Monday, February 23, 2009

Pakatan Rakyat Selangor dan isu rasuah Khalid

Bukan sesuatu yang mengejutkan bila heboh di Selangor dan Se Malaysia bahawa Khalid akan di heret ke oleh SPRM ke mahkamah kerana ada unsur-unsur rasuah seperti yang dilaporkan oleh GERAK. Biasalah bila ia melibatkan Pakatan Rakyat khususnya Parti Keadilan Rakyat, benda sebegini menjadikan SPRM amat pantas untuk bertindak tetapi apabila melibatkan BN ia amat perlahan dan ada kalanya senggugut dan tidak bergerak langsung. Sebenarnya Nora kenal sangat dengan Nazri yang sekarang ini Pengerusi Gerak dan percaya usaha Nazri untuk menghapuskan rasuah dalam negara adalah usaha yang murni. Namun usaha seperti ini perlu tidak berpihak. Mana yang salah tidak kira parti sekiranya melakukan rasuah maka tindakan perlu diambil. Namun seperti biasalah ikan bilis yang selalu terjerat tetapi buaya-buaya besar yang membaham lepas begitu sahaja.

Dalam Nora duduk diam dan sibuk bekerja ramai kawan-kawan reformasi Nora sering menghubungi Nora. Isu baru dan isu reformasi sering di SMS kepada Nora. Nora pernah di jemput menyertai banyak pertubuhan baru yang melibatkan reformasi seperti IKRAR dan REFORMIS. Namun Nora menolak semua itu kerana Nora tidak mahu menyertai kumpulan yang Nora tidak begitu yakin aktiviti mereka. Ikhlas Nora sedar ada yang mahu mempergunakan nama REFORMASI dan aktivis REFORMIS untuk kepentingan tertentu dan golongan atau kumpulan ini pula di gunakan oleh orang politik untuk memastikan musuh politik ( dalaman atau satu parti ) di heret keluar lalu memberi peluang baik untuk individu tersebut mendapat tempat dan kedudukan yang lebih tinggi. Itu bukan tugas kita – tugas kita pada Nora adalah untuk memperjuangkan hak rakyat. Kita perlu membela rakyat kerana kita tidak mahu pemimpin yang naik atas mandat rakyat meletakkan rakyat itu pula menjadi hamba.

Balik isu Khalid ini, Nora terkejut bila ada yang melaporkan pada Nora – bahawa isu Khalid ini sebenarnya isu dalaman. Ini isu orang PKR sendiri yang mahukan Khalid keluar dan di campak dari menjadi MB. Adus..adakah ini benar..... ini...siapa .....siapa.....Nora kemudian di ceritakan mengenai isu ini, siapa yang terlibat dan juga pengakuan bahawa orang itu sendiri bahawa dia pernah membawa isu hasil maklumat oleh orang Parti Keadilan Rakyat sendiri yang mahu Khalid dicampak dari kerusi MB. Nora bukan gemar sangat dengan Khalid ini – orang ini bagi Nora bukan cepat lupa mengenai perjuangan reformasi tetapi orang yang tidak pernah hadir sebelum ini dan tidak tahu mengenai perjuangan reformasi....tapi itu isu berbeza. Bagi Nora....kalau Khalid bersalah sungguhpun isu itu kecil sahaja maka dia sepatutnya di hukum tetapi yang merisaukan Nora adalah ini adalah hasil dari kerja orang yang mahu loncatan politik – mahu tempat dan kuasa. Sungguhpun tindakan untuk menghapuskan rasuah tetapi menurut empunya cerita orang ini merasuah juga untuk menjatuhkan Khalid. Nazri dari GERAK dan Khir Toyo jadi alat saja untuk agenda peribadi orang ini – kata pemberi maklumat pada Nora. Waduh....PKR...PKR......siapa yang menjadi dalang dalam isu ini .....mungkin Nora dan pemberi maklumat sahaja yang tahu...mungkin juga ramai yang tahu ...tetapi klu nya mudah – ada pertubuhan gerakan reformis yang mahu ditaja untuk membuat kerja-kerja politik sebegini dan kemudian akan diberi projek – jadi orang ini bukan orang kecil juga dalam PKR...wa duh....tengah-tengah kerja dan memasak ini pun banyak cerita yang Nora terima...nanti Nora cerita lagi k....banyak lagi tau...siapa belakang itu dan ini...siapa dia GERAK dan ratusan bukan gosip tetapi pengakuan....adus...terror gak makcik ini kan....apa pun satu - lihat rakyat kat bawah tu...Nora juga rakyat yang berada disitu....itulah yang perlu di bela....betulkan Sdr Anwar Ibrahim....dan anggota Pakatan Rakyat semua......

8 comments:

Anonymous said...

Kak Nora siapa...bagi tahu..demi kebenaran

norazimah mohamad nor said...

salam Anonymous,
Amboi3,sabar dik.Banyak lagi isu-isu yang telah dikirimkan pada Nora tapi kita kena melihat kesahihan isu tersebut.Teruskan membaca dan melayari Blog Nora.

Salam,
Nora

AnakMerdeka said...

Sekali lagi aku tertarik untuk memberi komen terhadap tuisan Nora ini.

Well, mungkin dulu aku pernah beritahu, atau kalau ada yang belum tahu ( sebab nanti korang kata aku ni orang UMNO yang suka kutuk PKR) aku sebenarnya dulu adalah ahli PKR. Tak tahulah siapa dulu jadi ahli PKR, aku ataupun Nora. Setahu aku, aku menjadi ahli PKR semasa namanya KeADILan lagi. Aku isi borang semasa pelancarannya oleh Kak Wan di sebuah hotel di Kuala Lumpur.

