Thursday, December 17, 2009

Salam Maal Hijrah buat semua


Di baca selepas waktu Asar dan sebelum waktu Magrib


Di baca selepas waktu Magrib

Salam Maal Hijrah,

Kita sudah sampai ke penghujung tahun dan akan membuka lebaran baru - tahun yang baru. Untuk sama-sama kita mendapat keredaan dari ALLAH bagi mengakhiri tahun ini maka sama-sama lah kita berdoa sempena kita meninggalkan tahun ini dengan penuh kebaikan, kesedaran dan keampunan dari ALLAH dan terus berdoa agar kita di berkati - usaha, di limpahi rahmat dan rezeki serta di permudahkan urusan serta kesihatan untuk menempuhi tahun baru yang akan datang.

Amin ...salam dari Nora

Wednesday, December 9, 2009

PROTES - Hari ke 2



Trade mark Fadhil - dengan kain pelekatnya - katanya, kalau majistrate halau, aku terus balik tidur...tak susah nak salin-salin


Perbicaraan masuk hari 2.


Lawyer hari ini 6 orang - En Nasa, En Amir Hamzah, En Hanifah Maidin, Sdr Johnson Choong, Sdr Hasshahari dan Mis Chow Ying. Terima Kasih kerana sudi mewakili kami seramai 45 orang. Mahkamah akan bersidang semula pada 18-22 Januari dan 15-19 March....oh ya untuk peringatan semua termasuk Nora sekali hihihi..kes Harakah adalah pada 2-4 March dan 10-11 March.....

Sekitar perbicaraan Kes Protes KLCC

Sekitar perbicaraan Kes Protes KLCC - 26/01/0, Nora ucapankan TERIMA KASIH kepada peguam-peguam berikut yang sudi mewakili kami - Amir Hamzah,En Nasa, Roger Chan, Lai Chee Ho,Johnson Chong, Razlan,Hasshahari
Kita orang sedang dapat sedikit break - sempat Nora ambil gambar



Nora dan Kak Sara dari PSM

Dr Nasir dan rakan-rakan. Court bagi rehat 10 min aje, tapi sempat curi makan.

Tuesday, December 8, 2009

Melawat - baby baru CB

Nora g lawat CB - CB dapat baby lelaki - turut hadir melawat adalah Pengerusi Gerak Nazree Yunus..Tahniah CB

Kes Harakah

Terima Kasih kepada Peguam kami yang membela kami - Kak Lat dan En. Rasyid

Nanti jab...ala lum redi dah ambik gambar

Yang kena tangkap kes Harakah - yang kena 12 orang -tapi ini aje yang hadir termasuk Lokman Noor Adam
Breakfast dengan geng-geng di Tesco sebelum ke court untuk kes Harakah

Thursday, December 3, 2009

Laporan Polis



Laporan Polis terhadap Najib, SU Najib Shafei Abdullah dan MB N.Sembilan

Laporan Polis terhadap Najib Tun Abdul Razak, S/U Najib, Shafei Abdullah dan Menteri Besar N.Sembilan......ehmmm Polis apa lagi siasatla....Nora hadir bersama Solidariti Anak Muda Malaysia dan Solidariti Mahasiswa Malaysia







Nora bersama Chegu Bard sewaktu hadir untuk menghantar laporan polis


Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia

Wednesday, December 2, 2009

Jom Hadir - Solidariti Anak Muda Malaysia dan Solidariti Mahasiswa Malaysia

Atas semangat dan kesedaran anak muda Malaysia maka Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) akan menghantar laporan 'rasmi' ke Jabatan Siasatan Jenayah Komersial PDRM berkenaan dengan isu

  • Sogokan oleh proksi Najib Razak kepada Balasubramanian untuk melindungi kebenaran dalam kes ALTANTUYA
  • Rasuah dan salah guna kuasa Setiausaha Perdana Menteri
  • kegiatan mensabotaj ekonomi negara dengan menyeludup wang (jumlah amat besar) oleh Menteri Besar Negeri Sembilan

Untuk itu satu taklimat penerangan media akan diadakan pada 3 Disember 2009, 9.00 pagi, di hadapan pintu utama, I/pejabat PDRM, Bukit Aman, Kuala Lumpur.