khas buat sahabat-sahabat dan teman-teman seperjuangan.
Gambar ini,adalah gambar Sanusi Abdullah. Beliau adalah antara pejuang-pejuang awal reformasi tahun 1998.Beliau adalah orang yang memimpin perjuangan reformasi jalanan dan antara mereka yang berani ke hadapan. Beliau telah banyak berkorban dalam perjuangan ini tapi menghilang setelah bebasnya Anwar Ibrahim tahun 2004.Sedih juga Nora apabila baru-baru ini beliau menelefon dan bertemu Nora di Taman Melawati,Kuala Lumpur. Keperitan hidup nampak gayanya adalah sebuah hadiah perjuangan buat dirinya. Namun,dari apa yang beliau ceritakan pada Nora ,dia tidak kesal dalam perjuangan ini. Sanusi hadir sekali lagi apabila mendengar mengenai konspirasi ke dua yang ada baru-bari ini. Nora dan Sanusi bercerita mengenai perjuangan lama,bagaimana hidup kita berubah,suka duka dalam perjuangan dan akhirnya bersendirian berpijak ditapak kenyataan. Nora mendengar penuh teliti dan terasa pilu melihat keadaan fizikalnya yang kurus dan yang jauh beza dari sebelum ini dan Nora hampir tidak mengenali dia.
Tapi satu perkara yang tidak berubah pada beliau-semangat perjuangan. Beliau kembali untuk memastikan perjuangan yang selama ini ada tidak terpadam sungguhpun terpaksa hadir dengan keadaan yang daif tidak seperti sewaktu awal dia hadir dalam perjuangan ini. Serius,Nora pilu dan kagum.Inilah antara orang yang Nora gelar pejuang tulen.
Sungguhpun,dalam perjuangan ini banyak yang kita lalui,kesilapan yang kita lakukan,namun kekentalan dan keberanian sewaktu perjuangan tahun 1998 hingga 2004 harus di kenang dan diberi penghormatan.
Dalam Nora berjumpa dia,kami terkenang pejuang-pejuang reformasi yang seangkatan dengan kami yang telah kembali ke rahmatullah – AL FATIHA buat mereka. Pada Nora,nama seperti Pak Lang Zaki,Umar Tan,Pak Non,Hjh Ning,Kak Dayang, Zaiton Kassim,Che Mat(Masjid India ) dan yang lain-lain,Nora akan tulis mengenai mereka dalam kolum khas,melalui blog ini,mereka akan sentiasa dalam ingatan Nora.
Nora ingin memberi penerangan pada mereka yang berprasangka nakal,mengkritik gambar,membicarakan mengenai pengisian BLOG Nora ini adalah blog peribadi,menceritakan mengenai perjuangan,membicarakan mengenai kehidupan dan memberitahu secara sinis tentang masalah kemasyarakatan.Ini bukan blog untuk membicarakan tentang mekanisme dan strategi pemerintahan atau isu-isu berat berkaitan dengan politik. Tidak ada ruang untuk membodek dan mengampu kepimpinan atau menjadikan pemimpin yang ada sebagai berhala untuk disembah. Kalau mereka memimpin dengan baik itu adalah tanggungjawab mereka selaku pemimpin dan janji mereka setelah mereka di lantik menjadi pemimpin,tetapi sekiranya mereka lupa maka tugas kita adalah untuk menyedarkan mereka.
Sekian
20 comments:
Teruskan perjuangan mu kak!!! saya bangga dengan akak! berani & kental menghadapi ujian!!!! Jemput lawati situs saya.
assalamualikum nora
satu soalan objektif dari saya.
pilih (a) atau (b)
perjuangan utk?:
a)memartabatkan bangsa melayu.
b)kepentingan pemimpin
Salam,Hafiz dan Melayar
Terima kasih di atas kesudian Saudara melayar blog Nora.
Melayar,Nora pilih a-memertabatkan bangsa melayu dan berjuang untuk rakyat.
salam kak nora,
ada no hs Dato Sanusi? lama betul tak jumpa dia..bolehlah mengenang pengalaman lalu walaupun saya tak lama bercampur dengan Reformis2 lama. Aritu terserempak dengan Abg Nasir Isa di Kelana Jaya pun dia dah tak ingat saya :)
saya masih ingat arwah Pak Non memicit kepala saya yang dah tepu semasa mogok lapar. kalau kak nora ingat, time tu kandungan gula dalam badan saya yang paling rendah dan kemungkinan collapse..sehingga saya diarah minum air kelapa selepas rawatan dari anak Raja Petra..
