Wednesday, March 3, 2010

Perjumpaan Refomasi - komen sikit leh

Salam kepada semua teman-teman,

Pada 26hb Februari 2010 lepas, bertempat di rumah Menteri Besar Selangor telah diadakan perjumpaan dengan mereka yang terbabit dengan reformasi. Di beritakan pada Nora bahawa kehadiran adalah melalui jemputan dan mereka yang hadir adalah mereka yang terlibat dalam reformasi 1998. Pada mula Nora agak keberatan untuk menghadirinya, kerana Nora tidak berapa gemar duduk dalam dewan membicarakan reformasi tetapi akan menjadi janggal, kekok dan tidak berdaya untuk menyatakan keberanian dalam memperjuangkan reformasi – sebagaimana di perjuangkan pada tahun 1998. Ramai hari ini yang memperjuangkan reformasi sekadar perjuangan mulut – tidak sanggup melakukan lebih dari itu tetapi mahukan semua – imej sebagai pejuang hebat dan mereka yang telah banyak berkorban untuk perjuangan. Bagi Nora mudah sahaja – sekiranya seorang itu pejuang reformasi yang hadir dari tahun 1998 sehingga kini – maka itu di terima tetapi ada yang tidak pernah ada atau hadir sekadar memberi sokongan mulut hilang sebaik sahaja PKR kalah pada pilihan raya 1999 – kembali bila PKR berjaya tahun 2004 tetapi mendabik dada dengan pengakuan akulah pejuang reformasi.

Apa nak buat – dalam dunia ini banyak oportunis. Ada yang mengaku reformis 1998 sedangkan pada waktu itu mereka mungkin budak sekolah menengah – lupa pada tarikh tetapi ghairah nak mengaku pejuang. Mungkin kalangan kita yang terlibat dalam reformasi masih ingat – kepayahan perjuangan – pengorbanan yang perlu dilakukan dan sehingga hari ini semangat reformasi itu terus kental biar terlarat dan terbiar – tewas kepada pihak oportunis yang sentiasa mencari ruangan untuk mendapatkan sesuatu hasil pengorbanan orang lain.

Apa pun Nora hadir pada perhimpunan tersebut. Ada ramai muka-muka lama – muka-muka pejuang reformasi – muka-muka mereka yang mengaku terlibat dalam reformasi dan muka-muka yang hanya mahu projek dan telah dapat projek setelah mengaku menjadi pejuang reformasi. Hebat-hebat. Ada yang mengatakan bahawa hanya reformis dijemput dan tidak menjemput para reformis yang sedang memegang jawatan dalam parti – namun dilihat ada juga mereka yang berjawatan dalam parti hadir. Ada yang pernah mengugut untuk bogel kerana tidak diberi projek oleh Selangor hadir setelah dapat projek dan mungkin akan mengugut untuk bogel kelak sekiranya tidak cukup apa yang diperoleh.

Namun satu perkara yang kurang pada hari itu – Nora teringat sewaktu zaman-zaman reformasi tahun 1998 ke atas – apabila mahu sahaja melakukan demonstrasi dan repot polis maka ada 3 ke 4 orang pemuka reformis yang Nora tahu sebagai orang yang mengurus, mengatur dan turut berdemo datang ke tempat berniaga Nora untuk membuat perancangan – namun hari ini mereka tidak ada- mungkin tidak di panggil – kerana yang mengatur itu mungkin mereka yang tidak pernah mengurus, mengatur dan terlibat dalam reformasi. Apa yang Nora nampak ada antara mereka yang hadir – tidak semua – dari pemuka yang merancang gerakan reformasi.

Nora ada sedikit pesimis dengan kehadiran beberapa kumpulan pada hari itu – khususnya kalangan mereka yang pernah mahu membogelkan diri untuk menyerang Khalid Ibrahim yang hari ini berpeluk-peluk dengan Nik Nazmi – Setiausaha Politik MB Selangor yang semua mereka mengaku reformis tersohor – entah la...

Apa pun kita lihat nanti bila desakan untuk hadir memperjuangkan reformasi timbul kembali – mungkin mereka ini sanggup bermati-matian, berkorban harta benda yang di peroleh setelah Pakatan Rakyat menang di Selangor sebagaimana Nora tahu ada beberapa antara kita yang telah melakukan pengorbanan itu. Sekali lagi nasihat Nora yang tidak berapa arif dalam politik – kepada Anwar Ibrahim – lihat dan pandang mereka – dapatkan dari sumber yang tepat – siapa mereka – nanti ada yang nak jadi YB REFORMIS – kemudian keluar parti.

12 comments:

JAMILKUCING said...

