Tuesday, March 31, 2009

AL-FATIHA - Allahyarhamah Norazah binti Ahmad


Rakan sepejuangan Nora, Allahyarhamah Norazah binti Ahmad, seorang reformis yang mula terlibat dalam gerakan reformasi bermula sejak 1998 telah meninggalkan kita selepas solat subuh pagi tadi 31hb March 2009. Kak Azah berniaga di Masjid India bersama Nora dan kehilangan Kak Azah amat Nora rasai. Nora sempat melawat jenayah Norazah di Hospital HUKM sebentar tadi. Nora akan cuba mendapatkan foto Kak Azah yang ada dalam simpanan Nora sewaktu penubuhan pergerakan keadilan sosial (ADiL). Semoga ALLAH mencucuri rahmat ke atas roh beliau dan di tempatkan dikalangan orang yang beriman. Amin

13 comments:

LeeSlimShady said...

semoga Allah mencucuri rahmatnya,
moga dia pergi sebagai seorang syuhada,

di harap agar kak nora dapat letakkan gambar dia pada blog akak.

sebagai kenangan...

dah maklumkan pada Dato' seri Anwar atau mana - mana pimpinan PKR?agar dapat kita sama - sama dapat berikan penghormatan terakhir buat seorang srikandi reformis...

perginya pasti tiada ganti...

tubuhnya hancur di mamah bumi..

tapi semangat dan perjuangannya tetap bersemarak dan berapi

Unknown said...

Salam saudari.

Lama sudah tidak singgah di sini. Harap saudari masih bersemangat.

Salam takziah buat keluarga dan sahabat handai Allahyarhamah. Alfatihah buat arwah di samping mendoakan roh di tempatkan di dalam golongan Solihah.

norazimah mohamad nor said...

Salam semua,

Insyallah akan nora usahakan. Sedih apabila kawan kita yang sama-sama berjuang meninggalkan kita. ALLAH lebih sayang kepada nya. Al Fatiha..

Anonymous said...

Hello Nora,

Maaf mungkin apa yang saya akan tulis ini sedikit mcm kurang ajar tetapi keadaan2 mcm ini mmg buat saya terasa hati. Common saya juga terbabit dalam reformasi tetapi nak juga nasihat kepada nora dan mrk yang seangkatan supaya jgn campakkan diri untuk isu reformasi ini-dia org tak pandang - tak payah nak memekik melolong-melolong nak anwar dtg tengok ke,tak akan adanya , korang semua mgkn tidak wujud pada dia. Apa yang ada ialah korang dah lakukan apa yang boleh menjadikan dirinya hari ini - korang kudis-kudis tau tak.

Jgn lah berhabis untuk Anwar Ibrahim - dan parti yang lebih dahsyat menggunakan korang. Duit korang habis, kerjaya korang abis..dia suruh lawan konon untuk masa depan anak2 korang - jgn jadi bodoh. Kalau korang hancur masa depan anak korang pun hancur dan hari ini korang dah dekat nak hancur atau dah hancur. Nora aku malas nak cakap tapi nak tanya ko - woooittt masa berjuang - kena tangkap,wang niaga kecik-kecik ko guna untuk reform itu berbaloi ke? Ada hari ini dia orang datang tanya - nora sihat ke? Nora dah makan ke ? along yg nora pinjam tu dah bayar ke,jujur nora jujur tak de kan? Mrk tak pedulikan? Tanya aruah norazah tanya nora? Nora kena jujur krn kita tahu apa aruah ckp pada nora. Nora pernah cite dan saya pernah ckp dengan dia sendiri,nora ckp nora, apa yang aruah ckp, bkn kah aruah ckp pada Nora supaya lupakan, jauhkan diri, hentikan. Nora jgn jadi bodoh! Kau ari ini di kutuk kononnya ko join ezam, ko di kutuk kerana kononnya ko sokong ezam. Apa ko tak tahu ke perangai mrk lagi, mrk menuduh supaya pa yg ko buat, pengorbanan ko selama ini di campak ke tepi macam sampah.

Nora sedarlah, aku kesian tgk ko, niaga dah hancur, dan walau ko bangkit lebih dahsyat lagi dari wanita lain - nurul izzah juga jadi puteri reformasi. Hei nora sebagai wanita ada ke si bahlol nurul izzah tu call ko, tanya kabar ke. Ko memang tak kan minta dia duit pasal ko tak nak jadi pengemis, itu ko punya prinsipal kan ? tapi doa org tak call langsung kan . Puteri senget reformasi nurul izzah sikit pun tak jengok ko. Call pun tak de kan? org jagalah kaum wanita yg jadi pejuang , bukan banyak sangat tapi habuk , kerana apa nora kerana ko kecik, ko tak ada apa2, ko org tepi jalan niaga kecilan tak penting untuk mrk.

Nora aku nak tanya ikhlas ni, apakah yg saya ckp salah. Apa perjuangan itu dan pengorbanan itu adalah utk org miskin dan org kaya tukang sapu kuasa dan wang. Koranglah di kerah untuk ikhlas berjuang sedang mrk tak perlu ikhlas.

