
Tuesday, April 7, 2009
Pakatan Rakyat menang - Tahniah

Sunday, April 5, 2009
Norazah Ahmad - reformis dalam kenangan




Tuesday, March 31, 2009
AL-FATIHA - Allahyarhamah Norazah binti Ahmad

Sunday, March 8, 2009
Terima Kasih
Saturday, March 7, 2009
Demo bantahan penggunaan Bahasa Inggeris untuk Sains dan Matematik









Thursday, March 5, 2009
Reformis payung terjun, pemimpin payung terjun dan "malaun"
Ini bukan persoalan yang di hajati atau tidak. Siapa saudara perlu saya tahu sebelum saya menjawab dengan lebih spesifik lagi. Perkara yang penting adalah perbezaan antara mengikuti rencana pejuang reformasi atau berada bersama-sama mereka sewaktu itu. Kefahaman mengenai perjuangan penting. Apa yang berlaku sejak penubuhan NGO Keadilan Sosial sehingga terbentuk Parti Keadilan Nasional dan seterusnya Parti Keadilan Rakyat. Fahami dengan lebih terperinci dan keluar sebagai seorang yang lebih berwibawa dalam mengeluarkan komen dan menuduh perkara-perkara yang tidak betul seperti hajat seseorang.
Untuk pengetahuan umum, Nora tidak pernah menyertai mana-mana organisasi lain seperti reformis dan Ikrar yang konon-kononnya mahu berjuang untuk mereka yang dipanggil reformis. Bagi Nora mereka hanya menubuhkan gabungan itu untuk mendesak bagi mendapatkan habuan untuk diri sendiri tetapi bukan untuk kepentingan bersama. Nora tahu siapa yang terbabit dalam kumpulan reformis – mereka yang mahu berbogel dan kemudiannya bersalaman dengan TS Khalid dan diberi sedikit habuan kepada mereka yang kononnya mewakili reformis. Semua itu pada Nora karut. Nora tahu siapa yang sebenarnya terlibat dalam mengugut TS Khalid dan dari mana dokumentasi mengenai isu tuduhan rasuah ke atas TS Khalid timbul. Nora bukan penyokong Khalid. Khalid tidak pernah ada dalam perjuangan. Dia hanya kepimpinan payung terjun dan banyak lagi kepimpinan payung terjun dalam PKR. Nora bukan tahu berpolitik,tetapi Nora lebih tahu mengenai gerakan reformasi kerana Nora terlibat dalam memperjuangkan isu rakyat . Pada Nora reformis tulen tidak berharap untuk duduk atas kerusi empok parti. Mereka pejuang dan memperjuangkan isu rakyat tetapi apabila melihat apa yang telah dilakukan oleh mereka di AMBIL KESEMPATAN oleh segelintir mereka yang berpolitik maka timbul persoalan mengenai apa yang dimaksudkan dengan KEADILAN dalam perjuangan.
Kita kena faham bahawa apa juga yang mahu kita lakukan kita perlu adil kerana ini konsep yang kita perjuangkan. Serius Nora katakan, dalam keadaan daif Nora – Nora terpaksa bertungkus-lumus mencari wang untuk membesarkan anak-anak, perbelanjaan sekolah dan lain–lain perbelanjaan (yang NORA tanggung sendiri) termasuk yuran sekolah yang Nora terpaksa diadakan sendiri – Nora tidak mengemis kepada kepimpinan PKR mahupun PAS yang ada. Nora kerja, ambil upah mencuci dan mengemaskan meja di pejabat, Nora belajar menulis dengan kawan-kawan di sana dan Nora sambil-sambil itu minta kawan di pejabat menjualkan tudung secara langsung kepada kawan-kawan mereka yang lain. Namun Nora tahu ada “malaun” yang menggunakan pertaliannya dengan Nora untuk mengutip wang BUKAN untuk tujuan yang murni tetapi untuk kepuasan diri. “Malaun” ini bagi Nora pengemis tak bermoral – duduk dalam gabungan yang kononnya di panggil “reformis” – menabur cerita kepada orang kanan TS Khalid lain dan ke Azmin Ali lain untuk mengemis mendapatkan wang dan projek. Mereka mendengar tanpa mahu mengetahui kesahihan cerita yang di dengar – dan ini juga tidak melambangkan kebesaran jiwa kepimpinan tersebut.
