Nora terlepas peluang sungguhpun diberi kesempatan untuk pergi ke debat Anwar dengan Shabery. Tapi Nora sempat tengok kat TV di pejabat Nora, dalam kesibukan melakukan kerja-kerja di pejabat. Bukan Nora pandai sangat nak komen mikro ekonomi atau perkataan besar-besar ekonomi tetapi yang Nora nampak, satu pihak mahu menurunkan harga minyak dengan menguntungkan rakyat tetapi di satu pihak lagi mempertahankan peningkatan harga minyak dan parti politik yang di sokongnya.
Pada Nora mudah, yang mana menyebelahi rakyat, di situ Nora sokong. Apa yang Nora rasa ialah memang Shabery tak faham masalah rakyat atau tidak mampu mempertahankan tindakan mereka menaikkan harga minyak. Semakin terasa kenaikan harga minyak dan harga yang naik disebabkan minyak. Weiii terasa betul dan ini bukan main-main. Mungkin Shabery tak faham – tak payah bagi subsidi road tax – atau insentif lain tapi harga minyak jangan naik sebab harga minyak naik semua pun naik.
Nora teringat cerita Abang Jeff – dia pun seorang reformis dan aktivis pekerja yang buat kerja sambilan dengan membekal kuih Melayu dan tapai di sebuah hotel terkemuka di PJ.
Dia cerita pada Nora masa hantar kuih Melayu kat Hotel, Eksekutif Chef Hotel itu tegur kenapa kuih itu mahu dinaikkan harganya. So, Abg Jeff atau nama sebenarnya Jaafar pun berkata, boss harga minyak naik, boss. Eksekutif Chef itu pun kata, huh alasan la ini. Buat kuih bukan perlu petrol ! kata chef tersebut. Abg Jeff pun balas balik – betul tuan , betul saya silap , tak de kena mengena buat kuih dengan petrol, buat kuih mana guna petrol tuan, saya mengaku salah. Tapi esok tuan kalau kuih ini siap saya akan pos ke tuan. Tak guna petrol untuk hantar, kan tuan. Chef itu pun termenung. Nora bantai ketawa.
Cerita ini sebenarnya bukan rekaan. Ini cerita betul. Harga minyak naik semua barang lain naik. Bagi Nora, Nora percaya kalau ada usaha untuk mengurangkan harga minyak, membantu rakyat dan ada yang berhasrat untuk memikirkan untuk menurunkan harga rakyat maka – di situ Nora sokong. Bukan parti, bukan organisasi bukan politik yang utama-yang utama harga turun-barang tidak naik dan rakyat makmur. Mesti ada cara penjimatan lain. Apa guna buat pembangunan kalau kita tidak dapat sertai pembangunan dan apa guna kemodenan kalau kita tak dapat jadi moden sebenarnya.
Jadi – bagi Nora, perjuangkan rakyat. nanti Nora sambung k....
8 comments:
aduh betul kata kak nora......lepas nie keje..wat keje pakai pos senang.....minyak punya pasal...untung pos...biarlah rakyat menentukan...kalaau pandai untuk masa depan...pilih minyak turun....kalau pertahan parti sampai kiamat tak abis.......tapi menyirap gak tengok tadi....asyik asyik parti parti...
Kak Nora selalu buat artikel sekerat, ada sambungan, mcm drma berseri la pula.
Ini pendapat saya tentang debat, sebenarnya objektif tajuk debat tidak tercapai, banyak formula tidak dikemukan, tetapi cadangan dari DSAI tentang sebahagian dividen diberikan untuk mengurangkan harga minyak ada bernasnya.
Jangan tersasar dari tajuk, tajuk tentang minyak, bukan tentang tragedi 1998 ataupun DSAI dalam kabinet. Kita bicara tentang harga minyak saat ini. Jangan gunakan platform debat ini untuk menyerang peribadi.
Shabery cakap pasal rakyat cukup makan walaupun harga minyak naik. Memang kena cukup makan, tetapi untuk mencukupinya terpaksa berhutang ataupun buat part time. Menteri jangan cakap pasal kepayahan hidup rakyat kalau sudah gaji berpuluh ribu. Jangan samakan ekonomi 70an dengan ekonomi sekarang. Pendapatan seisi keluarga jauh bezanya.
Rakan2
Jangan Lupa layari blog saya di http://khairilazuar.wordpress.com
bagi komen setiap artikel yang saya tulis. …ada pendapat tentang debat.