Nora hentikan dan saya akan jawap semua kritik yang menafikan hak saya berkata2 dan menafikan kebenaran

LeeSlimShady said...

Komen diatas datangnya dari si pengecut...yang bersembunyi dan menjadi dalang di atas segala ke batilan....

dia bimbang Nora,nurul izzah dan srikandi reformasi yang lain menjadi pembakar semangat kepada semua puteri pembela kebenaran dan keadilan

Anonymous said...

Helo, ini bukan soal pengecut ini soal realiti la ngok. ko brpa lama dalam reform huh. Baru berhingus dah berani nak cakap org pengecut.

Kita cite realiti. Ko hanya kenal nora, ko tak kenal beratus lagi ahli reform yagn ada. Ko kenal ke..kau tahu ke...aku caya aruah ini pun ko tak kenal. jgn cakap banyak kita cite realiti..lah bahlol

Amin Ahmad said...

semoga Allah s.w.t. menempatkan roh arwah di sisi mereka yang berjihad kerana-Nya.

Kassim Selamat said...

Semoga roh arwah di cucuri rahmat..Ameen!

Sy sering lepak dulu (thn 1998/2001) dikawasan masjid India dgn geng2 reformasi arwah Tan, Sani dan lain2 lagi..tapi sy tak ingat wajah arwah....mek sy ingat ler.

Kemana Nassir skg ya? kdg2 simpati gak pada reformis2 yg telah di lupakan...mereka2 ni lah pengerak awal gerakan Reformasi.

Semoga nora sukses dlm bisnes dan di rahmati Allah.

checkmate said...

semua duk sibuk bertikam lidah semperna pilihan raya...

melayu di kampung baru kl

akan di halau keluar siapa yg peduli?

apa pendapat tuan tentang kawasan melayu
yg banyak kesan sejarah ini?

layari blog ni
http://ccheckmate.blogspot.com/

Shaharuddin Othman. said...

salam.

setiap perjuangan memerlukan keikhlasan.perjuangan tidak boleh di paksa tapi ia datang melalui naluri manusia itu sendiri..sebab itu Tuhan jadikan manusia itu berbeza dari segi pemikiran.hati dan sebagainya.
Manusia hari ni selalu mengambil kesempatan atas perbuatan orang lain walaupun ia perbuatan yang baik dan bukan kerana wang ringgit.Ini lah sikap manusia yang merupakan parasit yang boleh merosakkan hubungan persaudaraan antara sesama manusia.
Ramai manusia dari kalangan kategori yang tidak ambil tahu pasal politik,ramai yang berjuang dengan ikhlas untuk negara tercinta,ramai yang duduk saja tanpa menghiraukan apa yang berlaku,ramai yang suka mencari kesalahan orang lain seolah dia saja yang betul.
Memang sudah di takdirkan puan nora seorang reformis dan pejuang tulen.Beliau tidak meminta balasan dari sesiapa pun atas perjuangan selama ini.Dia sanggup menggadaikan tenaga empat kerat hanya untuk menzahirkan apa yang timbul dalam hati dan sanggup bermalam dalam lokap seperti penjenayah sedangkan orang macam ini lah yang patut disanjung bukan dicaci.
Soal razeki urusan Allah dan ini ujian bagi umat yang bergelar manusia setakat mana kesabaran yang ada pada mereka2 ini.Segala nya berpunca dari hati kita.kalau bersih maka baik lah tapi jika sebaliknya maka susah lah.
Takkan kita sebagai manusia nak tengok sahaja perbuatan oleh orang zalim pada sedara seagama kita.Di mana martabat kita? Bila kita mati,malaikat tidak akan tanya kita dari parti mana.yang di tanya ialah amalan kita selama kita hidup dari umur kita ckup baligh sehingga dewasa.
Jadi x perlu la kita sebagai manusia yang kerdil ni nak salahkan orang lain.Mane yang tak betul kita hemtam tanpa mengira dari parti mana sekalipun.Buat yang baik tinggal yang tidak baik.
Sebab itu Allah dah janjikan bahawa hanya satu kaum sahaja yang masuk shurga..
Sampai kiamat pun nak cari salah orang tidak akan selesai.Harapan kita agar truskan niat yang murni itu dan istiqamah dalam perjuangan.Jangan terbalikan hati kita dengan umpan wang ringgit kerana itu hanya harta sementara saja.
Insaflah wahai sedara seagama ku semua.Tak perlu lagi kita nak berkelahi sesama kita sebab tiada sesiapa pun yang mendapat keuntugan.
Biarlah mereka dengan prinsip perjuanganya.Yang kita tak mahu dengar sekarang adalah ramai sedara kita yang terjerumus dalam najis dadah,masalah buang bayi,masalah orang susah,masalah penyakit kronik yang perlukan bantuan,masalah pelajar sekolah,masalaah jenayah dan sebagainya.Ini yang patut kita sebagai rakyat malaysia ambil tahu dan bukan nak kata sape betul sape salah.

