Isu Elizabeth Wong – satu yang Nora nak cakap, beliau tidak perlu letak jawatan kerana angkara orang lain. Sebenarnya orang yang menangkap gambar dan menyebarkannya itulah yang salah. Kita semua terdedah kepada fitnah dan di aniaya orang. Kenapa apabila orang menganiaya kita maka kita pula yang perlu letak jawatan. Kenapa bila orang fitnah kita maka kita pula kena berterusan jadi mangsa. Nora tak setuju dengan Eli Wong untuk menawarkan diri untuk letak jawatan. Nora setuju – siapa yang terbabit dalam penyebaran dan pengambilan foto tersebut untuk tujuan mengugut perlu dihukum biar siapa pun.
Inilah dia apabila kita sebenarnya hilang pertimbangan dan kita terlampau asyik dengan politik. Nora dalam membaca www.malaysiakini.com bersetuju dengan Ketua Wanita MCA Datin Paduka Chew Mei Fun yang bertindak wajar turut bersimpati terhadap Elizabeth Wong sungguh pun beliau dari MCA. Ini bagi Nora orang yang setidak-tidak mempunyai pertimbangan yang wajar tidak macam Khir Toyo - seakan melatah mendesak Elizabeth Wong melepaskan jawatan. Kita perlu ada nilai pertimbangan dan nilai ini biarlah jangan dipengaruhi dengan pertimbangan yang tidak wajar akibat mabuk – mungkin mabuk kuasa, mabuk samsu atau mabuk akibat terlampau banyak makan tempe – hihihihi. Anyway Nora percaya Elizabeth Wong agak tertekan dengan isu ini tetapi Nora percaya ramai antara kita boleh bezakan antara isu Chua Soi Lek dengan Elizabeth Wong atau Nora masih ingat gambar arwah Dato' Norjan Khan Bahadar merupakan Timbalan Menteri di Jabatan Ketua Menteri dan orang yang paling dipercayai oleh Dato' Osu Sukam dulu yang nampak bergambar dengan riang bersama pemandunya dengan aksi yang kurang manis. Sebenarnya kita perlu menimbangkan keadaan yang ada – situasi dan sekiranya gambar Elizabeth Wong adalah gambar berdua ala-alan macam artis – Wan Nor Azlin tu lain la.
Apa pun Nora telah diberi maklumat mengenai angkara siapa yang menyebarkan gambar itu dan ada angin-angin orang siapa yang telah membeli gambar tersebut. Buat Khir Toyo logik la sikit k...

9 comments:
Persoalan baru
Benarkah gambar itu disebarkan?
Atau media hanya menyangka ia disebarkan.
logik akal la kak...khir toyokan nak bertanding pemuda nanti...tu pasal la...move the movement...
Itu le namanya tanggungjawab!
Hal bogel dia memang le tak menyalahi undang2...itu dia punya pasal le.
Tapi dia letak jawatan sebab dia ada rasa tanggungjawab......bukannya dia kalah....walaupun orang lain yang buat.
Ada paham ka?
So aku tabik kat Eli wong....ini amoi ada prinsip punya amoi.....
Dan bukan ke tanggungjaab kita utk mengekalkan mereka yg berprinsip utk terus mentadbir....tanggung jawab kita utk memastikan agar mereka tetap ada utk terus berkhidmat...
Patik setuju dengan pendapat Nora ni.Ini mmg kje musuh yang kemaruk kuasa.jangan risau nanti kebenaran akan terselah juga.Patik harap kita sama2 bersabar.Rakyat tahu mana yang baik dan jahat.....
masa kena dekat orang lain, terkekeh ketawa. dah kena batang hidung sendiri berjuta alasan di bawa. Itulah konsep perjuangan anda semua. Bogel, telanjang, aksi ranjang itu hak peribadi. Tetapi status sebagai pemimpin, tonggak masyarakat, tiang rakyat perlu dihormati. Nak ke anda - anda semua berimamkan individu yang kurang moralnya? Terdedah, didedahkan itu adalah hak siapa yang ingin mendedahnya. Mungkin ada rasa dendam. Iri hati, dengki, sakit hati, cemburu dsb. Cuba teliti latar belakang subjek ini. Kononnya propaganda, bukan niat di hati nak dedah situ dan sini. Jangan menjadi beruk yang pandai mengubah bunga, sedangkan bunga layu, hancur, beruk terus senyum dan ketawa.
Salam..
Lama benar tak hantar komen kat blog Nora.
Well, pertamanya ramai pemimpin BN boleh bertindak rasional, sebab itu kita lihat ramai pemimpin BN terutama wanita, beri sokongan moral terhadap Eli. Tak macam pemimpin PR, kalau pemimpin BN buat silap cepat-cepat desak pemimpin tu letak jawatan. Memang la manusia mana boleh terlepas dari membuat kesilapan.
Dalam isu Eli ni, aku rasa ini melibatkan moral seorang pemimpin. Eli sebagai individu, memang berhak dapat pembelaan. Macam juga DSAI, dia berhak mendapat pembelaan atas apa juga tuduhan yang dia hadapi. Masalahnya, mahu ke orang ramai (pengikut PR) terus bertuankan atau mempunyai pemimpin yang mempunyai latar belakang yang second gred?
Bagi aku, rasanya sudah sampai masanya kita percaya kepada kada dan kadar tuhan. Jangan asyik tuding sana sini cari kesilapan orang lain..wassalam
www.anak2merdeka.blogspot.com
Nora:
Cuba duduk secara tenang, fikir dan tenung sedalam-dalamnya kenapa jadi begini... dan tentu Nora akan tahu jawapanya... sbb akal yang dianugerahkan oleh Allah yang maha Esa tidak digunakan sepenuhnya.
PKR asyik salah kan org lain tetapi bila kena batang hidung sendiri cuba pula mencipta 1001 alasan.
Itulah nama nya MANUSIA...
Kita ini berada diakhir zaman mungkin esok lusa ajal akan menjemput kita atau mungkin esok akan tiba hari kiamat... Nora tahu? saya pun tidak tahu bila akan datang hari tersebut... jadi saya rasa Nora tidak perlu menjadi seperti ANJING MENYALAK BUKIT sbb akhirnya Nora juga yang rugi.
Benda yang paling INDAH saya rasa dalam hidup Nora sekarang dan akan datang ialah jaga anak-anak biar menjadi insan yang lebih sempurna kerna saya rasa Nora sentiasa sibuk dengan PR anak itu kan fitrah Allah dan lagi satu lebih manis kalu Nora mula memakai tudung sebab aurat wajib ditutup dari pandangan yang bukan muhrim.
CUKUP CUKUP CUKUP... berhentilah sebab ada orang lain yang boleh memikirkan hal negara...
wassalam.
ASP Bukit Kepong mungkin boleh ulas disini.
Banyak juga sakai UMNO Rasuah nak kondem kau Nora...
Dasar depa ni dulu kini dan selamanya...Rasuah...
Kalau busuk dari kepala sampai ke ekor dia nak buat camana.
bungaraya
Post a Comment