Saya tertarik dengan isu isu dibincangkan semalam dan diatas blog ini. Cuma benarkah kita semua dihimpit kesusahan? Sebagai rakyat, saya tidak nafikan akan masalah kenaikan harga minyak turut menganggu jejas kehidupan. Tetapi sebagai manusia yang dianugerahkan akal fikiran, saya akur kemewahan dan kesenangan saya selama ini digugat. Bukannya keseluruhan hidup saya tergugat. Ditekankan disini hanya kemewahan saya selama ini sahaja tergugat. Saya mengambil pandangan positif perkara ini dengan lebih menekankan penjimatan dan mendahulukan keperluan asas. Bab - bab membeli belah, melancong, membeli pakaian berjenama, bak kata yang mana itu menunjukkan status boleh saya kemudiankan. Saya pernah bermaustatin di negara asing dalam tempoh yang panjang, semasa usia remaja, belajar dan bekerja di negara asing yang sangat maju. Pada waktu itu tiada isu harga minyak lagi pun, seingat saya pada ketika itu harga minyak USD60/barrel atau mungkin kurang. Tetapi masyarakat disana mengamalkan hidup berjimat cermat. Memang kadar pendapatan per kapita mereka 3 kali lebih tinggi berbanding tanahair ku ketika itu. Bak kata rakan - rakan ketika itu, perbandingan di Malaysia adalah lebih baik. Di sana keluar rumah sahaja adalah wang. Semuanya wang, dan tiada satu pun tidak melibatkan wang. Apa yang kita hadapi sekarang ini adalah tekanan daripada kemajuan hidup. Manusia perlu mengorbankan satu bahagian jika ingin mengecapi satu bahagian yang lain. Lihatlah selepas kenaikan harga minyak. Ada yang merempat? Ada yang kebuluran? Ada yang tidak makan? Di sini kita mati akibat kekenyangan. Kita Alpa kerna terlalu mewah. Bandingkan juga negara jiran kita Indonesia, saya pernah menetap disana atas dasar kerja. Subhanallah!!! bandingkan keamanan yang kita kecapi dengan mereka yang sengsara. Ada umat Malaysia yang hidup homeless? Kalau adapun hanya orang kurang siuman dan penagih dadah. Saya menyeru diri saya dan tuan - tuan juga, kenaikan harga minyak ini hanya memberi impak kepada kemewahan kita sahaja. Rata - rata masyarakat kita mewah dan senang. Kalau tidak mewah dan senang, mengapa kalau ada Bargain berpusu - pusu umat menyerbu? Jika ada pelancaran kenderaan baru, berbulan - bulan booking baru terima? Jika ada pasar malam, hendak parking kereta jadi pecah kepala? Allah menduga kita waktu ini. Jangan alpa, jangan lupa, jangan leka dan jangan terpedaya. Ingat sumber yang dikurniakan olehNya akan habis, dan pada ketika itu manusia akan bergolak. Yang berkuasa bertambah kuasa, yang kaya bertambah kaya. Selamatkanlah bumi bertuah ini. Jangan ikut nafsu, kerana ia memakan diri. Jangan ikut kata, kerna ia membinasa. Sekali lagi saya tekankan, usahlah kita menyatakan itu tidak betul ini tidak betul. Berbalik kepada diri, muhasabah diri, adakah aku benar benar susah akibat perkara ini? Adakah cuma kemewahan yang kukecapi selama ini sahaja ditarik balik? Fikirlah, dan perkara ini tidak memerlukan tuan - tuan belajar sampai ke menara gading. Akal yang ada perlu waras dan meletakkan Yang Maha Esa Lagi Maha Mengasihani sebagai Yang Agung Lagi Bijaksana.
Apa yang berlaku sekarang adalah, kita bertuankan wang. Sebab itu semua mengambil kesempatan diatas kesempitan. Bacalah apa kandungan Protocol 10 Zionisme. Fahamilah, renungilah, waspadalah, dan hindarilah kerana apa yang sedang bergolak ini, apa yang berlaku hari ini adalah janji dalam Protocol itu. Siapa goyyim? saya, anda dan rakan rakan anda. Subhanallah!!! Buka minda anda. Saya berdoa agar pemikiran saya tidak dijumudkan dan mengakui kekhilafan itu tiada kebatilan. Lihatlah apa potensi negara ini kepada mereka? Dan lihat jua apa yang telah berlaku kepada jiran kita seperti Indonesia, Thailand, Singapura. Jauhkan lagi, Apa yang telah melanda tanah Arab? Iraq? Iran? Sudan? dan Palestine? Jauhkan lagi minda anda, apa yang diperkotakkatikkan di China? Bacalah wahai rakan rakan, saya menyeru sekali lagi, jangan mengikut nafsu kerana bahana akan kelak memaku.
