Friday, September 12, 2008

Bantah ISA

Semakin ramai yang telah di tahan di bawah ISA. Nora dimaklumkan RPK, Teresa Kok, wartawan dari Sin Chew Daily, bloggers Mahaguru dan beberapa lagi telah ditahan di bawah ISA. Ini memang Nora bantah dan kita tidak mahu undang-undang sedemikian digunakan untuk politik mana-mana pihak. Nora melafazkan solidariti kepada mereka dan Nora percaya keluarga mereka merelakan tangkapan mereka demi menuntut keadilan. Kita harus sama-sama tidak kira siapa, dari semua kaum dan fahaman politik serta agama harus bangkit untuk memastikan ISA ini dihapuskan kerana ISA yang Nora faham adalah akta untuk mereka yang berkuasa mengekalkan kuasa. Bulan Ramadan ini tercemar dengan kerajaan yang kononnya adil dan saksama takut pada individu tertentu sehingga sanggup menahan tanpa bicara mereka.

AYUH PADA 13hb September 2008 – jalan masuk ke BUKIT AMAN jam 8.30 malam anjuran GMI – solidariti membantah ISA

42 comments:

Hasbullah Pit said...

Mahaguru pun kena?

MAHAGURU58 said...

Assalamualaikum Nora,

Jazakallah kerna prihatin pada hamba tetapi hamba masih ada disini.

Memang ramai yang telefon saya bertalu talu termasuk dari Malaysiakini, Star, Merdeka Review,dll.

Saya masih disini. Terimakasih pd semua yg prihatin.

Anonymous said...

kenapa sangup kamu pertahankan orang yang telah menghina nabi dan orang yang mempersoalkan hak orang islam ditanah air sendiri, insan seperti kamulah yang akan lebih menjahanamkan agama bangsa dan tanah air sendiri.

lempoyang the great said...

rentikan la nak protes...teressa kok tu patut pun dimasukkan dalam ISA...dia bukan saja tak tau yang dia bangsa menumpang..kemudian nak hapuskan tulisan jawi...

angah said...

salam..

wah..wah ..wah..
saya nie pelik..bila org umno nie berbicara tentang ISLAM..warak diorg lebih drp ustaz2,ulama silap2 lebih dr sahabat2 nabi.. ISLAM tidak pernah menhalalkan tangkapan tanpa bicara..itu yg ISLAM ajar.. buktikan mereka bersalah baru menbuat tangkapan dan penjara.. hukum mana yg orang umno ikut nie? ISLAM mana yg mengajar menbenarkan menangkap dan memenjarakan tanpa bukti?

maaf lah..aku nie tinggal di kawasan seputih kawasan teresa kok.. kalau org umno tak tahu kat kawsan perumahan aku ada sebuah masjid tagblig terbesar...walaupun kawasan nie majoriti cina tetapi aku tak pernah ada bantahan dari teresa kok atau penduduk sini tentang masjid ini..malahan tagbilg bebas dengan dakwah mereka tiada halangan..so aku rasa ini fitnah yg di war-warkan oleh umno untuk mengugat keamanan dan perpaduan yg ada sekrang...

so org2 umno tak usah lah nak kata lebih2 tapi anda sendiri tak tahu ape2..ISLAM kan diri anda dulu.. ISA kan astrora jabat dulu yg menpertikaikan hukum ALLAH.. ISA kan tun m dahulu kerana menpersoalkan janggut NABI SAW... ISA kan tun m dahulu kerana menperlekeh hukum ALLAH... ISA kan dahulu pak lah kerana menpertahankan org2 yg meminum arak dan menpersalahkan JAIS atas tangkapan org ISLAM yg meminum arak...

kesimpulan yg aku buat...

org2 umno nie BODOH.....

Anonymous said...

Pn Nora,
Maaf saya ingin tahu ... Pn Nora kemana-mana tak bawak suami ker? Kenapa tak letak gambar suami di sini? Suami Pn Nora menyokong penuh penglibatan Pn sebagai reformis?

Anonymous said...

kalau orang sebangsa seagama sendiri cakap lebih sikit dicerca semua tapi pasal orang kafir ada cakap persoalkan agama kamu kamu sanjung dan pertahankan semua..bawak-bawaklah beribadat bulan pose ne P tarawikh ker dari korang semua terkinje-kinja pertahankan orang kafir macam tu..kalau tuhan dah tutupkan pintu hatu kebenaran kepada seseorang apa yang dibuat yang boleh menghina agama kamu ,kamu akan pandang mulia.klau kamu tahu bahasa cina lagilah teruk2 dikutuk orang islam dan melayu kat malaysia ne kat paper n ceramah diorang tp kalau depan macam tikus jew...

Batis Batagr said...

Dahsyat juga penangan ISA ni kan?

norazimah mohamad nor said...

Salam,

Setakat ini 3 orang sahaja yang dimaklumkan oleh media masa. Nora dimaklumkan oleh banyak sms megnenai blooger yg di tahan tapi tak leh nak confirm.

apa pun Nora bantah ISA dan berdiri teguh untuk perjuangan menghapuskan ISA

angah said...

maaf yer puak2 umno..

islam tak ajar aku menangkap org tanpa bicara...

ISLAM tak ajar aku menfitnah org..

ISLAM tak ajar aku menghukum org tanpa bukti..

ISLAM tidak pernah menbeza-bezakan warna kulit atau bangsa..

nie lah puak2 bodoh umno.. bila peminpin korang tabur bunga atas tugu mengapa tak bersuara? tak ada telor?
podah lah puak2 umno...
ISLAM bagi korang hanya untuk menyelamatkan politik korang bukan untuk sanjungan...

norazimah mohamad nor said...

Salam buat lempoyang,

Kalau nak tangkap perlu guna proses perundangan yang betul dan demokratik. Beri peluang untuk pendakwaan. Bukankah ini juga di tuntut oleh agama.

Jangan gunakan ISA untuk tujuan yang mengarut.

Kenapa tak ISA mereka yang sabotaj ekonomi - seperti membawa masuk pendatang asing sehingga negara kita ini penuh dengan masalah sosial dan sebagainya.

Kenapa susah sangat ke nak selamatkan negara ini?

Sebenarnya tak perlu ada undang-undang kalau sebenarnya ada akta yang seperti ISA yang membolehkan tangkapan tanpa bicara.

Sikap sebegini adalah sikap dayus kepimpinan yang mahu terus berselindung di balik ISA.

lempoyang, kalau nak tangkap - tangkap aje dan dakwa dan jgn berpilih-pilih demi agenda tertentu.

salam

paparem said...

Selepas Mahyuddin berjumpa mantan PM bersama Tengku Li , beberapa kenyataan di keluarkan olih pemimpin UMNO yang menunjukan tiada sepakatan dalam keputusan MT UMNO.

1) Mahyuddin kata Pak Lah perlu fikir semula berkaitan penyerahan kuasa. Demi kepentingan parti dan rakyat Malaysia.

2) Najib kata biarlah ahli menentukan masa peralihan kuasa.