Masa tu Khalid Ibrahim pun rasanya masih bekerja dengan kerajaan, kalau tak pengerusi PNB, pengerusi Sime Darby, aku pun tak berapa ingat. Yang pasti, dia tak bersusah susah dahulu, bersenang senang kemudian. Sebenarnya dia muncul ketika PKR telah mula mendapat tempat dikalangan masyarakat. Sebab itu ramai yang sakit hati bila melihat Khalid tiba-tiba naik sebagai YAB, sedangkan Anwar sendiri pun masih YB.

Aku setuju dengan kata Nora, ramai yang mengaku ahli reformasi sekrang ni, tak pernah pun kena kejar dengan FRU dan tak pernah pun kena gas pemedih mata. Budak-budak yang baru nak naik sekarang ini, kebanyakannya masih bersekolah ketika kebanyakan remomis berjuang bermati-matian untuk mempertahankan Anwar Ibrahim. (Diulangi, mempertahankan Anwar Ibrahim, bukan mempertahankan rakyat - cakap kena terang)

Berbalik kepada isu orang dalam ni, sebenarnya dalam semua parti pun ada golongan macam tu. Dalam UMNO, waimah dalam PAS sendiri pun ada golongan yang suka jatuh menjatuh.

Persoalannya, betul atau tidak tuduhan yang dilemparkan. Kalau kita kata banyak aduan tentang kesalahan rasuah terhadap pemimpin UMNO tetapi SPRM tidak ambil tindakan, kita tanyalah balik, benarkah tuduhan kita itu. Ada ke bukti? Sahih ke buktinya? Yang aku tahu, selama ini kita telah dirasuk dengan jiwa 'persepsi'. Anwar Ibrahim memang bijak memainkan minda masyarakat dengan teori persepsi. (Nanti satu hari aku akan tulis tentang teori persepsi - kalau korang nak tahu)

Berkenaan dengan Khalid Ibrahim pula, mungkin memang ada kerja orang dalam. Kalau tak, masakan GERAK dan Khir Toyo boleh dapat resit pembelian lembu tu. Itu kes lain. Kesnya ialah, Khalid Ibrahim memang telah mengaku menggunakan wang kerajaan Selangor untuk membeli lembu dengan alasan korban, atau lebih tepat lagi, amalan.

Nak berkorban ke, nak bersedekah ke, nak beramal ke, nak repair kereta ke, gunakan lah wang sendiri. Kenapa guna wang kerajaan. Itu bukan salah guna kuasa ke? Ingat, yang dikatakan rasuah / salah guna kuasa itu bukanlah samada Khalid makan atau tidak dagin lembu tu, tetapi yang dikatakan rasuah itu ialah, menggunakan kuasa yang ada padanya, untuk mengarahkan orang, atau menyalah gunakan kuasa untuk membuat sesuatu, dengan sengaja atau tidak sengaja.

Yang penting, pemimpin PKR bukan ulama macam pemimpin PAS. Mereka pun hamlau gak. Malah lebih licik dari pemimpin BN yang korang tuduh kononnya rasuah dan macam-mcam lagi. Buktinya tak sampai setahun memerintah, macam-macam pekong telah terdedah. (termasuk benda lain pun nak didedahkan hehehe)

Jadi korang fikirlah sendiri...
www.anak2merdeka.blogspot.com

Anonymous said...

Salam Nora,

Saya hormat perjuangan Nora selama ini tetapi dalam hal ini Nora perlu berterus terang mengenai isu ini. Nora jgn berselindung sekiranya tahu apa yang sebenarnya berlaku. Siapa yang sebenarnya menghentam Khalid dan siapa di belakang pertubuhan refomis yang nora katakan itu. Kenapa Nora tidak sertai reformis atau nora sendiri telah mual dengan reformasi. Minta Nora jawab k..

Salam ...u cun gak ye..hihihi

LeeSlimShady said...

Hi..kak Nora

ini Lee...kak Nora ada kat jalan majid india lagi kerr?

inilah nak ulas post kak nora ni...

saya hormati pandangan kak nora..PKR seharus nya lalui satu tempoh matang seperti PAS...

Kak nora pun tahu keADILan lahir dari darah daging UMNO...jadi tak hairan lah ia boleh berlaku...

tapi kak..

Pak Mat Penyapu kata dia tak dipergunakan oleh mana - mana pihak.

apa yang penting .....kita jangan tinggalkan perjuangan...pedang sudah ada ditangan jadi jangan tinggal atau lepaskan kebawah....


Pagi 7 March saya tunggu Kak Nora kat Jalan Masjid India depan kedan Abang Syed

Anonymous said...

Saya banyak mengikuti rencana pejuang-pejuang reformasi. Memang kita kagum dan amat berterima kasih. Tapi walau bagaimanapun, saya terkilan apabila saya membaca sungutan-sungutan tidak dapat ganjaran ataupun terpinggir dari mendapat "jawatan". Bagi saya sepatutnya, isu-isu ini tidak penting kerana ganjaran yang lebih besar akan kita terima di akhirat kelak. Yang penting keikhlasan kita. Inilah tugak untuk mencapai kejayaan. Mungkin Kak Nora tidak dapat apa yang Kak Nora hajati tapi insyaallah mungkin generasi Kak Nora akan menerima. Yang penting apa yang kita lakukan ini adalah untuk anak-anak kita dan juga generasi kita kelak.

norazimah mohamad nor said...
This comment has been removed by the author.
norazimah mohamad nor said...

salam,

Artikel Nora yang terbaru merujuk kepada komen anonymous 1 march 5.48am