Norzairi Jantan ( lelaki yang tak orait - hujung kiri) juga pada mulanya pernah menjadi Skuad Berani Bogel
Gambar di atas adalah antara mereka yang pernah menjadi ahli Skuad Bogel. Adakah wajar lelaki yang tak orait di bantu dengan hanya konon2 mengaku reformis hebat?Budaya baru ? Fenomena baru ? Apa semua ini. Adakah ini keadilan atau ini sebenarnya corak dan cara baru untuk kita menuntut sesuatu. Kita ugut, kita serang , kita langgar tanpa etika. Akhirnya yang benar ke tepi dan yang rakus dan tidak bertanggung jawab memperoleh segala-galanya.
Adakah pemimpin masih tidak faham-faham lagi? Adakah mereka tidak nampak atau mereka tidak tahu? Pernah ada orang komen dalam blog ini,bahawa reformis tidak menuntut balasan kerana perjuangan itu adalah ikhlas. Namun, apakah keikhlasan itu juga menjadikan kita lemah dan lesu lantas membiarkan saja nama reformis di jaja oleh orang yang tidak bertanggungjawab menggunakan nama untuk kepentingan sendiri. Akhirnya semua nama reformis lain terbabit di burukkan sebagai golongan orang yang tidak ikhlas berjuang.
Bagi Nora,membantu orang yang tidak bertanggungjawab, mendahulukan mereka, tunduk pada ugutan-ugutan mereka adalah tindakan yang tidak wajar. Ini juga bagi Nora sama seperti menikam mereka yang benar-benar ikhlas berjuang. Ingin Nora tegaskan di sini, ini bukan masalah iri hati atau dendam dan cemburu tetapi ini adalah bentuk-bentuk ketidakadilan yang amat mengecewakan reformis yang selama ini tidak hadir menuntut pembalasan perjuangan.
Keadaan inilah yang wujud dan keadaan inilah yang membentuk kecurigaan kita terhadap kepimpinan yang ada. Mereka perlu tahu dan sekiranya mereka tidak tahu maka mereka tidak ada bezanya dengan kepimpinan UMNO yang ada.
Sebenarnya, perkara-perkara ketidakpuasan ini wujud dan baru-baru ini sewaktu Nora menghadiri kenduri persandingan anak kepada abang Anwar Ibrahim iaitu uncle Li, Nora terdengar suara-suara ketidakpuasan ini timbul di kalangan aktivis-aktivis reformasi yang selama ini mendahulukan perjuangan dari kebajikan mereka sendiri.
Kelmarin selepas Nora bawa anak-anak keluar makan, Nora sempat singgah sebentar ke Masjid India untuk bertemu teman-teman di sana dan bertanyakan khabar mereka dan melihat tempat Nora berniaga. Banyak kenangan di sini,yang baik dan yang buruk terbayang di fikiran Nora. Nora masih ingat satu ketika dulu tong tempat niaga Nora telah di terbalikkan dan Nora di herdik di depan orang ramai dan di jerkah oleh lelaki yang tidak “orait” hanya kerana Nora menuntut untuk mendapatkan khidmat Majlis Agama tentang status perkahwinan Nora yang di ragu setelah lelaki yang tak orait ini berkali-kali melafazkan cerai kerana pembabitan dia dengan wanita-wanita. Lelaki yang tak orait ini, setiap kali terbabit dengan wanita lain beliau sering berjanji dan bersumpah untuk menceraikan Nora. Alangkah hiba hati seorang isteri apabila mendengar sendiri kata-kata dan janji lelaki yang tak orait ini kepada wanita tersebut.
Lebih memburukkan keadaan, apabila Nora enggan bersama lelaki yang tak orait ini kerana Nora meragui status Nora setelah lelaki yang tidak orait ini seakan menggugurkan talak berkali-kali. Lagi durjana bila lelaki yang tidak orait ini mengucapkan kata-kata berikut-ala, aku boleh tanggung lah dosa tu, apabila Nora menolak untuk bersamanya.
Begitu banyak kenangan di jalan Masjid India ini, ini lah tempat Nora berhempas pulas mencari rezeki untuk membesarkan anak-anak dan sehingga menyuapkan nasi pada lelaki yang tidak orait ini yang hanya tahu duduk dan hanya bercerita perihal politik dengan kawan-kawanya.