Kerana itu Nora tegaskan sekali lagi – jangan terpengaruh dengan orang yang menggunakan nama Nora untuk mendapatkan wang kerana orang seperti ini adalah pengemis tak bermoral dan kepimpinan yang terbabit memberi juga bagi Nora amat daif kerana tidak mahu turun untuk mengetahui apa sebenarnya yang berlaku.
Kerana itu Nora tegaskan keadilan. Keadilan harus diberi kepada individu tersebut. Kalau mereka pejuang dan ikhlas berjuang – mereka tidak menuntut apa-apa. Tetapi tanggungjawab kita untuk melihat dan menilai – kemudian jangan sampai pejuang itu melihat ada golongan oportunis yang mengaut dari apa yang dilakukan oleh mereka. Jika oportunis ini terus diberi kesempatan maka mereka akan menjadi sama teruk dengan kepimpinan dalam UMNO dan akhirnya pejuang ini terpaksa kembali menentang kemungkaran yang ada.
Adakah ini yang mahu kita lihat. Kita perjuangkan keadilan dan akhirnya yang naik adalah mereka yang tidak tahu mengertikan keadilan. Tembak Harimau di baham dek Singa. Siapa rugi – kita dan keluarga kita juga yang rugi. Sebenarnya Nora mual dengan orang yang bercakap bijak, berani dan lantang tetapi menyorok di sebalik papan kekunci takut mendedahkan identiti. Mungkin Nora lepas ini akan menjawab mereka yang punya identiti setidak-tidak Nora tahu keikhlasan dalam berbincangan dengan mereka. Apa pun Nora percaya – satu hari nanti Nora terpaksa mendedahkan “malaun” yang Nora cerita biar ia dikatakan akan membuka pekong di dada tetapi demi keadilan maka ia patut di suarakan. Nora akan bercerita siapa di sebaliknya – rakaman suara yang ada mendedahkan ada yang berlaku dan SMS yang di terima mengenai nak projek itu dan ini dan kabel siapa di gunakan untuk bertemu dengan TS Khalid dan tuduhan yang mendadak ke atas Azmin. Semua ini Nora kumpulkan. Semua ini mampu Nora katakan adalah kerana ada antara mereka yang di atas itu TIDAK PERNAH TERUJI dan hari ini ada antara reformis yang ikhlas berjuang di katakan menuntut itu dan ini. Sebenarnya bila pemimpin payung terjun jumpa dengan reformis payung terjun macam tu la jadinya. Satu lagi Nora juga akan mendedahkan mereka yang mengambil wang atas nama Nora sedangkan Nora tidak pernah menerima apa-apa. Sekiranya Nora ada masalah – tak payah wakil kerana Nora sendiri akan berjumpa memohon bantuan – yang selama ini tidak pernah di pohon.
Nora juga setelah dapat melihat erti sebenar dunia ini selepas membebaskan diri ( ini nanti Nora cerita) sedar bahawa ada pihak prihatin dalam membantu – contoh sewaktu isu Nora di bogelkan oleh polis, Nora difahamkan ada kutipan untuk Nora dan jumlah hampir mencecah RM 6,000 yang tidak pernah Nora terima. Yang terima ialah “malaun” ini. Ini pun baru Nora tahu kisah ini dan kisah dapat duit ini. Duit jamin turut dikatakan di ambil oleh Nora tetapi sebenarnya ada “malun kedua” yang songlap. Nantikan masa – kerana dalam menuntut keadilan, bagi Nora tohmahan perlu disingkirkan dan bagi Nora perjuangan pertama adalah apabila perkataan AKU itu disingkirkan tetapi diganti dengan KAMI dan KITA. Nampaknya masih ramai yang hanya bermula dengan aku buat ini, aku buat itu, aku pejuang ini dan itu, aku benteng Anwar, aku reformis hebat, aku itu dan aku ini.
Ini perlu Nora tegaskan.