3) Pak Lah kata , perlaihan kuasa telah di persetujuan olih MT dan kabinet.Tidak sepatut timbul isu perlaihan kuasa lagi.

4) Rahim kata , peralihan kuasa akan di bincangkan semula.

Yang pasti dalam UMNO sendiri sudah tiada kata sepakat yang benar-benar di capai. Yes di depan dan No di belakang. Tekanan kepada Pak Lah agar segera berundur nampaknya kian menebal dari UMNO sendiri. Kemasukan TUN semula kedalam UMNO bukan 100 % untuk kekuatan UMNO tetapi membantu kempen undur Pak Lah yang di lihat di peringkat bawahan.

Yang nampak kini Najib tersepit , Mahyuddin dan Ku Li mempunyai peluang untuk merebut tempat di atas.Pak Lah dalam kesayuan terpaksa bermanis muka dengan Mahyuddin dan Najib. Tapi gambar terbaru Pak Lah dan Mahyuddin bila bersalam tidak memandang muka. Apa dah jadi sebenarnya...

Adakah UMNO cuba berselindung dari masalah sendiri ????

Anonymous said...

puak2 yang kene akal2 kn oleh anwar.. udah lah tu korang terkinje kinje terpekek terlolong ape yg dia bg beras sorang sekampit duit raye 300 sorang korang jaga keluara sdri lg baiklah .orang yang hina agama dan nabi sendiri kamu sangup pertahankan.. nauzubillahminzalik semua ne.. kepada puak2 anwar islam x mngajar memaki hamun org,mempertahankan org kafir yg menghina islam dan nabi.. ne lah umat2 akhir zaman dah trlampau agungkan sngt anwar tu smpai angap dia tu rasul dan nabi semua kata2 nye betul tp kene akal2 jer yg lebih.. dhlah tingalkan lh anwar tu bukan dia boleh membawa jalan ke syurge pun..

Anonymous said...

Puan Nora kata:
"Kalau nak tangkap perlu guna proses perundangan yang betul dan demokratik. Beri peluang untuk pendakwaan. Bukankah ini juga di tuntut oleh agama."

Itu bab ISA, bagaimana pula bab 9/16 ni. Bukankah process demokrasi telah berlaku semasa PRU12 dan rakyat kebanyakkan memilih BN sebagai pemerintah sekali lagi tetapi kenapa PR hendak menafikan hak rakyat terbanyak yang mahukan BN sebagai kerajaan.
Kenapa perlu YB-YB dari PKR ke Taiwan memburu MP-MP BN. 2 dari YB yang pergi itu adalah orang Islam, jadi saya nak tanya apa hukumnya kita menggalakkan supaya orang melakukan pecah amanah?? Undi yang diberikan oleh rakyat kepada MP-MP BN adalah satu amanah dan sekarang YB-YB tersebut pergi ke Taiwan untuk memujuk mereka supaya pecah amanah rakyat yang diberikan. Kita perlu ingat, jika rakyat terbanyak menyokong PR sudah tentu mereka-mereka ni tidak akan terpilih sebagai wakil rakyat melainkan calon-calon PR yang dipilih. PR selalu melaungkan demokrasi tetapi adakah dengan melakukan rampasan kuasa begini itu demokrasi. Menafikan pilihan rakyat terbanyak itu demokrasi?? Katakan lah sewaktu PRU12 yang lalu PR yang menanag dan BN melakukan seperti apa yang PR sedang lakukan sekarang adakah itu akan diterima?? Jika kita tidak suka orang buat begitu kepada kita maka kita juga jangan la buat begitu kepada orang lain. Sabar, tunjukkan pemerintahan yang baik lagi adil di 5-negeri yang diperintah oleh PR, saya pasti apabila tiba PRU13 PR yang akan menjadi kerajaan. Sebagai seorang Islam kita seharusnya bersabar kecualilah kita ni bukan Islam. Fikir-fikirlah …

angah said...

salam..

pelik tul lah dgn puak2 bodoh umno nie...
tunjuk berani tapi name pun takut nak letak..tak ada telor gak yer..

tunjukkan ape yg diorg hina ISLAM dan NABI???
buktikan...

AnakMudaParlimenBatu said...

Ketua2 ajaran sesat kat Malaysia tak pernah pun kena ISA, RPK kena ISA tentang kenyataan tentang Islam jadi RPK patut diadili di Mahkamah seperti ketua2 ajaran sesat juga ....

Rakan2
Jangan Lupa layari blog saya di http://khairilazuar.wordpress.com
bagi komen setiap artikel yang saya tulis. …ada artikel baru

Anonymous said...

anwar penakut tu lg x der telur.
sruh brsumpah 5 mnit pun x boleh pge round stu mlaya boleh..
brani krane benarlah..
klau tkut mmng buatlah tu..
orang hina nabi kamu x tahu..jakim ngan jaim pun dh marah korang mrah orng seislam kamu balik..umat akhir zaman tulah smua ne
oranf kafir mntak jgn laungkan azan pun kamu sokong mmng kaum krabat dajal smua ne..
tulah x tahu cina kafir tu mcm mner klau dngr crite dlm bhasa cina baru korang nk sedar kne akal2kn smua..ne lh umat akhir zman dh mnyokong kepada dajal. nauzubillahminzalik sume ne..

Anonymous said...

yang assyarie ketua alarqam tu kn kne masuk ISA jgk kat kemunting tu.. tulah sruh mmbaca x nk nk dngr jer ckap si anwar keki kelentong tu..padanlah muke smua kata og bijak tp kne akal2 kn jew lebih.. biar x der name lah tp jgn kelentong tuhan ad ker nk sumpah nk mntak pndangan sampai ulamak luar ngara lak tu klau dh penakut tu pnakut jgklah..tgk muke pun dh tahu..

hafiz said...

ISA perlu di mansuh. Kerajaan yang bermentaliti penjajah sahaja yang akan meneruskan. UMNO= pertubuhan melayu yang amat disenangi british satu ketika dulu sedang melangsungkan legasi penjajah!

norazimah mohamad nor said...

Anonymous 8.11pm

9/16 sebenarnya adalah perbalahan politik antara dua parti politik. Ini tidak melibatkan keperitan seseorang yang terpaksa berhadapan dengan tangkapan tanpa tuduhan. Mempolitikkan semua benda akan akhirnya menyebabkan yang betul jadi tak betul dan yang salah jadi tak salah.

Kita perlu lihat ISA ini sebagai menafikan hak untuk mencari keadilan bagi mangsa. Inilah persoalan yang perlu kita kupas.

Menafikan hak mempunyai dua penafian yang jelas - satu demokrasi dan satu lagi keadilan.

Kalau kita nak cerita demokrasi dalam pilihan raya dan ketelusan pilihan raya maka banyak perkara lain yang perlu kita kaji.

Ambil 9/16 - mereka adalah wakil kawasan mereka - dan sekiranya wakil mereka rasa bahawa adalah perlu dibawanya orang-orang yang did wakilkan keluar dari ketidakadilan dalam kerajaan - apa itu satu tindakan yang salah?