Kak Nora dan Melayar...
saya percaya ada pilihan yang lebih baik dari itu..
hurm, dalam mengenang pengalaman lalu, perjuangan harus terus..
salam nora
perjuangan untuk rakyat"? 'rakyat' yg mengambil kesempatan atas bangsa melayu?
tidak, katakan tidak nora, bangsa melayu moden telah ditipu oleh 'rakyat'. saya minta nora berfikir sedalam2nya siapakah 'rakyat'.
pergilah tinggal seminggu bersama sebuah keluarga melayu di singapura. nora akan mendapat jawapan siapakah dia 'rakyat'.
saya minta maaf sekiranya nora merasakan saya berkasar, saya tidak berniat begitu. quote "tujuan baik tidak menghalalkan cara"
Salam Melayar,
Kritikan begini amat Nora alu-alukan. Ini adalah satu kritikan yang dapat mencerahkan kita sebagai bangsa Melayu.dan sebagai rakyat Malaysia.
Nora dalam proses pembelajaran, mengikuti perkembangan sosial, ekonomi dan politik. Bagi Nora rakyat ada lah satu. Rakyat Malaysia dari berbilang kaum. Nora mengutamakan isu Melayu kerana Nora adalah Melayu dan di sekeliling Nora adalah Melayu yang kurang berjaya, hidup dalam kesempitan dan perlu pembelaan. Nora mahu cerita Melayu yang ada di keliling Nora dan mengambil landskap politik Malaysia sebagai perbandingan. Nora mengambil isu kawasan tempat Nora berniaga sebagai asas kefahaman Nora.
Maaf Nora nak tanya kenapa kena pergi ke Singapura untuk mengetahui erti rakyat. Kenapa tidak datang ke Masjid India, kawasan Tanjung Karang, Tanah Merah dan kawasan lain yang mana Melayu di sana dalam keadaan daif dan amat memilukan. Bukan itu sahaja, kita tengok pula kemiskinan Melayu kota dengan keadaan tekanan ekonomi yang begitu meruncing.
Saudara,
Nora sekarang ini terlibat dalam membuat kertas kerja berkenaan dengan kemiskinan khususnya kemiskinan Melayu. Kawan-kawan Nora yang terdiri dari pakar-pakar sosial mengajak Nora turut serta – kata mereka kalau mahu tahu keadaan sebenar – jom turut sama. Jadi Nora didedahkan dengan perbincangan mengenai Dasar Ekonomi Baru, kemiskinan minda dan putaran ganas kemiskinan. Nora hampir 6 bulan mengikuti mereka dan berjumpa dengan banyak cendekiawan dalam perbincangan itu. Satu perkara baru buat Nora dan Nora amat hargai perbincangan seperti ini.
Apa pun Nora rasakan bahawa keadaan kita perlu dibincangkan dengan lebih jelas. Nora tahu ada perkara yang sdra Melayar masih ragu-ragu mahu bincangkan di sini – khususnya mengenai pengertian rakyat- pembahagian kelas rakyat dan sebagainya. Jom kita mulakan perbincangan kita. Ini mukadimah Nora..lain-lain kena buka buku ...hihihi
test
kenapa ke singapura?
kerana di situ terletak org2 melayu yg berasal di sebuah negara diiktiraf 'developed country' plg hampir utk nora n the gang membuat kajian yg tidak menyebelhmana2 pihak.
org2 melayu di sana serupa dgn kita telah beratus tahun bermastautin di pulau tersebut.
dgr khabar berita angin yg menyatakan negerinya amat maju sayang melayunya terkulai layu
mentaliti kaum melayu belum bersedia utk bergerak selaju kaum lain di malaysia. kaum melayu masih wajib ditolong. DEB yg didasarkan oleh 'melayu ultra' amat berguna. cuma perlaksanaan formula DEB itu oleh 'oppurtunist' telah menjahanamkan kaum melayu.
maka, kini dan selamanya kaum melayu malaysia akan menjadi musafir di tanahair.
janganlah menitiskan airmata, tiada guna lagi mengeluh.
bolehkah saya berkata begitu?
boleh!! kerana kita telah ditipu oleh org2 yg bertopengkan 'RAKYAT'
bahasa menunjukkan bangsa
slogan 'bangsa malaysia'
tapi bercakap bahasa melayu x tahu pula. inikah pemimpin 'rakyat' yg akan bersama2 menolong kaum melayu?