Thursday, February 26, 2009
Bantahan kepada SPRM pada 26/02/2009
Bantahan di teruskan agar SPRM lebih telus. SPRM dianggap sudah mati - oleh MPT Keadilan tersebut
Nanti Nora ulas lagi k
Monday, February 23, 2009
Pakatan Rakyat Selangor dan isu rasuah Khalid
Bukan sesuatu yang mengejutkan bila heboh di Selangor dan Se Malaysia bahawa Khalid akan di heret ke oleh SPRM ke mahkamah kerana ada unsur-unsur rasuah seperti yang dilaporkan oleh GERAK. Biasalah bila ia melibatkan Pakatan Rakyat khususnya Parti Keadilan Rakyat, benda sebegini menjadikan SPRM amat pantas untuk bertindak tetapi apabila melibatkan BN ia amat perlahan dan ada kalanya senggugut dan tidak bergerak langsung. Sebenarnya Nora kenal sangat dengan Nazri yang sekarang ini Pengerusi Gerak dan percaya usaha Nazri untuk menghapuskan rasuah dalam negara adalah usaha yang murni. Namun usaha seperti ini perlu tidak berpihak. Mana yang salah tidak kira parti sekiranya melakukan rasuah maka tindakan perlu diambil. Namun seperti biasalah ikan bilis yang selalu terjerat tetapi buaya-buaya besar yang membaham lepas begitu sahaja.
Dalam Nora duduk diam dan sibuk bekerja ramai kawan-kawan reformasi Nora sering menghubungi Nora. Isu baru dan isu reformasi sering di SMS kepada Nora. Nora pernah di jemput menyertai banyak pertubuhan baru yang melibatkan reformasi seperti IKRAR dan REFORMIS. Namun Nora menolak semua itu kerana Nora tidak mahu menyertai kumpulan yang Nora tidak begitu yakin aktiviti mereka. Ikhlas Nora sedar ada yang mahu mempergunakan nama REFORMASI dan aktivis REFORMIS untuk kepentingan tertentu dan golongan atau kumpulan ini pula di gunakan oleh orang politik untuk memastikan musuh politik ( dalaman atau satu parti ) di heret keluar lalu memberi peluang baik untuk individu tersebut mendapat tempat dan kedudukan yang lebih tinggi. Itu bukan tugas kita – tugas kita pada Nora adalah untuk memperjuangkan hak rakyat. Kita perlu membela rakyat kerana kita tidak mahu pemimpin yang naik atas mandat rakyat meletakkan rakyat itu pula menjadi hamba.
Balik isu Khalid ini, Nora terkejut bila ada yang melaporkan pada Nora – bahawa isu Khalid ini sebenarnya isu dalaman. Ini isu orang PKR sendiri yang mahukan Khalid keluar dan di campak dari menjadi MB. Adus..adakah ini benar..... ini...siapa .....siapa.....Nora kemudian di ceritakan mengenai isu ini, siapa yang terlibat dan juga pengakuan bahawa orang itu sendiri bahawa dia pernah membawa isu hasil maklumat oleh orang Parti Keadilan Rakyat sendiri yang mahu Khalid dicampak dari kerusi MB. Nora bukan gemar sangat dengan Khalid ini – orang ini bagi Nora bukan cepat lupa mengenai perjuangan reformasi tetapi orang yang tidak pernah hadir sebelum ini dan tidak tahu mengenai perjuangan reformasi....tapi itu isu berbeza. Bagi Nora....kalau Khalid bersalah sungguhpun isu itu kecil sahaja maka dia sepatutnya di hukum tetapi yang merisaukan Nora adalah ini adalah hasil dari kerja orang yang mahu loncatan politik – mahu tempat dan kuasa. Sungguhpun tindakan untuk menghapuskan rasuah tetapi menurut empunya cerita orang ini merasuah juga untuk menjatuhkan Khalid. Nazri dari GERAK dan Khir Toyo jadi alat saja untuk agenda peribadi orang ini – kata pemberi maklumat pada Nora. Waduh....PKR...PKR......siapa yang menjadi dalang dalam isu ini .....mungkin Nora dan pemberi maklumat sahaja yang tahu...mungkin juga ramai yang tahu ...tetapi klu nya mudah – ada pertubuhan gerakan reformis yang mahu ditaja untuk membuat kerja-kerja politik sebegini dan kemudian akan diberi projek – jadi orang ini bukan orang kecil juga dalam PKR...wa duh....tengah-tengah kerja dan memasak ini pun banyak cerita yang Nora terima...nanti Nora cerita lagi k....banyak lagi tau...siapa belakang itu dan ini...siapa dia GERAK dan ratusan bukan gosip tetapi pengakuan....adus...terror gak makcik ini kan....apa pun satu - lihat rakyat kat bawah tu...Nora juga rakyat yang berada disitu....itulah yang perlu di bela....betulkan Sdr Anwar Ibrahim....dan anggota Pakatan Rakyat semua......
