Wednesday, December 9, 2009

PROTES - Hari ke 2



Trade mark Fadhil - dengan kain pelekatnya - katanya, kalau majistrate halau, aku terus balik tidur...tak susah nak salin-salin


Perbicaraan masuk hari 2.


Lawyer hari ini 6 orang - En Nasa, En Amir Hamzah, En Hanifah Maidin, Sdr Johnson Choong, Sdr Hasshahari dan Mis Chow Ying. Terima Kasih kerana sudi mewakili kami seramai 45 orang. Mahkamah akan bersidang semula pada 18-22 Januari dan 15-19 March....oh ya untuk peringatan semua termasuk Nora sekali hihihi..kes Harakah adalah pada 2-4 March dan 10-11 March.....

Sekitar perbicaraan Kes Protes KLCC

Sekitar perbicaraan Kes Protes KLCC - 26/01/0, Nora ucapankan TERIMA KASIH kepada peguam-peguam berikut yang sudi mewakili kami - Amir Hamzah,En Nasa, Roger Chan, Lai Chee Ho,Johnson Chong, Razlan,Hasshahari
Kita orang sedang dapat sedikit break - sempat Nora ambil gambar



Nora dan Kak Sara dari PSM

Dr Nasir dan rakan-rakan. Court bagi rehat 10 min aje, tapi sempat curi makan.

Tuesday, December 8, 2009

Melawat - baby baru CB

Nora g lawat CB - CB dapat baby lelaki - turut hadir melawat adalah Pengerusi Gerak Nazree Yunus..Tahniah CB

Kes Harakah

Terima Kasih kepada Peguam kami yang membela kami - Kak Lat dan En. Rasyid

Nanti jab...ala lum redi dah ambik gambar

Yang kena tangkap kes Harakah - yang kena 12 orang -tapi ini aje yang hadir termasuk Lokman Noor Adam
Breakfast dengan geng-geng di Tesco sebelum ke court untuk kes Harakah

Thursday, December 3, 2009

Laporan Polis



Laporan Polis terhadap Najib, SU Najib Shafei Abdullah dan MB N.Sembilan

Laporan Polis terhadap Najib Tun Abdul Razak, S/U Najib, Shafei Abdullah dan Menteri Besar N.Sembilan......ehmmm Polis apa lagi siasatla....Nora hadir bersama Solidariti Anak Muda Malaysia dan Solidariti Mahasiswa Malaysia







Nora bersama Chegu Bard sewaktu hadir untuk menghantar laporan polis


Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia

Wednesday, December 2, 2009

Jom Hadir - Solidariti Anak Muda Malaysia dan Solidariti Mahasiswa Malaysia

Atas semangat dan kesedaran anak muda Malaysia maka Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) akan menghantar laporan 'rasmi' ke Jabatan Siasatan Jenayah Komersial PDRM berkenaan dengan isu

  • Sogokan oleh proksi Najib Razak kepada Balasubramanian untuk melindungi kebenaran dalam kes ALTANTUYA
  • Rasuah dan salah guna kuasa Setiausaha Perdana Menteri
  • kegiatan mensabotaj ekonomi negara dengan menyeludup wang (jumlah amat besar) oleh Menteri Besar Negeri Sembilan

Untuk itu satu taklimat penerangan media akan diadakan pada 3 Disember 2009, 9.00 pagi, di hadapan pintu utama, I/pejabat PDRM, Bukit Aman, Kuala Lumpur.

Thursday, November 26, 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA


Selamat Hari Raya Adil Adha - Nora dan adik Nora sedang bersiap untuk balik berhari raya ke Kelantan dan ke Thailand - kampung abah Nora - Selamat Hari Raya kepada semua pelayar laman web Nora dan semua kenalan khususnya mereka yang bersama-sama dalam perjuangan REFORMASI - maaf zahir batin -

Monday, November 23, 2009

Ganesan - kami masih bersama



Gerakan Reformasi menjemput ramai antara kita, tidak kira bangsa, usia dan dari mana mereka berada dan apa juga pegangan mereka untuk sama-sama memastikan perubahan. Mereka yang terlibat dalam gerakan reformasi akhirnya hadir sebagai satu keluarga besar yang terus - menerus memperjuangkan hak rakyat dan menuntut perubahan dari kerajaan yang ada hari ini - yang sombong dan bongkak melakukan mengikut selera mereka dan bukan kepentingan rakyat secara keseluruhan.Nora tidak nafikan ada yang dilakukan adalah untuk kesejahteraan rakyat tetapi dalam pada itu - mereka mengaut untuk kepentingan diri sendiri. Macam kalau kita cite pasal 1 Malaysia. Usaha ini adalah cetusan Pakatan Rakyat yang benar-benar mahu menggabungkan kekuatan dan ketuanan rakyat tetapi untuk kerajaan yang ada - satu Malaysia adalah usaha komersial - menjadikan satu retorik untuk mendapat sokongan tetapi tidak tahu makna sebenarnya 1 Malaysia. Jangan tipu lah...1 Malaysia ciptaan kerajaan BN sebagai satu cita-cita memartabatkan rakyat. 1 Malaysia ciptaan kerajaan adalah untuk manafaatkan politik UMNO dan BN yang semakin cedera - parah dan berdarah.

