Salam semua – Nora hadir untuk demonstrasi membantah penggunaan Bahasa Inggeris bagi mata pelajaran Sains dan Matematik. Sungguhpun bagi Nora ini bukan satu bentuk perhimpunan seperti ala reformasi tetapi ini adalah satu-satu demo yang Nora rasa kena hadir demi memartabatkan bahasa kita. Kenapa kita perlu tuntut agar Bahasa Melayu di gunakan semula untuk matematik dan Sains? Alasannya – kalau nak pandai bertutur dalam Bahasa Inggeris belajar bahasa Inggeris betul-betul. Sebenarnya Nora kesian juga tengok anak – anak kita berhempas pulas khususnya di kampung yang Bahasa Inggeris itu amat asing bagi mereka. Kerana Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris maka mereka gagal dalam menguasai pelajaran tersebut. Hairankan, kadang-kadang Nora sendiri difahamkan ada antara cikgu kita pun ada yang kalut bertutur dan menulis bahasa Inggeris - ini pula anak-anak kita. Nora ada 5 orang anak – sedikit sebanyak Nora tahu kesukaran mereka. Kita di bandar ini faham juga sikit-sikit YES – NO – ALRIGHT atau mungkin lebih sikit – STUPID POLICY OF SCIENCE AND MATHEMATIC tetapi di kampung lain kisahnya. YES – NO – ALRIGHT hanya bahasa lawak bagi mereka. Yang lain mereka mungkin tidak tahu. Kenapa kita mahu menghancurkan pembelajaran mereka khususnya Sains dan Matematik yang diajar dalam bahasa Inggeris?
Nora difahamkan pakar-pakar pendidik juga tidak bersetuju tetapi Mahathir dan kemudiannya Hishammuddin terus mempertahankan benda ini. Apa yang Nora mahu ialah untuk anak-anak Nora menguasai Sains dan Matematik sebagai satu subjek penting dan menguasai Bahasa Inggeris sebagai satu subjek komunikasi. Nora juga sekarang ini di pejabat sedang berusaha belajar Bahasa Inggeris dengan kawan-kawan kerana Nora tahu itu juga penting. Namun fikirkan anak-anak kita khususnya di luar bandar – tak kan bertutur bahasa Melayu tapi bila sampai bab kira-kira cakap bahasa Inggeris – “ Mak Limah boleh bagi saya kuih cucur TWO ringgit dan goreng pisang – FOUR ringgit dan Mak Limah kira DISCOUNT sikit. Lagi, Mak Limah tolong CALCULATE semua dan ini TEN ringgit dan LESS SIX ringgit dan ada BALANCE FOUR ringgit. THANK YOU – ALRIGHT- SEE YOU LATER.
Mana pergi semangat kita sebagai orang Melayu. Nora hadir kerana Nora percaya keperluan kita memartabatkan bahasa kita. Jangan sampai jadi macam ini dah la…ANYWAY MY PREN – NORA WILL GOING TOMORROW – tapi bila cerita SAINS - A solar eclipse occurs when the Moon passes between the Sun and the Earth so that the Sun is wholly or partially obscured ( kebas dalam net) dan lepas itu the foundations of mathematics, logic, algebra, geometry, probability, and statistics ( pun kebas dalam internet da..) ….hihihi

8 comments:
Kak hari tu saya ada dengan akak..
nama saya Lee....
eh mana gambar saya dengan kak Nora yang tangan saya buat peace tuh
caya lah kak Nora de Reformasi..!!! Lawan Tetap lawan, Lawan Sampai Menang nooo...!!!!
salam,
Lee....ye Kak Nora ingat.Harap lepas-lepas ni kalau ada demo lagi dapat lah sekiranya jumpa dengan teman-teman lama.
Hijat,
hehehe...kirim salam buat teman-teman di sana.
Nora:
kadang2 pening jg kepala bila memikirkan gelagat manusia kerana bila sesuatu benda itu dibuat dan dilaksankan utk tujuan yg baik tetapi disalah anggap dan di cerca dan di perlekehkan.
sy ada org ank buah yg sedang belajar d tingkatan 4 dan 5 di salah sebuah sekolah d Kuala Trenggganu, kamu tahu apa jawapannyer bila sy bertanya pd mereka mengenai pengunaan bahasa inggeris dlm matapelajaran matematik dan sains, jwpnnyer senang dan mudah yg penting kena berusaha dan rajin membaca. dan hasilnya anak buah saya kedua2 nya memeperolehi 8A dalam PMR mereka. hairan yea wlpn pun kakak dan abg ipar sy bercakap dalam bahasa melayu ttp anak buah saya masih boleh menguasai bahasa inggeris dengan baik wlpn bersekolah biasa di Kuala Trenggannnu.
sbb tu sy hairan knp kita ni masih pada takuk yg lama iaitu asyik nak buat demo tanpa memikirkan kesannya pd jenerasi akan dtg.
perlu ke kita berfikiran seperti katak di bawah tempurung?
mahukah kita biarkan ank2 kita menguasai satu bahasa shj, tidak sperti bangsa lain yg boleh menguasai 2 3 bahasa.
kecil nya otak manusia yang bernama MELAYU ini.
wassalam.
shamuddin
Shamsuddin
Pertama kali terima kasih kepada sdr yang memberi komen. Cuma nak tambah sedikit - kenyataan kecil nya otak melayu amat relatif dan satu under statement yang tidak sepatutnya di buat.
Sdr,
Apa yang ada pada keluarga sdr ada remote case. Ingat pakar dan cendikiawan melayu seperti Prof Ungku Aziz sendiri berkata - kalau mahu mahir bahawa Inggeris belajar bahasa Inggeris - proper. Sebenarnya Nora sedang belajar gak bahasa Inggeris kerana masa muda dahulu Nora tidak berkesempatan.
Dalam keadaan infrastruktur Melayu yang agak kurang khususnya di desa - maka mempelajari bahasa Inggeris dan bertutur dalam bahasa Inggeris adalah sesuatu yang amat remote sekali. Maka kesukaran berlaku dan kemerosotan turut berlaku-ini bukan andaian kosong ini adalah juga pendapat pakar-pakar ilmiah yang ada.
Hairan kenapa perlu kita belajar bahasa Inggeris melalui medium maths dan sains - mungkin kerana kita asyik mahu mengejar keunikan kot.
Apa pun kadang-kadang kita amat mudah menuduh otak orang Melayu kecil sedangkan kita sendiri tidak begitu besar...
Apa pun terima kasih atas pendapat anda
kenapa suka menjumudkan keadaan? yang penting adalah kefahaman kepada istilah dan penggunaan kepada ilmu tersebut. tak salah digunakan bahasa inggeris kerana ianya menjadi bahasa yang digunakan dalam ilmu duniawi kini. walhal akan membantu anak2 kita semasa mereka seusia kita nanti.
Ikhlas saya katakan PPSMI projek karut. Siapa yang tidak mahu menguasai bahasa-bahasa lain.
Tetapi biarlah secara bermaruah dan bukannya perlekeh dan perhina bahasa Melayu. Sayang, masih ramai bersikap tak apa kepada PPSMI.
Tak apa kepada bahasa rojak. Masih tak apa kepada 'manyak susah woo', 'bila api kereta mari'.
Best best gambar gua ada dengan Nora reformis..hehe..tu gambar tunjuk jari kat poster tu..
-selamat berjuang-
Post a Comment