Monday, February 16, 2009
Isu Elizabeth Wong - pandangan Nora
Inilah dia apabila kita sebenarnya hilang pertimbangan dan kita terlampau asyik dengan politik. Nora dalam membaca www.malaysiakini.com bersetuju dengan Ketua Wanita MCA Datin Paduka Chew Mei Fun yang bertindak wajar turut bersimpati terhadap Elizabeth Wong sungguh pun beliau dari MCA. Ini bagi Nora orang yang setidak-tidak mempunyai pertimbangan yang wajar tidak macam Khir Toyo - seakan melatah mendesak Elizabeth Wong melepaskan jawatan. Kita perlu ada nilai pertimbangan dan nilai ini biarlah jangan dipengaruhi dengan pertimbangan yang tidak wajar akibat mabuk – mungkin mabuk kuasa, mabuk samsu atau mabuk akibat terlampau banyak makan tempe – hihihihi. Anyway Nora percaya Elizabeth Wong agak tertekan dengan isu ini tetapi Nora percaya ramai antara kita boleh bezakan antara isu Chua Soi Lek dengan Elizabeth Wong atau Nora masih ingat gambar arwah Dato' Norjan Khan Bahadar merupakan Timbalan Menteri di Jabatan Ketua Menteri dan orang yang paling dipercayai oleh Dato' Osu Sukam dulu yang nampak bergambar dengan riang bersama pemandunya dengan aksi yang kurang manis. Sebenarnya kita perlu menimbangkan keadaan yang ada – situasi dan sekiranya gambar Elizabeth Wong adalah gambar berdua ala-alan macam artis – Wan Nor Azlin tu lain la.
Apa pun Nora telah diberi maklumat mengenai angkara siapa yang menyebarkan gambar itu dan ada angin-angin orang siapa yang telah membeli gambar tersebut. Buat Khir Toyo logik la sikit k...
Wednesday, February 4, 2009
Jangan percaya pada mereka
Apa yang ada ialah PKR tertampar mukanya sendiri. Bagi Nora – selepas ini, cermin diri, lihat di luar sana – ada muka-muka pejuang yang menderita tetapi masih kekal dalam perjuangan reformasi. Ada mereka yang sudah diuji dan sudah teguh natijah perjuangan mereka, kenapa tidak disentuh mereka. Apa pun nasi belum menjadi bubur – ubah dan mulakan senario baru. Kesombongan hanya akan menjahanamkan diri sendiri.
Saturday, January 31, 2009
Bahasa Melayu .....da




Nora difahamkan pakar-pakar pendidik juga tidak bersetuju tetapi Mahathir dan kemudiannya Hishammuddin terus mempertahankan benda ini. Apa yang Nora mahu ialah untuk anak-anak Nora menguasai Sains dan Matematik sebagai satu subjek penting dan menguasai Bahasa Inggeris sebagai satu subjek komunikasi. Nora juga sekarang ini di pejabat sedang berusaha belajar Bahasa Inggeris dengan kawan-kawan kerana Nora tahu itu juga penting. Namun fikirkan anak-anak kita khususnya di luar bandar – tak kan bertutur bahasa Melayu tapi bila sampai bab kira-kira cakap bahasa Inggeris – “ Mak Limah boleh bagi saya kuih cucur TWO ringgit dan goreng pisang – FOUR ringgit dan Mak Limah kira DISCOUNT sikit. Lagi, Mak Limah tolong CALCULATE semua dan ini TEN ringgit dan LESS SIX ringgit dan ada BALANCE FOUR ringgit. THANK YOU – ALRIGHT- SEE YOU LATER.
