Wednesday, August 6, 2008

Berita Abang Bakaq

Laporan ini adalah dari Kak Salwa isteri Abang Bakaq aka penarik beca


Abang Bakaq ditahan di kediaman beliau di Taman Koperasi Polis Fasa 1 kira-kira jam 11.00 malam tadi. Empat orang polis lelaki dan seorang polis wanita berpakaian preman memperkenalkan diri bahawa mereka dari Bukit Aman. Kata mereka “saya datang kerana ada orang buat laporan polis terhadap Abang Bakaq dan blog yang di tulis. Abang Bakaq minta waran tangkap dari polis berkenaan,kata salah seorang dari polis tadi bahawa”polis Malaysia tidak perlu waran”.Hebat juga polis Malaysia ni kan,mungkin terlalu banyak tengok filem-filem aksi polis dari Hong Kong kot?


Jam 02.37 petang Kak Salwa di hubungi oleh Blak di hadapan kami dan ini berita yang kami terima dan diberitahu melalui perbualan telefon antara Blak dan Kak Salwa.

Pagi tadi beliau di hantar ke Balai polis Sentul dan pada jam 9 pagi tadi beliau di bawa ke Commercial Crime Division. Menurut kata Puan Salwa,Abang Bakaq mungkin ditahan sehingga esok atau sehingga siasatan selesai dijalankan.

Semoga Abang Bakaq dan juga isterinya Kak Salwa, tabah mengharungi dugaan ini. Doa saya dan juga rakan-rakan bloggers yang lain turut mengiringi Abang Bakaq sekeluarga. Ramai juga

Bloggers yang datang tadi dan pengalaman baru Nora bila dapat bersua muka dan mengenali bloggers dengan lebih rapat lagi. Kiranya macam majlis suai kenal para bloggers lah ni.

Esok pula,Nora ada kes mahkamah yang melibatkan kejadian di IPK tempoh hari. Berita ini diberitahu oleh penjamin Nora iaitu Encik Norazaidi pada jam 03.05 minit petang tadi dan Nora juga mohon doa dari allah swt agar jauhkan diri dari di aniayai dan menganiayai orang lain.

Berita yang baru Nora terima dari Blak sebentar tadi,Abang Bakaq di tahan reman sehari lagi.

Solidariti untuk blogger Penarik Beca

Nora menzahirkan solidariti Nora kepada Pak Bakaq aka Penarik Beca - bloggers yang di tahan pagi tadi jam 4.00am di kediaman beliau atas tuduhan hasutan. Bloggers dijangka berhimpun jam 2.00pm di Commercial Crime Division berdekatan dengan Bukit Aman



12 comments:

Lata Ulu Lawin, Kenering 33300 Gerik said...

Salam solidariti saya untuk Bakaq. Apa kan daya, saya kena jaga kubu diPtg. Pauh. Terima kasih diatas keprihatinan, Nora.

~♥ UmmiAnni ♥~ said...

salam kak Nora,

ummi cuma dapat doakan dari jauh..semoga beliau tabah menempuh dugaan dan penganiayaan dari mereka2 yg tak bertanggungjawab...

wallahualam

Harimau-Menaip said...

Hak kan Berdiri, Bathil kan Jatuh!

macam pernah dengaq je?

Salam Solidariti buat Penarik Beca.

Anonymous said...

Kak nora, harap nanti kalau ada apa-apa bagitau saya dengan sms sahaja, saya tidak tahu lak tadi.
Esok pukul berapa kak nora di mahkamah?

Rakan2
Jangan Lupa layari blog saya di http://khairilazuar.wordpress.com
bagi komen setiap artikel yang saya tulis. …ada artikel baru

MAHAGURU58 said...

Assalamualaikum Nora.

Saya do'akan agar Nora selamat dan dibebaskan dari sebarang pertuduhan didalam kes esok.

Insya Allah.

Bersyukur dapat berkenalan dengan rakan rakan blogger seperjuangan tadi di Bukit Perdana.

Mudah2an Bakaq akan dibebaskan segera tanpa sebarang kemudaratan lagi.

Nak buat macamana?

Manusia manusia didalam Kerajaan BN rakus berkuasa sementara tetapi berperangai seolah takkan mati dan hidup bermaharajalela sepanjang masa?

Kita tengok sahaja akan nasib mereka bila Azab Allah turun menimpa yang zalim terhadap sesama warganegara?

al-chechen said...

Perkara perkara begini akan menambahkan lagi semangat para bloggers untuk terus berjuang. Petikan pada keyboard lebih laju dari petikan picu pistol.

AMK Melaka said...

Salam Solidariti utk Abg Bakaq.

Salute untuk reformis seperti Kak Nora dan semua Blogger yang selama ni memperjuangkan hak rakyat dan membongkar permasalahan pemimpin korup.

Teruskan perjuangan anda. Sesungguhnya ALLAH sahaja yang tahu pengorbanan kalian.

Admin
http://amkmlk.blogspot.com

ibnmustaffa said...

Apa cerita puan Nora? Apakah gerangan kes puan Nora di mahkamah tadi? Ok ke? Lepas ke? Tiada kes ke? Harap semua baik2 belaka, insyaAllah.

Berkenaan dengan Tulang Besi, ada mengganggu puan Nora lagi ke? Harap tidak, sebab beliau dah kacau bilaukan PAS pula.

AKUOKU said...

uncle bakaq ni wira siber! macam auntie nora gak!!

Anonymous said...

salam reformasi kepada semua blogger! teruskan perjuangan.

norazimah mohamad nor said...

Salam semua,

Sori lambat balas, keje banyak sangat pula sekarang ini. Apa pun kita mengucapkan syukur kerana Abg Bakaq telah bebas dan kita berdiri di belakang bloggers yg hadir untuk memperjuangkan nasib rakyat tanpa memikirkan risiko terhadap diri sendiri.

Teruskan perjuangan

Anonymous said...

Apa sebenarnya yg diperjuangkan.. tak ada 100% ok dalam kerajaan didunia ini. menukar kerajaan bukan mcm menukar baju atau kerata. apa jaminan kerajaan pkr lebih baik dr BN. di Selangor pun dilihat BN dulu lagi baik. Bukankah kita tidak dihalng utk bergerak bebas, belajar setinggi mana, berniaga atau beranak sebanyak mana. apa yg pasti ini adalh perjuangan utk mengejar kuasa ..