Berbalik pada gambar diatas, Nora hadir kerana ibu, Ganesan - salah seorang pejuang reformasi - Ketua Cabang Kepong yang sama-sama dengan Nora hadir untuk memperjuangkan hak rakyat. Nora hadir dalam upacara pengebumian ibu beliau - walau berlainan agama, amalan dan budaya tetapi kehilangan ibu pasti memberikan kesedihan yang sama - buat sesiapa sahaja. Bersabarlah. Nora hadir pada hampir jam 12.00 tengahari 20/11/2009. Turut hadir adalah Puspa dan Tian Chua.

Apa pun semangat kehadiran kami adalah semangat ikhlas dan bukan satu ciptaan kommersial BN ,1 Malaysia yang penuh dengan gimik kommersial - salam 1 Malaysia lah, konvensyen 1 Malaysia, larian 1 Malaysia dan esok - putu mayam 1 Malaysia, Bak Kut Teh 1 Malaysia dan macam2 produk kommersial 1 Malaysia - bagi memudahkan kapitalis tak bermoral meraih kekayaan.

Sori semua - laman tak update - sebok sket keje, apa pun kita cite lagi k....

Monday, November 2, 2009

Wajah terbaru kedai Nora





Ok tak...I am proud of my little shop

Sunday, November 1, 2009

Hello....semua....Salam

web dia : http://www.mychocolate77.blogspot.com/

Mula-mula ini rakan Nora, dengan perniagaannya coklatnya. Rakan peniaga mesti kita bantu k...so Nora nak minta semua - support dia k. K, ingat rakan Nora sorang lagi - reformis yang memperjuangkan reformasi dengan hasil seni dia - kenapa kita leka - tak bantu dia - Dia jual Album Dari Rakyat untuk Rakyat - berminat sms Nora k...kita arrange penjualannya.

Apa pun Nora buzie sikit tapi sempat g pelancaran buku Sembang tepi Jalan oleh Meor - yang buat album tu. Kalau support dia belilah buka dia. SMS Nora gak untuk dapatkan buku..k

Anyway Nora baru balik dari Kuantan - ada hal sedikit..letih gak...nanti Nora post gambar k. Pada YB Shaari Sungib thanks kerana sudi berbual dengan Nora - nanti Nora wat appointment jumpa k....adious.....


Wednesday, October 28, 2009

Thanks....

Salam,

Thanks semua yang mendoakan kejayaan Nora atas pembukakan kedai kecil Nora kat TESCO Selayang. Nora akan terus berusaha untuk memastikan perniagaan Nora suksess. Korang bagi support ye. Ada yang teringin nak beli dress dan pakaian lain datang le..SMS atau call Nora supaya masa korang datang Nora boleh ada. Nora kadang-kadang tak de kat kedai kerana menguruskan perniagaan tempat lain, beli stok dan sambil itu tetap bekerja makan gaji. Nak hidup kena berusaha. Anyway mengenai isu politik, perjuangan rakyat Nora tetap tidak tinggalkan. Nora akan mula mengulas dari masa ke semasa mengenai isu-isu yang panas - khususnya seperti SPRM yang menurut pakar dari Thailand - Teoh 80% di bunuh. Hancur berkecai keluarga Teoh, sedih dan pasti marah. Siapa tak marah kalau keluarga di perlakukan sebegitu. Apa pun - SPRM kena bertanggungjawab. Kenapa ada pihak nak bela SPRM - jawapnya politik. Sepatutnya kerajaan, UMNO dan sesiapa sahaja mendesak agar boss SPRM di gantung - sementara kes di siasat. Baru nampak kesungguhan. Kita mahu bersih tetapi kebersihan kita hanya pada retorik janji-muak dan bosan la.

Apa pun kedai Nora bersih tau...di jaga rapi macam Nora punya baby....woow kelas gitu..Nora harap sangat ianya berjaya kerana Nora nak buka satu lagi ...kalau ada rezeki ...ok Nora off dulu....k.....

Sunday, October 18, 2009


Kedai kecil Nora akhirnya siap setelah 2 hari bertungkus lumus bersama adik Nora, Gmie - kontraktor Nora yang paling orait sekali dalam famili.

Gambar sewaktu dalam proses pembikinan kedai kecil Nora


Sedang buat deko dalam kedai pada hari 1, Nora dapat kunci

Yes, Nora dapat kunci dan mula mengecat - ehmmm adik Nora yang buat

Salam,

salam buat teman-teman seperjuangan....

