Saturday, January 31, 2009

Bahasa Melayu .....da





Salam semua – Nora hadir untuk demonstrasi membantah penggunaan Bahasa Inggeris bagi mata pelajaran Sains dan Matematik. Sungguhpun bagi Nora ini bukan satu bentuk perhimpunan seperti ala reformasi tetapi ini adalah satu-satu demo yang Nora rasa kena hadir demi memartabatkan bahasa kita. Kenapa kita perlu tuntut agar Bahasa Melayu di gunakan semula untuk matematik dan Sains? Alasannya – kalau nak pandai bertutur dalam Bahasa Inggeris belajar bahasa Inggeris betul-betul. Sebenarnya Nora kesian juga tengok anak – anak kita berhempas pulas khususnya di kampung yang Bahasa Inggeris itu amat asing bagi mereka. Kerana Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris maka mereka gagal dalam menguasai pelajaran tersebut. Hairankan, kadang-kadang Nora sendiri difahamkan ada antara cikgu kita pun ada yang kalut bertutur dan menulis bahasa Inggeris - ini pula anak-anak kita. Nora ada 5 orang anak – sedikit sebanyak Nora tahu kesukaran mereka. Kita di bandar ini faham juga sikit-sikit YES – NO – ALRIGHT atau mungkin lebih sikit – STUPID POLICY OF SCIENCE AND MATHEMATIC tetapi di kampung lain kisahnya. YES – NO – ALRIGHT hanya bahasa lawak bagi mereka. Yang lain mereka mungkin tidak tahu. Kenapa kita mahu menghancurkan pembelajaran mereka khususnya Sains dan Matematik yang diajar dalam bahasa Inggeris?

Nora difahamkan pakar-pakar pendidik juga tidak bersetuju tetapi Mahathir dan kemudiannya Hishammuddin terus mempertahankan benda ini. Apa yang Nora mahu ialah untuk anak-anak Nora menguasai Sains dan Matematik sebagai satu subjek penting dan menguasai Bahasa Inggeris sebagai satu subjek komunikasi. Nora juga sekarang ini di pejabat sedang berusaha belajar Bahasa Inggeris dengan kawan-kawan kerana Nora tahu itu juga penting. Namun fikirkan anak-anak kita khususnya di luar bandar – tak kan bertutur bahasa Melayu tapi bila sampai bab kira-kira cakap bahasa Inggeris – “ Mak Limah boleh bagi saya kuih cucur TWO ringgit dan goreng pisang – FOUR ringgit dan Mak Limah kira DISCOUNT sikit. Lagi, Mak Limah tolong CALCULATE semua dan ini TEN ringgit dan LESS SIX ringgit dan ada BALANCE FOUR ringgit. THANK YOU – ALRIGHT- SEE YOU LATER.

Mana pergi semangat kita sebagai orang Melayu. Nora hadir kerana Nora percaya keperluan kita memartabatkan bahasa kita. Jangan sampai jadi macam ini dah la…ANYWAY MY PREN – NORA WILL GOING TOMORROW – tapi bila cerita SAINS - A solar eclipse occurs when the Moon passes between the Sun and the Earth so that the Sun is wholly or partially obscured ( kebas dalam net) dan lepas itu the foundations of mathematics, logic, algebra, geometry, probability, and statistics ( pun kebas dalam internet da..) ….hihihi

Wednesday, January 28, 2009

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia - hilang makna?

Nora menerima email ini dan Nora difahamkan ramai kalangan blogger menerima email yang serupa. Kita tengok dan baca teks yang dikirim bersama-sama gambar laporan polis ini.

Ini adalah pengakuan salah seorang yang ditahan berhubung dengan rasuah politik dalam UMNO. Yang di tahan tersebut membuat laporan polis mengenai penderaan yang dilakukan oleh SPRM tindakan SPRM memaksa orang tersebut menuduh seorang kepimpinan MT UMNO untuk tujuan yang diragui. Apa yang kita persoalkan ialah tindakan SPRM dan adakah SPRM benar-benar telus atau sebenarnya SPRM juga ada campur tangan tangan-tangan politik. Ini menunjukkan bahawa SPRM tidak telus. Bolehkah kita percaya pada penubuhan SPRM ini atau SPRM ini hanya perubahan kosmetik untuk UMNO dan mereka yang ditangkap juga adalah mangsa untuk mengaburi mata rakyat bahawa UMNO sedang melakukan reformasi.

Pengirim turut meng”attach”kan laporan polis Halimi Bin Kamaruzzaman yang mendakwa dirinya telah didera dan dipaksa oleh pegawai-pegawai SPRM untuk menjatuhkan pihak tertentu dalam Umno seperti dibawah:



Aduh...sebenarnya dalam melakukan apa-apa hal niat itu perlu bersih. Kalau niat tu tidak bersih apa yang di buat tentu menyimpang dari apa yang dihajatkan.

Saturday, January 17, 2009

TAHNIAH PAS

PAS berjaya di P36 Kuala Terengganu. Tahniah dan minta usaha untuk terus memartabatkan rakyat. Bagi Nora - ini satu amanah buat calon PAS untuk terus berkhidmat pada rakyat - itu yang penting

Tahniah dari Nora

Monday, January 12, 2009

Tanah Ku


Sajak Nora ini telah di terbitkan oleh Majalah Suara Baru keluaran Januari. Baca dan harap dapat komen dari semua.