dan lihat kebangkitan mereka. Nora mengucapkan tahniah kepada kepimpinan yang hadir seperti Tuan Guru Ustad Hadi, Salahuddin Ayub, Mahfuz Omar, Hatta Ramli, Che Gu Bard, A.Samad Said dan khusus kepada anak-anak muda generasi pelapis yang berani dan cekal dalam memperjuangkan SUARA RAKYAT. Nora respek semua u all.Nora akan komen lagi k. Ngantuk esok Nora ada class..nite-nite
Saturday, March 7, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
16 comments:
salam nora, saya berdoa kepada Allah semoga nora dibukakan pintu hidayah utk mengamal perintah Allah seperti yang diwajibkan di dalam surah an-nur ayat 31
mas
Salam Mas, doakan keselamatan Malaysia yang skrg bergelumang dengan kemungkaran yg lebih besar. Fade up la org macam ini. personnel dia g hantar email kat dia bodoh. ini laman untuk tgk org itu pun komitment utk negara ini. g antar email kat dia bodoh.....
peminat
yg DEMO dah sah sah akan akan mati x lama lagi... yang tinggal... yg muda2 nie nanti akan terpaksa dengan bangsa lain yang mahir dengan dua tiga bahasa... bahasa ilmu adalah bahasa inggeris perlu ker kita menjadi orang yang BODOH sepanjang hayat...????
shamuddin
foto kak nora ada dalam blog saya, saya ambik semalam. kalau kak nora ingat, saya yg ikut akak lalu celah pokok elak dari FRU.
http://reformisjalanan.blogspot.com
Bodoh betul shamsuddin ini,
Bila masa bahasa ilmu bahasa ingeeris. Pikir ikut pungkuk ke apa. Inggeris dulu baca bahasa arab untuk tahu ilmu perubatan - Ibnu Sinar - ilmu alam - bintang dan sebagainya kita ada bahawa greek dan sebagainya. mereka translate dan mereka terus dominan. Perancis dengna bahawa ibunda - cina dengan bahasanya begitu juga jepun. Ko tukar aje nama mak bapak ko beri samsuddin itu pada sam ke atau pun samsu ke...bodoh pun baghal
Jelas dan terbukti isu PPSMI adalah satu gimik politik yang cuba dibangkit dan diperjuangkan oleh parti yang kononnya membela hak dan ketuanan Melayu. Padahal merekalah yang memporak perandakan bahasa dan bangsa Melayu tercinta ini. Kenapa dulu tidak dinaikkan volume kemarahan kepada PPMSI? Isunya adalah Parti Kebodohan Rakyat ini sudah ketandusan idea untuk menemplak jentera kerajaan. Persoalannya; adakah jelik sangat belajar sains dan matematik dalam BI singkatan bagi bahasa inggeris? Hilangkah martabat kemelayuan kita sekira belajar sains dan matematik dalam BI ini? Ianya menjadi isu jika sebagai contoh matapelajaran Sejarah atau Pendidikan Islam diajar dalam BI. Marilah wahai fanatik Parti Kesabulan Rakyat; fikirkan lah untuk generasi - generasi Melayu akan datang. Jangan mempolitikkan isu ini untuk kepentingan tuan-tuan sahaja. Saya bercakap dari pengalaman, memang sejak di bangku sekolah saya tidak mahir dan tidak berminat pada BI ini. Tetapi atas dasar ingin melihat diri sendiri, keluarga, bangsa saya dan agama saya maju, saya terpaksa belajar BI ini di bagi mendapatkan ilmu teknikal khususnya sains dan matematik setelah saya mendapat tempat melanjutkan pelajaran di luar negara. Malangnya, saya rasa diri saya ketinggalan dan terlambat kerana pada usia belia barulah hendak belajar BI ini secara intensif. Sedangkan adik - adik kita di bangku sekolah rendah lagi telah diberi peluang untuk menelaah pembelajaraan dalam BI ini. Alhamdulilah, saya boleh bertutur 3 bahasa antarabangsa sekarang, dan Insyallah akan menambah kefasihan saya dalam Bahasa Akhirat yang saya impikan. Percayalah, bangsa Melayu memang istimewa, kita diberikan rahmat dari Allah S.W.T dalam penguasaan bahasa. Sekiranya tuan tuan tgk orang melayu bercakap Inggeris, kadang2 mengalahkan orang Inggeris di Scotland, tgk orang melayu berbahasa Perancis, mengalahkan Zinadine Zidane di Toulouse, cakap Bahasa Arab mengalahkan Umar di Abu Dhabi dan cakap Bahasa Jepun mengalahkan Yamashita di Okinawa. Cuba dilihat dari segi pembelajaran di peringkat pengajian tinggi (sarjana muda, sarjana, doktor falsafah) adakah masih relevan sains dan matematik diajar dalam BM? Dimanakah usaha ingin memartabatkan universiti tempatan di persada