Mana pergi semangat kita sebagai orang Melayu. Nora hadir kerana Nora percaya keperluan kita memartabatkan bahasa kita. Jangan sampai jadi macam ini dah la…ANYWAY MY PREN – NORA WILL GOING TOMORROW – tapi bila cerita SAINS - A solar eclipse occurs when the Moon passes between the Sun and the Earth so that the Sun is wholly or partially obscured ( kebas dalam net) dan lepas itu the foundations of mathematics, logic, algebra, geometry, probability, and statistics ( pun kebas dalam internet da..) ….hihihi
Wednesday, January 28, 2009
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia - hilang makna?
Ini adalah pengakuan salah seorang yang ditahan berhubung dengan rasuah politik dalam UMNO. Yang di tahan tersebut membuat laporan polis mengenai penderaan yang dilakukan oleh SPRM tindakan SPRM memaksa orang tersebut menuduh seorang kepimpinan MT UMNO untuk tujuan yang diragui. Apa yang kita persoalkan ialah tindakan SPRM dan adakah SPRM benar-benar telus atau sebenarnya SPRM juga ada campur tangan tangan-tangan politik. Ini menunjukkan bahawa SPRM tidak telus. Bolehkah kita percaya pada penubuhan SPRM ini atau SPRM ini hanya perubahan kosmetik untuk UMNO dan mereka yang ditangkap juga adalah mangsa untuk mengaburi mata rakyat bahawa UMNO sedang melakukan reformasi.
Pengirim turut meng”attach”kan laporan polis Halimi Bin Kamaruzzaman yang mendakwa dirinya telah didera dan dipaksa oleh pegawai-pegawai SPRM untuk menjatuhkan pihak tertentu dalam Umno seperti dibawah:
Aduh...sebenarnya dalam melakukan apa-apa hal niat itu perlu bersih. Kalau niat tu tidak bersih apa yang di buat tentu menyimpang dari apa yang dihajatkan.
Saturday, January 17, 2009
TAHNIAH PAS
Tahniah dari Nora
Monday, January 12, 2009
Tanah Ku

Sunday, November 30, 2008
Maaf Syed Husin - Nora tidak setuju
Maaf , maaf ...lama benar Nora tak menulis. Sibuk benar dengan tugasan harian dan masa diambil untuk bersama-sama anak-anak serta menyelesaikan perkara-perkara khususnya mengenai anak-anak Nora yang semakin meningkat remaja.
Tapi nak tak nak, Nora terpaksa gak komen mengenai reformis yang mahu membuat demo bogel. Ala..apa sampai ke situ pula. Nora amat terkilan dengan apa yang mahu dibuat oleh mereka kerana bagi Nora itu bukan cara kita mahu mempertahankan isu dan mahu menyampaikan kebenaran. Demonstrasi memang bagi Nora tidak salah tetapi demo bogel, Nora tak boleh terima. Apa yang boleh dicapai melainkan memalukan diri sendiri. Nora percaya mereka yang terlibat dalam reformasi 1998 tidak akan bersetuju dengan pendapat untuk melakukan demo bogel. Sesuatu yang tidak masuk akal dan tidak wajar untuk kita lakukan. Sungguhpun kalangan mereka yang mahu melakukan demo bogel adalah reformis yang Nora kenal tetapi idea untuk tindakan seperti itu bukan sahaja tidak perlu ada malah tidak perlu difikirkan.
Nora sendiri ada kalanya tidak bersetuju dengan cara PKR Selangor menangani beberapa masalah rakyat tetapi untuk menyelesaikan dengan berbogel, ehmmm Nora tidak boleh terima. Bagi Nora, kita telah melalui hampir 10 tahun dalam perjuangan reformasi namun kumpulan ini sudah semakin pudar dan akan terus pudar kerana kesatuan ini longgar atau sengaja di longgarkan oleh kepimpinan PKR.
