Thursday, March 5, 2009

Reformis payung terjun, pemimpin payung terjun dan "malaun"

Salam,

Ini bukan persoalan yang di hajati atau tidak. Siapa saudara perlu saya tahu sebelum saya menjawab dengan lebih spesifik lagi. Perkara yang penting adalah perbezaan antara mengikuti rencana pejuang reformasi atau berada bersama-sama mereka sewaktu itu. Kefahaman mengenai perjuangan penting. Apa yang berlaku sejak penubuhan NGO Keadilan Sosial sehingga terbentuk Parti Keadilan Nasional dan seterusnya Parti Keadilan Rakyat. Fahami dengan lebih terperinci dan keluar sebagai seorang yang lebih berwibawa dalam mengeluarkan komen dan menuduh perkara-perkara yang tidak betul seperti hajat seseorang.

Untuk pengetahuan umum, Nora tidak pernah menyertai mana-mana organisasi lain seperti reformis dan Ikrar yang konon-kononnya mahu berjuang untuk mereka yang dipanggil reformis. Bagi Nora mereka hanya menubuhkan gabungan itu untuk mendesak bagi mendapatkan habuan untuk diri sendiri tetapi bukan untuk kepentingan bersama. Nora tahu siapa yang terbabit dalam kumpulan reformis – mereka yang mahu berbogel dan kemudiannya bersalaman dengan TS Khalid dan diberi sedikit habuan kepada mereka yang kononnya mewakili reformis. Semua itu pada Nora karut. Nora tahu siapa yang sebenarnya terlibat dalam mengugut TS Khalid dan dari mana dokumentasi mengenai isu tuduhan rasuah ke atas TS Khalid timbul. Nora bukan penyokong Khalid. Khalid tidak pernah ada dalam perjuangan. Dia hanya kepimpinan payung terjun dan banyak lagi kepimpinan payung terjun dalam PKR. Nora bukan tahu berpolitik,tetapi Nora lebih tahu mengenai gerakan reformasi kerana Nora terlibat dalam memperjuangkan isu rakyat . Pada Nora reformis tulen tidak berharap untuk duduk atas kerusi empok parti. Mereka pejuang dan memperjuangkan isu rakyat tetapi apabila melihat apa yang telah dilakukan oleh mereka di AMBIL KESEMPATAN oleh segelintir mereka yang berpolitik maka timbul persoalan mengenai apa yang dimaksudkan dengan KEADILAN dalam perjuangan.

Kita kena faham bahawa apa juga yang mahu kita lakukan kita perlu adil kerana ini konsep yang kita perjuangkan. Serius Nora katakan, dalam keadaan daif Nora – Nora terpaksa bertungkus-lumus mencari wang untuk membesarkan anak-anak, perbelanjaan sekolah dan lain–lain perbelanjaan (yang NORA tanggung sendiri) termasuk yuran sekolah yang Nora terpaksa diadakan sendiri – Nora tidak mengemis kepada kepimpinan PKR mahupun PAS yang ada. Nora kerja, ambil upah mencuci dan mengemaskan meja di pejabat, Nora belajar menulis dengan kawan-kawan di sana dan Nora sambil-sambil itu minta kawan di pejabat menjualkan tudung secara langsung kepada kawan-kawan mereka yang lain. Namun Nora tahu ada “malaun” yang menggunakan pertaliannya dengan Nora untuk mengutip wang BUKAN untuk tujuan yang murni tetapi untuk kepuasan diri. “Malaun” ini bagi Nora pengemis tak bermoral – duduk dalam gabungan yang kononnya di panggil “reformis” – menabur cerita kepada orang kanan TS Khalid lain dan ke Azmin Ali lain untuk mengemis mendapatkan wang dan projek. Mereka mendengar tanpa mahu mengetahui kesahihan cerita yang di dengar – dan ini juga tidak melambangkan kebesaran jiwa kepimpinan tersebut.