Kalau pun wakil kawasan mereka bersetuju dengan kenaikan harga minyak adakah ini pula melambangkan bahawa rakyat yang diwakilinya setuju.

Jadi saudara atau saudari kita kupas isu satu-satu, ISA menafikan hak perbicaraan - kita tentang. Kalau u rasa 9/16 tidak demokrastik u tentang pula. Jangan satu kesalahan itu di tutup dengan satu lagi kesalahan dan satu kesalahan itu perlu dibalas dengan satu kesalahan lain.

Ini apa yang nora rasa, kalau silap kita bincang lagi k.

angah said...

salam..

tue lah..bila aku kata puak umno nie bodoh.. org 2 umno yg tak ada telur marah .. cam ustaz... aku nak tanya...

1.ulama mana yg menyuruh bersumpah di luar mahkamah?
2. adakah dlm ISLAM bersumpah junjung al-quran..bukankah bersumpah menjunjung al-quran itu seperti meniru amalan yahudi dan kristian?
3.hampir kesemua ulama2 besar dunia dan malaysia tidak menbenarkan DSAI melawan sumpah Saiful tetapi hanya puak umno yg bodoh dan jahil agama sahaja yg terus mendesak..
4.betulkah ketua al-arqam kena ISA? setahu aku di cuma kena penjara yg di hadap kemahkamah?

puak2 umno yg banggang nie tak usah lah tunjuk cam pandai agama.. sebab org yg berpengetahuan luas agama takkan menuduh tanpa bukti seperti firman ALLAH swt dlm surah annur ayat12-13 yg bermaksud
"(Mengapa pada waktu kamu mendengar cerita bohong itu org2 mukminin dan mukminat tidak bersangka baik terhadap diri mereka sendiri dan (mengapa tidak) berkata "ini adalah sesuatu berita bohong yg nyata" mengapa mereka (yg menuduh) tidak mendatangkan 4 or saksi atas berita bohong itu? oleh kerana mereka tidak mendatangkan saksi2 maka mereka itulah pada sisi ALLAH org2 yg dusta.. AN-NUR 12-13)

tapi puak2 umno nie telah menaibkan dan menuduh tanpa bukti.. lepas itu berbicara cam pandai agama je..jika tuan guru NIK AZIZ pun sakit hati dengan puak2 umno yg ada masa di penamaan calon P44 dan beliau sendiri yg warak pun sanggup bertumbuk dengan org2 yg mengaibkan DSAI..dah lah puak2 bodoh sambong umno... jangan lah nak berbicara pasal agama jika umno sendir yg telah lama terus menerus menhina agama...

Atas pagar Botol said...

1. Jelas sekali lagi kita bertelagah sesuatu yang remeh. Siapa yang bodoh? Bukan UMNO bukan PKR tetapi orang Melayu itu sendiri.

2. Kaum-kaum lain seperti cina contohnya hanya bertepuk tangan melihat Melayu bergaduh sesama sendiri, menghina tuhan dan nabi sendiri sedangkan mengaku Islam itu adalah agama yang agung mengatasi segala-galanya.

3. Makin banyak lah bala yang menimpa terhadap bangsa Melayu ini selagi kita semua tidak jujur, ikhlas dan berlandaskan jalan Allah SWT kepada diri sendiri, agama, bangsa dan negara.

Anonymous said...

susah nak tunjukan kebenaran kat org2 yg dh trlampau taksub sngt dengan sesuatu..
klau nk diikutkan khawin kita sekarang ne pun x betul sebab ad pendaftaran kahwin klau ikut islam mner ad daftar kalau dh nikah yg daftar semua dari ajaran kristian itu mmng diorang buat tp knp kita ikut sebab benda tu mmbrikan satu kebaikan yg dilihat boleh memberi satu kebaika kpd semua cuba klau x der dftar ad kad khwn smua klai jab.agama buat serbuan ddok stu rmah terang2 diorang mngaku dh khwin klau x der daftar mcm mner nk ad bukti tu smua lglh maksiat brtambah bnyj.. saiful tu brsumpah bkan pkai kitab injil pun tp al-quran yang maha agong klau x der keyakinan dlm diri usahlah nak berani sngt nk buat mcm tu. smalah konsep mcm daftar khwin tu smua dr kristian tp kita guna untuk tujuan kebaikan .ape salah ker brsumpah klau lebih nk meyakini dengan memegang suatu junjungan paling tinggi kita sekarang hanya orang yg cerdik dn tahu brfikir tahu tntang smua kebenaran yg ada..benar kata yg bodoh adlh mlayu itu sendiri.sedangkan yahudi dn palestin pun boleh dduk semeja brbincang tp sesame islam haram dilihat mcm dlm dunia dtentukan oleh kata2 seseorang dari kata2 didalam al-quran. siapa mere yg nk menegah kpd satu jln kebaikan.diorang yg berkata begitu siape dia kita nak ikut. dia nabi atau rasul kah sekarang.

Anonymous said...

mner lah time anwar buat bnde tu ad 4 orng dlm bilik tu saksikan yg mereka buat tu.. tntulah berdua jer..
susah sngt nk fkirlah..sebab dh x der saksilah gunakan sumpah tuk lihat siape lbeh benar..kalau nk pkai DNA zaman dulu kala mner ad dna yg jln terakhir adalah brsumpah..

PENYATU PADU said...

Saya bersempedapat dengan apa yang diperkatakn oleh Anonymous dn Atas pagar Botol apa yang kita dapat kalau melaga-lagakan kata-kata didalam al-quran sedangkan kita tidak mengetahui dan tuhan yang maha esa yang lebih mengetahui atas segala-galanya .saya tak mahu komen panjang atau lebih dilihat menyakiti hati sesama agama dan bangsa . klau ada masa jemputlah ke blog http://mdrm-cerpana@blogspot.com . saya terbaca ad satu tajuk tentang MESEJ KEBENARAN . walaupun tidak seberapa tapi cukuplah untuk dikongsi dan difikirkan bersama.

angah said...

salam..

pelik aku dengan puak2 umno nie..mengalahkan ustaz..kahwin dgn sumpah..tak sama saudara..betul kahwin nie perlu daftar supaya ada rekod.. sumpah kena daftar gak ker?
buka minda..

