Monday, October 13, 2008

Sesi Mahkamah Kes Protes








Kes Mahkamah Protes

13hb Oktober 2008

Hampir 46 orang yang di tahan di KLCC pada demo Protes hadir ke mahkamah pada 13hb Oktober 2008. Semua di tuduh menyertai perhimpunan haram dan tambahan pertuduhan adalah pada YB Tien Chua - dengan satu lagi pertuduhan tambahan iaitu ingkar pada arahan. Macam satu “gathering” pula dengan Nora dapat bertemu kawan-kawan.

Malang sekali dan di doakan Sdra Zaid Ibrahim cepat sembuh akibat kemalangan jalan raya dan beliau tidak hadir pada sesi mahkamah itu. Ada pula rakan yang di tahan semalam kerana mahu dipastikan kehadiran ke mahkamah. Tan Choe Hoi di tahan dan diikat jamin oleh rakan pada 12hb Oktober 2008.

Barisan Peguam turut hadir bagi memastikan kami mendapat pembelaan sepatutnya. Antara peguam yang hadir adalah Tuan Hj Hanipa Maidin, Tuan Hj Khairuddin, Gorbind Singh Deo, Sdr WK Chan, Sdr Hasshahari, Sdr Radzlan Jalaluddin, Sdr Lai Chee Hoe dan Sdri Chow Ying.

Sesi Mahkamah seperti biasa di tangguhkan 23-25 March 09. Biasalah tidak pernah kemas perbicaraan khususnya yang melibatkan kes reformasi. Ini kerana kes seperti ini mungkin hanya diada-adakan untuk menyulitkan dan menakut-nakutkan kita untuk terus bersuara. Tambahan pula penguasa dan lain-lain kakitangan hanya makan gaji. Masa Nora sampai ke mahkamah ini Nora perasan kain rentang – BUAT KERJA di bangunan mahkamah tersebut. Betul lah buat kerja tapi nampak macam tak buat homework aje mereka.
Mungkin itu style mereka – buat kerja untuk menyulitkan kita aje....

3 comments:

JAMILKUCING said...

Nora-nora alahai apesal lak yg gi warna rambut dik ooi. yang ori kan lagi lawa. dah macam wanita inggeris dok kata frika lak hehehe jgn marehhhh

norazimah mohamad nor said...

salam,

abang jamil,hahaha....nora tak marah lah.terima kasih di atas komen abang.

azwandengkil said...

Kemain rapat lagi Ustaz Badrul Amin tu dgn Kak Nora ni. Jaga2 sikit ustaz. Byk mata memandang.