Kerana itu Nora tegaskan sekali lagi – jangan terpengaruh dengan orang yang menggunakan nama Nora untuk mendapatkan wang kerana orang seperti ini adalah pengemis tak bermoral dan kepimpinan yang terbabit memberi juga bagi Nora amat daif kerana tidak mahu turun untuk mengetahui apa sebenarnya yang berlaku.

Kerana itu Nora tegaskan keadilan. Keadilan harus diberi kepada individu tersebut. Kalau mereka pejuang dan ikhlas berjuang – mereka tidak menuntut apa-apa. Tetapi tanggungjawab kita untuk melihat dan menilai – kemudian jangan sampai pejuang itu melihat ada golongan oportunis yang mengaut dari apa yang dilakukan oleh mereka. Jika oportunis ini terus diberi kesempatan maka mereka akan menjadi sama teruk dengan kepimpinan dalam UMNO dan akhirnya pejuang ini terpaksa kembali menentang kemungkaran yang ada.

Adakah ini yang mahu kita lihat. Kita perjuangkan keadilan dan akhirnya yang naik adalah mereka yang tidak tahu mengertikan keadilan. Tembak Harimau di baham dek Singa. Siapa rugi – kita dan keluarga kita juga yang rugi. Sebenarnya Nora mual dengan orang yang bercakap bijak, berani dan lantang tetapi menyorok di sebalik papan kekunci takut mendedahkan identiti. Mungkin Nora lepas ini akan menjawab mereka yang punya identiti setidak-tidak Nora tahu keikhlasan dalam berbincangan dengan mereka. Apa pun Nora percaya – satu hari nanti Nora terpaksa mendedahkan “malaun” yang Nora cerita biar ia dikatakan akan membuka pekong di dada tetapi demi keadilan maka ia patut di suarakan. Nora akan bercerita siapa di sebaliknya – rakaman suara yang ada mendedahkan ada yang berlaku dan SMS yang di terima mengenai nak projek itu dan ini dan kabel siapa di gunakan untuk bertemu dengan TS Khalid dan tuduhan yang mendadak ke atas Azmin. Semua ini Nora kumpulkan. Semua ini mampu Nora katakan adalah kerana ada antara mereka yang di atas itu TIDAK PERNAH TERUJI dan hari ini ada antara reformis yang ikhlas berjuang di katakan menuntut itu dan ini. Sebenarnya bila pemimpin payung terjun jumpa dengan reformis payung terjun macam tu la jadinya. Satu lagi Nora juga akan mendedahkan mereka yang mengambil wang atas nama Nora sedangkan Nora tidak pernah menerima apa-apa. Sekiranya Nora ada masalah – tak payah wakil kerana Nora sendiri akan berjumpa memohon bantuan – yang selama ini tidak pernah di pohon.

Nora juga setelah dapat melihat erti sebenar dunia ini selepas membebaskan diri ( ini nanti Nora cerita) sedar bahawa ada pihak prihatin dalam membantu – contoh sewaktu isu Nora di bogelkan oleh polis, Nora difahamkan ada kutipan untuk Nora dan jumlah hampir mencecah RM 6,000 yang tidak pernah Nora terima. Yang terima ialah “malaun” ini. Ini pun baru Nora tahu kisah ini dan kisah dapat duit ini. Duit jamin turut dikatakan di ambil oleh Nora tetapi sebenarnya ada “malun kedua” yang songlap. Nantikan masa – kerana dalam menuntut keadilan, bagi Nora tohmahan perlu disingkirkan dan bagi Nora perjuangan pertama adalah apabila perkataan AKU itu disingkirkan tetapi diganti dengan KAMI dan KITA. Nampaknya masih ramai yang hanya bermula dengan aku buat ini, aku buat itu, aku pejuang ini dan itu, aku benteng Anwar, aku reformis hebat, aku itu dan aku ini.

Ini perlu Nora tegaskan.

8 comments:

LeeSlimShady said...

Siapa kah gerangannya Mangkuk Ayun tu kak Nora...

Abang Rahman dengan Abang Syed dah tau lum pasal hal nie?

