Maaf , maaf ...lama benar Nora tak menulis. Sibuk benar dengan tugasan harian dan masa diambil untuk bersama-sama anak-anak serta menyelesaikan perkara-perkara khususnya mengenai anak-anak Nora yang semakin meningkat remaja.
Tapi nak tak nak, Nora terpaksa gak komen mengenai reformis yang mahu membuat demo bogel. Ala..apa sampai ke situ pula. Nora amat terkilan dengan apa yang mahu dibuat oleh mereka kerana bagi Nora itu bukan cara kita mahu mempertahankan isu dan mahu menyampaikan kebenaran. Demonstrasi memang bagi Nora tidak salah tetapi demo bogel, Nora tak boleh terima. Apa yang boleh dicapai melainkan memalukan diri sendiri. Nora percaya mereka yang terlibat dalam reformasi 1998 tidak akan bersetuju dengan pendapat untuk melakukan demo bogel. Sesuatu yang tidak masuk akal dan tidak wajar untuk kita lakukan. Sungguhpun kalangan mereka yang mahu melakukan demo bogel adalah reformis yang Nora kenal tetapi idea untuk tindakan seperti itu bukan sahaja tidak perlu ada malah tidak perlu difikirkan.
Nora sendiri ada kalanya tidak bersetuju dengan cara PKR Selangor menangani beberapa masalah rakyat tetapi untuk menyelesaikan dengan berbogel, ehmmm Nora tidak boleh terima. Bagi Nora, kita telah melalui hampir 10 tahun dalam perjuangan reformasi namun kumpulan ini sudah semakin pudar dan akan terus pudar kerana kesatuan ini longgar atau sengaja di longgarkan oleh kepimpinan PKR.
Banyak kali sudah reformis berusaha untuk menubuhkan satu bentuk kesatuan – namun gagal. Kegagalan ini kerana ada kalangan mereka yang cuba menubuhkan kesatuan tidak begitu komited dalam gerakan reformasi sebelum ini tetapi akhirnya timbul dengan agenda tersendiri. Ada pula yang hari ini sudah tersasar kepada politik – hanya berpolitik dan menentukan kedudukan politik. Golongan reformis yang terbabit dalam sepak terajang perjuangan, berkorban untuk memastikan agenda perjuangan terlaksana hari ini berdiri atas dasar rakyat biasa – bak kata Syed Husin Ali yang bagi Nora tidak wajar mengeluarkan kenyataan memperkecilkan golongan yang berjuang itu. Adakah sama antara golongan yang benar-benar berusaha dan berkorban untuk memastikan agenda perjuangan – membebaskan mereka yang dizalimi, menentang ketidakadilan – dengan orang yang berpeluk tubuh?
Ini kenyataan Syed Husin
Salah ahli PKR, reformis minta jasa dibalas Abdul Rahim Sabri | Nov 30, 08 8:44pm Malaysiakini
Salah bagi anggota-anggota PKR dan aktivis Gerakan Reformasi, yang menggelar diri mereka "reformis", meminta jasa mereka dibalas dengan alasan pernah berjuang sejak awal perjuangan parti itu 10 tahun lalu, kata timbalan presidennya Dr Syed Husin Ali.
"Kami sudah berjuang selama sepuluh tahun, mana balasannya, mana anugerahnya. "Ini sikap yang salah," katanya sewaktu menggulung perbahasan di penghujung kongres nasional parti itu di Shah Alam petang tadi.
Menurutnya, rakyatlah yang harus dihargai kerana membantu menaikkan pemimpin-pemimpin PKR dan Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum lalu. "Kita mestilah mengiktiraf, rakyat ramailah yang banyak berjuang. Balas budi kepada rakyat ramai. "Jadi keutamaan balas budi kita ialah kepada rakyat ramai. Inilah namanya perjuangan," kata Dr Syed Husin.
Bekas ahli akademik itu, yang berdekad-dekad dalam aktivisme politik khususnya bersama Parti Rakyat Malaysia (PRM), mengkritik mereka yang menuntut budi dibalas jasa dengan menyifatkan mereka sebagai mengutamakan kepentingan diri dan tidak layak dipanggil pejuang rakyat.
