Thursday, October 2, 2008

Berlalu Ramadan



Selamat Hari Raya dan terima kasih Nora ucapkan bagi mereka yang telah mengirim SMS dan buat “posting” mengucapkan Selamat Hari Raya. Mungkin lepas Hari Raya ini boleh lah Nora up date laman ini selalu. Ramadan benar-benar sibuk – berniaga – bekerja dan membuat persiapan untuk Hari Raya. Amat sibuk juga – terkejar-kerja masa – berbuka dengan anak-anak dan rakan Masjid India.


Sebenarnya selalu pada musim Ramadan Nora bukan table untuk anak-anak yatim dan kanak-kanak untuk di sekitar Masjid India untuk makan selama sebulan. Nora percaya walaupun Nora bukan dari kategori orang senang tetapi Nora tahu mereka ada kalanya lebih memerlukan. Rezeki yang diberi bukan untuk kita seorang “songlup” ada hak orang lain dalamnya – perlu sedekah dan perlu dikongsi. Kita kurang-kurang dapat makan – mereka kadang-kadang terlepas soru. Anyway puasa tahun ini – Nora tidak buat seperti keselaluan kerana terkejar-kejar masa. Maklumlah kena buat 2 kerja. Apa pun penghujung puasa lalu sempat juga Nora “open table” kat Masjid India. Nora masak – mereka makan – Nora tengok – mereka makan – Nora seronok. Apa pun kadang tertanya – kalaulah semua kita buat begitu mungkin tidak payah mereka yang tidak berkemampuan untuk makan tercari-cari dan teraba-raba untuk mencari sesuap nasi.

Nora percaya antara sebab kita berpuasa adalah untuk kita turut merasakan lapar dan dahaga maknanya bagi mereka yang sentiasa rasa lapar dan dahaga perlu diberi pula hikmah berbuka puasa dengan lebih baik lagi. Kita perlu tingkatkan sedekah dan perlu faham bagaimana mereka yang dibawa tahap kemiskinan – daif melalui hari-hari dengan cabaran untuk mencari sesuap nasi untuk diri dan anak-anak. Ini mencari sesuap nasi – bukan suap rasuah tau. Suap rasuah itu lah yang menyebabkan nasib orang tak terbela malah menyulitkan mereka yang mahu berusaha untuk mencari kehidupan.

Kadang-kadang dalam perjalanan hidup ini – suap-menyuap, disuap dah menjadi lumrah. Rasuah macam dah jadi budaya dan yang pelik sekali ialah bukan sahaja pemberi rasuah itu patut di hukum, malah penerima juga patut di hukum dan lebih patut kena hukum mereka yang ada kuasa – tahu – tapi buat-buat tak tahu. Mereka juga patut di hukum – kasi balun satu round. Rasuah inilah yang menyebabkan ramai mereka yang sanggup bekerja – berniaga – hilang dan tawar hati. Hairan – kadang-kadang yang ada kuasa itu nampak rasuah tapi diam – kot2 nak share sorang sikit.

Entah lah...rasuah....oh...rasuah....jom kita lihat kat Masjid India – ada lagi kot sindrom rasuah...

6 comments:

ediannuar said...

nora,

kalau semua orang macam nora, tak delah orang kebulur........ tapi hati manusia tak sama. ada yan loket, ada yang bakhil!!!

angah said...

selamat hari raye...

mountdweller said...

Rasanya masih belum terlambat untuk ucapakan SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI dan mohon keampunan sekiranya ada kata-kata dan bahasa yang sumbang dibaca. maklumlah setakat ini medium hubungan kita hanyalah melalui tulisan.

dan saya beraya di Kelantan dengan sanak saudara yang pulang dari rantau.

kuchalana said...

mengalir air mata bila baca kisah 10 org anak yg dibelikan baju dan keperluan raya oleh cikgu bard.. terasa tersentuh sgt.. dalam hati berkata.. mengapa dalam negara yg kaya ini masih ada yg tidak dibela..

alhamdullilah nora.. akan lahir lebih ramai org yg mempunyai hati dari hari ke hari.. nora telah memulakan satu langkah yg baik.. saya sendiri melakukan perkara yg sama setiap bulan.. memasak dan memberi makan mereka yg memerlukan.. kepuasannya lain melihat golongan ini tersenyum kekenyangan.. rasanya kita tidak perlu menunggu org lain memulakan.. cukup dgn niat dan mulakan langkah pertama...

SELAMAT HARI RAYA...

paparem said...

dengan perkembangan terkini UMNO , adakah PR akan mengalami kebisuan dalam perjuangannya.

LeeSlimShady said...

Kak nora nape susah nak kontek kak nora nie????