Friday, December 3, 2010

Erti Kemanusiaan - Nora Reformis

Salam kepada semua rakan FB dan blog Nora,

Terima Kasih kerana memberi sokongan kepada FB Nora yang hari ini sudah menjangkau lebih dari 1,000 rakan. Mulai hari ini, Nora ingin menggunakan FB ini bukan sahaja untuk menceritakan aktiviti Nora malah mahu berkongsi dengan rakan-rakan FB Nora khususnya mengenai isu-isu mengenai kemanusiaan, wanita dan kehidupan. Nora akan mula menulis secara serius kerana Nora baru sahaja di terima masuk sebagai Fasilitator kepada Institut Kajian Asas Kemasyarakatan setelah beberapa tahun mengikut Institut ini dalam usaha mereka menyentuh erti kemanusiaan. Nora bermula dengan bekerja membantu mengemas-gemas pejabat dan kemudian diberi peluang untuk mengenali aktiviti Institut secara dekat dan rapat. Nora menghadiri beberapa program, mendengar dan turut belajar mengenai banyak perkara. Nora telah mengikuti kursus Bahasa Inggeris dan kemudian terlibat dalam membantu menyiapkan beberapa kajian mengenai kemiskinan. Nora mengambil pelajaran itu dan menyesuaikan dengan apa yang terjadi dalam hidup Nora. Nora tidak mahu bertindak menyembunyikan perkara-perkara tragis yang berlaku semata-mata mahu menutup pekong yang akhirnya akan berbau juga. Nora mengambil langkah menolak erti segan dan malu atas alasan tidak mahu perkara-perkara buruk berlaku ke atas Nora berlaku kepada yang lain. Nora tidak mahu melihat penderitaan Nora ini terbiar sebagai kisah hidup yang tidak memberi pengajaran kepada yang lain khususnya mereka yang hari ini tersepit dalam hidup berkeluarga tetapi bermasalah.

Sebenar tadi Nora menerima SMS mengenai protes membantah kenaikan harga dan ada demo yang akan dilakukan mengenai ini. Demo yang akan diadakan adalah pada 5hb Disember 2010 dan demo ini akan menyaksikan perarakan dari Masjid Negara ke Istana Negara. Ini adalah antara berpuluh-puluh demo yang Nora hadiri dan di tahan lebih kurang 13 kali. Namun bagi Nora ini adalah bentuk perjuangan rakyat yang perlu Nora sertai dan bangkit membantu untuk memperjuangkan nasib dan hak rakyat. Namun SATU keputusan telah Nora buat. Ini adalah demo terakhir yang akan Nora sertai. Nora mengambil keputusan untuk menutup hidup demonstrasi Nora dan Nora akan kembali menikmati dunia yang lebih ceria sejak Nora berpisah dengan suami Nora. Nora rasakan ada keperluan lain untuk Nora lakukan selain dari perjuangan rakyat melalui wadah politik. Nora merasakan perlu Nora bangkit dengan realiti kehidupan. Nora merasakan Nora perlu menceritakan semuanya untuk dijadikan iktibar kepada semua adik-adik, kakak-kakak dan ibu-ibu yang ada di luar sana. Nora rasa pengalaman Nora biar mereka katakan sebagai membuka pekong di dada, perlu dikongsi secara keseluruhan – demi kebaikan dan demi memperjuangkan pula diri Nora. Nora telah melalui berbagai-bagai perkara tragis tetapi Alhamdulillahlah Nora telah dibuka ruang dan peluang – membebaskan diri dari terkongkong dengan bekas suami yang tidak bertanggungjawab. Nora sudah melalui semua aspek kehidupan sejak Nora kahwin dalam usia muda iaitu 16 tahun. Apa yang tidak Nora lalui - dipukul, difitnah dan ditipu oleh bekas suami Nora yang hari ini – terus menerus tidak mengatakan yang benar.

Nora pernah di fitnah oleh bekas suami Nora sebagai mengandung anak luar nikah yang akhirnya anak itu mirip muka dia, cuba dijual oleh bekas suami Nora kepada Ah Long kerana pinjaman yang tidak dapat diselesaikan, di tumbuk muka dan dibiarkan seorang di lobi hotel Istana kerana lari dengan seorang perempuan sehingga majikan bekas suami Nora itu memberi wang bas sebanyak 60 sen untuk balik dan hidup penuh kesengsaraan – akibat perbuatan yang amat jijik oleh bekas suami Nora tersebut. Banyak lagi yang Nora lalui sendirian walaupun Nora seorang isteri tetapi lebih bertanggungjawab sebagai tunggak yang mencari wang untuk keluarga.

Nora rasa pengalaman Nora ini amat berguna untuk semua yang sedang mempunyai masalah dalam rumah tangga. Nora ingin menyentuh hidup mereka, membebaskan mereka dari kongkongan lelaki yang tidak orait. Nora rasa ada keperluan untuk Nora bangkit menceritakan semua – bukan untuk membuka pekong tetapi bagi memberi kesedaran bahawa cinta buta – kasih sayang palsu boleh membuai kita sehingga kita setiap masa merasakan akan ada perubahan yang tidak pernah kunjung tiba. Oleh sebab itu dan beberapa sebab lain Nora terpaksa berani untuk menceritakan semuanya untuk menyelamatkan ramai lagi kaum wanita dari terus menjadi hamba kepada suami yang tidak bertanggungjawab. Nora akan membukanya sehingga kita semua dapat berkongsi pengalaman hidup. Nora percaya ini jalan perjuangan yang baru. Nora tegaskan Nora tidak akan terlibat lagi dalam perjuangan jalanan – menuntut pembaharuan tetapi Nora akan berdiri atas kesedaran yang ada – ilmu dan pengalaman yang dipelajari. Nora rasa Nora terpaksa menyentuh hati-hati rakyat dengan mencari kekuatan dalam diri untuk terus berjuang tetapi tidak dalam lingkaran politik yang semakin mengganas. Sungguhpun begitu Nora tetap ahli PAS.

