Salam semua,Pheww, minggu ini Nora betul-betul sibuk. Sibuk nak jaga gerai Nora memandangkan kita akan menghampiri puasa, stok nak kena beli sekarang, kalau tidak perniagaan terbantut, nak susun stok dan nak mulakan persiapan perniagaan menjelang Hari Raya. Harap-harap perniagaan baik semasa nak masuk Ramadan dan Hari Raya ini. Apa pun dalam kesibukan berniaga dan bekerja Nora sempat pada 9hb Ogos 2008 pergi ke rumah Black kerana kakak beliau berkahwin. Wah seronok jugak...makan sedap dan lepas makan baru nak sedar – takut kalau berat badan naik..payah nanti.
Kenduri itu sempurna dan Nora duduk semeja dengan Black dengan girl friend dia, Rahman dan teman wanita dia dan seorang lagi tetamu, web master umno-reform. Dia datang juga ke rumah Black. Apa salahnya dia kawan Black dan hari itu sempat Nora mendengar web master umno-reform itu berborak dengan Dr Zulkifli (PAS). Nak tahu mereka bercerita mengenai apa – mereka bercerita mengenai demonstrasi di hadapan Majlis Peguam mengenai forum kontroversi.
Dr Zul mengatakan bahawa sekiranya dalam terma kebebasan bersuara maka lebih baik juga kalau forum itu tidak di bantah malah di biarkan berterusan. Web Master umno-reform tersebut dalam berhujah turut mengatakan bahawa beliau tidak setuju dengan forum itu dalam erti kata berdialog mengenai ketetapan agama Islam. Beliau berhujah, ini adalah hasil dari kelonggaran dalam mereka memperkatakan mengenai Artikel 121(1A) dan perkara seperti murtad dan sebagainya. Bagi Islam ini bukan soal “debatable”. Payah juga Nora untuk menulis bahasa omputih ini tetapi Nora usaha cari makna dan faham apa maksud pemilik laman web umno-reform tersebut.
Apa pun Dr Zul dan pemilik umno-reform itu nampak mahir dengan hujah masing – masing. Nora seronok dengan mendengar Black, Rahmat dan Anuar ( nama web master umno-reform, kecik lak hati dia nanti alau tak sebut nama) berborak dan berbincang mengenai isu semasa. Inilah sebenarnya yang perlu ada – perbincangan sihat tanpa makna tersirat.
Sebenarnya kalau ikhlas maka yang tersimpul boleh lerai. Apa pun hak rakyat kita bela dan kita perlu bersatu hati untuk menguatkan kita sebagai rakyat Malaysia. Apa pun kita boleh mengubah kalau kita mahu dan kalau kita percaya. Nora pun berubah gak dari masa ke semasa asal jangan saiz berubah dah le....hihi kuat makan sikit sekarang ini.
Ok lain masa kita jumpa lagi k...salam pada semua
3 comments:
Best ler makan nasik kenduri, saya berada di Protes tersebut, saya rasakan sepatutnya jemput mufti atau ulama, biar cerdik pandai menerangkan tentang Islam dan satu lagi buat apa panggil orang2 yang satu pandangan ....
Rakan2
Jangan Lupa layari blog saya di http://khairilazuar.wordpress.com
bagi komen setiap artikel yang saya tulis. …ada artikel baru
Salam
Rumah Black tu terletak di Seksyen 7 Shah Alam ke kak Nora?
Wasallam
salam,
anakmudaparlimentbatu
Nora setuju dengan pandangan saudara.
Mohdhaslanr,
Betul tu,rumah blak kat seksyen 7,shah alam.Tepi jalan jer
Post a Comment