Apa yg Hulahuk membebel tu? Ni nak komen pasal debat harga minyak, atau saja nak menunjuk2 yg Hulahuk ni kaya, mewah, banyak duit, pernah kerja kat luar negara, selalu tempah kereta baru, selalu shopping pakaian berjenama, dll....??
Bukan semua rakyat Malaysia hidup senang mcm Hulahuk. Kalau ada banyak duit mcm Hulahuk, bolehlah berjimat. Tapi kalau dah pendapatan bulanan hanya cukup2 utk makan, anak sekolah, rumah, kereta, dll keperluan asas..hujung bulan duit habis...nak berjimat amende? Dah tak ada apa yg boleh dijimatkan.
Dan bila harga minyak naik 40%, diikuti oleh kenaikan harga barang2asas yg lain, pernah ke terfikir betapa huru-haranya mereka utk meneruskan hidup?
Hulahuk mmg kaya, senang, mewah, tak apa lah! Harga minyak naik banyak mana pun, ia hanya menggugat 'kemewahan' Hulahuk sahaja! Hulahuk tidak akan jadi miskin. Saya percaya tu..!
Anyway, syabas Nora! Walaupun saya tahu Nora bukan yg jenis fanatik kpd politik kepartian, atau taksub kpd individu tertentu, tetapi pandangan yg diutarakan oleh Nora ttg debat ini adalah sangat rasional. Yang betul tetap disokong, yg tak berapa betul tetap disanggah! Tahniah diucapkan.
Terima kasih atas komen saudara atas pagar. Saya juga sama, setaraf, sebaris, sekelompok dengan tuan. Persoalannya; dimana tahap lantai kemewahan yang tuan letakkan dalam erti kata kehidupan tuan? Adakah tuan merasakan memandu BMW itu adalah mewah? Atau perubahan fasa daripada kereta nasional kepada CBU? atau perubahan daripada rumah teres kepada semi-d? atau rumah semi-d kepada bungalow? Makan di restoran? Kalau begitu; memang tinggi tahap kemewahan tuan. Saya mengambil tahap kemewahan adalah perubahan fasa hidup saya sebelum ini. Dahulu saya tiada punya kenderaan, berjalan kaki. Menggunakan pengangkutan awam, dan berbasikal ke tempat kerja. Bermula dengan motorsikal di usia awal bekerja. Sekarang sudah mampu berkereta; cuma kereta nasional. Bagi saya sudah mewah keadaan saya sekarang. Kerna saya bandingkan dengan sejarah lampau saya. Cuma itu yang saya merasakan kemewahan saya dicuri sedikit.Isunya; dimana kita letakkan tahap kemewahan kita. Adakah kita tidak merasakan apa yang kita beli, kita hutangi atau dibebani itu pada fasa yang tinggi? Betul kata falsafasah Melayu; besar periuknya besar keraknya. Tapi persoalannya tidak bolehkah kita kurangkan keraknya? Tiada carakah? Atau sudah tersalah langkah? Atau memang kita tidak endah? Ingatlah jangan bertuhankan wang dalam hidup di dunia fana ini. Biar papa asal bergaya! Jangan cuba diikuti. Pembaziran itu dilaknati Allah.Kenapa tuan rasa pendapatan bulanan cukup cukup makan? Siapa yang salah ? Saya ? Kerajaan ? atau tuan? Saya tidak menyatakan saya pandai berbelanja dan menguruskan kewangan. Marilah, saya menyeru agar kita semua cerminkan diri. Jangan takbur dengan apa yang diberikan olehNya.
Salahkah yang saya nukilkan ini? Tiada logikkah apa yang saya katakan ini? Renungilah...cubalah insyallah fikirkan perkara ini selepas solat dan zikir.. Insyaallah. Amin yaraballamin..
saudara hulahuk...
Apa sebenarnya maksud mewah pada diri saudara?
bagi hidup sy tidak pernah merasai hidup bermewah...
sy cuma tinggal di flat DBKL.. tak mampu memiliki rumah sendiri walaupun rumah kos rendah... sy berpindah ke flat tersebut kerana kawasan setinggan sy tlh dirobohkan... sy hanya mempunyai sebuah motor...
sy mempunyai 4 org anak... semuanya masih bersekolah...
gaji sy hanya rm1500.... isteri sy surirumah sepenuh masa.... sblm ini (sblm minyak naik) setiap hujung bulan sy akan meminjam dari kawan utk menampung perbelanjaan sy sekeluarga.. sekarang apatah lagi.. tiada langsung pernah menyimpan... rm10 sbln pun tiada... yg ada hanyalah KWSP..
sy ingin bertanya kpd saudara... apakah bentuk kemewahan sy? adakah sy perlu menjual motor sebagai langkah mengubah cara hidup?
layari internet pun kat tmpt kerja sahaja...
sy ingin dptkan sedikit petua kiranya saudara dpt meringankan beban yg sy hadapi... sy amat mengalukan
Terimakasih Hulahuk....
