Salam kepada semua teman dan rakan-rakan,
Maaf kerana lama tak tulis kat blog tapi Nora sering hantar posting mengenai perkembangan Nora melalui face book. Untuk pengetahuan teman-teman semua, nora agak sibuk mengurus perniagaan – agak slow sikit nampaknya jadi terpaksalah Nora berusaha lebih di samping menjaga anak kecil nora.
Apa pun perkembangan reformasi – partisipasi dalam reformasi tidak pernah terabai. Nora tetap perjuangkan reformasi – sesuatu yang telah sebati dengan hidup nora. Biarlah apa orang nak kata – bagi yang suka mengata bahawa Nora dah masuk UMNO dan dah ikut Ezam ke – kita tengok bila hadir tuntutan reformasi nanti – pasti yang berkata-kata akan menyorok kat mana-mana tunggu orang lain berhempas pulas, berkorban untuk memperjuangkan hak kemudian menunggu kemenangan lantas timbul mendabik dada akulah perjuangan hebat.
Dalam masa Nora bertafakur – hihihi, sebenarnya menguruskan perniagaan banyak suara-suara sumbang yang telah Nora dengar. Antaranya adalah Nora menyertai Umno, mengikut Ezam dan sebagainya. Karut dan bagi mereka hentikan fitnah tersebut – tak bezanya nanti korang dengan Umno yang kini sedang hebat memfitnah Anwar Ibrahim. Nora akan hadir – bila masa tuntutan reformasi timbul tetapi Nora tidak hipokrit untuk menggunakan pentas reformasi untuk mendongak dan mengharapkan sesuatu – ada rezeki ada lah. Tetapi ada satu perkara yang ingin nora tegaskan – kerana baru-baru ini perkara ini berlaku. Nora dikatakan mengambil duit jaminan sewaktu kes tamat dan kami di bebaskan. Fitnah...setiap kali lepas kes – seperti yang baru-baru ini, Nasir Isa akan datang mengutip wang jaminan tersebut. Baru-baru ini Nora telah disoal mengenai duit jaminan itu – wang itu dikeluarkan oleh PAS dan sewajarnyalah dikembalikan kepada PAS. Namun bila Nora dimaklumkan Nasir Isa telah mengutip wang tersebut atas permintaan Dr Hatta – Nora segera hubungi Dr Hatta, namun jawapannya tidak – dia tidak tahu langsung mengenai wang jaminan tersebut. Nora luahkan sini sebab ada yang mengatakan Nora ambil dan sebenarnya Nora tidak. Nora cuba bertanyakan ke mana wang jaminan itu pergi namun sehingga kini nora gagal tahu. Untuk PAS – rasa baik ditanyakan Nasir Isa bukan Nora. Selama ini pun Nasir Isa dan beberapa yang lain mengambilnya.
Itu satu bab, satu bab lain adalah fitnah Nora masuk Umno. Ini sesuatu yang paling biadab, sama macam Umno memfitnah Anwar Ibrahim. Nora tidak menyertai UMNO, Nora masih lagi bersama Pakatan Rakyat dan Nora masih terbabit dengan reformasi. Tapi Nora tidak terbabit dengan segelintir mereka yang mengaku reformasi dan mendesak tabung 100,000 untuk kebajikan mereka, meminta dan dapat projek up town lah ...down town la...semata-mata kononnya mereka berjuang – karut-karut. Mereka hanya tahu mengugut kemudian mengharapkan sesuatu projek dari Pakatan Rakyat. Pemimpin pun kena tahulah siapa mereka ini – mereka ini hadir atas tujuan politik peribadi sahaja dan mereka hadir sekadar nak dapat sesuatu. Awas lah..nanti bila reformis yang lain nampak ketidakadilan korang kata perjuangan tidak seharusnya mendapat balasan tetapi tentu mereka terkilan – yang duduk berborak pasal politik pasal perjuangan diberi sedangkan mereka yang benar-benar berjuang dan berkorban dikatakan tidak seharusnya mendapat balasan. Itu semestinya tidak adil.
Nora malas nak bercerita perkara ini tetapi Nora terpaksa kerana Nora dikaitkan dengan perkara-perkara ini. Nora sebenar terkilan bila ada orang mengatakan bahawa Nora telah sapu banyak sewaktu reformasi – karut dan satu fitnah. Pemimpin kena sedar – adakah mereka bagi duit di tangan Nora? Kalau betul kenapa Nora tak rasa pun duit itu. Jangan bagi pada wakil yang akhirnya mengebas duit itu untuk diri sendiri.
Nora terpaksa menulis isu ini kerana Nora mahu memberi penjelasan – tidak mahu dikaitkan dengan kononnya menyebat wang, sekali lagi karut. Nora harap semua clear dengan penjelasan Nora dan tanya orang-orang berkenaan – mana pergi wang jamin itu semua – siapa yang ambil dan untuk siapa duit itu akhirnya. Bagi Nora – Nora akan terus bersama-sama Pakatan Rakyat – khususnya perjuangan reformasi...

No comments:
Post a Comment