Beliau bagaimanapun tidak menafikan sumbangan besar ahli PKR dan reformis sejak 1998 dan menjelaskan barisan pemimpin PKR akan memberi perhatian terhadap nasib mereka. "Saya yakin mereka akan menjalankan perkara yang sewajarnya dengan adil," tambahnya.
Semalam perwakilan Johor menegur PKR kerana tidak mengambil berat dan tidak membela nasib aktivis Gerakan Reformasi. Suaranya itu mewakili sentimen popular dalam kalangan para penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim khususnya mereka yang terlibat secara aktif menuntut pembebasannya sewaktu dipenjarakan antara 1998 hingga 2004.
Mengulas "projek 16 September" untuk menukar kerajaan persekutuan, Dr Syed Husin berkata beliau cukup yakin dengan Anwar yang dikenali sejak di Universiti Malaya dan bersama-sama berada di kem tahanan Kamunting, Taiping pada awal 1970-an.
"Kita bukan cakap kosong," tambah ahli sosiologi itu.
Sungguhpun bagi Nora, perjuangan itu ikhlas tetapi sikap menuntut ini kadang-kadang timbul bila yang diberi pengiktirafan adalah mereka yang pandai membodek, bercakap manis dan kadang-kadang hanya tahu mengaku perkara yang tidak dibuat oleh mereka. Sini kita boleh lihat ada antara mereka yang hari ini berdiri menjadi penyokong dan konon-konon penyokong kuat plak tu sewaktu PKR sudah menang. Nora bukan menuntut apa-apa malah Nora tegaskan bahawa sehingga hari ini Nora tidak berjumpa dengan mana-mana kepimpinan parti – baik PKR dan PAS untuk mendapatkan apa-apa. Apa yang Nora nak bezakan ialah sikap kepimpinan macam Syed Husin yang tidak dapat membezakan antara siapa yang sebenarnya telah memperjuangkan – bermati-matian agenda PKR dan hasrat keadilan untuk rakyat dengan mereka yang berpeluk tubuh dan hanya hadir bila menang untuk mendapatkan sesuatu.
Nora juga tidak nafikan – ini juga hadir di kalangan mereka dalam reformis. Tiba-tiba muncul mahu jadi “champion” golongan reformis. Ini juga tidak patut ada. Ini turut Nora bantah tetapi Nora lebih kesal lagi dengan sikap Syed Husin yang bagi Nora tidak wajar sungguhpun terpelajar berbanding dengan Nora. Kita lihat sendiri – Syed Husin, kenapa dia diberi pengiktirafan? Kerana perjuangan beliau – di ISA dan sebagainya. Ada orang yang buka mata dan nampak – beliau telah berkorban dan wajar diambil memimpin dan diberi sedikit penghargaan. Tapi kenapa bila beliau dah naik beliau tidak buka mata dan lihat pula – beza antara orang yang berpeluk tubuh – duduk di rumah – buat harta buat duit dan kemudian bila PKR dan Pakatan Rakyat berjaya dalam pilihanraya baru lalu mereka timbul sebagai penyokong kuat dan diberi tempat tertentu.
Entahlah kadang-kadang pelik juga, kepimpinan memimpin tapi tak nampak perkara-perkara kecil sebegini yang boleh membantu moral dan semangat mereka yang telah berjuang. Bagi Nora – apa yang Nora lakukan adalah atas kepercayaan Nora bahawa keadilan perlu ditegakkan. Nora bangkit dalam perjuangan reformasi. Namun hari ini Nora lihat – kenyataan Syed Husin tidak melambangkan keadilan – jadi apa nak di kato.....