DSAI telah mengemukan hukum qazaf keatas saiful? sebelum tue aku nak tanya puak2 umno nie tahu ke hukum Qazaf nie? jika di sabitkan salah saiful boleh di rotan 80 kali..

berbalik pasal 4 saksi.. mengapa ISLAM meminta 4 saksi..sebab ISLAM tidak menbenarkan menuduh tanpa bukti.. kenapa puak2 umno nie nak menpersoalkan hukum ALLAH? bukan aku yg saja2 minta..nie dah tertulis di kitab suci AL-Quran.. kalau dah bodoh belajar.. ramai2 ustaz2 kita yg pandai.. Nik Aziz ada.. harun din ada.. ismail kamus ada..belajar..jgn jadi bodoh sombong...

jika tidak dapat 4 saksi..banyak bukti yg boleh di cari.. jika saiful tue benar di liwat? mengapa tiada kesan tebusan di jubor dia? pengakuan bersumpah seorg doktor yg mengatakan beliau tidak punya kesan tebusan di jubor saiful.. bukti apa lagi?

setahu aku rumah yg di hadap tuduhan tue rumah berkeluarga.. sentiasa ada org di rumah.. jika ada kejadian liwat tue mesti ada saksi ye tak?

kes 1998 dah menbuktikan.. kerajaan BN me reka cerita untuk menaibkan DSAI..tapi puak2 bodoh umno nie bukan tahu pun.. pengakuan sukma dan dr muzafar selepas mereka keluar penjara.. tarikh yg di pinda2... pertuduhan di bangunan yg tak siap? tilam yg menjadi bukti belum di beli lagi?

tak nampak lagi ker wahai puak umno yg bodoh.. mengapa kita nak menyokong kezaliman?

Anonymous said...

kalau aku ckp ko bodoh x nk mengaku itu yg 4 saksi untk pge mlihat maksiat yg ad dilakukan mcm ad dpt thu stu kes ad orng buat maksiat maka orng yg thu tu kne bwk lg 3 orng untk 4 org saksi bg jd saksi kes maksiat yg dia buat mcm org jabtn agama buat serbuanlah kne sekurng kurang nyer 4 orng tuk jd saksi tp kalau kes tu dibuat tanpa ad orng mlihat x kn nk suruh dia buat bende tu balik baru nk pangil 4 orng nak mnyaksikan dia buat bende tu kn bodoh caranya tu. ko ingt stiap orng dkat dunia ne ad 4 orng jaga ikut dia ke mner dia pge .orng yg cerdik nak buat yg jhat x kn dia bodoh sngt nk bg nampak dia buat bende tu lagi2 orng yg dikenali ramai mmng bodoh btulah dia buat mcm tu mcm orng lpas rompak tingalkan ic..kalau btul anwar tu terainaya tak kn sampai sampai lebih 10 tahun hidup asyik ditimpa masalah dh tahu sendiri kan doa orang yang terainya walau kafir skalipun ttap tuhan perkenankan doa dia ne kn pulak anwar tu orng islam. tgk kata nk bntuk krajaan smua ..hancur kene akal2 kn lebih..dh lah jge lh kluarge ank istri sendri dr jge ong mcm tu ape yg korang dapat.kbahagian rmah tnge dpt rumah sbiji sorang.dia dh tntulh mewah korang yg trpekek trlolong kat dia..kne akal2 jer lbeh..

angah said...

salam..

meminta 4 saksi bukan lah di minta oleh aku..ustaz2...ulama2.. tapi di minta oleh ALLAH swt di bawah firma surah annur ayat 12-13..
"(Mengapa pada waktu kamu mendengar cerita bohong itu org2 mukminin dan mukminat tidak bersangka baik terhadap diri mereka sendiri dan (mengapa tidak) berkata "ini adalah sesuatu berita bohong yg nyata" mengapa mereka (yg menuduh) tidak mendatangkan 4 or saksi atas berita bohong itu? oleh kerana mereka tidak mendatangkan saksi2 maka mereka itulah pada sisi ALLAH org2 yg dusta.. AN-NUR 12-13)

jadi kau nak kata juga ALLAH tue bodoh? kerana yg meminta 4 saksi ini adalah ALLAH swt..

kenapa lah puak2 umno nie bodoh sampai sanggup melanggar hukum ALLAH swt...

angah said...

jika berani..tunjuk lah nama..
nie cam tak ada telor je .....

ladymariah said...

kak nora, KICKDEFELLA dah kena tngkp... tak rasa spt negara ni dh mcm jadi republik ke? dasyat...

Anonymous said...

ASSATARFIRUALLAHHALAZIM...ko ingt aku bodoh sngt ker smpai ko nk kluarkan perkataan mcm tu..ko ingt tuhan bg kat ko sorang jer akal .apa bangang + tongong ko ne smpai memperkatakan tuhan mcm tu di akhir ayat ..tu jo yg tulis tau bukan aku.. x k lah aku sebodoh mcm ko yg kalau tulis x pakai otak.. tuhan x perlu meminta ape2 pun sebab dia maha melihat lg maha mengetahui buat ape dia perlu 4 org saksi untuk dia. yg 4 orang saksi bg membuktikan sesuatu perkabaran supaya diselidiki trlebih dahulu da jika menyabitkan hal tuduhan kenalah ad saksi dan bukti.tpai kalau suatu keslahan tiada yang menyaksikan sesuatu itu nk pakai ape nk paksa mner2 4 org suruh jd saksi kene tgk keadaanlah kalau setiap kesalahan perbuatan jahat manusia kat dunia ne yg diorang lakukan setiap kali ad 4org saksi yg melihat semua kes jenayah kat dunia ne senang selesai x der polis pun x per dh stiap kali ad org buat jahat trus ad saksi.ko ingt otg buat jahat ne nak buat tmpt ad org ker.prompak pun guna akal jugaklah ko jer yg x der akal sngt.bukan trlebih bijak trlebih mkn semut dgn kerenge.ko ingt kalau prompak dtg rompak dan rogol org ke bunuh org ker ko ingt ad 4 org ker time tu lihat prompak tu buat mcm tu kalau x der saksi kne lah ad cara lain.kalau syarat sumpak kene yg menuduh dan dituduh tu dua2 brsumpah mintaklah org yg dituduh tu brsumpak skali bukan lama pun 5 mnit jer ne keliling satu melaya bukan main galak lg apa nak ditakutkan kalau benar. yg ulama2 tu kata bukan jgn bersumpah tp jgn mmpermainkan sumpah kalau sumpah cara betul x derlah mmpermainkan sumpah klau sumpah pegang al-quran x betul dia brsumpahlah tanpa perlu pegang al-quran. islam ne memudahkan org jer yg bagi menyusahkan kalau takut tu manusia boleh cri 2001 alasan lh org yg brfikir jer mner betul mner salah.org dh bersumpak kerana allah tapi sangup dikatakan kalau sumpah 50 kali pun xpeduli nmpk sangat mencabar kebesaran tuhan .sumpah tu antara seorg insan dgn tuhanya siapa kamu semua nk pertikaikanya kamu semua ne nabi atau rasul ker tuhan ker nk menentukan semua pekara dalam dunia ne yg tu betul ne x betul. org lain pun islam jgk smbahyang berpuasa semua jgn ne bru ilmu sikit di dada dh angap diri trlampau bagus nk main-mainkan kata2 tuhan.org kafir hina nabi pertikaikan azan yg memuji tuhan kamu smua sokong si kafir tu ape jenis manusia semua ne..nauzubillahminzalik semua ne.

angah said...

salam..

hehehe....
baca maksud quran tue dulu..mengapa nak pertikaikan lagi?

cukup kah dgn bersumpah sesorg tue boleh di sabitkan bersalah?
maksud yg tersirat ALLAH swt suruh selidik dahulu dan jgn menuduh tanpa bukti...
bukti tue bukan hanya 4 saksi..
tafsir dulu ayat quran yg di turunkan..

