Tuesday, April 22, 2008

Salam perjuangan


Blog ini didedikasikan khusus buat anak-anak tersayang dan teman-teman seperjuangan yang masih terus mengekalkan tekad dan semangat untuk berjuang demi mempertahankan hak rakyat. Ini adalah untuk mengabadikan nukilan perjuangan saya semoga ia menjadi pedoman kepada semua khususnya dalam menegakkan kebenaran dan keadilan. Saya berharap blog ini akan dapat mengeratkan silaturahim kita sesama pejuang reformasi yang wujud pada tahun 1998. Sepanjangan perjuangan ini berbagai pengalaman yang telah saya dan teman-teman lain lalui, lantas ini antara coretan perjuangan yang boleh kita kongsi bersama. Kita kuatkan tekad, kita kuatkan semangat, perjuangan harus di teruskan untuk kita, untuk anak-anak kita dan untuk rakyat Malaysia seluruhnya.


Salam perjuangan - Nora

6 comments:

Kerajaan Rakyat said...

Nora, tahniah atas semangat kental dan perjuangan anda.
........

Sebagai rakyat yang rindukan kedamaian dan keharmonian di Malaysia negara tercinta, saya mohon penjelasan daripada YAB Perdana Menteri terhadap beberapa isu yang telah dibangkitkan oleh para pemimpin PKR, PAS dan DAP (Pakatan Rakyat) semasa kempen pilihanraya umum ke-12 baru-baru ini.

Dengan izin sila baca seterusnya:

http://kerajaanrakyat.blogspot.com/

Ibnu Hasyim said...

Salam perkenalan.

Tahniah blog baru menentang kezaliman.

Anonymous said...

Assalamu'alaikum
Tahniah kepada Nora kerana sudah punya laman blog sendiri. Seperti yang diinginkan blog ini untuk tatapan anak-anak supaya mereka punya kesempatan menilik apa yang ibunya coretkan. Maklumlah sekarang mungkin belum tumbuh minat kerana usia mereka dan pendedahan mereka tentang apa yang dicoretkan. Nanti bila usia sudah meningkat dan minat sudah ada mereka boleh membacanya. Macam album lama lah katakan.

Nora, teruskan perjuangan anda melalui blog. Supaya usaha perjuangan dan pemikiran anda dapat dibaca dan dibahaskan oleh pembaca. Saya yakin perbahsan yang bernas akan memberikan nafas dan menambah kekentalan jiwa anda membanteras kezaliman dan seterusnya bersama membangunkan negara kita yang tercinta.

Terima kasih

Anonymous said...

I was there @ Jln TAR to support Reformasi way back in 1998......If we do not put an effort to oust Mahazalim during that time....perhaps Malaysia will be no change today!!

mazlan-bdn said...

takniah terus kan perjuangan

Mohd Nazree Mohd Yunus said...

Salam hormat buat Kak Nora

Tahniah atas kelangsungan blog ini.
Atas dasar untuk melihat perjuangan ini berterusan sudah pasti yang diinginkan dari blog ini adalah suatu bentuk perkongsian jiwa yang telus atas pengalaman kakak yang saya kira sudah banyak yang dilalui.

Terima kasih atas kehadiran kakak dan teman-teman ke majlis walimah saya tempoh hari. Semoga jiwa perjuangan kakak dapat juga diserap buat saya dan isteri.

Salam Hormat & Salam Perjuangan