11 comments:
salam reformasi dari saya...
teruskan reformasi.
jangan patah semangat biarpun jasa tidak dikenang, biarpun anugerah tidak diterima.
anda yang memulakan gelombang ini, dan anda pastikan ia teruskan.
kehadiran ahli reformasi baru mungkin tidak sekuat anda, tapi ia mengukuhkan gerakan reformasi.
mungkin pemimpin terlupa, sedikit reformasi dalaman diperlukan.
p/s teringat laungan keramat tahun 98 dikelilingi siput babi
Tanya, maaf kalau tidak benar. Betul ke Pn Nora sekarang sudah meninggalkan perjuangan reformasi. Betul ke? Reformasi akan setidak-tidak rasa kehilangan dengan tak de Nora sebagai srikandi reformasi. Tolong ini soalan ikhlas dari saya - Mohd Jafri Ibrahim. Saya antara kumpulan awal yang kena tahan di Kampung Baru. Sama-sama terjun longkang dengan Pn. Hari ini menuntut di seberang laut.
Puan Nora, senangnya macam ni la, siapa yang kata diri dia yang paling pandai sebenarnya dialah orang yang paling bodoh sekali.
Kerana orang bodoh akan merasa dirinya pandai tetapi orang pandai akan merasa dirinya paling bodoh.
Banyak kali dah saya dengar bab minta 'jasa mu dikenang' ni. Acap kali ayat ni diucapkan, saya jadi malu kerana saya tidak mahu dilihat sebagai seorang yang berjuang kerana mahukan sesuatu ganjaran.
Bagi saya mentaliti seorang pejuang ialah akan merasa amat bahagia bila apa juga kepercayaan yang membuatkan dia mahu berjuang itu berjaya direalisasikan.
Sememangnya kita tidak pernah bertemu muka secara berhadapan tetapi tiap kali gelombang itu sama sama diluahkan dijalanan, kelompok kami sentiasa memerhatikan reformis bernama Nora meluahkan erti perjuangan.
Bagi saya, melihat iklim politik Malaysia yg serba memungkinkan ini amat membahagiakan kerana reformis bukan bererti berapa kali keluar masuk lokap.
Salam,apa kabar pn Nora, apa pun bagi sayapainah juga ada miss a point. Reformis bukan diertikan masuk keluar lokap tetapi masuk kuar lokap, hadir pada demonstrasi adalah ukuran komitmen. Semua benda dalam semua hal ada ukuran dan ukuran ini perlu bukan sahaja untuk membuktikan komitmen tetapi menunjukkan pengorbanan. Orang yang tak turun demo, takut, hanya tunjuk muka banyak dan ada mereka yang memgaku hebat tapi tak hebat kini memimpin tanpa tahu apa erti perjuangan.
salam reformasi.
Anggaplah ini semua pancaloba dalam perjuangan.Istiqomah dalam jiwa pejuang tidak pernah luntur jika kita ikhlas dalam perjuangan.
Gelombang reformasi tetap diteruskan demi memperjuangkan hak rakyat.Biarlah hari ini apa yang dilakukan tanpa ada balasan tapi sekurangnya rakyat dan cucu cicit kita akan menilai setiap perjuangan yang kita lakukan ini adalah benar-benar ihklas.
Teruskan perjuangan ini tidak kira tohmahan dan ejekan janji apa yang dilakukan itu mendapat kepuasan jiwa dan rakyat akan mendapat kebaikanya.
Lama kelamaan pemimpin akan sedar akan perjuangan kita yang dilakukan selama ini benar-benar ikhlas tanpa ada kepentingan semata-mata dan setiap yang dilakukan pasti akan mendapat balasannya samaada cepat atau lambat.
Askm nora.abg jamil hanya nak cakap sejuk hati abg jamil tengok nora bertudung .lawa sungguh. eloklah kalu nora dah ke situ.
salam... tepat sungguh reaksi btindakbalas dgn kenyataan syed hussin.. sungguhpun ada sedikit kebenaran dlm kenyataan beliau, tp hakikatnya reaksi balas pn. nora lg berisi dr kenyataan beliau.. hr ni, sy dpt lihat dgn mata sendiri bagaimana pejuang2 tulen dahulunya (semasa era DSAI meringkuk dlm tabir besi) semakin hilang seorg demi seorg... mereka hilang dlm konteks mudahnya terpinggir dek org yg muncul selepas pembebasan DSAI... hahaha... Syed Husin mungkin terlepas pandang dlm hal kerana beliau berada di atas dan leka bergaul mesra dengan Datuk2 yg muncul kembali akhir2 ni... Tp ingat la, rakyat bawahan sentiasa memantau perkembangan tersebut...
