Saturday, April 26, 2008

Nostalgia Masjid Negara



Masih ingat tak gambar ni? Semalam pada 25hb April 2008 selepas saya hidangkan makan malam untuk anak-anak saya, saya terpandang almari lama berdekatan dengan beranda rumah dan di dalam almari itu terlalu banyak nostalgia yang tersimpan. Tiba-tiba saya terpandang sebuah album lama yang mengandungi gambar-gambar lama dalam simpanan saya. Gambar inilah yang menjadi nostalgia perjuangan sehingga kami di panggil beramai-ramai untuk prosiding mahkamah tempoh hari..Ini adalah sebagai bukti perjuangan kami menentang kezaliman rejim Dr Mahathir.

Tapi hari ini kita di siarkan dengan berita-berita kehebatan Dr Mahathir berbanding dengan Pak Lah. Bagi saya,pemerintah yang kurang zalim dan yang zalim sama saja. Asasnya mereka tetap zalim. Selagi mereka menindas rakyat terbanyak untuk kepentingan kroni mereka perlu kita lawan.

Hanya ada satu perkataan untuk pemimpin yang lupa pada rakyat - LAWAN

10 comments:

the indie story said...

Assalamualaikum Sis Nora! Tahniah sebab dah pandai menulis. hehehee...

Blog yang ada karakter. Pandangan kental dari reformis tulen.

Kalau free, jemput masuk blog saya.

http://theindiestory.blogspot.com


kita bersedia menerima perbezaan pandangan dengan minda yg terbuka dan berlapang dada.


tahun 98 depan pintu sogo, memang sentimental...

nv said...

Reformasi ape kalau kepala sendiri pun tak tutup!!!
Mmm just follow about Islamic law and rule and you will see justice and happiness into your life... Just trust on it... Whatever it is, we have Allah S.W.T...
Jgn kerana manusia, kita lupa siapa kita di depan Allah kelak...
-Sahabat.-

Anonymous said...

whitenaval, reformasi kena pakai tudung atau perlu berani. Ko aku tengok blog hang pun muka tak de..takut ke beb.

Sis Nora, wa respek u.

Kerajaan Rakyat said...

Salam Nora,

Semoga penulisan anda dalam blog ini akan membantu semangat juang yang luhur kepada para pembaca dan peminat anda.

Bangsa Melayu tidak memerlukan pemimpin yang cerdik, jika cerdik dan pandainya digunakan untuk membodohkan bangsanya sendiri.

Maka celakalah pemimpin Melayu yang mengkhianati amanah bangsanya sendiri.

Sudilah lawati :

http://kerajaanrakyat.blogspot.com/

Anonymous said...

salam...

Chayo,chayo akak nora..

1st nak ucap taniah blog dah selamat dilancarkan..

Gunakan semua pengalaman yang ada untuk membuka mata mereka yang tertutup rapat mengenai ''erti perjuangan''

don't give up, refomasi pada benda yang betul, perdulikan apa yang orang nak cakap, as long as u know what u do and niat hati kita yang sebenar.


rgds
sis A-1-3

Anonymous said...

nora bravo, sapa nak kenal lu jangan cakap pasal reformasi. tahniah dah ada blog. caya lu.

Unknown said...

Tahniah Puan Nora kerana ada blog sendiri, saya dah lama mengikuti perkembangan saudari tetapi kenal hanyalah melalui gambar dan berita. saudari dalah seoarang wanita yang berhati waja. bertuah suami dan anak-anak saudari mempunyai ibu yang cukup kental. saya fikir saya pun tidak akan menjadi seberani dan sekental jiwa saudari. Syabas di atas perjuangan saudari.

Anonymous said...

Assalaimulaikum? apa kabar Puan Nora.... antara nama-nama pejuang bagi kaum Hawa pada zaman Reformasi hingga kini ... kini perjuangan membuah hasil .... blog yang baru saya temui pada blog black ... tahniah kerana sudah menulis blog...antara alternatif buat anak muda dlm berita SEBENAR ... diharap penulisan dlm blog ini akan kekal BAK perjuangan anda dalam mencari KEADILAN ... Salam Perjuangan ... AnakMudaParlimenBatu....

Cik Lee said...

Assalamualaikum, setuju dgn. Sis Nora. Memang kezaliman Dr. M tak akan terpadam dr. sejarah. Cuma sekarang nih seolah-olah kita melihat beliau macam ada sedikit bersih. Tidak dinafikan, suasana politik semasa menuntut kita untuk bertolak ansur dan memanipulasikan peluang yang ada.

Anyway, tahniah dekat Sis. bukan calang-calang orang yang rela kena tangkap dan belasah. wa caya lu!

norazimah mohamad nor said...

Salam

terima kasih diatas komen dan kata-kata semangat yang diberikan. Insyaallah,saya akan meneruskan blog ini dan terus membicarakan mengenai perjuangan rakyat.

Salam hormat dari saya pada semua rakan dan teman.

nora