Monday, June 1, 2009

DBKL - penyamun berlesen dah tiba!


Memang bagi peniaga di Majid India seperti Nora sudah pun tahu. Asal ada sahaja operasi pekerja asing – kaki-kaki “rambo”, orang asing semua sudah sedia maklum. Hari ini dalam keratan media arus Perdana ada memaparkan berita bertajuk “semua pembantu gerai asing ghaib” - bukan sesuatu yang baru. Sejak tahun 1998 lagi repot mengenai isu ini dibuat. Surat Khabar Sinar telah memaparkan kenyataan Nora berkali-kali. Ini bukan sesuatu yagn baru malah banyak lagi kegiatan-kegiatan curang di Majsid India berlaku yang rata-rata mempunyai bau-bau rasuah.

Bagaimana operasi seperti ini boleh bocor – sebelum operasi bermula – hampir satu minggu, pekerja asing sudah sedia maklum. Mereka kalanya tahu masa dan ketika, pihak DBKL akan tiba untuk membuat operasi.

Malah ada operasi yang secara terang nampak tetapi di pejamkan mata, kehadiran orang asing berniaga di Masjid India. Sial tidak sial – Nora dan rakan-rakan lain pernah membuat laporan polis tetapi malangnya kedai kami yang di serbu. Kami juga dikatakan sebagai orang jahat lantas kedai kami di campak ke belakang untuk terus menyulitkan perniagaan kami. Bagi Nora – DBKL penuh dengan rasuah dan nak saman-saman lah. Tapi ingat – sebelum saman Nora ada gambar dan keratan akhbar mengenai apa yang Nora katakan ini. Malah dalam blog Nora – Nora pernah mencabar Datuk Bandar KL sebelum ini.

Apa yang berlaku sekarang ini amat memualkan – peniaga seperti hamba yang di ugut oleh mereka. Bersuara – maka lesen akan di gantung – tetapi bagi orang asing yang tidak punya lesen, mereka bebas berniaga di mana-mana. Adakah ini tidak menunjukkan sesuatu yang tidak kena – adakah salah kalau Nora katakan ada unsur RASUAH. Nora mula berniaga di Masjid India tahun 1998 – sebelum itu berjuang untuk mendapat tapak bagi orang Melayu untuk berniaga.

Hari ini kenyataan media mengenai “semua pembantu gerai asing ghaib” membuatkan Nora terbahak-bahak ketawa. Baru nak tahu. DBKL dah musnahkan perniagaan kami, sumber pendapatan kami dan hari ini baru mahu menunjukkan sikap malaikat mereka untuk membantu kami.


Sudahlah..selagi rasuah berlaku, Najib jalan-jalan ke Masjid India tidak akan dapat membantu kami. Jalanlah setiap minggu, minum air kat warung – tetapi kalau DBKL tidak dibongkar kepincangan mereka – selagi itu warga kota akan terus membantah.

2 comments:

ASP Bukit Kepong said...

Kelompangan maklumat sebenarnya bukan terletak di atas organisasi. Hanya disebabkan oleh individu yang membentuk organisasi tersebut. Sesiapa sahaja yang tidak amanah, tanpa mengira apa fahaman dan parti yang didokong akan menyebabkan mana-mana jentera kerajaan tidak dapat menjalankan tugasnya. Institusi Kerajaan Tempatan; DBKL sebagai contohnya mempunyai pelbagai masalah insani, terutamanya skim penjawatan penguatkuasa mereka. Rata - rata penguatkuasa bandaraya adalah kategori kontrak dan bukannya tetap yang tertakluk tingkah lakunya di bawah Bab D, Perintah Am (Pindaan 2006).

speakforperak said...

sila layari blog speaker perak

'Suara Perak'

speakforperak.blogspot.com

terima kasih