Tuesday, August 26, 2008

Tahniah PKR – Tahniah Anwar Ibrahim

TAHNIAH ANWAR IBRAHIM DAN PERMATANG PAUH

Nora di Permatang Pauh - bagi yang terus bagi komen yang bukan2, Nora hadir bukan untuk berniaga tetapi untuk memberi sokongan moral
Di bilik gerakan PKR

Pakatan Rakyat menang di Permatang Pauh. Tahniah kepada PKR dan tahniah kepada semua golongan yang menyokong dan bertungkus-lumus memastikan Anwar Ibrahim menang dengan gayanya. Apa pun ini adalah suara rakyat dan suara inilah yang perlu kita hormati dan hargai. Kerana mereka – PKR menang dan kerana pengorbanan mereka PKR terus meletakkan wakil ke Parlimen. Pasti hebat bila Anwar Ibrahim menjejakkan kaki ke Parlimen tidak lama lagi. Anwar Ibrahim kini Ketua Pembangkang dan kalau usaha terus di lakukan maka Anwar Ibrahim tidak mustahil menjadi Perdana Menteri Malaysia. Sungguhpun begitu perjalanan itu masih panjang kerana kuasa masih pada kerajaan Barisan Nasional dan segala usaha dari semua pihak harus diberi perhatian.

Tahniah Anwar Ibrahim, Tahniah PKR dan PAKATAN RAKYAT tetapi yang lebih perlu kita ucapkan adalah TERIMA KASIH kepada semua yang memberi sokongan berkempen dan kepada rakyat Permatang Pauh..anda semua telah menjalankan tanggungjawab untuk memastikan Malaysia yang lebih adil dan saksama.

Maaf lama tidak update - akan update seperti biasa tidak lama lagi.

14 comments:

kuchalana said...

sampai juga nora ke PP.. :)

saya dikejauhan pon terasa debaran dan kehangatan PP..

tahniah juga untuk pak nuar dan smua jentera PR..

norazimah mohamad nor said...

Salam kuchalana,

Terima kasih di atas sokongan.Nora pun tak lama di Permatang Pauh,hanya sekadar berjumpa dengan teman-teman dan memberi sedikit sokongan moral dan kata-kata semangat buat mereka.

Ramai juga teman-teman yang tidak dapat turut serta ke Permatang Pauh kerana komitmen masing-masing.

Apapun doa dan sokongan teman-teman sudah memadai.Nah,hasil dari sokongan anda semua....syukur,

SEKALI LAGI PERMATANG PAUH MENJADI MILIK KITA.TAKBIR!!!

Anonymous said...

yer...sama2 kita doakan DSAI sampai sbg PM di putrajaya tak berapa lama lagi....

TAKBIR!!!REFORMASI!!!

Anonymous said...

Selamat juga untuk nora,gimana bulan rahmadan ini dah banyak persiapan ke ? ya selamat menyambut bulan rahmadan ya dari warga reformasi Indonesia

Anonymous said...

Ini merupakan kejayaan atas usaha yang gigih oleh semua rakyat Malaysia yang tertumpu di Permatang Pauh. Inilah pengajaran yang patut diajar oleh puak-puak UMNO, tetapi semacam belum sedar lagi, mereka tidak relevan lagi, esok DSAI akan angkat sumpah, Terima Kasih Rakyat Permatang Pauh.

Rakan2
Jangan Lupa layari blog saya di http://khairilazuar.wordpress.com
bagi komen setiap artikel yang saya tulis. …ada artikel baru

Unknown said...

segala puji saya kepada puan nora yang gigih dalam perjuangan. malang bagi saya kerana tidak sempat ke sana kerana ibu mertua saya meninggal di ipoh pada 23.08.08 yang lalu dan saya semestinya berada di ipoh.

tahniah kepada DSAI dan PKR/PR kerana menjadi pilihan rakyat permatang pauh dan syukur kepada Allah yang menggerakkan hati pengundi untuk mengundi PKR/PR.

takziah untuk UMNO/BN yang mungkin akan diusung ke pusara secepat mungkin!

Unknown said...