memang org jahat pun mesti ada akal takkan nak buat jahat,rogol, rompak depan org.. tapi sebelum sabit kesalahan kita mesti cari bukti kukuh sebelum sabit..

hhehehe...pegi belajar dulu saudara.. ilmu tak cukup di dada.. jgn pandai buat ulasan berdosa.. setiap ayat2 quran yg diturunkan untuk pedoman kita.. tindakan saudara menolak ayat annur ayat 12-13 nie saya lihat seperti tidak matang... sepatutnya saiful kena mengemukan bukti..
jika benar saiful di liwat...
kesan tonjokkan mesti ada...
tapi doktor yg merawat saiful mengatakan tidak ada jolokan...

maknanya saiful tidak ada bukti....
kemukan bukti..bukan hanya bersumpah
renungkan ayat al taubah
"Mereka bersumpah kepada kamu supaya kamu reda akan mereka; oleh itu jika kamu reda akan mereka, maka sesungguhnya Allah tidak reda akan kaum yang fasik."96

renungkan lah...org yg suka bersumpah di sisi ALLAH org2 yg fasik...

Anonymous said...

saya x der nak menolak ayat2 tuhan tp jaganlah dibaca dan diketahui hanya 2 3 ayat dah menampakkan kebenaran dan kehebatan ilmu semata-mata dan saya tahu
Firman Allah: (maksudnya) “Dan orang- orang yang melemparkan tuduhan (zina) kepada perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawakan empat orang saksi, maka sebatlah mereka lapan puluh kali sebat; dan janganlah kamu menerima persaksian mereka itu selama-lamanya; kerana mereka adalah orang-orang yang fasik. (Surah al-Nur: ayat 4)
dan tahu jugak dikatakan isu liwat itu terletak dalam bab jenayah (kazaf) dan orang yang menuduh (Saiful) mesti membawa saksi sebagaimana yang disyaratkan dalam kanun jenayah syariah, jika dia gagal, dia boleh dikenakan hukuman 80 sebatan.
Sebenarnya seseorang yang mendakwa dirogol atau diliwat boleh menguatkan kes dan tidak semestinya mengemukakan empat orang saksi saja. Pendakwa boleh mengemukakan qarinah (bukti atau apa saja yang berkaitan) untuk membantu siasatan,adakah mungkin selepas ini pihak-pihak berkenaan akan mencadangkan supaya wanita-wanita yang membuat aduan kena bawak 4 orang saksi dan jika tiada saksi akan disebat 80 sebatan

“Mubahalah lain, prosedur mahkamah lain. Mubahalah timbul akibat ada pihak yang tak percaya pada sistem kehakiman, percaya ada komplot, bila masyarakat tidak mempercayai satu sama lain, bila saksi dianggap palsu, mahkamah pula tidak boleh dipercayai.
“Daripada terus berbalah antara satu sama lain dan membiarkan keadaan berterusan dan tuduh menuduh, elok didatangkan bermubahalah. Satu jalan penyelesaian untuk tidak terus berbalah
Jika disamakan kaedah ini bererti mangsa-mangsa rogol dan liwat kena datangkan empat orang saksi dan kalau gagal berbuat demikian, mereka akan disebat 80 kali. Inikah Islam yang kamu faham?
mangsa rogol datuk, bapa, atau orang lain kena membawa empat orang saksi dan disabit 80 sebatan rotan.
Dapatkah dicari empat orang saksi beriman? Di mana pula di dunia ini ada orang yang dirogol disaksikan empat orang saksi beriman dan saksi-saksi itu pula akan hanya melihat saja tanpa melarang perbuatan itu?,
saya x akan bercakap tanpa sebarang pengetahuan lagi-lagi kalau dimintak laga-lagakan ayat dan kata-kata tuhan kalau begaduh pasal seseorang dan kemudian melaga-lagekan ayat dan kata-kata tuhan kita dah sama jadi golongan yahudi dan satu firman yang bermaksud
Dan berimanlah kamu dengan apa yang Aku turunkan (Al-Quran) yang membenarkan kitab yang ada pada kamu, dan janganlah kamu menjadi orang yang mula-mula kafir (engkar) dengannya; dan janganlah pula kamu menjadikan ayat-ayatKu (sebagai harga untuk) membeli perkara-perkara yang murah; dan kepada Akulah sahaja hendaklah kamu bertaqwa.Dan janganlah kamu campur adukkan yang benar itu dengan yang salah, dan kamu sembunyikan yang benar itu pula padahal kamu semua mengetahuinya”. (Surah al-Baqarah, ayat 40-42).
dan saya tahulah berkenaan saksi semua tu ada termaktud dalam ayat-ayat al-quran tetap[i dalam pada masa yang sama kalau tiada saksi ada diperuntukan ayat supaya bermubahalah atau bersumpah seperti firman Allah
“Dan orang-orang yang menuduh isterinya berzina, sedang mereka tidak ada saksi-saksi (yang mengesahkan tuduhannya itu) hanya dirinya sendiri, maka persaksian (sah pada syarak) bagi seseorang yang menuduh itu hendaklah dia bersumpah dengan nama Allah, empat kali, bahawa sesungguhnya dia dari orang-orang yang benar; Dan sumpah yang kelima (hendaklah dia berkata): “bahawa laknat Allah akan menimpa dirinya jika dia dari orang- orang yang dusta. Dan bagi menghindarkan hukuman seksa terhadap isteri (yang kena tuduh) itu hendaklah dia (isteri) bersumpah dengan nama Allah, empat kali, bahawa suaminya (yang menuduh) itu benar-benar daripada orang-orang yang berdusta; - Dan sumpah yang kelima (hendaklah ia berkata); bahawa kemurkaan Allah akan menimpa dirinya jika suaminya dari orang- orang yang benar. (Surah al-Nur ayat 6-9)
Surah al-Nur itu sendiri diminta untk bersumpah tapi dikatakan kalau bersumpah 50 kali pun dia tak peduli siapa yang nk diikut manusia ker ayat didalam al-quran
Kalau seseorang tu mendakwa diri dirogol atau diliwat juga adalah menampalkan keaiban ke atas diri sendiri. Amat sukar bagi insan normal itu membuat dakwaan seperti itu secara semberono. Melainkan jika ada kepentingan tersembunyi yang lain. Maka mereka juga tidak perlu mendatangkan empat saksi. Sebaliknya boleh diterima pakai kaitan (qarinah) yang membuktikan kejadian itu berlaku. Justeru, paksi dalam hal ini semua, ada demi memelihara keturunan dan maruah.tapi sekarang ni disurah bersumpah macam2 x betul kene sumpah bukan dalam masjid jngan pegang al-quran habis tu kalau tu x betul buatlah cara yang betul .suruh anwar sumpah cara islam sebenar x payah pegang al-quran time org pertikai kutuk habis2 tp time sndiri nmpak warak mengalah kan nabi smpai nn mntk pandangan ulama luar ngara semua tp ayat2 al-quran kat dlm negara yang berlambak-lambak x nk dipakai dh terang lg nyata macam-macam ayat yg ad tp mcm2 alasan diberikan kalau takut tu takut jgaklah. kalau nak diikutkan ad hadis yang meriwayatkan Nabi s.a.w pernah mencabar puak Kristian daripada Najran agar melakukan mubahalah ini dengan baginda tentang Nabi Isa dan kebenaran ajaran Islam, namun mereka takut dan enggan melakukannya. Kata al-Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah (meninggal 751H): “Mubahalah itu adalah sunnah bagi sesiapa yang keras kepala di kalangan puak kebatilan. Bahawa menjadi sunnah dalam berdebat dengan ahli kebatilan, apabila telah ditegakkan hujah namun mereka enggan kembali kepada kebenaran sebaliknya terus berdegil, maka diseru mereka agar bermubahalah. Allah telah memerintahkan rasul-Nya berbuat demikian. Tanpa Allah menyatakan ini bukan untuk umatmu selepas ini. Sepupu baginda Abd Allah bin ‘Abbas juga pernah mengajak mereka yang membantah dalam beberapa perkara furu’ bermubahalah dengannya. Tiada seorang sahabat Nabi SAW yang membantah tindakan itu. Juga al-Auza‘i pernah mengajak Sufyan al-Thauri bermubahalah dalam masalah ‘mengangkat tangan’ tanpa ada yang membantah tindakannya. Ini adalah hujah yang kuat” (Ibn Qayyim, Zad al-Ma‘ad 3/562-563).
jadi nak mintak pandangan ulama sampai luar negara tp ayat-ayat al-quran yang sahih lg terang dan nyata x nak dipakai manusia jenis ape macam ni ayat yang tuhan turunkan untuk diterima bukan time ada sesuatu nk mntk pandangan ulama tp firman didalam al-quran x nak dipakai .
kalau nak thu sngt lapaoran hospital pusrawi tu baca dan fahamlah betul2.