Nora telah berjuang dalam lingkaran politik. Nora telah ditangkap berpuluh kali. Nora telah mempertaruhkan hidup bukan sahaja kepada perjuangan politik tetapi kepada lelaki biadab dan tidak berguna. Nora akan terus berjuang dan akan mencari NGO untuk bernaung selain dari Institut Kajian Asas Kemasyarakatan. Telah sampai masa, perjuangan rakyat ini dilepaskan kepada politikus yang mengatakan perjuangan ini perlu dipolitikkan. Nora serahkan kepada mereka – politikus untuk menyambung perjuangan ini supaya mereka boleh melakukan perubahan dengan cara mainan politik.

Hari ini, Nora telah membuat tekad untuk mengalihkan perjuangan hak rakyat ini dari politik kepada NGO dan kerja sukarelawan yang sebelum ini telah banyak Nora ceburi. Kepada kepimpinan yang ada, lakukan apa yang mereka rasa baik untuk perjuangan rakyat dan jangan hanya mahukan perubahan dengan melakukan retorik politik. Nora percaya bahawa perjuangan reformasi ini boleh diteruskan oleh mereka yang percaya politik itu segala-galanya – nilai kemanusiaan di ukur dengan politik.

Nora akan terus menulis bagi merealisasikan Erti Kehidupan – Nora Reformis.

10 comments:

BatuApi @ FireStone said...

Teruskan perjuangan rakyat.
Tapi dalam masa yang sama Nora perlu juga memperjuangkan diri sendiri bagi berhadapan dengan Ilahi disuatu masa nanti yang semua orang akan lalui.

Itu adalah perjuangan sebenar.

Syabas dan tahniah.

norazimah mohamad nor said...

salam,terima kasih BA@FS

benar apa yg dikatakan oleh sdr.Terima kasih di atas kata2 semangatdan nasihat yg dberi...insyaallah.

Anonymous said...

saya percaya walaupun nora tidak akan terlibat lagi dgn xtvt politk kepartian, namun jauh disudut hati nora mesti ada sedikit kerinduan yg amat sangat terhadap pengalaman pahit/manis sepanjang nora terlibat dlm segala xtvt politik (demo, ditahan, ditelanjang, dibelantan, disembur, etc..)

salam perjuangan dan terus berjuang..

ibnmustaffa said...

Berjuang menuju redha Allah.

Hidayah Allah bukan datang dengan percuma, ianya perlu dimulai dengan pencarian, kemudian ilmu dan kemudian diserap dlm kehidupan. Maka hidayah insyaAllah akan datang.

Menuju redha Allah, percayalah, Allah akan berikan segala ujian kpd kita. Samada kita tewaz atau tetap pendirian, itu atas kekuatan kita.

Dan melihat pada Puan Nora, spt menuju ke arah kejayaan, InsyaAllah.

Anonymous said...

dalam hakikat kehidupan apabila kita lembut dengan kehidupan, kehidupan akan keras dengan kita tetapi bila kita keras dengan kehidupan, kehidupan akan lembut dengan kita. erti perjuangan yang kita perlu kita ketahui yang mana terletak kebenaranya bukan pada pemikiran diri sendiri yang hanya nampak didepan mata tetapi lebih kepada kebenaran yang akan kelihatan dikemudian hari.

Anonymous said...

Kak Nora, saya sanjung Kak Nora! teruskan perjuangan!

Anonymous said...

Teruskan membela hakMU dan AnakMU....

Anonymous said...

Nora ni hipokrit lah..

maaf kalau tersinggung.

vimax asli said...

alat seks pria
alat bantu seks pria
alat seks terbaru
alat bantu seks
alat onani
alat bantu pria
alat perangsang
alat seks pria
penis antik
sextoys wanita
penis silikon
alat wanita antik
alat sex wanita
alat bantu wanita
alat masturbasi
alat penggeli
alat wanita ekstrim
alat bantu wanita murah

Situs Judi Online Terpercaya said...

NAGAQQ: AGEN BANDARQ BANDARQ ONLINE ADUQ ONLINE DOMINOQQ TERBAIK

Yang Merupakan Agen Bandarq, Domino 99, Dan Bandar Poker Online Terpercaya di asia hadir untuk anda semua dengan permainan permainan menarik dan bonus menarik untuk anda semua

Bonus yang diberikan NagaQQ :
* Bonus rollingan 0.5%,setiap senin di bagikannya
* Bonus Refferal 10% + 10%,seumur hidup
* Bonus Jackpot, yang dapat anda dapatkan dengan mudah
* Minimal Depo 15.000
* Minimal WD 20.000
* Deposit via Pulsa TELKOMSEL & XL
* 6 JENIS BANK ( BCA , BNI, BRI , MANDIRI , CIMB , DANAMON )

Memegang Gelar atau title sebagai AGEN POKER ONLINE Terbaik di masanya

Games Yang di Hadirkan NagaQQ :
* Poker Online
* BandarQ
* Domino99
* Bandar Poker
* Bandar66
* Sakong
* Capsa Susun
* AduQ
* Perang Bacarrat (New Game)


Info Lebih lanjut Kunjungi :
Website : NAGAQQ
Facebook : NagaQQ official
WHATSAPP : +855977509035
Line : Cs_nagaQQ
TELEGRAM :+855967014811