Blog tidak di “update” beberapa hari kini. Kritikalnya keadaan amat membimbangkan. Yang “tidak orait” semakin tidak membantu dan baru-baru ini nasib malang menimpa salah seorang dari anak Nora. Memang tangisan dan rintihan sahaja yang menjadi teman. Di pandang kiri nampak semakin gelap dan di toleh kanan muram semakin menjadi-jadi namun Nora cuba untuk tabah.
Amat payah untuk Nora gambar dan tuliskan – tidak mungkin pekong ini boleh di buka. Hanya menjadi harapan Nora – anak Nora akan terus berhadapan dengan realiti hidup dan sedar bahawa yang tidak orait itu tidak akan dapat membantu hidup anak-anak Nora. Berbakul rasanya mahu Nora sumpah yang tidak orait itu – masakan anak sendiri di biar merempat sehingga tragis itu berlaku. Malang seribu kali malang.
Nora tidak dapat menceritakan tragis ini – cukup Nora simpan sebagai pengalaman hitam dalam hidup Nora dan anak Nora yang terlibat itu. Pada anak Nora – mama akan sentiasa jadi mama dan cinta serta kasih sayang mama pada semua tidak akan terlerai biar apa pun terjadi.
Apa pun Nora mengucapkan terima kasih pada Chegu Badrul, yang sudi hadir ke hospital melawat kami anak-beranak dan sudi mendengar rintihan Nora. Moga awan mendung ini segera berarak lalu. Moga lelaki yang tidak orait itu terus hidup dalam kepura-puraan. Nora berharap ruang dan peluang bagi lelaki yang tidak orait itu di tutup – sebagaimana kabur masa depan anak Nora – yang di bawah jagaannya. Kepada yang mahu terus membantu atas cerita palsu lelaki yang tidak orait teruskanlah. Tidak akan menjadi pahala (insyallah) sedekah kamu kepada lelaki yang tidak orait tersebut. Terima Kasih juga pada Azmin Ali yang sedia mendengar rintihan tersebut.
Kepada Anak Ku,
Mari dekap pelukan ini,
Lupakan sesal dan kesal hidup,
Ingat,
Duka mu adalah duka mama mu juga,
Akan mama dakap biar segala duka itu lemas dalam pelukan mama,
Akan mama dakap biar segala kegelapan itu terhapus dengan cinta mama,
Anak ku,
Sedarlah kelak,
Ada perkasa yang merupa manusia – iblis di dalamnya,
Ada sateria yang bersikap mulia – jijik sebenarnya orangnya,
Anak ku,
Sedarlah, kala ribut itu datang, kala malam itu kelam, kala siang mu membungakan segala derita – percayalah mama masih di sini – menerima
Buat yang tidak orait – kau pikul segala dosa – kerana kau sendiri tidak punya maruah – mungkin hilang sifat bagai manusia.
Anak ku – derita itu derita mama jua.
4 comments:
moga anakmu itu lekas sembuh.Amin
Memang sedap kita mengucapkan sesuatu,tetapi Nora tanggung bagai mana rasanya siapa yang tahu...
Tetapi apa daya hakikatnya itulah yang termampu diucapkan.Saya doakan semoga mendung itu akan berlalu secepat mungkin...
Itu yang termampu diucapkan,walau bagaimana pun....benarlah pesanan Rasulullah...setiap kesulitan hanya akan tenteram dengan pedoman serta petunjuk daripada yang maha Esa.
Tidak layak saya berpesan sedemikian rupa tetapi itulah realiti...Moga dengan dekatkan diri dengan yang maha esa segala kekusutan akan terlerai seperti simpulan tali yang kusut...
Saya turut simpati dengan apa yang terjadi.Ikhlas dari hati kecil
http://malaysiabiz-aloha.blogspot.com
Semoga tabah menghadapi dugaan Allah.
Jangan dilayan sangat reform2 ni.
Salam.
Walaupun mungkin agak lambat, takziah buat Nora sekeluarga diatas apa juga kejadian malang yang menimpa.
Saya ingin menasihati Nora, teman-teman, dan diri sendiri, bahawa kita merancang, tuhan juga merancang, akhirnya rancanganNya juga yang akan menjadi kenyataan.
Kekadang kita lupa, kekadang kita leka, kekadang kita sengaja pura-pura lupa dan pura-pura lupa bahawa tindak tanduk kita dan perkataan yang kita gunakan setiap masa dan setiap detik akan merupakan doa kepada diri sendiri dan kepada orang yang kita sayangi.
Maka jagalah lidah kita bila berbicara, jagalah alunan langkah kita agar tidak sumbang. Perbanyakkan senyuman berbanding penghinaan sesama kita.
Wassalam
anak2merdeka.blogspot.com
Post a Comment