Baik sekali, saya cukup sokong, imbas kembali pejuang2 masa lalu, boleh saya tahu serba sedikit, yer la masa tue tengah ambil SPM kat Penang pula tue. Kak Nora apa kata buat buku tentang coretan reformasi dari dulu hingga kini.
Rakan2
Jangan Lupa layari blog saya di http://khairilazuar.wordpress.com
bagi komen setiap artikel yang saya tulis. …ada artikel baru
berjuang menuntut keadilan?
keadilan menuntut kebenaran?
kebenaran menuntut kemajuan?
mana dia keadilan?
mana dia kebenaran?
mana dia kemajuan?
wan azizah menuntut keadilan keatas suaminya.
wan azizah menuntut kebenaran keatas suaminya.
wan azizah menuntut kemajuan keatas suaminya.
wan azizah TIDAK menuntut keadilan, kebenaran dan kemajuan keatas kaum melayu.
maka berfikirlah puan nora dan bertanyalah kepada pemimpin2 PKR khasnya kepada wan azizah benar atau palsu kenyataan saya.
Salam,
Melayar,kadang-kadang kita ni pun satu,semaunya kita letak atas nama pemimpin.Tak kira siapa,parti mana dan mana asal dia.Apa yang penting ialah kita dan perjuangan kita.Ertikan reformasi itu dengan pengertian yang lebih luas.Reformasi itu adalah perjuangan rakyat menuntut keadilan buat semua.
Itilah perjuangan yang perlu kita lakukan barsama bukan tertakluk pada segelintir pemimpin atau wadah politik.
Kita ertikan semula SUARA RAKYAT,SUARA KERAMAT itu sebagai suara kita.
Memang ada kalanya kita kecewa,kita melangkah kebelakang tetapi itu bukan bermakna kita tewas.
Itu yang Nora pegang.Untuk pengetahuan Melayar Nora adalah ahli seumur hidup PAS...bukan PKR.
salam nora
perjuangan tanpa pemimpin umpama anak kecil tanpa ibu bapa, umpama kapal tanpa nakhoda.
justeru pemimpin harus dipilih. pemimpin meletakkan dasar perjuangan.
reformasi. berdemonstrasi adakah reformasi?
siapakah yg mengelolakan reformasi secara berdemonstrasi? pemimpin palsu.
maka perjuangan berdemonstrasi tanpa hala tuju adalah membawa keuntungan kepada yg mengaku 'rakyat'.
nora bangunlah dari lena dan mimpi. Pakatan Rakyat(PR) mainan DAP. PAS telah dipermainkan oleh DAP dan PKR. kaum melayu PR telah
ditipu oleh perjanjian palsu.
jika benar perjuangan PAS, tatkala ketika ini seharusnya telah tiada masalah sosial di negeri kelantan.
wan azizah adalah ketua Pakatan Rakyat di parlimen. maka seharusnya beliau bertanggungjawap keatas semua musibah, kegelisahan
kaum melayu.
bagaimana untuk reform?
senang sahaja. mentaliti yg harus direformasi.
bukannya mengajak org ramai menunjuk perasaan. provokasi demi provokasi dan hasutan akan melalaikan org melayu. saya minta nora mengajak kawan2 nora tidak lagi membuat demonstrasi demi demonstrasi. kaum melayu kecewa dgn aksi nora dan kawan2.
nora berjaya dalam perniagaan tetapi adakah nora membantu kaum melayu lain untuk berjaya berniaga? ini yg perlu direformasi iaitu mentaliti. harus dan wajib menolong org2 melayu sendiri.
menang sorak, kampung tergadai inilah melayu PR.
'suara rakyat suara keramat'
itu bukan reformasi. itu adalah provokasi.
nora, fyi. saya bukan ahli mana2 parti politik. tetapi saya memilih dan mengundi kepimpinan yang melalui tauladan.
saya harap nora bersifat terbuka fikiran. andai saya mengkritik nora dgn keras maka saya bersedia diterima dikritik oleh nora asalkan tiada tersentuh perkara fitnah, palsu dsbnya.
salam melayu..
hebat sungguh melayar berhujah..tertarik saya. saya anak melayu. dibesarkan dgn adat melayu. dr kecil bapa saya telah mengajar saya tentang agama yg saya anutti iaitu ISLAM. saya tidak pasti agama yg di anutti oleh MELAYAR kerana MELAYAR hanya menperjuangkan melayu bukan ISLAM. kerana bagi saya melayu tidak semestinya ISLAM. betul tak nora?
permulaan MELAYAR seperti menperjuang kan melayu. lama kelamaan seperti menhentam PR.hmmm..pandangan saya senang. melayu mesti di pertahankan.kerana itu bebarapa kali peminpin PR telah tegaskan jgn sesiapa berani bermain dgn perlembagaan 513. saya minta MELAYAR cari balik aper itu perlembagaan malaysia 513.