Banyak kali sudah reformis berusaha untuk menubuhkan satu bentuk kesatuan – namun gagal. Kegagalan ini kerana ada kalangan mereka yang cuba menubuhkan kesatuan tidak begitu komited dalam gerakan reformasi sebelum ini tetapi akhirnya timbul dengan agenda tersendiri. Ada pula yang hari ini sudah tersasar kepada politik – hanya berpolitik dan menentukan kedudukan politik. Golongan reformis yang terbabit dalam sepak terajang perjuangan, berkorban untuk memastikan agenda perjuangan terlaksana hari ini berdiri atas dasar rakyat biasa – bak kata Syed Husin Ali yang bagi Nora tidak wajar mengeluarkan kenyataan memperkecilkan golongan yang berjuang itu. Adakah sama antara golongan yang benar-benar berusaha dan berkorban untuk memastikan agenda perjuangan – membebaskan mereka yang dizalimi, menentang ketidakadilan – dengan orang yang berpeluk tubuh?
Ini kenyataan Syed Husin
Salah ahli PKR, reformis minta jasa dibalas Abdul Rahim Sabri | Nov 30, 08 8:44pm Malaysiakini
Salah bagi anggota-anggota PKR dan aktivis Gerakan Reformasi, yang menggelar diri mereka "reformis", meminta jasa mereka dibalas dengan alasan pernah berjuang sejak awal perjuangan parti itu 10 tahun lalu, kata timbalan presidennya Dr Syed Husin Ali.
"Kami sudah berjuang selama sepuluh tahun, mana balasannya, mana anugerahnya. "Ini sikap yang salah," katanya sewaktu menggulung perbahasan di penghujung kongres nasional parti itu di Shah Alam petang tadi.
Menurutnya, rakyatlah yang harus dihargai kerana membantu menaikkan pemimpin-pemimpin PKR dan Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum lalu. "Kita mestilah mengiktiraf, rakyat ramailah yang banyak berjuang. Balas budi kepada rakyat ramai. "Jadi keutamaan balas budi kita ialah kepada rakyat ramai. Inilah namanya perjuangan," kata Dr Syed Husin.
Bekas ahli akademik itu, yang berdekad-dekad dalam aktivisme politik khususnya bersama Parti Rakyat Malaysia (PRM), mengkritik mereka yang menuntut budi dibalas jasa dengan menyifatkan mereka sebagai mengutamakan kepentingan diri dan tidak layak dipanggil pejuang rakyat.
Beliau bagaimanapun tidak menafikan sumbangan besar ahli PKR dan reformis sejak 1998 dan menjelaskan barisan pemimpin PKR akan memberi perhatian terhadap nasib mereka. "Saya yakin mereka akan menjalankan perkara yang sewajarnya dengan adil," tambahnya.
Semalam perwakilan Johor menegur PKR kerana tidak mengambil berat dan tidak membela nasib aktivis Gerakan Reformasi. Suaranya itu mewakili sentimen popular dalam kalangan para penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim khususnya mereka yang terlibat secara aktif menuntut pembebasannya sewaktu dipenjarakan antara 1998 hingga 2004.
Mengulas "projek 16 September" untuk menukar kerajaan persekutuan, Dr Syed Husin berkata beliau cukup yakin dengan Anwar yang dikenali sejak di Universiti Malaya dan bersama-sama berada di kem tahanan Kamunting, Taiping pada awal 1970-an.
"Kita bukan cakap kosong," tambah ahli sosiologi itu.
Sungguhpun bagi Nora, perjuangan itu ikhlas tetapi sikap menuntut ini kadang-kadang timbul bila yang diberi pengiktirafan adalah mereka yang pandai membodek, bercakap manis dan kadang-kadang hanya tahu mengaku perkara yang tidak dibuat oleh mereka. Sini kita boleh lihat ada antara mereka yang hari ini berdiri menjadi penyokong dan konon-konon penyokong kuat plak tu sewaktu PKR sudah menang. Nora bukan menuntut apa-apa malah Nora tegaskan bahawa sehingga hari ini Nora tidak berjumpa dengan mana-mana kepimpinan parti – baik PKR dan PAS untuk mendapatkan apa-apa. Apa yang Nora nak bezakan ialah sikap kepimpinan macam Syed Husin yang tidak dapat membezakan antara siapa yang sebenarnya telah memperjuangkan – bermati-matian agenda PKR dan hasrat keadilan untuk rakyat dengan mereka yang berpeluk tubuh dan hanya hadir bila menang untuk mendapatkan sesuatu.