Saya minta maaf jika komen saya yg lepas mengakibatkan Hulahuk kecik hati...saya tidak bermaksud begitu.
Bila Hulahuk menyatakan kenaikan harga minyak hanya menggugat kemewahan Hulahuk sahaja, dan keseluruhan hidup Hulahuk tidak tergugat, maka saya membayangkan Hulahuk adalah orang kaya dan kedudukan kewangan tidak terjejas dgn kenaikan harga minyak ini.
Kerana pada saya kemewahan itu adalah bila mana kita berbelanja untuk keperluan asas, maka tidak ada yg terencat - semuanya mampu dibeli, dan masih ada lagi lebihan duit utk barangan pilihan (spt pakaian berjenama, kereta besar dll). Bagi saya itu sudah mewah.
Jadi bila harga minyak naik, hanya belanja utk barangan pilihan ini yg terpaksa dikorbankan, sedangkan kita masih mampu berbelanja utk barangan asas atau keperluan. Maka ia tidak menggugat kehidupan kita. Itu lah yg dikatakan mewah, pada saya!
Sementara bagi orang biasa, kenaikan harga minyak dan barangan secara mendadak ini benar2 akan menggugat kehidupan mereka kerana tidak mampu lagi utk berbelanja keperluan asas.
Memang kita tidak jumpa orang Malaysia yg mati kebulur, atau homeless....tapi sedarkah kita bahawa ramai rakyat Malaysia yg terpaksa berhutang utk makan, terpaksa meminjam utk menyekolahkan anak, dll? Untuk orang2 seperti ini, adakah munasabah utk kita menyarankan supaya mereka berjimat-cermat?
Mungkin kenaikan harga ini, bagi Hulahuk ia hanya mengorbankan kemewahan, tetapi bagaimana dgn mereka yg terpaksa mengorbankan kehidupan, semata2 kerana tidak mampu lagi utk meneruskan kehidupan di negara sendiri? Masih ada anak2 yg berhenti sekolah sbb mak-ayah tak mampu, ada yg mencuri kerana nak makan, ramai yg terpaksa jual rumah sendiri dan menyewa rumah yg lebih kecil, banyak kereta yg ditarik oleh bank.....ini adalah realiti, bukan retorik semata2.
Kita tidak kisah jika sememangnya Malaysia ini adalah negara miskin spt Somalia atau negara2 Afrika...sehinggakan kalau di Ghana, Nigeria, Zimbabwe, dll - kalau PM atau presiden atau menteri duduk bergaul bersama rakyat jelata, maka kadang2 kita konfius yg mana rakyat yg mana pemimpin. Semuanya seperti sama taraf baik dari segi pakaian, gaya hidup, dsbnya.
Macam mana pula di Malaysia? Malaysia ni miskin sangatkah, sehingga rakyat yg terpaksa mengorbankan kehidupan mereka? Macam mana dgn menteri dan orang2 besar? Sanggupkah mereka turut sama merasai kesusahan rakyat? Nak ke mereka mengorbankan kemewahan mereka, terjejaskah kehidupan mereka? Ada anak menteri yg masih tak tahu naik bas sampai besar, sbb tak pernah naik bas! Rumah mereka macam mana? Lampu dan sinki bilik air sahaja lebih mahal dari membeli 10 buah rumah utk orang miskin!
Itulah maksud saya. Sekali lagi saya minta maaf pada Hulahuk. Mungkin bahasa saya ada sikit kasar (sbb saya bukan tahu sangat menulis). Niat saya bukan gitu...tapi sbb kelemahan saya sendiri.
Hulahuk, kalau dengar saya cakap - bunyi baik sangat...tapi bila menulis, ia jadi macam kasar je...saya mengaku. Jadi jgn ambik hati, ok?
Wassalam.
Bagi aku DSAI berjaya membawa pulag hadiah persembahan terbaik tetapi DSC berjaya membawa pulang hadiah lirik dan lagu terbaik.
Sila layari www.anak2merdeka.blogspot untuk membaca dan memberi komen tentang isu ini.
Post a Comment