Friday, April 25, 2008

Mahkamah 23/04/2008



09.34 pagi, mahkamah jalan Duta-tingkat 3, Bilik 7- kes solat hajat harakah 1999. Kehadiran agak lewat,saya gembira dapat berjumpa teman-teman seperjuangan yang ditahan bersama-sama saya ,mereka adalah Tian chua, Sivarasa ,Malik Hussin, Mona sofian, Hishamudin Rais, Munim, Ansari, Lokman Nor Adam, Zunar dan yang turut terlibat adalah reformis, Allahyarham Umar Tan (Al-Fatihah buat beliau).

Majistret untuk kes tersebut adalah Puan Yusliana Binti Yusuf,yang dikatakan tegas dan bengis. Satu insiden yang menarik perhatian saya adalah arahan supaya Hishamudin Rais menanggalkan kot beliau. Hishamudin menolak arahan mahkamah yang dianggap tidak wajar dan tidak mempunyai asas perundangan untuk mengarahkan beliau berbuat demikian. Tindakkan Hisham ini memang tepat supaya kami reformis,tidak di pelaku sewenangnya. Insiden yang menarik seterusnya adalah waran tahan ke atas Sivarasa kerana beliau tidak hadir pada prosiding mahkamah tersebut. Alasan bahawa Sivarasa sedang mengendali kes mahkamah yang lain tidak diterima.



Kes ini terlalu lama dan hampir 9 tahun. Saya tak nampak kes ini sepatutnya berlanjutan yang diberi adalah pihak pendakwa tidak bersedia. satu alasan yang tidak munasabah. Buang saja kes ini. Kes ini adalah penentangan kami terhadap kezaliman Dr Mahathir sewaktu pemerintahan beliau.

Tetapi hari ini saya berasa hairan kerana kezaliman Mahathir se olah dilupakan. Hari ini Mahathir se olah mengkritik sistem yang dibuatnya sendiri. Saya tidak boleh lupa tentang kezaliman yang ada sewaktu pemerintahan beliau serta kepincangan yang berlaku sehingga ke hari ini di bawah pemerintahan Pak Lah.

Sebaik sahaja prosiding mahkamah selesai,saya dan teman-teman bergegas ke Taman Greenwood untuk menghadiri pengebumian salah seorang penulis tersohor reformasi iaitu Allahyarham Rustam Sani yang telah pulang ke rahmatullah pada pukul 2.30pagi pada 23hb April 2008.Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh beliau dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Amin

Apa pun saya akan sentiasa bersama rakyat dalam menuntut hak dan keadilan.

5 comments:

cheguBard said...

che' Nora...buatler senarai friend of bloggers...kat tepi senaraikan semua bloggers sealiran kelapo...eh kepalo hehehhe

Editor said...

Salam

Saya Zulfikar Samsuri, Editor bagi blogzine Republik Kata sedang melakukan survey untuk kolum saya bernama 'SUARA RAKYAT' di http://republikkata.blogspot.com . Saya ingin tahu pendapat sdr/i sama ada dakwaan Datuk Seri Anwar Ibrahim tentang 30 orang Ahli Parlimen BN akan 'lompat parti' menyertai Pakatan Rakyat betul atau tidak, atau cuma perang saraf untuk menyatu padukan Pakatan Rakyat dan melemakan BN seperti diperkatakan oleh Fathi Aris Omar kepada blogzine ini beberapa hari sudah. Kedua, apakah tindakan keluar GERAKAN oleh Lee Kah Choon wajar? Dan yang ketiga, bagaimana masa depan DSAI dalam politik di Malaysia? Mampukah beliau menjadi PM. Oleh itu saya mengharapkan kerjasama sdr/i untuk menjawab soalan-soalan mudah dari saya.

Terima kasih. WS.

Editor Republik Kata
Ahmad Zulfikar Samsuri
zulfikar.samsuri@gmail.com

Fadhli bin Ibrahim said...

kak nora, kita ni same-same kena tahan masa himpunan depan parlimen hari tu.... buka blog ni www.fadhlibrahim.blogspot.com

wassalam

Kassim Selamat said...

salam nora,
suka sy dapat tahu nora dah ada blog. Sy kawan nasir/ sani yg pernah nora lawati semasa sy dirawat di hospital tawakal dulu.

kini sy telah lumpuh seumur usia, teringin juga bertemu kawan2 reformasi dulu.

senang2 ziarah blog sy, salam.

http://legendabuta.blogspot.com/

Roti Kacang Merah said...

ek eh.... gambar atas tu, bukan kita ke yang tolong ambikkan kan, ek??? hehehehehe

*tumpang sekaki*