Nora juga tidak nafikan – ini juga hadir di kalangan mereka dalam reformis. Tiba-tiba muncul mahu jadi “champion” golongan reformis. Ini juga tidak patut ada. Ini turut Nora bantah tetapi Nora lebih kesal lagi dengan sikap Syed Husin yang bagi Nora tidak wajar sungguhpun terpelajar berbanding dengan Nora. Kita lihat sendiri – Syed Husin, kenapa dia diberi pengiktirafan? Kerana perjuangan beliau – di ISA dan sebagainya. Ada orang yang buka mata dan nampak – beliau telah berkorban dan wajar diambil memimpin dan diberi sedikit penghargaan. Tapi kenapa bila beliau dah naik beliau tidak buka mata dan lihat pula – beza antara orang yang berpeluk tubuh – duduk di rumah – buat harta buat duit dan kemudian bila PKR dan Pakatan Rakyat berjaya dalam pilihanraya baru lalu mereka timbul sebagai penyokong kuat dan diberi tempat tertentu.
Entahlah kadang-kadang pelik juga, kepimpinan memimpin tapi tak nampak perkara-perkara kecil sebegini yang boleh membantu moral dan semangat mereka yang telah berjuang. Bagi Nora – apa yang Nora lakukan adalah atas kepercayaan Nora bahawa keadilan perlu ditegakkan. Nora bangkit dalam perjuangan reformasi. Namun hari ini Nora lihat – kenyataan Syed Husin tidak melambangkan keadilan – jadi apa nak di kato.....
Monday, October 13, 2008
Nak jawab soalan
Nak menjawab soalan
Nora terima SMS dari seorang yang menamakan dirinya Fitri dari Penang. E-mel beliau adalah afms85@yahoo.com dengan sms beliau berbunyi seperti berikut:
Salam, sy fitri dari Penang, nk tnya Kak Nora psl Anwa. Sy surf kat internet, x tau bole refer pd sape,soalan sy,jika betul Anwar anti rasuah spt yg di war-warkan,knp dia x keluar umno dengan rela hati jer dulu? Bkn main lantang lg dia kata umno rasuah tlibat dgn nepotisme..abis apa yg anwar buat masa dia dlm umno dulu? Ada dia amalkan prinsip lawan tetap lawan atau dia dia aje..harap kakak reply.
Terima Kasih Fitri sungguhpun soalan ini sebenarnya telah banyak diperjelaskan. Nora bukan terror nak jawab semua tetapi Nora akan jawab berasaskan apa yang Nora tahu dan pengalaman Nora sewaktu turut serta dalam reformasi dulu.
Mula dengan kenapa Anwar saja yang kita cakap dan kita lekatkan cerita mengenai anti-rasuah. Kalau Anwar kata dia anti rasuah – Pak Lah pun kata dia anti rasuah – Najib pun kata dia anti rasuah – kenapa tak tegur semua mereka dan sekiranya kepimpinan UMNO penuh dengan rasuah – kita tentang dan singkir mereka. Ini bukan soal siapa tetapi soal rakyat menderita kerana mereka rasuah. Kita selalu fikir tentang politik tetapi rasuah adalah penyakit dan Nora sendiri terasa kerana rasuah - orang lain yang tak de lesen, pendatang asing dan beberapa perkara lain menjahanamkan perniagaan kita. Rasuah inilah yang menjadikan kita rakyat marhaen menderita.
Kemudian saudara tanya mengenai Anwar dahulu dalam Umno kenapa diam dan terus dalam Umno. Kenapa tak kuar dengan rela hati jer dahulu? Nora tidak mahu dikatakan berpendirian obsesi terhadap Anwar Ibrahim tetapi beliau dipecat – di pecat kerana ada yang sebenar tidak gemar dengan prinsip beliau. Ini bukan soal kuar dari Umno atau tidak – ini soal perjuangan rasuah. Kalau ada dalam Umno yang jujur memperkatakan dan memperjuangkan soal rasuah – kita alu-alukan. Kalau seluruh ahli Umno bergelumang dengan rasuah – sarankan kepada semua rakyat untuk menolak mereka – kalau tak setuju dengan Anwar masuk Pas – ada alternatif lain.
