Letaklah apa saja slogan anti rasuah – letaklah kononnya mahu berubah, bagi laungkanlah tindakan menghalau pendatang tanpa izin, rakyat diutamakan, kalau dah darah daging itu perasuah – kerajaan itu tetap rasuah. Dewan Bandar Raya Kuala Lumpur – macam itu juga. Dari dulu kini dan selamanya rasuah – habis apa jadahnya kita nak diam dan terus diam. Nora benar-benar marah – kebodohan kerajaan yang sebenarnya memerintah Kuala Lumpur tanpa moral amat terserlah. Sekarang pun macam tu juga – dari Zulhasnan Rafique ke Raja Nong Chik, tak nampak berubah malah yang diharapkan sedikit perubahan kat DBKL jadi hampas – busuk lagi membusukkan. pentingkan satu saja – bagilah keadilan jangan lah bergelumang dengan rasuah dan akhirnya menjual negara kita ini semata-mata nak duit untuk diri sendiri. DBKL ini lubuk rasuah, penguasa dan pegawainya bergelumang dengan rasuah khususnya bila datang bulan Ramadan. Dari pembahagian tapak sehinggalah penjualan tapak kepada warga asing – itulah kerja mereka. Ramadan mungkin Hari Rasuah kepada perasuah-perasuah dalam DBKL. Kebodohan mereka jelas – peniaga tempatan di tindas – peniaga dari Indonesia bermaharajalela lela buka kanopi,sewa tapak tetapi DBKL terus buta dan buta-buta tidak nampak. Ramadan ini tak patut kita memaki hamun tetapi perbuatan ala kecelakaan mereka betul-betul memualkan. Kesialan mereka jelas nampak dan muka-muka rasuah duit haram yang dia orang makan itu terpancar jelas. Pergi Masjid India – tengok kanopi merah yang ada sana. Orang lain kanopi biru – dia kanopi merah – dia sewa pada rambo-rambo tak berlesen – tidak jauh dari situ ada kanopi pegawai DBKL yang buta mata – celik kepada rasuah aje. Tengok siapa dapat tempat – cantik molek – takkan undi hampir 10 tahun berturut-turut leh dapat tempat itu jugak.....Bila kita bersuara ramai suara-suara sumbang kata Nora jeles la..tak dapat tempat la....Hello....Nora bantai biar Kerajaan Selangor fasal uptown dan Kerajaan BN di Kuala Lumpur...Nora tidak kira.
Korang sendiri tengok...bila buat demo – Pemuda UMNO berpusu-pusu jumpa peniaga nak bawak kes saman GMI lah...nak tuntut ganti rugi.....mana Pemuda yang sama bila tengok orang asing dari Indo – datang merompak perniagaan kita...dia tak bayar sewa...tak bayar permit....tak ambil pembantu.....kita tengok setiap kanopi kena ada pembantu berdaftar – kena bayar hampir RM 50 setiap hari – dengan kos sewa tapak untuk sebulan – elektrik setiap hari, berbanding dengan peniaga asing yang tak bayar apa-apa – memanglah mereka boleh kurangkan harga...tapi yang lebih sialnya, DBKL berjalan kat situ macam tak rasa salah. Memang mereka buka mata seluas-luasnya – tapi untuk cari salah orang kita – orang asing kawtim...
Nora nak cakap lagi...DBKL atau Menteri Wilayah sendiri turun – jumpa kita orang – jumpa kawan-kawan Nora yang dah otai kat Masjid India, tanya apa masalahnya, tanya mengenai prosedur DBKL yang separuh gila, tanya rasuah dalam mendapatkan tempat niaga...jangan tanya Persatuan yang memang tak di sokong oleh peniaga tetapi disokong oleh DBKL. Mereka penyamun tarbus, mereka dapat tapak sempena Ramadan – tempat baik-baik plak tu. Isu ini bukan hari ini Nora keluarkan. Nora dan kawan-kawan dah berbuka keluar mengadu-tersiar dalam Berita Sinar tapi – hampas..Menteri Wilayah baru ini hanya hadir minum kopi sambil berjalan di kelilingi oleh rakan dan mereka yang sanggup jilat selipar dia dan pegawai DBKL.
Hello, macam mana nak letakkan Rakyat di utamakan kalau kita tengok – rasuah yang diutamakan – peniaga asing yang didahulukan.
Nanti Nora tulis lagi ........dengan gambar lak kali ini....nanti..