Dr pengamatan sy, budaya UMNO masih lg kekar dlm jaringan politik PKR sejenak penglibatan kembali golongan bangsawan seusai kembalinya DSAI ke gelanggang politik selepas dibebaskan.... Kpd DSAI, Syed Husin, DS Wan Azizah dan rakan seangkatan lain, cuba jejaki balik berapa ramai lg pejuang yg muncul era reformasi (yg kebanyakkannya sebelum itu tidak berpaksikan mana2 parti politik) yg berusaha mengukuhkan asas PKR pada saat tersebut masih lg aktif dalam perjuangan sekarang... mungkin mereka masih aktif, tp di sebalik arus perdana politik dan reformasi... sy melihat survival perjuangan mereka makin suram dek tangan2 muka baru yg mmg bijak ber'politik' sjk dlm UMNO lg...
Cuba tinjau dan selidiki latar kepimpinan yg ada sekarang di Perlis, kedah, Penang dll... Adakah mereka muncul selepas penangkapan DSAI atau sesudah pembebasan DSAI??? Bg sy, bukan penghargaan wang ringgit dan pangkat yg pejuang tulen kejar tetapi cukuplah dengan penghargaan ucapan terima kasih....
'tuah mmg taat setia, jebat mungkin derhaka demi membela, tapi tiga bersaudara tetap berjasa walau riwayatnya cukup sederhana'
Awas dengan peminta sedekah yang menipu orang awam di Bukit Bintang .. http://jamilkucingpondan.blogspot.com ..dulu reformis kini pengemis .. manusia dua alam !!!! Sebarkan!!!!
Untuk Makluman Semua...!!!
Anda seorang blogger..??? Blogger pro-reformasi..??? Komentar weblog-weblog..???
Sertai lah Konvensyen Pertama BloggersNetwork@Malaysia yang akan diadakan di Pasir Puteh, Kelantan pada 10hb & 11hb Januari, 2009. (Sabtu & Ahad)
Program sempena PRK P.36 Kuala Terengganu 17hb Januari '09 (selepas Konvensyen akan terus berkampung di Kuala Terengganu..)
Maklumat lanjut sila rujuk [DI SINI] dan jika..
Berminat..??? Daftar lah.. [DI SINI]
Lawati lah blog saya untuk maklumat lebih lanjut: http://bloghijat.blogspot.com
Salam takbir dari saya....
Alhamdulillah...
Sekurang-kurangnya kita bersyukur kerana perjuangan kita nampak hasilnya selepas pilihanraya yang lalu....
Walaupun 5 negeri sudah ditawan...Ayuh! bangkitlah pejuang reformis semua merapatkan lagi barisan hadapan bagi menangkis segala anasir negatif yang bersifat mala fide demi untuk kebangkitan bangsa malaysia dari terus ditindas....
Jangan biarkan makhluk yang mengaku sebagai reformis bertindak sesuka hati demi kepentingan peribadi untuk merosakkan perjuangan kita selama ini....
Biarlah mereka berbogel...yang penting kita jangan leka dengan apa yang kita nikmati sekarang ini....
Ayuh!....rapatkan barisan.....
hidupkanlah sekali lagi slogan dijalanan yang pernah kita laungkan sebelum ini....
""Banyakkan tindakan....kurangkan berjanji...."
Salam reformis dariku....Takbirrr!!!
reformis 99-hingga kini!
Jangan berbogel :-)
Selamat Tahun Baru :-)
(( Renungkan )) Ke Mana Kita Mahu Pergi?
http://TeamPemudaUMNO.blogspot.com
Forum Generasi Muda
http://Forum1Malaysia.blogspot.com
Pakatan Antara Parti Lawan Tidak Kekal
http://pro-faizal.blogspot.com
Post a Comment