Monday, April 28, 2008

Hi Badrul dan Black


Badrul dan Black datang bertemu untuk makan tengah hari di Gerai Pak Teh, Taman Melawati. Kami berborak dan antara lain cerita adalah mengenai isu tuntutan di mahkamah dalam isu pilihan raya parlimen Rembau. Bagi Badrul, menang atau kalah tuntutan di mahkamah atas Khairy Jamaluddin ( Rembau) tidak penting kerana keputusan dalam Mahkamah UMNO ini selalu pelik. Bagi Badrul Hisham “Khairy tahu bahawa dia tewas”. Kita tidak kecewa kerana pada kami Badrul sudah menang dalam pilihan raya umum ke 12 itu dan kemenangan Khairy adalah kemenangan palsu – macam perjuangan Khairy Jamaluddin juga.

Kami juga menyingkap cerita reformasi – perjuangan dan demonstrasi yang kami lalui. Black adalah antara adik kami yang kini juga bergelar OKT. Kami di tangkap pada demo di KLCC baru-baru ini. Kata Black “ jalan dengan Nora mesti kena tangkap, sambil ketawa.

Dalam borak punya borak kita juga bercerita keperitan hidup sebagai seorang reformis. Bagaimana kita mengorbankan hidup masing-masing kerana menuntut pembaharuan di Malaysia. Memang cerita lama dan sungguhpun hidup waktu itu amat tertekan tetapi itu bukan penghalang kepada kita menuntut perubahan.

Cerita di teruskan dengan akhirnya kami semua membuat pesanan minum tambahan – anak tekak dah kering. Memang menyingkap cerita perjuangan reformasi amat mengasyikkan. Biasa lah, dengan kawan-kawan reformis. Kita kalangan reformis lahir dari kesedaran dan menuntut agar perubahan dilaksanakan. Untuk itu kita kena berdepan dengan risiko untuk tidur dalam lokap. Masa itu – golongan reformasi hadir dengan kesedaran sungguh pun tahu kita tahu juga risiko yang perlu kita lalui. Kita pastikan perjuangan itu adalah untuk membela nasib bangsa kita dan kaum serta bangsa lain yang tertindas.

Leret punya leret cerita tertumpu pada satu isu gabungan yang mahu dilaksanakan bagi menentukan arah dan kebajikan reformis. Wah.....selama hampir 10 tahun kita berjuang dengan pelbagai tekanan dan kesempitan hidup tiba-tiba ada orang yang tidak pernah kami tahu datang mahu mengumpul golongan reformis, mahu bertindak sebagai jurucakap dan pengerusi untuk membela reformis dan menentukan arah. Pelik bukan, mana orang ini sebelum ini.

Hari ini segelintir kecil mahu adakan pertubuhan yang akan memastikan nasib reformis terbela. Kelakar, selama ini kita melarat, tidak pula dipedulikan sekarang timbul konon-kononnya mahu menukar arah. Sayang, entah dari mana mereka timbul kini sibuk membuat ikrar untuk membantu reformis ini. Ha! Ha! Ha! baru sekarang... nak buat organisasi dan kemudiannya menggunakan nama seolah-olah golongan reformis ini memerlukan agenda dan memerlukan tunjuk ajar agar matlamatnya jelas dan tidak kelam kabut.

Ha! Ha! Ha! siapa dia dan siapa mereka ini! – kalau dahulu kita berkorban bersungguh-sungguh TAK DE PUN nak hulur bantuan kini sudah ada ura-ura mahu membuat pakatan reformis dan diterajui oleh orang yang tidak pernah muncul tiba-tiba “landing” sebagai moderator.

Jangan nak merapu – reformasi lahir dari kesedaran, pejuang reformis lahir dari kehendak kita terhadap perubahan dan kita berkorban untuk tujuan yang murni. Jangan benarkan orang menggunakan nama reformis untuk kepentingan tersendiri. Reformis pula jangan mudah terpedaya. Ini entah mana-mana datang orang mengaku reformis, mahu naik diangkat jadi kapten, disokong oleh entah sesiapa – melalut mahu jaga kebajikan kita.

Tapi orang macam ini tak ke mana. Saya, Badrul dan Black kemudiannya bersurai. Apa pun jangan tertipu, ramai yang mahu ambil kesempatan.

7 comments:

Anonymous said...

Nak tanya, baru-baru ini ada Himpunan Reformasi kat hotel mana tah. Itu siapa penganjurnya. Tien Chua ke? Adakah itu yang nora maksudkan dalam tulisan nora tu.

Anonymous said...

Saya bersetuju benar dengan Pn Nora tentang kenyataan Pn. Bagi saya sekarang sudah ramai mengelar reformis krn perjuangan itu sudah nampak akan kebenarannya. Walhal Pn dan rakan-rakan berhempas pulas selama 10 tahun untuk keadilan. Saya mungkin baru lagi dalam perjuangan ini. Saya punyai landasan perjuangan saya sendiri, saya punyai prinsip saya sendiri. Saya hargai keberanian Pn, bukan senang mencari seorang wanita yang berani tampil di setiap perhimpunan.
Sebenarnya masih ramai yang bersikap seperti Pn tetapi ketakutan akan regim kerajaan membuatkan mereka merasa benci di dalam hati saja (selemah-lemah iman).
Apa pun Pn saya meminta jasa Pn lawati blog saya di https://khairilazuar.wordpress.com
kalau tidak keberatan komen la disetiap artikel saya.

Anonymous said...