UMNO dan BN telah memerintah malaysia lebih 50 tahun. umno menperjuangkan nasib org melayu.. tetapi KENAPA ORANG MELAYU MASIH KETINGGALAN DAN TERUS DIHIMPIT KEMISKINAN?? jawapannya mudah. umno dan bn tidak jujur menperjuangkan nasib org melayu yang di perjuang hanya poket masing-2. menagih-agihkan projek sesama mereka. mereka terus kaya.. kita org melayu marhean terus di tipu dgn ketuanan melayu..
mungkin disini saya tidak boleh merumuskan dgn lebih panjang..tetapi kalu saudara melayar rasa apa yg saya nyatakan tidak benar..terpulang..
pendapat saya senang... saya org marhean..kebanyakkan.. saya terhimpit dengan kenaikkan barang.. maner peminpin-2 kononnya menperjuang nasib org melayu?
tepuk dada tanya hati...
Nora, apa benda yg kau perjuangkan? Tak semestinya tumbangkan kerjaan baru itu dinamakan perjuangan berjaya. PKR dah pun memerintah Selangor, tak selesai gak masalah org melayu. Kalau kau perjuangkan bangsa melayu & rakyat dgn syarat parti kau yg memerintah, silap besar perjuangan kau. Perjuangan bangsa & agama harus berterusan biar UMNO, PAS, DAP atau PKR yg memerintah. Jika dilihat bangsa cina di penang, masa Gerakan memerintah nasib kaum mereka dibela, la ni masa DAP memerintah pun nasib kaum mereka tetap dibela. Mcm tu baru betul, win-win, tak payah pun susah payah berdemo kat jalanraya. Tapi walau apa yg kau perjuangkan, doa serta niat supaya ia menjadi ibadah, kalau tak dua kali sia-sia.
Nora
Tiak ramai yang macam ko. Teruskan lah berjuang. Aku juga kerdil dan suara aku tak selantang Tun Mahathir, DSAI dan ko
Salam, semuga dirahmati
DatOK ZeQ
Kelana Jaya, Selangor
salam angahSP dan nora
saya ialah berbangsa melayu, islam. perjuangan bangsa berlainan dgn perjuangan agama. harus sedar perbezaan.
lama kelamaan saya seperti menghentam PR. ya, betul kerana melayu PR telah ditipu oleh golongan mengaku 'rakyat'.
terangkan fasal perlembagaan 513.
umno dan bn telah menubuhkan kerajaan persekutuan lebih 50 tahun. orang2 melayu masih ketinggalan dan dihimpit kemiskinan. salahkah umno? salahkah bn?
selepas 50 tahun, kenapa masih ada golongan melayu yg tidak dapat menikmati kejayaan dan kekayaan malaysia?
mentaliti golongan melayu itu sendiri yg tidak mahu berjaya. jgn salahkan umno dan bn. bantuan diberi senantiasa. hinggakan yg berumur tua pun masih perlu meminta2.
contoh mudah.
berapa ramai murid2 melayu aliran sains? salahkah umno dan bn jika murid2 melayu tidak mahu belajar aliran sains yg pasti akan membawa masa depan yg amat cerah?
habis persekolahan, golongan melayu aliran sains ramai yg menikmati kesenangan hidup kerana peluang mendapat wang lebih besar.
saya tidak mahu berlagak bodoh sombong. pengajian saya spm sahaja, bagi saya sudah cukup. saya menolak ke universiti. adakah saya boleh dikatogerikan marhean dan bukan golongan kelompok elit terpelajar?
nora, bangkitkanlah semangat melayu untuk berjaya. jangan bangkitkan semangat melayu utk menjahanamkan negara.
kerana itu adalah baik kiranya nora dan kawan2 seperjuangan perjuangkan martabat kaum melayu di dalam UMNO bukan di dalam PAS dan PR amnya.
nora sudah membuat kajian definasi 'rakyat'?
