Wednesday, January 13, 2010

Nazree masuk UMNO

Dipetik dari laman umno - Nazree seberang ke UMNO

Gambar kenangan Demo Anti ISA


Nora dah lama tak menulis. Agak sibuk dengan macam-macam kerja. Berniaga, jaga anak kecil baru...hihihihi..nanti Nora cite fasal tu tetapi Nora terpanggil untuk menulis hari ini kerana teman Nora – Nazree yang dikatakan melangkah ke UMNO. Nora agak terkilan sedikit kalau berita itu benar.

Nora try nak call Nazree, mana lah tau boleh bagi sedikit pendapat tetapi malang sekali , call Nora tidak berjawab. Mungkin mereka yang nak masuk UMNO selalu jadi macam tu..dah tak jawab call. Nora ingin menyatakan Nora agak terkilan dengan berita itu, harap-harap ia tidak tepat atau harap-harap ia tidak berlaku. Nora kenal dengan Nazree, Nora selalu menyangka kalau Nazree masuk politik beliau akan masuk PAS atau PRK namun kenyataan kemungkinan beliau masuk UMNO di harap tidak akan merenggangkan hubungan antara Nora dengan Nazree. Nora dengan Nazree sudah agak rapat.

Dari satu tempat kerja kepada bergerak untuk berkempen pada PRU 12 di Rembau bersama-sama Che Bard. Kita sering berbicara mengenai perjuangan, sering Nora mendapatkan pendapat beliau mengenai hal berkaitan dengan agama dan turut mempelajari sedikit sebanyak perkara-perkara baru dengan beliau. Namun ketentuan politik agar berbeza. Kalau Nazree melangkah masuk UMNO – Nazree masih kawan buat Nora. Nora percaya beliau akan jadi ahli UMNO yang lain dari ahli UMNO yang lain – lebih menyeluruh dalam perjuangan. Namun Nora terkilan – sewaktu demo menentang ISA – Nazree dan Nora berada di barisan depan dengan Chegu Bard sewaktu protes ISA. Banyak kenangan perjuangan namun mungkin ia satu kenangan perjuangan.

Apa pun Nazree mungkin tahu arah tujuan nya dan Nora akan tetap bersama – sama Pakatan Rakyat dalam memperjuangkan apa yang Nora percaya dan yakin benar. Bagai kata Che Bard – Selamat Jalan Nazree kita tetap kawan.

3 comments:

jida said...

salam kak nora,
alah apa bezanya nya pun ngan pkr?ahli2 pkr pun separuhnya adalah ahli2 umno kan dan pkr pun dah mcm umno malah lebih teruk dari umno kan?

kalau tak takkan kak nora keluar dari pkr?

jida said...

salam kak nora,
alah apa bezanya nya pun ngan pkr?ahli2 pkr pun separuhnya adalah ahli2 umno kan dan pkr pun dah mcm umno malah lebih teruk dari umno kan?

kalau tak takkan kak nora keluar dari pkr?

Anonymous said...

mudahnya pkr terima nazree masuk pkr,

soalan pertama harus ditanya, apa tujuan dia wat laporan kt sprm brhubung kes lebu korban tan sri khalid?

minta dia buktikan unsur rasuah..dia wat sendiri atau dia wat atas arahan puak umno?

tanya dia ..knp byk lg kes babitkan rasuah umno dia senyap termasuk kes khir toyo gi disneyland...byk lagilah...tk yah sy ckp kt sini...

dah tau nk kantoi...masuk pkr...so TS khalid akan batalkan kes saman lah?

bg sy takat nazree masuk pkr tu...tk de carry weight lah....tk de bezanya...kekuatan pkr tk tambah pun...

sbb menerima org2 mcm ni lah DSAI sering terperangkap (kes saiful..simply accept org tanpa check bakground)..pkr and its leader never learnt from past mistakes...

Sy mhn maaf pd nora jk komen ni singgung anda krn nazree sahabat anda...sy respect anda..tp bkn nazree...duku anwar dah terkena dgn ezam...kini nazree..