Monday, June 9, 2008

DEBAT Melayu

Salam

Pada 6hb Jun 2008 lepas Nora gi Program Tak Melayu Hilang Di Dunia. WOW, tengok mereka bercerita mengenai politik, tuduh menuduh dan kritik mengkritik semata-mata nak tunjuk parti mereka lebih baik dari yang lain macam boleh mengakibatkan Melayu betul-betul akan hilang di dunia. Ada pula yang bercerita mengenai anak dia sekolah Arab dan membuat ketetapan bahawa dia tidak akan melakukan rasuah dan sebagainya seakan macam melobi diri pula. Siapa yang pergi debat itu mesti tahu!


Apa pun Nora tertarik dengan kehadiran seorang peguam yang membelasah panel-panel yang seakan berselindung tidak mahu mengatakan sebab utama Melayu ketinggalan. “Loyer” itu dengan berani mengatakan antara sebab adalah kerana hanya Melayu terlampau memberi. Beliau mengatakan kalau diputarkan jam dan kita tidak menerima bangsa lain mesti tanah Melayu ini tahu menjaga kedaulatan bangsa kita. Beliau mendesak kita memperkatakan isu sebenar dengan berani. Kita asyik risau berbicara mengenai mempertahankan hak Melayu konon-kononnya itu rasis. “Loyer” itu, sedap pula gunakan perkataan “loyer” dengan jelas mengatakan bahawa bangsa lain hanya tahu menuntut itu dan ini, mahu kita hilangkan hak keistimewaan tapi bertindak dengan lebih rasis dari orang Melayu.


Loyer itu berani dengan tegas mengatakan bangsa Cina khususnya adalah bangsa yang amat rasis. WOW, tegas kenyataan “loyer” itu. Apa yang nampak, bagi Nora mungkin benar apa yang “loyer” itu katakan. Tengok aje kita dalam bidang perniagaan. Bila kita tidak berjaya, kita kata orang Melayu tak pandai dan sebagainya tetapi mungkin sebab utama adalah kerana bangsa lain dah mendahului kita dan kita asyik tertakluk kepada mereka dalam berniaga sehingga mereka mampu membentuk atau memusnahkan perniagaan kita. Kita berdepan dengan banyak sebab lain – bukan sahaja bangsa yang kukuh ekonomi tetapi tidak mahu berkongsi tetapi mereka yang digelar pendatang yang datang tanpa izin untuk berniaga. Kat Masjid India, isu ini seakan tidak ada akhirnya. Buat lah apa pun, DBKL asyik sibuk menghentam kita yang berlesen. Hapuskan mereka yang tidak berlesen dahulu baru datang cerita kalau ada silap kita yang memegang lesen.


Program Tak Melayu Hilang Di Dunia ini masih cuba dikendurkan oleh ahli-ahli panel. Wakil dari Parti Keadilan Yaakub Sapiri asyik bercerita tentang buruk Melayu, Melayu suka rasuah, Melayu tidak menerapkan nilai Islam dan orang itu rasuah dan dia tidak akan rasuah, beli batik dengan harga yang mahal oleh kerajaan sebelum ini. Bagi Nora itu bukan platform untuk menunjukkan kita lebih Islam atau kita lebih bersih, kalau dah memerintah maka ambil tindakan, buka siasatan, bukankah YB Yaakub dah ada dokumen, katanya. UMNO pula dengan rancak memberi justifikasi mengenai kenaikan harga minyak, jangan selongkar yang dahulu dan macam-macam lagi yang bagi Nora macam retorik biasa.


Nora percaya kalau kita betul-betul ikhlas untuk memastikan Melayu tak hilang maka tak akan hilang Melayu itu tetapi kalau asyik dan terlampau taasub pada pemimpin dan penting untuk terus popular supaya dapat bertanding lagi maka Melayu PASTI tidak akan hilang tetapi TAK AKAN ada nilai. Ok sat, tabik Nora pada saudara Loyer itu – berani dan betul katanya – mereka yang lebih rasis. Nanti Nora cite lagi k.....c ya

7 comments:

AnakMerdeka said...

Bagi saya, memang betul melayu tidak akan hilang di dunia. Walaupun orang melayu benar-benar lenyap, perkataan 'melayu' itu sendiri tidak mungkin akan hilang.

Tetapi kita semua tahu, maksud melayu tak akan hilang tu, bukanlah perkataan 'melayu' tu, tetapi apa yang dimaksudkan ialah bangsa melayu itu sendiri.

Untuk maju, sebenarnya kita boleh mengambil apa sahaja contoh. Bangsa lain, banyak yang suka mengambil budaya dan adat istiadat melayu sebagai contoh yang baik, tetapi sebagai orang melayu, aku sendiri merasakan bahawa sesetengah sikap orang melayu itu sendiri bukan sahaja tidak boleh dicontohi malah kalau boleh perlu diubah segera.

