Tuesday, April 13, 2010

Kenyataan Norazimah Mohamad Noor

Utusan Malaysia pada 13hb April 2010, tajuk berita “Reformis bantu BN sedarkan rakyat” dengan kenyataan Presidennya Ramlan Abu Bakar menimbulkan kekeliruan berhubung dengan nama Gerakan Reformasi Rakyat Malaysia atau reformis yang dikatakan di anggotai oleh bekas-bekas ahli Parti Keadilan Rakyat. Pertubuhan itu tidak wujud dan pertubuhan itu bukan pertubuhan yang di anggotai oleh mereka yang pernah memperjuangkan reformasi anjuran rakyat Malaysia yang wujud pada tahun 1998, khususnya yang memperjuangkan isu fitnah terhadap Dato Seri Anwar Ibrahim. Untuk pengetahuan, mereka yang terlibat dalam reformasi cetusan tahun 1998 yang di gelar reformis tidak pernah mengambil dan mengiktiraf Ramlah sebagai Presiden Gerakan Reformasi Rakyat Malaysia. Sungguhpun ada antara mereka yang konon-kononnya terlibat dengan Ramlan Abu Bakar tetapi tujuan mereka hanya untuk mendapatkan habuan tersendiri dan ini tidak melambangkan atau mewakili semua yang terlibat dalam reformasi tahun 1998.

Perlu dimaklumkan bahawa Gerakan Reformasi Rakyat Malaysia, satu gerakan yang tidak di iktiraf oleh sesiapa pun itu pada awalnya disertai oleh mereka yang mencabar untuk berbogel di hadapan Tan Sri Khalid Ibrahim dalam usaha untuk mendapatkan sesuatu habuan kerana perjuangan. Ini bukan hakikat perjuangan oleh mereka yang terlibat pada tahun 1998. Perjuangan adalah menuntut keadilan khususnya dalam konspirasi politik yang melibatkan tuduhan fitnah terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim. Ramlan Abu Bakar adalah antara mereka yang menganjurkan usaha untuk berdemo dalam keadaan bogel – satu perbuatan yang tidak masuk akal yang telah di tolak oleh kebanyakan mereka yang terlibat dalam reformasi tahun 1998.

Kenyataan Ramlan Abu Bakar adalah sinonim dengan fungsi Utusan Malaysia sebagai alat propaganda kerajaan khususnya untuk menentang Pakatan Rakyat tambah-tambah lagi dalam musim pilihan raya kecil Hulu Selangor yang bakal di adakan itu. Ramlan Abu Bakar tidak mewakili reformis – golongan yang menyertai perjuangan Reformasi tahun 1998. Selaku mereka yang juga terlibat dalam perjuangan reformasi dan telah di tahan sebanyak 13 kali, kehadiran Ramlan Abu Bakar di lihat sebagai usaha terdesak beliau untuk mendapatkan tempat dan pengiktirafan dari UMNO. Tidak menolak juga kemungkinan Ramlan Abu Bakar adalah antara yang kecewa dengan mengharapkan pulangan dari perjuangan menuntut reformasi cetusan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bercakap mengenai kenyataan Ramlan Abu Bakar, perjuangan reformasi tahun 1998 masih kekal sebagai satu momentum kebangkitan kesedaran rakyat terhadap ketidakadilan yang berlaku dari tercetusnya perjuangan reformasi sehingga ke hari ini. Usaha perjuangan menuntut perubahan, menuntut reformasi ini akan berterusan sehingga kerajaan yang ada hari ini digantikan dengan kerajaan yang lebih peka kepada rakyat.

Justeru itu, sebagai orang yang terlibat secara aktif dalam tuntutan reformasi, kenyataan Ramlan Abu Bakar dan kedudukannya sebagai Presiden Gerakan Reformasi Malaysia BUKAN suara mereka yang pernah terlibat dalam perjuangan reformasi malah, saya percaya bahawa gerakan reformasi yang diasaskan oleh Ketua UMUM PKR, Anwar Ibrahim akan terus bangkit menentang kerajaan yang korup yang rosak dan tidak mahu melakukan sebarang reformasi atau transformasi yang akan menguntungkan rakyat keseluruhannya.

Amat malang sekali, kita lihat kenyataan Ramlan Abdu Bakar tersiar dalam media arus perdana dengan harapan dapat mempengaruhi mereka yang terlibat dalam reformasi sedangkan Ramlah sendiri tidak layak menggunakan perkataan reformis khususnya sebagai Presiden kumpulan bekas ahli PKR yang keluar dari PKR sedangkan di percayai Ramlan ini tidak ada pengikut dalam pertubuhan yang mahu di bentuk oleh dirinya atau tujuan yang tidak kita ketahui.