ada macam sebab tp bg orng yg x nak terima macam2 dibuat andaian untuk bagi diri tu benar tahu x

1. Ramai yang pertikai 'bar code' yang menindih nama Saiful seolah-olah terdapat usaha untuk memotong dan tampal semula. Telitikan semula 'bar code' ditampal dengan ayat yang tidak sempurna.

2. Maksud tulisan dalam laporan itu :
*Kependekan F/T bermaksud full time.
*Tenesmus x1/52 bermaksud susah nak berak seminggu. Atau berak tak puas
*pain (di cross kan) not noticed any PR bleed - PR is for pathogenesis related - pathogenesis ialah permulaan jangkitan
*pain in the anus when passing motion (for a week)
*pt (patient) was alleged assaulted by intruding tt (too tight) plane (?) into the anus
* willing to do report

3. Terdapat pertikaian singkatan 'o' . Ada mendakwa 'o'(zero) bermakna tiada dan ada yang mendakwa 'o' bermakna observation (pemerhatian lanjut). 'o' bukan makna zero (tiada) tapi "o" maksudnya observation. Kependekan untuk 'tiada' ialah null, no, neg(ative) atau -/ve

4. Diagnosis: TRO Assault (sodomise). TRO = TO RULE OUT . Dalam 'medical term' TRO bermaksud PERLU PENGESAHAN LANJUT.

5. 'advise to go to the government hospital'-Maksudnya dinasihati untuk mendapat pengesahan lanjut di hospital kerajaan.

6. 'plan to do police report'-Maksudnya bercadang untuk buat laporan polis

7. Ini bermaksud pemeriksaan awal doktor Pusrawi mendapati Saiful mempunyai tanda-tanda diliwat dan mencadangkan supaya Saiful memohon mendapat pemeriksaan di hospital kerajaan dan seterusnya membuat laporan polis.

Laporan Hospital Pusrawi vs Hospital Kuala Lumpur

1. Laporan doktor ke atas pesakit merupakan dokumen sulit peribadi pesakit. Bagaimana Raja Petra boleh dapat dokumen sulit peribadi daripada doktor Hospital Pusrawi ? Bukankah mendedahkan dokumen sulit kepada umum (kecuali diminta di mahkamah) merupakan menyalahi etika perkhidmatan awam atau swasta?

2. Raja Petra hanya menerbitkan laporan sulit di Hospital Pusrawi. Itu merupakan pemeriksaan awal. Kenapa pula Raja Petra tidak dedahkan dokumen sulit di Hospital Kuala Lumpur yang buat kajian lebih terperinci

3. Kalau Raja Petra dakwa laporan Hospital Pusrawi tiada kes liwat, kenapa pula doktor Hospital Pusrawi mencadangkan Saiful buat pemeriksaan lanjut di Hospital Kerajaan?

4. Kalau tiada kes, kenapa pula doktor bersetuju Saiful buat laporan polis ?

5. Dalam pembuktian di mahkamah, adakah laporan Hospital Pusrawi atau laporan Hospital Kerajaan akan dipanggil untuk memberi keterangan ?. Sudah tentu laporan Hospital Kerajaan. Jadi mana salinan laporan Hospital Kerajaan ?

Kenapa laporan Hospital Pusrawi diterbitkan sekarang ?

1. Untuk mengelirukan rakyat Malaysia setelah Anwar enggan bersumpah dan enggan beri ujian DNA.

2. Untuk memastikan polis tidak menyiasat lanjut kerana jika disiasat lanjut akan lebih terdedah bukti sebenar. Anwar curiga pada polis, curiga pada doktor, curiga pada peguam negara sebab itu beliau berusaha gugurkan kes, sebelum dibicarakan di mahkamah

3. Anwar sebenarnya takut didakwa di mahkamah kerana beliau mempunyai kes liwat 1998. Sekiranya kes liwat 2008, didakwa di mahkamah, pihak mahkamah akan merujuk terlebih dahulu kes lamanya 1998.

4. Anwar berusaha bermati-matian menggugurkan kes ini sebelum tiba di mahkamah kerana beliau tahu sekiranya kes ini didakwa semua pembuktian akan keluar di mahkamah termasuk laporan Hospital Pusrawi dan Hospital Kerajaan.