Sikap orang melayu suka dengaki dengan bangsanya sendiri, sikap iri hati atas kejayaan bangsanya sendiri dan sikap suka berdendam atas kesilapan saudara sebangsa memang telah wujud sejak zaman berzaman. Kalau tidak masakan bomoh dan pawang boleh menjadi tempat rujukan dan mengadu. Malah kadang-kala yang berkopiah dan mengaku islam tetap menggunakan khidmat bomoh untuk menginiaya bangsa seagama.

Dalam politik Malaysia, orang-orang Cina boleh bertikam lidah dan berselisih pendapat semasa pilihanraya atau semasa perdebatan di Parlimen. Tetapi meraka boleh berkerjasama dalam bidang lain terutamanya perniagaan. Mereka berbaik sangka sesama sendiri.

Sesiapa yang tinggal di Parlimen Pandan dalam pilihanraya yang lalu pasti dapat melihat kain rentang yang di pasang oleh DAP berbunyi "Berikan DUN kepada DAP dan berikan Parlimen kepada BN"
Kenyataannya, diperingkat DUN wakil DAP berlawan dengan calon Gerakan, manakala di Parlimen calon PKR (melayu) berlawan dengan MCA.

Akhirnya keputusan bila keputusan pilihanraya, calon MCA menang, dan calon DAP juga menang. Saya tak hendak memandang isu itu sebagai isu perkauman, tetapi saya ingin memandang isu itu sebagai satu kerjasama, hubungan hati yang erat dan mengutamakan kepentingan bangsa mereka dari yang lain.

Malangnya bangsa melayu tidak mampu melakukan seperti yang dilakukan oleh kaum cina. Bila kita berselisih faham, kita akan terus mencari keburukan lawan kita. Bila kita benci seseorang, kita akan hina dan caci sehingga hati kita puas (yang nyata kita tidak akan pernah puas). Bila kita tidak sependapat dengan orang yang berlainan lambang parti, kita akan terus bermusuh-musuhan hingga membawa ke dalam masjid. Kita berpuak-puak, dan kita akan terus menyumpah seranah bangsa seagama kita hanya sekadar kita berlainan pandangan politik.

Sebelum terlambat, sedarlah wahai bangsaku.

Anonymous said...

sy juga turut menghadiri forum tersebut..

"Debat Agung- Takkan Melayu Hilang Di Dunia; Realiti atau Fantasi"

sy teramat kecewa dengan kupasan tajuk ini yang sy kira amat memberi makna terhadap bangsa Melayu iti sendiri, tetapi sangkaan saya teramat meleset, para ahli panel seolah2 menggunakan ruang dan peluang yang ada untuk memantapkan diri dan parti masing2.

tajuk yang seumum ini terlalu dikaitkan dengan politik yang pada hemat saya tidak sampai maksud perdebatan tersebut. amat menegcewakan.

namun, kekecewaan ini sedikit terubat apabila Dr. Agus memberi komen yang agak membina dan menampakkan kewujudan melayu dan sedikit realiti Melayu itu sendiri.

sy agak bersetuju dengan pandangan seorang Lawyer yang mengemukakan soalan dan pandangan beliu "cina most racist". bila kita lihat hari ini, realitinya.. bila kita cuba membangkitkan perihal ketuanan Melayu, Cina denganlantang sekali menuduh kita rasis, tetapi bila mereka menuntut penubuhan sekolah jenis kebangsaan, kita tidak pernah dan tidak sama sekali mengatakan itu berunsur perkauman..

fikirlah dan sedarlah wahai kawan.. kembalikan Bangsa Melayu kita, kembalikan kegemilangan Bangsa kita.

AnakMerdeka said...

Saya sebenarnya sangat tertarik dengan topik ini, jadi izinkan saya memberi pandangan saya yang kedua.

Seperti kata saudara anonymous kata, orang melayu biasanya bila bercakap akan lebih mirip untuk memenangkan dirinya atau kelompoknya sendiri. Dalam membicarakan soal ketuanan melayu ini pun banyak ulasan atau komen yang dibuat akan lebih menjerumus kesifat kepartian.

Saya bukanlah seorang nasionalis, dan jauh sekali untuk bersikap racist, malah boleh dikatakan rakan karib saya yang berbangsa cina lebih ramai dari yang berbangsa melayu.

Kenyataan tetap kenyataan. Kaum cina memang lebih racist berbanding kaum melayu. Dan kaum cina terlalu tebal dengan budaya dan adat bangsa nenek moyang mereka. Walaupun berbeza pendapat dari segi politik, mereka boleh duduk semeja untuk membincangkan hal-hal perniagaan dan keluarga.

Bagi orang melayu pula, walaupun satu agama, tetapi bila sudah berlainan pegangan politik, seolah-olah haram baginya untuk bersahabat dengan orang yang bukan dari parti yang sama. Malah satu ketika kita pernah dengar bagai mana suami menceraikan isteri kerana berlainan fahaman politik dan sehingga sampai sembahyang dua imam, juga kerana tidak mahu menjadi makmum dengan imam yang kononnya dari parti politik yang lain.

Kenapa harus begitu?