Kita tidak perlu sempitkan fikiran kita dengan persoalan mengenai apa Anwar lakukan dalam Umno dan apa yang disarankan oleh Anwar sekarang. Kalau saranan sekarang untuk menghapuskan budaya rasuah – sokong dan kita sebagai orang yang menyokong harus melaksanakan dengan berani – lawan sehingga memang. Kuasa rakyat itu besar tetapi kalau budaya takut ada – kuasa itu pudar dan tidak akan mendatangkan manfaat kepada kita sebagai rakyat Malaysia. Kita sebagai rakyat tidak sepatutnya memberhalakan kepimpinan kita. Kita ambil apa perjuangan mereka – kalau mereka mempunyai agenda rakyat – sokong mereka tetapi kalau setakat menyokong dengan membina “cut out poster” besar Anwar – tak payah la. Nora tak sokong macam itu. Nora percaya sokongan dengan pelaksanaan – usaha dan bertindak berani. Nora bukan nak kata “terror” tetapi itu Nora rasa. Nora bukan golongan terpelajar tetapi Nora lahir dari pengalaman berniaga dan pengalaman Nora sewaktu terlibat dalam reformasi. Apa pun Nora percaya – rasuah perlu disingkirkan – kuasa menyingkir dari rakyat – kepimpinan rasuah kita tentang – biar dalam Pakatan rakyat sekali pun.
Aduh macam berceramah plak...apa pun pada Fitri – lakukan perjuangan untuk membela rakyat. Tak perlu berdegar-degar membicarakan apa Anwar buat dahulu tetapi apa perjuangan yang perlu kita sertai sekarang. Kita bicara untuk membela rakyat – kita lakukan untuk rakyat dan untuk diri dan masa depan keluarga dan anak-anak kita. Kita tidak mahu anak-anak kita menderita dengan budaya rasuah kepimpinan yang dilantik oleh kita sendiri.
ah...teruji plak minda Nora hari ini - tak de ke yang nak email resipi masakan pulak..hihi nak masak untuk anak-anak la....
Sesi Mahkamah Kes Protes






Kes Mahkamah Protes
13hb Oktober 2008
Hampir 46 orang yang di tahan di KLCC pada demo Protes hadir ke mahkamah pada 13hb Oktober 2008. Semua di tuduh menyertai perhimpunan haram dan tambahan pertuduhan adalah pada YB Tien Chua - dengan satu lagi pertuduhan tambahan iaitu ingkar pada arahan. Macam satu “gathering” pula dengan Nora dapat bertemu kawan-kawan.
Malang sekali dan di doakan Sdra Zaid Ibrahim cepat sembuh akibat kemalangan jalan raya dan beliau tidak hadir pada sesi mahkamah itu. Ada pula rakan yang di tahan semalam kerana mahu dipastikan kehadiran ke mahkamah. Tan Choe Hoi di tahan dan diikat jamin oleh rakan pada 12hb Oktober 2008.
Barisan Peguam turut hadir bagi memastikan kami mendapat pembelaan sepatutnya. Antara peguam yang hadir adalah Tuan Hj Hanipa Maidin, Tuan Hj Khairuddin, Gorbind Singh Deo, Sdr WK Chan, Sdr Hasshahari, Sdr Radzlan Jalaluddin, Sdr Lai Chee Hoe dan Sdri Chow Ying.
Sesi Mahkamah seperti biasa di tangguhkan 23-25 March 09. Biasalah tidak pernah kemas perbicaraan khususnya yang melibatkan kes reformasi. Ini kerana kes seperti ini mungkin hanya diada-adakan untuk menyulitkan dan menakut-nakutkan kita untuk terus bersuara. Tambahan pula penguasa dan lain-lain kakitangan hanya makan gaji. Masa Nora sampai ke mahkamah ini Nora perasan kain rentang – BUAT KERJA di bangunan mahkamah tersebut. Betul lah buat kerja tapi nampak macam tak buat homework aje mereka.
Mungkin itu style mereka – buat kerja untuk menyulitkan kita aje....