antarabangsa? Kalau UM dulu jatuh rangking nya. Siapa yang mengutuk? tak lain tak bukan daripada Parti Kesasauan Rakyat ini juga. Natijahnya; dimana konsep perjuangan tuan tuan? sedangkan yang dibawa tiada langsung kesinambungan dan objektif yang jelas. Selain daripada membangkitkan isu amarah, ketidakpuashatian dan penipuan alaf baru kepada rakyat marhain yang buta dan dungu. PPMSI tidak mengambarkan Melayu lupa Bahasa Melayu. Melayu tidak akan lupa sejarah Melayu selagi subjek berkaitan bangsa Melayu masih Bahasa Melayu sebagai perantarannya. Cuma hanya golongan "pembunuh" Bangsa Melayu yang cuba memporak perandakan dengan sentimen politik tidak berasas dan tidak bertamadun. Adakah tuan tuan dari Parti Kebengongan Rakyat ini sedar, si Ali yang sedang belajar di bangku sekolah dengan kaedah PPMSI itu harus menjadi guru matematik yang akan mengajar PPMSI juga? atau si Leha yang telah diajar dengan PPMSI akan jadi saintis? Tidak tuan tuan, sekurang-kurangnya si Ali dan Leha ini boleh berinteraksi dan berkomunikasi dengan baik dalam bahasa inggeris setelah si Ali menjadi akauntan, dan si Leha menjadi bussineswoman. Siapakah si Ali dan Leha? anak generasi bangsa saya dan bangsa tuan - tuan juga. Ataupun anak saya atau anak tuan - tuan juga. Dalam ertikata lain, interpretasi bahasa sekiranya kita dapat menguasai banyak bahasa ianya akan memberikan satu dimensi pemahaman yang lebih baik dan dinamik. Sebagai contoh, interpertasi perundangan adalah rumit sekiranya tuan - tuan hanya membaca 1 akta dalam 1 bahasa tanpa sokongan lain - lain akta dalam pelbagai bahasa. Cuma yang cuba ditaburkan oleh Parti Kerosakan Rakyat ini adalah mereka memang tahun rakyat tidak pandai dan tidak tahu intipati yang benar. Maka perkara yang kecil bolehlah digoncang menjadi besar. Disebabkan lumrah Melayu memang emosional dan tidak menyukai fakta benar. Alhamdulilah setakat ini saja nukilan saya, setelah mendapat idea semasa memandu ke pejabat hari ini. Terdetik dihati kerana isu PPMSI ada dibincangkan di radio pagi tadi. Apa salahnya jika ingin saya berkongsi dengan tuan - tuan yang lebih tinggi ilmunya. Wassalamu...
Pejuang Bahasa mengatakan PPSMI meminggirkan Kedaulatan Bahasa Melayu. Mereka ada pandangan dari sudut pandangan mereka. TETAPI yang PAS tu apa hal? Mereka sekarang dah jadi pejuang KETUANAN MELAYU dengan berarak untuk menegakkan BAHASA yang diperlekehkan kononya? Sebenarnya mereka hanya lah PENANGGUK DI AIR KEROH dan cuba jadikan isu ini sebagai alat politik mereka untuk tujuan yang lain. MENGHURU HARAKAN Negara dan menghasut kebencian terhadap UMNO/Kerajaan.
PPSMI bukan isu BAHASA atau isu Kedaulatan Bahasa baik Melayu atau pun Inggeris. Kedaulatan Bahasa Melayu sudah termaktub didalam perlembagaan. Banyak lagi untuk diperjuangkan agar Bahasa melayu ini terus unggul dan didaulatkan.
Salah satunya ialah usaha menjadikan anak malaysia UNGGUL dengan ilmu dan cemerlang dipersada global. Apabila itu berhasil maka dengan sendiri BAHASA dan BUDAYA anak MELAYU atau anak MALAYSIA akan menjadi DAULAT kerana di muliakan orang.
Jadi PPSMI ini adalah semata-mata CARA MENGGALI ILMU SAINS DAN MATEMATIK agar kita dapat cemerlang dalam teknologi. Tidak dapat lari dari hakikat bahawa GEDUNG ILMU TEKNOLOGI kini adalah didalam dunia barat yang mana Bahasa Inggeris adalah bahasa penghantarnya. Maka kita guna bahasa itu agar kita dapat menggali ilmu ini secara yang lebih praktikal dan menerima realiti bahawa akhirnya selagi kita belum mendahului,kita terpaksa menggali ilmu ini dari mereka dan ilmu itu ditulis dalam bahasa mereka. Apa salahnya? Adakah pasal bahasa boleh menghambat lonjakan anak didik kita? Apa hilangkah melayunya kita atau hilangkah jatidiri Malaysia kita hanya kerana kita belajar guna bahasa orang lain. Apa hilang dan lupakah kita kepada asal usul dan bahasa kita dengan belajar bahasa orang lain? Apakah dengan semangat berkobar-kobar hingga enggan menggunakan bahasa selain bahasa melayu, boleh menguntungkan kita dalam menggali ilmu?