10 comments:

special task force said...

betul. nora. kalau kita berjuang bukan kerana habuan. walaupun org baru dapat habuan. kita dapat habuan pahala. mereka dapat habuan ujian. kita dapat pahala kemenangan. mereka dapat beban tanggungjawab. depa tidur tak lena. kita tidur siap ada air liur basi. hehehehe

Anonymous said...

lawat lah ke kampong chubadak tambahan kawasan A sentol pasar , apakah hak raayat di beri kepada orang2 tua disana , itukan kawasan kawan nora ,

Anonymous said...

tujuan ada tertulis dalam akta pertubuhan lah nora , baca lah , u pun main teka dan prejudis kalau u nujum pak belalang bolih juga , jadi tontonan peminat P Ramlee , u pun ada ,

Anonymous said...

u ni cemburu , kenyataan u tidak di publis dalam media dibaca majoriti raayat malaysia , adalah hak raayat membaca dari media dari era ke era , u iklan tapi only very very few people baca ,

Anonymous said...

Alahai , nora pun pohon dana konon untuk generasi , u kata ihklas tapi pohon dana , reka aktiviti namun sumber dari dari mereka yang mungkin memberi tajaan , nora yang menuntut sumber demi untuk aktiviti , u ni ada sumber ke nak maintain blog u ni or ada penaja , kalau u ni ikhlas guna lah sumber u sendiri , u marah yang tidak taja u ,

dareecalboo said...

gua setuju dgn lu nora. time reformasi gua kagum dgn lu. gua nampak lu dlm trak polis. lu mmg berani. gua selalu gak join tp gua dok blakang...tpi selalu gak jumpa lu time ceramah2 kat pahang.

dan gua pun mcm lu gak, nyampah dgn kaki bodek dan opputunis ni. mcm sial. mcm celaka. keje x buat tpi ada hati nak bertanding...ptuihhhhh!org buat dia tumpang sekaki....sebijik mcm sial anak gampang.at last gua senyap je, pegi mampus la dengan dorang. gua bkn hidup atas belas kasihan dorang pun.

dah brape kali anwar turun temerloh, gua bolayan, walaupun muka2 haprak mcm sial ni dtg mintak gua dan member gua tolong uruskan ceramah dan lain2. pegi mampus la. turunla semua pimpinan PKR ke temerloh gua bolayan. selagi haprak2 mcm sial ni x ubah sikap, gua kata ' pegi mampus'.

Anonymous said...

saya nijam,setahu saya, awk ni pernah lari dgn bakshah. suami awk minta man tolong cari awk.. Tapi kenapa awk dengki sngat dgn Man. Man Mana pernah kacau awak.. Awk ni suka lari dr suami.. dan suka susahkan man. Dia org ni nak cari makan juga.. kalau betul Si Man tu kaki pau dah kaya le dia, tak yah nak ddok kaki lima lagi.. ddok opis je..

Anonymous said...

memang betul kau kaki refomasi era Anuar.awk buat tabung , tp duit tabung habis awk gelapkn dekan ranjang girl dan Thai club Bukit Bintang.. jadi inikah jiwa reformasi awk?? tapak awk pun awk sewa dgn bangladesh..isteri org bangladesh tu org mlayu. pekerja org bangladesh.. ibarat meludah ke atas timpa batang hidung sendiri.. Sedar lah sikit

AnakMerdeka said...

Nora, sebenarnya pejuang2 sebenar masa zaman Reformasi tu sudah hampir tak ada dalam PKR tu. Yang ada dalam tu mungkin tinggal beberapa kerat orang yang berkepentingan.

Masih belum terlalu terlambat (walaupun dah agak lambat) untuk berfikir dan kembali ke pangkal jalan.

Sy tak nafikan masih ramai orang bawahan seperti Nora yang memang berjuang untuk rakyat. Tetapi percayalah PKR bukan wadah yang sebenar.

PKR hanya untuk Anwar dan kroni-kroninya. Jangan sampai kita terus tertipu...

Anonymous said...

Tahniah kak Nora,nampak lebih manis bila memakai tudung..Teruskan perjuangan dan jangan sesekali berundur..pejuang sejati sememangnya akan diuji dengan pelbagai dugaan.
JEBATAKDURHAKA.