Benar, aku juga OKT tapi aku lihat baru-baru ini yang tak berjuang pun mengaku berjuang. Yg tak bukan dari kalangan reformis juga mengaku reformis. Ada plak kini entah sesiapa yang megah cakap perjuangan tetapi sebelum ini menyorok bawah ketiak mak bapak.

Pn,

Saya hormat puan dalam perjuangan. Saya bangga dengan wanita seperti pn dan saya percaya dalam M'sia tak ramai.

Pn,

Pn mesti mulakan siri2 perjumpaan sesama adik - adik uni untuk memberi sedikit semangat kepada mereka supaya peka dan ada semangat juang yang tinggi.

Syabas pn, blog yg amat menarik

norazimah mohamad nor said...

Salam

1hb mei, pada jam 9.30pagi ada Perhimpunan hari pekerja di dataran merdeka.

Himpunan rakyat lapor/dedah penyelewengan Khir dan isteri pada 2hb mei.Lepas solat jumaat negeri,shah alam.

Sila hadir beramai-ramai.

Anonymous said...

layari blog terbaru

http://gerakan-anti-pas.blogspot.com

raspintar said...

Berhati-hati apabila parti politik menjadi batu penghalang untuk sama-sama duduk semeja, bekerjasama, bergotong royong untuk membangunkan negara.

Berhati-hati apabila pakaian kita -kemana jua kita pergi - memakai baju politik.

Politiklah yang menyebabkan kita menggadaikan tanah dan air.

Salam hormat dari saya.

IKRAR -Ikatan Kebajikan Rakyat said...

RESPONS....

AJK HR9808@IKRAR: Terima kasih atas muatan artikel dari Kl pos, BLOG Nora dll.Izinkan kami menjelaskan beberapa kekeliruan dari hal tersebut:

1. Kami mohon pihak yang keliru dengan HR9808@IKRAR sila datang ke majlis (yang terdekat 11 May 2008 jam 2 petang di Masjid Jamek). Pertemuan lalu pada 19 Apr adalah baru peringkat nak berbincang dan bertukar-tukar pandangan demi kemaslahatan rakyat pasca PR -12. Jika mahu info lebih sila baca teks ucapan wakil HR9808@IKRAR dari blog kami. Kami mohon KL pos dapat memuatkan teks ini supaya kekeliruan tidak berpanjangan (MASA ITU KELUAR DI KL POS).

2. Kami tidak menyatakan bahawa kami wakil reformis tapi kami hanya AJK penganjur majlis dialog Reformis bersama Pakatan Rakyat HR9808. Kami sedar akan hal ini dan atas sebab inilah juga sebagai bukti kami amat menghargai perjuangan reformis lalu kami anjurkan program ini dengan harapan reformis dari semua kalangan dapat memahami tujuan serta hasrat kami DAN mari kita bersatu.

3. Mustapa Mansor@ABU Miqdad (penulis buku "Rakyat Menuntut Keadilan tahun 1998-1999"), Bekas Ketua PKN Batu, Bekas Timbalan Ketua Perhubungan WP 1999, selama 10 tahun ulang alik Indonesia-Malaysia cari rezeqi dan belajar, blog beliau-www.aziim2008.blogspot- adalah salah seorang AJK Penganjur HR9808 dan jika mahu kenal beliau sila datang bertemu bila-bila masa di Masjid India. Kami tak salahkan sesiapa kerana tidak mengenali beliau tapi setahu kami perhimpunan ADIL yang pertama di KL adalah di rumah beliau dan beliau pengerusi perhimpunan tersebut. Saran kami agar anda dapat membaca teks ucapan beliau di www.hr9808.blogspot.com atau hadir sesi dialog dengan beliau.
4. Kami bersetuju dengan pandangan Nora tentang betapa pentingnya perjuangan yang bertujuan untuk kebajikan, keadilan dan kesejahteraan Rakyat (dan terima kasih sebab bagi peluang kami komen).

5. Kami menyeru kepada semua pihak terutama reformis agar bertenang dan berkepala dingin kerana nasib rakyat bukan ditentukan oleh satu golongan atau nama atau parti atau tokoh atau apa sahaja tapi ianya ditentukan oleh KEDAULATAN RAKYAT. Ayuh mari kita berbincang dengan baik dan lebih bijak kerana sejak dulu kita sudah kenal dengan musuh RAKYAT, kezaliman dan kebejatan mereka maka apakah ada waktu untuk kita berfikir di luar dari kerangka itu? Ahlan wasahlan kepada para penyokong UMNO-BN jika mahu berdialog sama kami siap sedia untuk itu pada bila-bila masa.

6. Soal tegur kerajaan negeri atau tegur sesiapa memang sejak dari dulu komitmen kita untuk menegur jika ada perbuatan yang bercanggah dengan hak dan kebajikan rakyat sekalipun dengn Sultan atau Raja Melayu. Tapi kami lebih memilih untuk beretika dalam menegur kerana ianya lebih mendekati kepada matlamat dan tujuan menegur. Apatah lagi untuk menegur guru-guru dan senior kami.

7. Semoga anda semua sudi menerima segala kekurangan dan kesilapan dan jauh dari sudut hati kami...kami tidak mahu melukakan hati sesiapa terutama warga reformis samada dalam parti atau di luar parti. Kami siap sedia ditegur jika ada yang salah dan inilah tujuan program pada malam itu bukan semata-mata dialog tapi lebih jauh dari itu iaitu untuk memastikan kemenangan di pihak Rakyat di bumi Malaysia.

AJK HR9808@IKRAR
info lengkap:www.HR9808.blogspot.com