5. Anwar mahu memenangi hati rakyat dengan menggunakan kaedah politik dan teknikal seperti tahun 1998.

6. Kalau Anwar benar, kenapa pula Anwar takut bersumpah seperti yang disarankan oleh Mufti Perlis ? Kenapa pula jalan sukar yang bersimpang siur..
dahlah kalau orang yg x nak terima kebenarani tuhan tetap membiarkan ainya sesat bedasarkan pengetahuanya semata-mata kalau anwar tu bersumpah trus terang sy ckap akan sokong bersama perjuangan yang dibawak tapi hancur ingt pandai sngt tp bila bab agama nk pkai pndangan ulma luar ngara smua tp pndangan ulama dlm negara diperlekehkan dan bnyak ayat2 nas yg diminta bersumpah tp siap ckap walau sumpah 50 kali x peduli pdahal sumpah tu dizaman nabi sendiri pun ada . sumpah kepada manusia tu lain dengan tuhan tu lain samalh sumpah mcm org bercinta bersumpah taat setia, cinta dn syg sampai ke mati .sumpah x cari lain itulah sumpah kepada manusia tp sumpah kepada tuhan penuh dengan keyakinan dan keikhlasan dan berdoa agar Allah menurunkan kelaknatan ke atas pendusta antara mereka.( Ibn Manzur, Lisan al-‘Arab, 11/71). Disebut juga mulaa‘nah iaitu meminta agar Allah melaknati sesiapa yang berdusta atau bersalah di kalangan yang berselisihan dakwaan tersebut. Dan x perlulah nak pertikaikan sumpah orang lain dari diri sendiri yg langsung berdolak dalih ayat dalam al-quran x nk terima tapi berjalan satu mlysia menghabiskan masa yg sumpah dalam semenit lebih pun x boleh nak buat. Dahlah ckap panjang org x nak terima kebenaran hanya trima beberapa ayat nak bagi kata diri benar tp ayat kebenaran lain x nak diterima dan satu yg terakhir pahamlah ayat yang jelas dan terang.ada satu ayat yang menyatakan

“Yang lebih pelik dari semua itu adalah sikap kamu wahai golongan taklid!. Kamu ini jika mendapati ayat al-Quran yang bersesuai dengan mazhab kamu, maka kamu akan terima apa yang jelas dari ayat itu dan berpegang kepadanya. Teras kamu dalam perkara berkenaan adalah pendapat mazhab kamu, bukan ayat tersebut.
Jika kamu dapati ayat lain yang setanding dengannya menyanggahi pendapat mazhab kamu, kamu tidak akan menerimanya. Kamu akan cuba membuat berbagai takwilan dan mengeluarkannya dari maksudnya yang jelas, kerana tidak bersesuaian dengan mazhab kamu. Inilah juga yang kamu lakukan kepada nas-nas al-Sunnah.
Jika kamu dapati satu hadis yang sahih bersesuaian dengan mazhab kamu, kamu menerimanya. Kamu kata “kami ada sabda Nabi s.a.w. begini dan begitu”. Jika kamu dapati seratus atau lebih hadis sahih yang berbeza dengan mazhab kamu, kamu tidak pandang kepadanya, walaupun sedikit..”. (Ibn Qayyim al-Jauziyyah, I’lam al-Muwaqqi’in, 2/195, ).

angah said...

salam..

hehehe...lama research yer...
sejak suruh ikur quran..pastu persoalkan balik..

apa2 perkara pun kita perlu menpunyai dalil tersendiri..bagi saya yg kena saiful dan kenal anwar ... saya langsung tak menpercayai kata2 saiful...
sebab saya ada keyakinan saya sendiri...

setahu saya anwar bukan takut nak bersumpah tapi akan bersumpah apabila di minta mahkamah..
bagi saya ulama2 besar dah ulas soal sumpah saiful.. ust harun din...hassan din..tuan guru nik aziz..tuan guru hadi awang.. ustaz ahmad awang..
siaapalah saya nie nak menpertikaikan ulasan-ulasan ulama besar tersebut...
saya nie hanya insan kecik dan masih jahil...
terpulang pada saudara..
jika saudara yakin anwar meliwat saiful..terpulang...
tapi jika saiful bersumpah 100 kali pun saya takkan menpercayai org yg berpura2 seperti saiful..

cukup lah setakat ini...

ASP Subra said...

Hmm.. kelembuan angah memang terserlah selepas dibaca semua komennya dalam topik ni. Apa yang korang heboh2 sangat nak mansuhkan ISA? biar ler, itu la satu-satunya undang2 dunia yang membela bangsa aku bangsa Melayu. Ke memang yang tulis2 nak mansuhkan ISA memang bukan Melayu ataupun dan dibeli oleh orang bukan Melayu. Aku cuma boleh anggap sesapa yang tunjuk terer kat blog ni sama jer macam orang berborak kat kedai kopi, cakap kosong haprak pun tarak. bezanye menaip jer takyah cakap2 sambil minum2, isap rokok ke ape ke. coz; menulis pada dasar kebangangan yang langsung tiada rasional aqal. nak cakap bodoh atau tohlol melatah plak. marah orang tak tentu pasal, cakap orang lain bodo ler kayu ler aper le. dia nye diri tak tau lak bodo ke baghal ke ape plak. dah le tak tau undang2 mcam pandai2 jer kasi komen. orang buat tahanan tu mmg dah sah pun 3 ekor tu mengugat keamanan, dan ada unsur espionaj kepada negara. itu pun korang tak rasa ker? cuma pertikaiannye sekarang rasional atau tidak menggunakan peruntukan akta lain. tapi kalau bab undang2 amalannya kita akan ambil peruntukan yang tertinggi dan berat. tapi orang2 bangang ni plak kang kalau kita amik yang tak berat, dia cakap rasuah ler, salah guna kuasa ler, undang2 lemah ler. mmg semua tindakan orang tak penah betul, tindakan dia ngan puak2 dia jer yang betul. kelabu asap betul.
pastu nak bandingkan isu2 yang langsung takde persamaannya. think out of the box... please. janganlah jadi lemau dan lenga sebab ko rasa ko bleh tulis kat blog je ko rasa ko dah bagus. kalau ko cakap terang2 kat depan aku mmg sah2 aku pelempang ko. tu ape ko nak cakap? tindakan tak berperi kemanusian ker? kayu! tapi ape2 pun kalau jadi huru hara kat malaysia ni ape2 pun aku salahkan Anwar Ibrahim dan konco2nya yang tamak kuasa + budak2 hingusan yang taktau ape2 nak tunjuk lagak.

Aku baru balik dari Bangkok. Letih aku tgk senario politik kat sana yang takda ISA. Nasib baik takda ISA kat sana kalau ada Samak masih memerintah....

angah said...

salam...

kah kah kah kah...

nie contoh kebodohan puak2 umno... bukan ada ilmu nak berhujah.. tapi kerana dah berkarat nak buat cam mana...
mufti PERlLIS pun menentang kegunaan ISA tapi asp subratetap menyokong kegunaan zalim nie...

aku menentang ISA bukan sekarang.. aku menentang kegunaan ISA sejak dari dahulu..
cuba bayangkan anak2 mereka yg di tahan ISA.. jika mereka bersalah buktikan di mahkamah.. kemukan bukti.. ISLAM tak ajar kita berlaku ZALIM...dan semua agama menyeru kebaikkan...

nak menampar org...kah kah kah..disangkakan kita nie kayu? kah kah kah....

ASP Subra said...

Memang kayu ... kah kah kah.
Ko kire sebelah pihak jer yang terianaya? Yang lain2 pihak tu ok je? Pikir le secara makro dan globalnye kawan.