Di Malaysia ini, jangan terkejut jika satu hari nanti parti MCA, Gerakan dan DAP boleh bergabung dan menjadi satu parti politik kaum cina. Yang nyata walaupun mereka sekarang ini berlainan lambang, tetapi nada, idologi, matlamat dan perjuangannya tetap sama. Yang bezanya yang satu mungkin lebih keras nadanya, dan yang satu lagi lebih bernada lembut. Siapa yang tahu apa yang mereka bincangkan dibelakang kita?

Jadi orang melayu semua sedarlah. Berfikirlah secara rasional. Hapuskan sikap dengki mendengki, iri hati, hasat dengki, berperasangka buruk kepada saudara kita yang seagama, semata-mata kerana berlainan fahaman politik

Anonymous said...

Orang melayu sekarang sudah banyak ketinggalan. Apa mereka tahu hanyalah lepak di kedai kopi, main dam, masuk Pekida konon2 nak jadi gangster. Kita perlu sedar kita ada hak keistimewaan tetapi hak itu seakan kita menjadi semakin manja, malas dan berfikir Malaysia ini milik kita seorang. Apabila bangsa lin sentuh pasal hak kita, kita nak melenting, tetapi kita perlu tanya pada diri kita sendiri adakah kita merebut sebaiknya peluang kita menjadi suatu bangsa yang ada hak di Malaysia, rebut peluang untuk berjaya dan menakluk ekonomi.
Bangsa cina tidak perlu bertumbuk dengan kita kerana mereka telah memegang ekonomi di Malaysia ini. Bangsa kita sehingga ke hari ini masih lagi berhutang barangan dengan kedai runcit milik bangsa cina. kita perlu buang perangai yang suka seronok sentiasa, di mana ada konsert di situ orang melayu dulu pergi, di mana ada pertandingan menyanyi di situ org melayu pergi. Kita seolah-olah telah terleka sehingga kita rasakan dunia ini akan kekal seratus ribu tahun lagi.
Org melayu harus sedar, kita perlu bangun dan sedar kita sudah ketinggalan. jgn sampai org India akan pintas ke tidak lama lagi.
Kita harus bersatu tidak kira bangsa atau agama demi negara kita ini. Jangan ada perasaan racis diantara kita rakyat Malaysia.

Rakan2
Jangan Lupa layari blog saya di http://khairilazuar.wordpress.com
bagi komen setiap artikel yang saya tulis. …ada artikel baru

angah said...

salam reformasi..
takkan melayu hilang di dunia.
sayer setuju..melayu takkan hilang di dunia..
tetapi cermin dulu...kenapa ekonomi melayu tidak sebaik ekonomi cina....??
fikirkan..DEB
DEB tak berkesan ker?
mustahil...projek2 yg di kuarkan kerajaan sepatutnya di berikan kepada kontraktor melayu..kenapa lak kontraktor cina boleh dapat??
salah siapa..
salah kontraktor melayu gak..bila dpt projek di alibaba kan...
dah tue...
salah siapa????
masjid tempat umat islam beribadah di berikan projek kepada cina...
salah siapa???
politik di kampung...
merebut ketua cawangan U*N*...
berpecah belah..yg kalah pergi buat cawangan lain...
dlm satu parti pun melayu berpecah...cam mana nak bela nasib melayu ...kalu semua gila kuasa..
salah siapa????
saya bukan lah anti cina..
tapi kita kena belajar dgn cina..
cina nie bijak..mereka mengepikan politik..walaupun mereka berbeza fahaman politik..mereka boleh duduk semeja..berjuang bersama utk bangsa mereka..tapi melayu???
contoh macam saya lah..
saya tak kisah pun kalu org nak sokong umno..saye pkr..
tapi bila tahu sayer ahli pkr..ahli umno yg dulu kawan tak nak tegur..sebab aper? sebab berbeza fahaman politik jer...bagi saya..melayu kena belajar..parti politik tidak dapat menbela nasib melayu lagi...umno tidak dpt menbela melayu lagi...kembali kepada perjuangan ISLAM sebenar...
PERLEMBAGAAN 513 MALAYSIA TETAP MENETAPKAN HAK2 ORG MELAYU...WALAUPUN PKR.PAS MEMERINTAH...KITA KENA INGAT BUKAN UMNO SAJER YG MMENPERJUANGKAN ORG MELAYU...

AIDC said...

Salam



Betulkah Anwar Agent Amerika ?

http://www.youtube.com/watch?v=YDOTQX8Yw8s



Soalan untuk Anwar-Betulkah terima duit Yahudi?

http://www.youtube.com/watch?v=Oj67qH2SA2w



Video 7-Siapa godfather Anwar ?

http://www.youtube.com/watch?v=AJfBY1DDKDY



Video 6- Siapa taja Anwar PRU 12?

http://www.youtube.com/watch?v=3Lx2zJwKqLA





Sumber :

http://www.anwaribrahimdotcom.blogspot.com/

Alafaya Home Staging said...

Greeat blog I enjoyed reading