REFORMASI!!! apa yg nak direformasi?
salam melayar....
hmm..tak bolehkahh menperjuangkan melau di luar umno?
benarkah umno menperjuangkan melayu keseluruhannya?
entahlah...
sudah lebih 50 tahun mereka memerintah...
kenapa melayu masih ketinggalan..?
bukankah pm kita dr umno?
mengapa masih ader org melayu yg susah? memang kita tak boleh salahkan umno 100%...
tetapi kemana peminpin umno menbawa hasil negara?
macam mana hasil itu dibelanjakan?
DEB....menetapkan setiap pelabur harus menberi 30% saham kepada bumiputra..tetapi kenapa org yg berkepentingan saja yg dapat? mengapa org yg samer....selepas itu mereka menjualkan saham kepada bukan bumiputra...
jangan diperbodohkan isu ketuanan melayu umno...mengapa sebulan sebelum pru 13 mereka tidak pernah menperjuangkan ketuanan melayu..? selepas mereka hampir kalah baru mereka menperjuangkan ketuanan melayu? pelik...
ketuanan melayu hanya di perjuangkan selepas semakin ramai org melayu yg menjadi mp...?
jgn perbodohkan diri kita dgn politik murahan umno..
perlembagaan 513 adalah menyebut hak2 keistimewaan org melayu..raja2 melayu...dan mengajar perbelajaran subjek dlm bahasa ibunda...tetapi umno telah menhancurkan perlembagaan 513 ini.. dimaner org melayu umno?
bila math dan sains di ajar dlm bahasa inggeris? tidakkah perlaksanaan ini melanggar perlembagaan 513? sudahlah.. buka minda...nasib org melayu bukan terletak dlm umno...umno sekarang tidak menperjuang nasib org melayu semasa mereka selesa...banyak contoh lagi yg sayer boleh berikan...peristiwa memali... isu perpindahan pantai dalam.. banyak contoh yg umno menindas nasib org melayu...
umno menindas kaum melayu?
hahaha
silap. melayu yg terasa ditindas itu melayu yg amat malas!!!
ada melayu bercita2 utk ke bulan.
ada melayu suka duduk bawah tempurung.
saya melayu yg nak ke bulan. saya tidak meminta pertolongan umno. saya tidak meminta biasiswa/loan dan entah apa pertolongan dari kerajaan BN. saya berbangga dgn diri saya berjaya tanpa UMNO.
akal fikiran melayu bawah tempurung... nak berjuang tapi takut nak menghadapi kesusahan belajar.
jadi berjuanglah melayu2 ini di jalanan dan kaki lima mendendangkan lagu2 reformasi.
x sedar diri ditipu oleh golongan mengaku 'rakyat'.
saya bukan melayu kecewa. melayu PR melayu bawah tempurung, yg kecewa.
saya meminjam RM300.00 dari ibu saya sebelum saya keluar dari rumah utk belajar hidup.
saya boleh mampu bekerja di serata dunia dgn SPM saya tanpa pertolongan dan pengaruh sesiapa. Office saya ialah di holland, rumah saya ialah di malaysia yg tercinta. nora boleh mengesahkan dimana IP saya.
hidup ini mudah saja.
"tiada keluhan maka tiadalah alasan!!!"
sesalkan diri sendiri bukannya kerajaan BN dan UMNO.
reformasi!!! reformasi PR 'rakyat' kecewa. tangislah di depan cermin, biar bengkak mata mengalir sebuah sungai sekalipun andai hati kata malas, maka higgga ke akhir hayatlah tidak mampu berjaya.
projek diberi kepada yg berkepentingan? sebab melayu2 lain malas dan bodoh, bagaimana mahu memberi projek kepada si bodoh dan malas?
pelajaran dalam bahasa inggeris melanggar perlembagaan?
bagaimana pula bahasa arab? bahasa mandarin? bahasa tamil?
jawapan saya kepada melayu ditindas UMNO, tertera di paling atas.
harap maklum.
semoga melayu2 bawah tempurung ini sedarkan diri...umpama meludah ke langit jatuhnya ke muka sendiri.
kalau nak berjaya, 'tanyakan akal dan hati bagaimana???' bukannya menghasut2 supaya mengejar pelangi...
sanusi terus berjuang
dato sanusi masa untuk kita berjuang di jalanan sudah kembali
Post a Comment