Anonymous said...

Rezeki perlu dicari, otak perlu di guna. Sedangkan sembahyang kita harapkan balasan pahala. Reformis yg sekarang merempat, keluarga sengsara anak tak makan , bapak berjuang , itu elok kah?

Jgn tertipu. Pastikan perubahan pada diri kita, keluarga kita dan rakan sebelum pergi mencampakkan diri ke arah kebinasaan.

Tanya pada ramai reformasi yang kena tangkap seawal minit 1 reformasi. Kat Kampung Baru yg kena hampir 2 minggu lokap..nama mereka, azrai, raja, man dan puluh nama lagi..korang tau ke...

Saya cabar kalau korang tahu dan mereka setia pada perjuangan ko rang tengok mrk yang kena teranjang pukul , mrk dah tak de lagi kerana mereka sedar mereka hanya naikan satu lagi firaun setelah berjuang menjatuhkan firaun

Anonymous said...

Al Fatihah, semoga Allah menampunkan dosa dosanya.

Beliau seorang yang pendiam dan sudah lama meninggalkan 'hura hara jalanan' sebelum meninggalkan dunia.

Berbalik kepada perkataan 'huru hara jalanan', itulah perkataan yang sesuai untuk mereka yang berdemonstrasi kerana tertipu dengan 'semangat' yang ditiupkan oleh anwar.

Reformis hanya layak digunakan kepada tokoh yang mempunyai pemikiran yang tinggi, perjuangan yang jelas, dan iltizam yang berterusan dalam melakukan perubahan.

Bukan sekadar berkumpul dan melepak mengikut arus, bersorak terjerit pekik, sambil menimbulkan keresahan dan gangguan awam.

Reform, Islah atau pembaikan masyarakat bukan sekadar berarak dan berdemo tak tentu hala dan tujuan.

Di sana mesti ada matlamat yang jelas, kebaikan dan kebatilan dikenal pasti menerusi Wahyu Ilahi, bukan hanya dengan akal fikiran dan mengikut selera manusia. Mesti ada jalan yang jelas untuk mencapai cita cita. Nak reform atau mengubah seorang individu pun susah, inikan pula untuk mengubah masyarakat seluruhnya.

Anda bayangkan pada diri mereka yang mengaku reformis .. secara individu: mereka tidak melaksanakan solat lima waktu, mereka tidak menutup aurat, isteri mereka tidak menutup aurat, anak anak mereka tidak menutup aurat, mereka tidak melaksanakan 'hijab' mereka bergaul bebas lelaki dan perempuan tanpa batasan, mereka melazimi kelab malam dan disco, mereka menipu kawannya sendiri, mereka mencuri barang kawannya sendiri, mereka makan dan harap orang lain tolong bayarkan.

Berapa ramai mereka yang pernah berkumpul di Masjid India dan Masjid Jamek yang tidak mempunyai pekerjaan? berapa ramai di antara mereka yang menipu, penagih dan hidup merempat .. mereka inikah reformis?.

Berapa ramai yang kena tangkap dan dituduh, berapa banyak duit jaminan polis yang telah dikumpulkan hasil dari derma orang yang tertipu, berapa banyak duit itu hangus dan lesap selepas jaminan ditarik balik???

Di mana ada orang berkumpul untuk berdemo, mereka meluru pergi untuk tumpang menjerit dan terpekik. Selepas itu mereka kembali merempat dan duduk di kaki lima mencerita kehebatan masing masing terpekik terlolong, mereka rasa lega dan puas kerana mengkacau bilaukan lalulintas dan mengkucar kacirkan polis, balik ke rumah dan tunggu lagi di mana ada perhimpunan untuk mereka menyumbang pekik lolong dan huru hara. Itulah routine kehidupan mereka setiap hari..

Apakah nora sudah lupa siapa Ayub,Kamal, Khalid, Man, Salleh, Keluangman, Anuar, Jamilkucing, Lia, Nasir,Lan JE, Syed, Gobala, arwah Omar Tan, Arwah Man Kid,Dollah dan ratusan lagi yang saban hari berkumpul di Masjid Jamik dan Majid India??

Apakah mereka sudah mereform diri mereka?? Apakah merekah sudah berubah atau masih menjadi kutu rayau?? reformis tahi kucing!!

Itu belum termasuk lagi mereka yang dari Gombak, Rawang, Selayang, Shah Alam dan Kelang

Pedaskan?? Cukuplah, banyak sangat nak diceritakan perihal kerenah mereka yang mengaku reformis ni..lain kali aku cerita lg sampai ada yang mengaku reformis tetapi melakukan curang ke atas isteri kawannya sendiri.. perempuan tua !!!

pkrputrajaya said...

Semoga roh Arwah dicucuri rahmat..!

Segala ganjaran akan dibalas oleh Allah kepada hambanya yang IKHLAS perbuatannya.

ALFATIHAH.