Wednesday, September 3, 2008

Selamat Berpuasa


Selamat Berpuasa kepada semua teman-teman Nora yang beragama Islam. Moga ibadat puasa kita ini akan lebih merapatkan kita mengenal erti kehidupan dan menginsafkan kita tentang mereka yang kurang bernasib baik.

Sebenarnya setiap bulan puasa ini Nora akan mengambil kesempatan untuk lebih melakukan aktiviti kebajikan – menyediakan kemudahan berbuka puasa bagi mereka yang daif sekitar Masjid India, untuk berbuka puasa serta agresif sedikit dalam urusan perniagaan. Bab web terpaksa “slow” sedikit. Maaf ye. Apa pun untuk kawan-kawan Nora khususnya boss Nora – puasa bagi cukup ye... lepas tu bonus untuk Hari Raya ada ke? Hi hi hi .....Selamat Berpuasa semua!

13 comments:

kuchalana said...

Selamat Berpuasa juga kepada Nora.. Semoga dimurah dan dipermudahkan rezki..

* 2002 dan 2003 dulu saya ada terlibat dgn perniagaan ramadhan di masjid india dan chow kit, disebabkan kerenah birokrasi dan kerenah kawan2 (geng 3 warna) saya give up.. hu2.. baik meniaga sendiri seperti hari ini..

angah said...

selamat menyambut ramadhan almubarak..

tue lah..kadang2 geng 3 warna nama je pertubuhan nak tolong melayu tapi kadang2 menindas melayu..

ikhlas dari
angahsp

joe said...

Dibulan yang penuh mulia ini, saya mengucapkan Selamat Beramal Ibadah kepada cik puan dan sekeluarga. Semoga amalan Ramadhan ini akan menjadi bekal buat kita diakhirat kelak.

Sesungguhnya “awal Ramadan adalah rahmat, di tengahnya keampunan dan akhirnya selamat daripada api neraka.”

carcoon

AnakMudaParlimenBatu said...

Kak Nora,
Pi Langkawi nooo, patut lama xupdate blog, apa-apa pun selamat menjalani ibadah puasa ....

Rakan2
Jangan Lupa layari blog saya di http://khairilazuar.wordpress.com
bagi komen setiap artikel yang saya tulis. …ada artikel baru

Anonymous said...

sempena bulan puasa yang mulia ini ingin di pohon supaya saudari berhenti memperjuangkan Anwar kerana satu kebenaran telah terbukti apa yang telah dilakukan selama ini sebelum ianya diperhebahkan maka apa yang saudari perjuangkan selama ini hanyalah merupakan suatu perjuangan yang sia-sia.

amrul said...

salam ramadhan selamat berpuasa!moga murah rezeki

raveendran nair said...

Selamat berpuasa kepada Nora dan semua rakan-rakan yang berugama Islam.

Aku oku! said...

poselah kita sebelum kita diperkosa iman kita oleh OKUb- orang kurang upaya berfikir!! auntie Nora! salam ramadhan!!

hafiz said...

selamat berposa kak! semoga terus cekal! selamat berjuang!

Anonymous said...

Selamat berpuasa kak nora, ingat dapat pose n sahur sama2..tapi sian anik kena tinggal sorang2...sedey la...

Skang takde kawan dah...layan ariyan jer ler...ehehehe...

Semoga kak nora,suksess lam bisness..anik sentiasa doakan kat nora happy sokmo...

Hasbullah Pit said...

Selamat Berpuasa.

Agaknya kita ni berjumpa bila ada org kena tangkap je ka?


Tumpang iklan boleh?
Beras Padu

kalawangi said...

selamat berpuasa juga untuk kak nora...:-)

kalawangi said...

selamat berpuasa juga untuk kak nora...:-)

tapi jangan lupa, 16 September a.k.a 16/17 Ramadhan....:-)

i've got a feeling...:-)