NANTI LEPAS DEMO NANTI SAYA CITER KAT ABANG BADRUL,RAHMAN ,NGAN SYED OK...

JAMILKUCING said...

Siap yang nak mengaku reformis tu, tolong habag mai sat aku nak tengok, berapa kali dia ikut demonstrasi,apa bukti, cerita mai sikit, berapa kali sebulan dia ke rumah dsai tahalil dan berdoa, berapa kali dia membantu setiap hari raya di rumah dsai,dasar barua p..mak.mb khalid tu siapa. berapa kali dia dtg rumah dsai waktu dsai dalam penjara. sam la le cam saiful .dsai ni pun satu. bengong

Anonymous said...

Kak Nora, sebenarnya kak bagi hint 2 kita dah tu. Kita tgk kak masa kat masjid India. kita tgk kak kerja untuk anak-anak cari makan dan besarkan mereka. akak rapat dgn anak-anak dan akak terpaksa buat banyak kerja demi mereka. Kak, kita tahu situasi akak. Kita tahu apa yg berlaku. Rupa-rupanya selama ini akak nampak bersahaja tetapi penuh keperitan hidup. Kita dapat tahu akak baik dgn aruah Pak Lang dan situ tempat akak mengadu hal. Kita tak berani nak komen lebih kerana akak selalu sorokkan keperitan idup akak. Akak kena kuar dan bagi tahu pemimpin jgn tolong maklaun tu. Dia memang menyusahkan akak dan kita syukur akak dah bebas skrg. Akak pun nampak sihat dan lebih ceria. Ija mohon agar akak bangkit semula,cite yagn sebenarnya agar tidak ada lagi org yang ambil kesempatan terhadap apa yang akak dah sumbangkan kepada perjuangan reformasi.

Byk bersama akak. Org itu pasti dibalas setimpal dengan apa yang di buat.

Salam dari keluarga kami

cheguBard said...

Nora aku baca artikel engkau... aku nak minta 'jalan' untuk dipetik di blog aku.

Anonymous said...

Jadi pada pendapat u, sape-sape yang join reformasi pada saat-saat terakhir tu semua reformis payung terjun lah?

Haiz, kalo semua orang tak dapat terima orang baru (orang payung terjun), matilah sesebuah organisasi.

ahmadnizamhamid said...

begitulah dalam perjuangan,tentu ada yang tidak ikhlas dan nenganbil kesempatan.saya tahu tentang insiden `bogel' kerana masa itu saya exco pemuda.malah memang kami ada buat pungutan untuk duit jamin dsb untuk nora tetapi malangnya saya tidak ingat siapa yang dipertanggungjawabkan.saya ingat insiden ini sebab saya pergi berjumpa tahanan yang ezam berikan gelaran Tahanan Politik Reformasi (TPR) disebuah dewan di shah alam.anak buah saya dari Temerloh juga ditahan dan saya ada berjumpa Nora hari tersebut.
saya tak tahu nak komen tentang perangai sebegini sebab memang pengalaman yang sama dilalui-duit kutip ceramah kena sapu,duit jual bendera kena sapu (modal beli bendera kita yang keluarkan),duit orang bagi untuk pilihanraya pun kena sapu,duit khairat ahli yang meninggal pun dibalun!memang dukacita dan letih berurusan dgn manusia begini!
apapun saya menanti pendedahan malaun itu.

salam,
ahmadnizam
http://lanailestari.b;ogspot.com

Anonymous said...

semoga nora tabah dan diberikan kekuatan dalam meneruskan perjuangan..
peminat baru.

Anonymous said...

si jamil kucing tu bukan main hebat bunyinya. Dia ingat reformis itu mesti pergi demo. mesti pergi rumah anwar tiap malam jumaat (dia sendiri pun tak sembahyang dan bertahlil), berapa kali tolong hari raya, berapa kali tunngu kat hospital.

Aku rasa dia ini sungguh memalukan PR bila membaca cerita songsangnya di http://jamilkucingpondan.blogspot.com