komen panas.. saja nak bakar dia kalau-kalau dia terbaca dalam blog Nora ni..
Nak ingatkan ke dia, jgn ingat peniaga kat Sri Gombak buta tarak mata ya..

norazimah mohamad nor said...

Salam,

Nora sempat buka blog ari ni dan melihat komen-komen mereka. Firstly untuk TBH, buat anonymous 28,2009 1:01 betul kata anda org SPRM tak la bodoh nak pi bunuh TBH dekat pejabat dia orang...tapi lagi bodoh kalau org PR atau Cina Pakatan Rakyat pergi pejabat SPRM nak bunuh TBH..TBH mungkin terbunuh...tak sengaja kot sewaktu di pejabat SPRM - mungkin semasa soal siasat - fikir-fikirkan ya...

Buat Anonymous mengenai uptown Gombak, Nora paling anti adalah org kapitalis yang menekan peniaga lain. Nora percaya itulah yang terjadi hari ini hasil didikan UMNO dan mereka di Gombak itu adalah hasil dari org yang berjuang untuk jadi kapitalis. Nora simpati dengna rakan di sana dan mungkin satu masa nanti kita leh berbual dan berjumpa...salam Nora pada peniaga kat Gombak. Namun Nora akan terus berharap agar mereka yang berniaga di sana meneruskan perjuangan - sebagaimana Nora berdepan dengan DBKL dalam isu peniaga kecil. Buat yang terbaik ye...nanti sempat kita jumpa k..

Salam buat semua