Syukur pada Allah SWT kerana apa yang Nora cita-citakan selama ini telah terlaksana jua akhirnya.Memang cita-cita Nora dari kecil lagi ingin menjadi seorang peniaga yang berjaya dan sebelum ini,Nora berniaga di kaki lima wisma yakin di Jalan Masjid India hampir 11tahun. Bermula dari tahun 1998 lagi dan beberapa tahun selepas itu Nora mula mencuba nasib di bazaar larut malam yang lebih di kenali sebagai DOWNTOWN NITE MARKET yang terletak di velodrome Bandar Tun Razak Cheras.

Pada mulanya kunjungan ke Tesco Extra Selayang hanyalah sekadar ingin membeli wayar untuk sambungkan siaran astro ke tv yang satu lagi (mana mampu nak bayar untuk 2 rangkaian astro). Dalam sibuk mencari wayar...Nora lalu di depan Hinode Shop...alah kedai yang jual barang dengan harga RM5 tu..Nora sempat bertanya pada salah seorang pekerja kedai tersebut,lagipun Nora adalah pengunjung tetap kedai tu (cuma tak dapat award je) jelita adalah panggilan pada adik yang bekerja kat kedai RM5 tu. Jelita sini ada ke kedai yang nak disewa? yang murah-murah? jelita tu pula jawap pun dengan rileks nya...ada jelita, jelita pegi je dekat kaunter depan tu...sini banyak kedai kosong.

Nora pun memulakan langkah untuk ke Servis Kaunter dan dari situ kami berjumpa dengan Randy yang mencadangkan supaya Nora ambil kedai instead of pull cart. Kedai lebih mudah, senang tutup dan buka. Kami pun melawat kedai itu dan Nora terus terpesona dengan kedudukan kedai itu. Inilah yang Nora impikan. Ingin membuka sebuat butik kecil dan mungkin ini langkah awal menuju ke cita-cita Nora.

Hendak seribu daya, tak nak seribu dalih, Nora tak berdalih lagi - terus mengambil keputusan untuk mengambil kedai tersebut....dengan sewa sebanyak RM 800. Bermulalah episod Nora di Tesco - beb nanti Nora cite lagi k...salam...doakan kejayaan Nora - mungkin dengan ada kedai kecil ini, Nora dapat membantu teman-teman lain yang memerlukan ruangan dan tempat meletak produk mereka. Nora sanggup bantu dengan ikhlas tanpa komisyen atau sebarang bayaran...dapat juga bantu kawan-kawan kita...datanglah ke Tesco Extra Selayang...call dulu ye...bye..

Dapatkan segera

Mereka adalah penyokong perubahan dan mereka telah banyak berusaha menjayakan reformasi melalui karya seni. Nora merayu agar usaha mereka mendapat sokongan dari kita. Dapatkan album mereka yang memuatkan lagu-lagu menuntut perubahan. Hubungi Nora sekiranya - mahukan album Dari Rakyat untuk Rakyat - harga RM 20.

Thursday, October 8, 2009

Tindakan rakus UMNO

Nora membantah sekeras-kerasnya tindakan rakus penyokong UMNO dalam usaha untuk memenangi pilihanraya Bagan Pinang. Nora letakkan klip audio yang Nora peroleh dari Che Bard, kita perlu menunggu signal penting dari Chegu Bard dan kepimpinan PAS lain dalam berhadap dengan isu ketegangan di Bagan Pinang. Rakyat akan bersama kita dan kita tidak takut untuk berhadap dengan sebarang kemungkinan. Nora akan dapatkan update lagi mengenai isu ini.

Berikut adalah sms PAS yagn Nora terima :

AWAS 5 pemuda gombak di pukul masuk hospital, markas kita di kepung. Bendera kita dibakar di tiang. Honda DR 4554 Ustad Badrul Amin di tahan sbb bw bendera. Kereta pemuda kelantan dihalau keluar dari PD. Waspada jangan biarkan, Nisa Muslimat Wanita - berjalan dalam kumpulan kecil, arahkan Pemuda turun lebih ramai lagi

UMNO terdesak - kubu kuat mereka bakal runtuh.

Bagan Pinang



Nora bersama rakan pergi ke Bagan Pinang semalam. Hasrat untuk terus memberi sokongan kepada PAS dan Pakatan rakyat menjelang pilihan raya kecil di sana. Nora telah melawat - Bt 6 1/2 tempat Chegu Bard berceramah dan melihat kemeriahan di sana. Apa yang nampak jelas berbeza adalah - Pakatan Rakyat - lebih nampak mesra bersama rakyat sedangkan UMNO dan BN masih nampak mewakili mereka yang elit. Ingat bahawa kesombongan hanya akan menghancurkan, dan rakyat akan nampak PAS serta Pakatan Rakyat lebih cenderung bersama rakyat dari menjadi tuan kepada rakyat.


Sunday, October 4, 2009

Rumah Terbuka Dr Hatta