Wednesday, February 4, 2009

Jangan percaya pada mereka

Sebenarnya apa yang berlaku hari ini - politik yang berlaku dalam PKR memberi pengajaran kepada kepimpinan PRK sendiri. Kita lihat apa yang ada hari ini – lompat parti dari PKR masuk ke UMNO dan ada yang paling buruk ialah lompat masuk PKR dan kembali masuk UMNO dalam beberapa hari. PKR perlu juga belajar bahawa di keliling kamu ada oportunis yang mengambil kesempatan. Bila ada rakyat marhaen yang menyuarakan masalah ini – tidak di endahkan. Yang di percayai adalah mereka yang tidak pernah tahu maksud reformasi – erti pengorbanan dalam perjuangan. Yang ada adalah mereka yang berkepit di keliling khususnya Anwar Ibrahim bila beliau di bebaskan – mendabik dada konon-kononnya mereka adalah pejuang sejati – mereka berkorban untuk perjuangan sedangkan mereka tidak pernah tahu suka duka derita dalam perjuangan menuntut reformasi.

Apa yang ada ialah PKR tertampar mukanya sendiri. Bagi Nora – selepas ini, cermin diri, lihat di luar sana – ada muka-muka pejuang yang menderita tetapi masih kekal dalam perjuangan reformasi. Ada mereka yang sudah diuji dan sudah teguh natijah perjuangan mereka, kenapa tidak disentuh mereka. Apa pun nasi belum menjadi bubur – ubah dan mulakan senario baru. Kesombongan hanya akan menjahanamkan diri sendiri.

7 comments:

paneh said...

Moga berjaya dengan apa yg dipercayai dan diperjuangkan.

Kassim Selamat said...

Satu pengajaran buat PKR.Yang manis bukan semuanya madu.Adakalanya yg manis itu racun.

Anonymous said...

Saudari, saya ini bukan daripada golongan yang menyebelahi sesiapa tetapi saya hanya mahu hak orng melayu serta maruah bangsa sentiasa dijaga dan tidak tergadai. saya tidak kira siapa jua pemimpin yang akan memegang tapuk pemerintahan negara asalkan hak orng melayu serta maruah bangsa kita sentiasa dijaga dan tidak mudah digadai. saya malu akn apa yg berlaku di perak, klu diperhatikan yg menentang hanyalah orng melayu, mana pergi yg lain... harap bebenor, apa komentar saudari tentang ini. Hidup melayu!!!--- zainal abidin seremban

Tun Saban said...

Kak nora ,saya rasa kak nora mesti kaenai saya,buka unit-ehsan-penang.blogspot



kepada zainal abidin seremban,kalau ada bangsa lain umno akan jadikan modal untuk ulangi may 13.lagipun itu raja melayu buat aper depa bertengek kat situ

PEMUDA PAS KEMAHANG 1 said...

Salam perjuangan,

PPK1 dari dulu lgi tidak berapa setuju dengan Projek Lompat Parti Mega 16 September tajaan Anwar Ibrahim.

Bagi PPK1, projek tersebut tidak lebih sebagai 'senjata makan tuan' dan satu perancangan yang menebal dengan angan2.

Rasanya lebih mulia dan lebih baik kita bangkit membentuk Kerajaan Malaysia dengan kekuatan sendiri, tidak bergantung kepada kaki-kaki lompat yang jelas punyai agenda tersembunyi, dan sah-sah jenis pentingkan diri sendiri. Mereka ini cepat melatah kalau tersepit.

PKR sebagai 'adik' harus belajar dari 'abang'nya PAS bagaimana untuk mentarbiah dan memupuk semangat cintakan perjuangan, amanah dan bertanggungjawab dengan pengundi. Apa yang PKR hadapi sekarnag ini pernah dihadapi PAS seketika dulu, dan PAS bangkit belajar dari kesilapan. Tarbiah untuk ahli amat penting.

Berhati-hati dengan pencacai dan opportunist yang berada disekitar dan dalam kelambu PKR. Dlm masa sama harap beri perhatian sama kpd Pejuang-Pejuang Reformasi yang sanggup jatuh bangun bersama parti dan perjuangan. Jangan pinggirkan mereka kerana tanpa mereka siapalah Anwar Ibrahim.

www.pemudakemehe1.blogspot.com

editor said...

Mana-mana wakil rakyat PKR yang lompat parti adalah seorang pengkhianat dan bukan pejuang tulin.Tolak secara total mana-mana pemimpin dan wakil rakyat yang ada kepentingan diri.Kita mesti sedar bahawa kerajaan kita adalah hak milik rakyat.Jangan percaya sangat kepada orang di sekeliling kita kerana ada agenda yang dimainkan oleh mereka......peringatan jeee.

AnakMerdeka said...

Pada dasarnya aku setuju dengan pendapat Pemuda Pas Kemahang, iaitu lebih mulia jika bangkit dengan kekuatan sendiri, tanpa perlu menarik orang lompat parti.

Sebenarnya dari dulu pun aku tak nampak kekurangan yang ada pada PAS, cuma kadang kala pemimpian PAS terlalu suka membuat kenyataan, waimah mengeluarkan fatwa mengkut keadaan semasa, dan demi untuk menjaga kepentingan 'periuk nasi sendiri'. Yang menjadi mangsa ialah pengikut yang mengikut membabi buta.

Tetapi menjelang pilihanraya 2008, aku lihat PAS bukan sahaja telah lari dari perjuangan asal (untuk menegakkan negara islam) tetepi dengan terang-terang telah bersekongkol dengan parti yang anti islam dan anti melayu (DAP) dan sanggup bekerjasama dengan PKR yang berjuang hanya untuk kepentingan seorang bernama ANWAR.

www.anak2merdeka.blogspot.com