Wednesday, March 10, 2010

Insiden 11hb March 2000 yang menyebabkan kami di dakwa atas kes solat hajat Harakah. Untuk refresh memory - patung itu adalah replica patung Dr Mahathir - Nora tumpang terajang patung tu....

KAMI BEBAS


Alhamdulilah setelah 10 tahun naik turun mahkamah, akhirnya kami di bebaskan - AlFatiha buat arwah Omar Tan antara OKT yang turut bersama dalam kes ini - Hari ini 11hb March adalah ulang tahun solat hajat Harakah di Masjid Negara - nanti Nora cite lagi k. Thanks pada peguam En Rashid dan Kak Lat

Wednesday, March 3, 2010

Perjumpaan Refomasi - komen sikit leh

Salam kepada semua teman-teman,

Pada 26hb Februari 2010 lepas, bertempat di rumah Menteri Besar Selangor telah diadakan perjumpaan dengan mereka yang terbabit dengan reformasi. Di beritakan pada Nora bahawa kehadiran adalah melalui jemputan dan mereka yang hadir adalah mereka yang terlibat dalam reformasi 1998. Pada mula Nora agak keberatan untuk menghadirinya, kerana Nora tidak berapa gemar duduk dalam dewan membicarakan reformasi tetapi akan menjadi janggal, kekok dan tidak berdaya untuk menyatakan keberanian dalam memperjuangkan reformasi – sebagaimana di perjuangkan pada tahun 1998. Ramai hari ini yang memperjuangkan reformasi sekadar perjuangan mulut – tidak sanggup melakukan lebih dari itu tetapi mahukan semua – imej sebagai pejuang hebat dan mereka yang telah banyak berkorban untuk perjuangan. Bagi Nora mudah sahaja – sekiranya seorang itu pejuang reformasi yang hadir dari tahun 1998 sehingga kini – maka itu di terima tetapi ada yang tidak pernah ada atau hadir sekadar memberi sokongan mulut hilang sebaik sahaja PKR kalah pada pilihan raya 1999 – kembali bila PKR berjaya tahun 2004 tetapi mendabik dada dengan pengakuan akulah pejuang reformasi.

Apa nak buat – dalam dunia ini banyak oportunis. Ada yang mengaku reformis 1998 sedangkan pada waktu itu mereka mungkin budak sekolah menengah – lupa pada tarikh tetapi ghairah nak mengaku pejuang. Mungkin kalangan kita yang terlibat dalam reformasi masih ingat – kepayahan perjuangan – pengorbanan yang perlu dilakukan dan sehingga hari ini semangat reformasi itu terus kental biar terlarat dan terbiar – tewas kepada pihak oportunis yang sentiasa mencari ruangan untuk mendapatkan sesuatu hasil pengorbanan orang lain.

Apa pun Nora hadir pada perhimpunan tersebut. Ada ramai muka-muka lama – muka-muka pejuang reformasi – muka-muka mereka yang mengaku terlibat dalam reformasi dan muka-muka yang hanya mahu projek dan telah dapat projek setelah mengaku menjadi pejuang reformasi. Hebat-hebat. Ada yang mengatakan bahawa hanya reformis dijemput dan tidak menjemput para reformis yang sedang memegang jawatan dalam parti – namun dilihat ada juga mereka yang berjawatan dalam parti hadir. Ada yang pernah mengugut untuk bogel kerana tidak diberi projek oleh Selangor hadir setelah dapat projek dan mungkin akan mengugut untuk bogel kelak sekiranya tidak cukup apa yang diperoleh.

Namun satu perkara yang kurang pada hari itu – Nora teringat sewaktu zaman-zaman reformasi tahun 1998 ke atas – apabila mahu sahaja melakukan demonstrasi dan repot polis maka ada 3 ke 4 orang pemuka reformis yang Nora tahu sebagai orang yang mengurus, mengatur dan turut berdemo datang ke tempat berniaga Nora untuk membuat perancangan – namun hari ini mereka tidak ada- mungkin tidak di panggil – kerana yang mengatur itu mungkin mereka yang tidak pernah mengurus, mengatur dan terlibat dalam reformasi. Apa yang Nora nampak ada antara mereka yang hadir – tidak semua – dari pemuka yang merancang gerakan reformasi.

Nora ada sedikit pesimis dengan kehadiran beberapa kumpulan pada hari itu – khususnya kalangan mereka yang pernah mahu membogelkan diri untuk menyerang Khalid Ibrahim yang hari ini berpeluk-peluk dengan Nik Nazmi – Setiausaha Politik MB Selangor yang semua mereka mengaku reformis tersohor – entah la...

Apa pun kita lihat nanti bila desakan untuk hadir memperjuangkan reformasi timbul kembali – mungkin mereka ini sanggup bermati-matian, berkorban harta benda yang di peroleh setelah Pakatan Rakyat menang di Selangor sebagaimana Nora tahu ada beberapa antara kita yang telah melakukan pengorbanan itu. Sekali lagi nasihat Nora yang tidak berapa arif dalam politik – kepada Anwar Ibrahim – lihat dan pandang mereka – dapatkan dari sumber yang tepat – siapa mereka – nanti ada yang nak jadi YB REFORMIS – kemudian keluar parti.