CARPENA said...

maner ad dipersoalkan balik tentang ayat alquran yang diayat penghabisan tu ditujukan kepada golongan yang pegang kepada satu dua ayat yang boleh membenarkan katanya sahaja dah menampakan segala-galanye betul sedangkan berpuluh ayat yang lain tidak dipandang kebenaranya jugak. kalulah sharline dijumpa semula dan dia menuduh seseorang tu x kan orang nak suruh dia bawak 4 orang saksi jugak nak buktikan kebenaran dia x cukupkah hanya sekadar dia mengatakan bahawa orang itu yang buat dari apa yang dialamai selama ne masih nak mengunakan satu jalan jer kne ikulah pada keadaan klau time kejadian dh ad saksi lengkap senanglah nak jumpa sharline tu balik x der nak brsusah payah macam hri ne. tu trpulang lah nak prcayakan sumpah dia atau tidak tp jgn mmpertikaikan kekuasaan dan kebesaran tuhan.itu antara dia dngan tuhan siape pun x layak memprtikaikan dan jgn smapai mencabar kebesaran tuhan dr kita sndiri yg x thu ape2.kalau tuhan trunkan bala bukan sorang dua jer yg kene semua yg ada trima sama. pas nak tbuhkan negara islm tp terang2 lim kit siang karpal singh dh tentang awl2 mcm mner nk brjaya denga kwan kafir mcm tu x thulah. ad akal fkirlah skit.sejahat jhat umno pun x der smpai nak padamkan tulisan jawi warisan mlyu dlm mlysia ne.

asp subra said...

sokong carpena. diorang ingat kita ni lemau dan lembu kot. rata2 yang komen kat sini bukannye kuda kayu; setakat tahu benda sekelumit jer tapi dicanang sampai hangit, tak payah ler. ada yang tgk komentar tuan2 ni kerjanya jawap soalan di Parlimen, draf jawapan untuk Dewan Undangan Negeri, hadir persidangan Dewan setiap suku tahun. so jangan ler tertipu kat TV dalam masa siaran umum 1 jam tu jer. tengok bagai nak rak berdebat; wahaima kalau takde press, tido pun ada. memandai2 jer cakap macam bagus. cuma saya pohon hargailah negara ini. jangan jadi bodoh dan diperbodohkan kalau kita memang bodoh takpe. kena belajar, semua orang tak byk ilmu, sebab tu kita kena belajar selalu, jangan bongkak & takbur; macam ko sorang jer pandai berhujah, walhal satu haprak pun takde isi.

asp subra said...

lepas baca yang kat atas citer pasal minyak; saya nak komen skit berkaitan hal minyak meminyak ni.
Persoalan; bolehkah kita turun harga minyak?
Jawapan sekarang; MUSTAHIL.

Asas-asasnya;

1. Minyak @ fuel @ liquid fuel yang terhasil dari saringan hydrocarbon kepada lingkaran polymer hydrocarbon yang lebih rendah bagi disesuaikan calorific value bagi pembakaran adalah tenaga yang unrenewable. Bukan setahun ke 2 tahun nak hasilkan minyak, amik masa berjuta-juta tahun nak jadi, nak explore, nak korek, nak sedut, nak transport, nak crack, nak taruk additive, nak antar g pump station pastu nak isi dalam tangki minyak kita semua; semua adalah kos. mari lihat life cycle assestment minyak ni, berapa potential value dia? ada pernah tau ker? so dalam erti kata lain, nak turunkan harga minyak adalah mustahil sama sekali kerana demand kepadanya tinggi.

2. Peningkatan kadar permintaan minyak bertambah sejak awal 1920 lagi setelah pembangunan pesat industri dan teknologi. kajian menunjukkan peningkatan 0.014C suhu bumi setiap tahun dan peningkatan 0.015cm paras air laut setahun secara globalnya disumbangkan oleh GHG (Green House Gas) yang punya utamanya disumbang oleh pencemar dari hydrocarbon. Pembakaran minyak ini menyumbang kepada peningkatan GWP (global warming potential) dan secara makronya menjejaskan iklim. kenapa perlu harga minyak diturunkan, sedangkan ianya adalah punca kepada silent killer kita semua?

3. Dari segi ekonominya, demand akan meningkatkan harga. sebagai contoh, dulu bapak kita pakai beskal jer, pastu tukar pakai motor, sekarang anak - anak, cucu - cucu dia dah semua pakai keta, buta ke ko tak bleh beza berapa besar tangki minyak moto ngan keta? kenapa US susah2 nak tawan negara arab? russia? dan next target is south east asia? sebab kita ada tenaga a.k.a minyak yang korang perjuangkan nak turun tu. energy is power. sebab tu dia tergila-gilakan minyak. pastu korang plak pandai2 suruh ambik alih Petronas ler boikot minyak Petronas ler, punya le haprak kebodohan tahap tertinggi. itu semua spekulasi nak menjatuhkan negara sendiri. tapi kekadang korang pandai gak, suruh boikot barangan buatan US. walhal korang pun sama gak nak boikot barang keluaran Malaysia.

4. Berbalik kepada tenaga, tak kira minyak, air dan lain2 yang dikategorikan sebagai tenaga adalah merupakan aset. dan dikategorikan sebagai benda penting yang boleh mengancam kententeraman. tgk isu air antara india dan bangladesh? sengsaranya bangladesh disebabkan isu air ni.

Kesimpulannya; kita kena ubah minda sejajar ngan peningkatan taraf hidup. jangan nak permainkan isu bodoh macam ni bagi kepentingan pihak tertentu dan menghancurkan negara. Semua negara suffer dengan isu minyak; tapi kenapa kita sekarang perjuangkan pertanian? dulu masa awal2, korang cakap bodohnye kita nak berbalik kepada teknologi lapuk, tapi sekarang... dah nampak ke tak apa rasionalnya? tapi kalau itupun belum nampak.. takpe nanti ada masa saya jelaskan lagi.

Anonymous said...

Assalamualaikum
Kak Nora,
lama cari akak, rupanya dah ada blog yang cun. Bila nak jenguk kita kat Kota Damansara.
Saya dan family bantah sangat ISA ni, mintak-mintak cepatlah dihapuskan supaya yang kat dalam 2 boleh kuar jumpa family diaorang kan

Selamat Hari Raya
Wak Kerang Team

日月神教-任我行 said...

AV,無碼,a片免費看,自拍貼圖,伊莉,微風論壇,成人聊天室,成人電影,成人文學,成人貼圖區,成人網站,一葉情貼圖片區,色情漫畫,言情小說,情色論壇,臺灣情色網,色情影片,色情,成人影城,080視訊聊天室,a片,A漫,h漫,麗的色遊戲,同志色教館,AV女優,SEX,咆哮小老鼠,85cc免費影片,正妹牆,ut聊天室,豆豆聊天室,聊天室,情色小說,aio,成人,微風成人,做愛,成人貼圖,18成人,嘟嘟成人網,aio交友愛情館,情色文學,色情小說,色情網站,情色,A片下載,嘟嘟情人色網,成人影片,成人圖片,成人文章,成人小說,成人漫畫,視訊聊天室,性愛,性感影片,正妹,聊天室,
情色論壇