Salam,

taniah kepada Datuk Anwar tetapi setinggi-tinggi taniah kepada Datin sri wan azizah .....

Jika keadilan ditegakkan, keberanian tidak diperlukan lagi.

carcoon

Fairus M.Zain said...

SALAM,
brp hari nora kat ppauh? carik juga nora tapi tak jumpa, cuma jumpa black, rahman and suara keadilan press only.

aa8066 said...

Parlimen : Permatang Pauh
+ P : 44
= 2P :Permatang 4 + Pauh 4
= 2P :P4 +P4
= 2 kali menjadi Pemimpin : Pemimpin Malang + Pemimpin Malang (4 erti Malang)
= 2 kali menjadi Pemimpin : 2 kali menjadi Pemimpin Malang
*Maksudnya menjadi 2 kali Pemimpin adalah Pemimpin Kerajaan dan Pemimpin Pembangkang.
*Maksud menjadi 2 kali Pemimpin Malang adalah 2 kali mendapat Malang sebagai Pemimpin.
*Pemimpin Malang = PM
*Dari Pemimpin kerajaan akan menjadi PM dan dari Pemimpin Pembangkang akan menjadi PM.
*Tapi PM bukan Perdana Menteri tapi Pemimpin yg akan mendapat Malang,
* percayalah Dari kiraan Nasib

angah said...

aduh..

kan syirik tue en emm..
menpercayai tilikan atau nasib berdosa tau..

renung-renungkan dan selamat beramal...

hehe..

salam perjuangan
angahsp

angah said...

selamat menyambut ramadhan almubarak..

ikhlas dari.
angahsp.

Anonymous said...

orang pkr kena belajar banyak dalam menghadapi pilihanraya...


dan kena pandai jugak hargai orang lain yang dah membantu..
kenapa pas pulau pinang nak boikot sebelum ni? kenapa sampai TGNA dalam tidak sihat terpaksa turun ke pp... tidak pernah TGNA bersusah sebegitu untuk satu kerusi parlimen...
sampai pas kota kota bharu hantar petugas membantu... jarang benar berlaku...
dan sampai wakil rakyat pas terpaksa pujuk orang-orang tua supaya keluar mengundi...

jangan bila dah ada kuasa... terus rasa hebat...

Hijat Panjang... said...

Salam kak nora...

macam kenai saja mamat yang sebelah kak nora tu..?? berbaju kelabu..?? Aritu absent..pasai tu tak sempat jumpa kak nora..
Sekarang ni bulan posa,sibok ler dia noo...jualan habis2san..

Anonymous said...

Assalamulaikum Kak Nora

Tahniah diatas kemenangan PKR parti dokongan Akak.Sebahagian kemenagan tersebut adalah atas hasil pahit jerih akak.

Saya mengambil cuti dan berpeluang balik Kg. di Bukit Mertajam melihat perjalanan pilihanraya Permatang Pauh.Saya pun nak tengok juga AI idola saya ketika saya menuntut di High School Bukit Mertajam berjuang mempertahankan maruah diri, keluarga dan parti.Saya renung Madrasah Masriyah yang telah lama saya tinggalkan sebelum ke High School dulu dan disini lah saya sedikit sebayak menimba ilmu agama dan mengerti perjuangan PAS.

Kemenangan DSAI memang tidak dinafikan. Kelebihan berhujah,berilusi, berpropaganda, berhipokrasi jelas berlaku dalam pilihanraya di Permatang Pauh ini. Dalam politik waima siapa juga Nik Aziz ka, Haji Hadi ka, Pak lah ka, Najib ka.. semua perlukan perkara ini.Siapa yang bijak mengambil kesempatan dia akan menang. UMNO kalah sebab mereka tidak cerdik menggunakan tipu muslihat berpolitik. Kita jangan cakap pasai Islam dalam PRK Permatang Pauh ini kerana Islam begitu jauh disini. Semua yang berada di Permatang Pauh adalah hamba kepada politik dan akan menggunakan apa saja untuk mendapat laba kemenangan waima ia bertentangan sekali dengan ajaran Islam sekali pon.

Semoga PKR terus berjaya dan berusah untuk mengubah sikap ahlinya.

Akak bila nak berubah.....