Tapi kehadiran Nora kali ini lebih mengejutkan, bila lelaki yang tidak orait ini, tidak bertanggungjawab dan tidak gugur sedikit pun keringat dalam gerakkan reformasi diberi ruang dan peluang semata-mata menggunakan nama reformis. Alangkah malunya mereka ini mengugut untuk berbogel-satu perbuatan yang memalukan namun mungkin menguntungkan. Ugutan mereka ini menyebabkan ada kepimpinan yang tunduk lantas memberikan projek-projek tertentu semata-mata takut mereka ini membogelkan diri dan menunjukkan ....di khalayak ramai.
Begitu terkejut Nora bila Nora dan teman-teman kami pergi minum,macam biasa kedai mamak di belakang sungai-masjid India mengatakan bahawa ,lelaki yang tak orait ni termasuk 3 dari teman-teman nya dapat projek untuk menjalankan uptown yang terletak di Seri Gombak, berhampiran Pejabat Pos dan Maybank. Kabarnya lelaki yang tak orait ni telah mula mengedarkan borang-borang pendaftaran untuk menyewa tapak-tapak uptown tersebut.
Lelaki yang tak orait ni dan juga temen-teman mereka sebelum ni adalah ahli-ahli dari skuad reformis bogel dan sebelum ini bukan main lagi mengutuk pemimpin dan pimpinan yang ada dalam PR, aik…apa dah jadi ni?
Ada fenomena baru dalam PR ke? Ugut mengugut untuk mendapatkan projek yang konon nya untuk puak reformis dan untuk membantu reformis, katanya. Betul ke? Reformis yang mana tu agaknya ye? Sedangkan mereka sendiri tidak cukup syarat untuk mengelar kan diri mereka sebagai reformis,apa lagi sebagai pejuang.
Apa yang buat kan lagi tak best ialah,salah sorang darinya yang tidak pernah beri nafkah pada keluarga dan anak-anak dalam jagaan bekas isteri dan lelaki yang tak orait ni tidak bercerita pula pada teman-teman bahawa dia telah menceraikan isterinya. Bila jumpa pimpinan dan minta projek dia akan cakap-saya suami Nora, tolonglah saya. Kami dah banyak berjuang untuk parti. At least berilah kami makan untuk anak-anak dan isteri kami. Isyikk jijik dengarnya.
Alangkah hina perbuatan nya ini,dan bagi Nora sesiapa yang telah membantunya tanpa usul periksa tidak akan menguntungkan parti malah akan menyebabkan para reformis yang ikhlas berjuang memandang serong pada konsep keadilan yang di laung-laungkan sebagai tunggak perjuangan kita.
Wow,senangnya ye? Apa kredibiliti yang ada pada lelaki yang tak orait ni dan teman-temannya? Sapa pula reformis-reformis yang dapat petak dan peluang berniaga di uptown kepunyaan dia? Dan berapa banyak pula wang yang akan di kaut atas alasan palsu yang diberi?
Demi kebenaran, Nora terpaksa meluahkan semua ini dalam blog Nora dan ini di lakukan kerana Nora tidak sanggup tengok kepalsuan yang ada.
Apa yang lelaki tak orait ni tak pernah buat pada Nora?
Pukul Nora dalam waktu mengandung mulai mengandung anak pertama dan seterusnya, pukul anak Nora sehingga Nora terpaksa buat laporan polis. Penderaan seksual sehingga ada percubaan yang tidak sanggup nora tulis. Nafkah? Jarang-jarang sekali dengan alasan bisnes nora ok, kalau minta pun, kami terpaksa bergaduh besar dan Nora juga pernah minta walau hanya seringgit tapi jawapan ini lah yang Nora sering dapat- AKU TAK ADA DUIT,KAU NAK BUAT APA KAU PUNYA SUKA LAH! PERGI LA REPORT POLIS DAN MENGADU KT KADI.
Adakah ini orang yang patut kita bantu. Nora hari ini mendapat sedikit kekuatan dan Nora telah bebas dari cengkaman beliau. Nora tidak mahu lagi menoleh ke belakang dan Nora mahu terus meniti,memperbaiki dan membentuk kehidupan yang lebih baik.
Nora akan mendapatkan khidmat guaman untuk menyelesaikan kemelut antara Nora dan lelaki yang tidak orait ini. Nora amat berharap perkara ini akan dapat di selesaikan dengan segera dan pendedahan ini bukan untuk memburukkan perkara yang sudah buruk tetapi untuk menyedarkan kepimpinan supaya lebih peka dalam melaksanakan keadilan. Mereka ini bukan pejuang sejati,mereka adalah oportunis yang tidak bertanggungjawab yang tidak sepatutnya di dahulukan berbanding dengan pejuang-pejuang reformasi lain yang telah banyak berkorban untuk gerakan reformasi menuntut keadilan.