Askm setuju bonar den apo yang nora kato. tapi nak buek cam no. mereko daha do. tak po kito tengok nyo lah nanti

psychedelicmundo said...

setuju sangat2 dengan Nora.memang ramai opportunist sekarang ini.walaupun saya masih bersekolah rendah tahun 1998,Tamadun,Harakah dan buku2 sayuti Omar sudah saya kenali ketika itu.sudah tentulah gambar2 pioneer Remormasi waktu saya familiar.malangnya yang "suka buat kecoh" sekarang ini tak kelihatan pun dulu.suka menempek time press confrence ataupun ketika pimpinan kena interview

psychedelicmundo said...

saya juga harap sangat,agar saudara Anwar Ibrahim dapat MENELITI DAN MENEKUNI hal ini.kerana terlepas pandang,tak kenal mana kaca mana permata lah terjadinya fenomena lompat parti sekarang ini.kepada kak Nora,all the best.saya doakan kalian Reformist Tulen terus diberikan kekuatan untuk berjuang
p/s: mana yang poyo2 sekarang ini,sekeh je kak hik2..

AnakMerdeka said...

AM sebagai salah seorang 'pejuang reformasi' pada tahun 1998 merasakan ramai antara 'kita' telah mula sedar bahawa perjuangan PKR adalah perjuangan yang sia-sia.

Sebuah parti politik yang ditubuhkan atas perasaan benci dan dendam serta untuk menyelamatkan nyawa 'satu orang', tidak akan dapat bertahan lama.

AM jumpa dengan kawan-kawan dari PKR dan mereka memberitahu, kebanyakan yang aktif sekarang ini (seperti kata nora) bukanlah pejuang tulin yang dilahirkan pada tahun 1998, sebalikya hanya golongan yang suka bikin kecoh.

Malah ada yang kata, presiden PKR adalah Anwar Ibrahim. :)

AM boleh jamin, umur Parti Rakyat Malaysia akan lebih panjang dari umur PKR. Walaupun telah 'dibubarkan'nampakya PRM masih lagi mengadakan mesyuarat agung mereka.

Sama-samalah kita tunggu dan lihat.

www.anak2merdeka.blogspot.com

Anonymous said...

slm,

Kak Nora, nak tanya sikit tentang apa perkembangan kawan kak nora tu?ala bekas pengerusi Gerak, nazree yunus.

Tak apapun yang dia sumbang join PKR, baik lagi orang macam YB Zahrin, YB Zul Nordin, Tan Tee Beng, YB Mohsin, kurang2 depa ni ada jugak bagi sumbangan untuk buka mata orang melayu tentang hak melayu.

Kawan kak nora ni hapa pun tarak, baik lagi Ezam masuk UMNO siap cium tangan Pak Lah dulu....dapat jugak ceramah bodoh si ezam, dapat duit juta-juta lagi.

Anonymous said...

jgn harap sangat pada anwar tu nora. dia sendiri pun tak betul. sebab tu umno buang dia. anwar pun selalu buang orang masa dlm umno dulu. buang tanpa dipanggil bela diri pulak tu. budaya yg sama dia bawak dlm pkr. mmg hampeh dia tu. sbb tu smpi skrg pun dia bukan ahli pkr.

-tom tem bak-

Anonymous said...

memang betoi la reformis ada jumpa ngan khalid... ingatkan gosip2 ja.. berapa juta depa tabuq kat reformis untuk huru-harakan MAlaysia ni hah ??? nak sikit boleh ???

jamadi said...

nora..aku pun sedih gak..zaman kita berferomasi di tahun 1998 dan seterusnye mase tu takde pun muka2 yg sekarng duk kate mereka le pejuang asli dan pejuang terbilang...ermmmm....entahlah...aku dah sedih dgn ape terjadi pade PKR..semua muka2 baru ni le yang jadi gunting dalam lipatan....

Anonymous said...

Yang merancang nak bogel tak jadi bogel datang jumpa MB tu . Mula nya mereka yang beriya2 nak bogel masa mesyuarat mereka tu . dekat2 nak bogel datang lah ejen2 MB tabur mereka2 yang berkehendakkan projek , ejen2 ni bagi janji2 manis , ada yang tiba2 jadi kaya . mereka ni yang tinggalkan persatuan kerana dapat projek instant . mereka peluk dia tu sebab dah dapat projek2 , mereka bisik2 lagi , lagi lagi lah macam orang .....

Anonymous said...

Dengan modal idea nak bogel depan majlis MB , dan2 memberi peluang terberi projek kepada exco2 reformis2 yang mata duitan aje , namun Periseden nya masih menerajui pertubuhan itu , adalah menjadi tanggungjawap manusia yang waras untuk memberi kesedaran kepada penduduk massa ,

Anonymous said...

Dengan modal idea nak bogel depan majlis MB , dan2 memberi peluang terberi projek kepada exco2 reformis2 yang mata duitan aje , namun Periseden nya masih menerajui pertubuhan itu , adalah menjadi tanggungjawap manusia yang waras untuk memberi kesedaran kepada penduduk massa ,

Calipso said...

aku duo kali kono tembak gas dulu...
masjid negara, masjid jamek kg baru... takdo ko orang nak jompot aku...