Mengapa tak belajar Bahasa Inggeris dalam bahasa melayu agar kedaulatan bahasa melayu tidak terpinggir. kenapa tidak bersembahyang dalam bahasa melayu dan baca Al Quran juga dalam Bahasa melayu sahaja? Bukankah kita juga perlu belajar Bahasa Arab untuk dapat mendalami ilmu Al Quran? Oleh kerana orang Melayu ambil ringan belajar Bahasa Arab, maka kita tidak dapat mendalami ilmu Al Quran. Itu hakikat.Bukan kita nak samakan Al Quran dengan isu ini tetapi setakat memberikan perbandingan bahawa GEDUNG ILMU masa kini bagi TEKNOLOGI adalah didalam BAHASA INGGERIS kerana mereka yang sedang menguasai ilmu itu sekarang. jangan cakaplah pasal zaman keagungan Islam dan keilmuan Islam dahulu. Kita sekarang dibawah dan ingin mengulangi kegemilangan itu, tetapi ia memerlukan penguasaan ilmu.
Adakah Allah mengatakan bahawa mencari ilmu itu hanya dalam sesuatu bahasa sahaja? Adakah hanya menggunakan bahasa Arab, Jepun, Korea, Cina, Jerman, Inggeris ataupun Melayu??? TIDAK, kita diwajibkan mencari ilmu. Bagaimana, dan dimana? Carilah semuanya sudah aku ciptakan. Darjat seseorang itu menjadi 7 kali ganda apabila dia bertakwa dan bertakwa bermakna, mencari ilmu, itu salah satu dari kewajipan kita. Jadi kenapa kita nak jadikan isu tentang bahasa dalam kita mencari ilmu??
Jadi janganlah jadikan isu PPSMI sebagai isu Bahasa, baik untuk mendaulatkan B.Melayu mahupun untuk mendaulatkan B.Inggeris. Ini bukan soal kedaultan atau meminggir mana-mana Bahasa, ini soal cara yang paling praktikal menggali ilmu.
Dakwaan mengatakan anak luar bandar tidak dapat menguasai sains matematik kerana bahasa inggeris mereka kurang adalah FITNAH. Statistik terkini membuktikan bahawa pencapaian mereka lebih baik dari anak bandar. Nur Madihah Pelajar cemerlang SPM, membuktikan apabila berkata jawab dalam B.Inggeris lebih mudah!!!
PAS, PKR tak payah nak tunjukkan diri sebagai jaguh Bahasa, kerana asas yang kukuh telah lama diletakkan oleh UMNO dalam memastikan Kedaulatan bahasa melayu berada dipersada yang terjamin melalui Perlembagaan. Kita hanya perlu memastikan ianya tidak tercemar. Kalau PAS, PKR nak tolong mendaulatkan bahasa melayu, baik adakan kelas,kelas tuisyen agar supaya semua puak Hindraf, DAP dan kawan-kawan seBANGSA MALAYSIA, menjadi fasih dan menggunakan Bahasa melayu didalam semua urusan sebagai bukti mendaulatkan bahasa melayu yang sudah dimaktubkan didalam Perlembagaan.
Jangan jadi alat kepada agenda politik yang hanya menggunakan isu ini bukan untuk sebab yang sebenar. Akhirnya nanti kita jadi BARUA orang dalam masa yang sama kita menggagalkan usaha MELONJAK dan MENDAPATKAN ILMU untuk anak bangsa.
umnobukitjelutong.blogspot.com
Tapi Korea dan Jepun tak payah belajar bahasa inggeris pon boleh transferkan teknologi ke dalam bahasa diorang gak.....
PPSMI masih tak relevan lagi....
Sembahyang dan mengaji Al-quran mesti dalam bahasa Arab pasal menunjukkan Islam tu universal...kat mana - mana pon kita kena baca dalam bahasa arab kalau nak buat ibadah fardhu ain...
Nih nak sikit kat orang melayu bukit jelutong....
Manakah Hilang nya budaya tulisan jawi yang jadi lambang Identiti orang melayu dan Lambang Parti UMNO?
Hai kesian... Orang melayu ni cuba nak bercakap pasal pengaplikasi teknologi ke dalam bahasa sendiri kepada anak melayu yang menimba ilmu kejuruteraan di Korea..
Tak ada satu pun buku berkenaan teknologi di korea di tulis dalam BI kecuali Formula asalnya....
JEPUN,KOREA dan CHINA dah buktikan
takkan tak nampak.....
Pada brader melayu bukit jelutong
ingat...
Allah jadikan bangsa sesuatu bangsa itu supaya bangsa itu berusaha untuk naikan martabat dan identiti bangsanya bukan khianati bangsanya
Adakah dengan sebab menambah keilmuan dengan menggunakan bahasa selain bahasa ibunda BOLEH MENGKHIANATI BANGSA? Apa lah benak sangat akal.
Jadi yangt pergi Korea tu baca damn belajar dalam bahasa Melayu lah? Tentu tidak kerana disana pelajar kita yang tak tahu bahasa Korea akan belajar dalam terjemahan Inggeris. SAMASEKALI BUKAN DALAM BAHASA MELAYU. Jadi dia orang tu sumanya pengkhianat bangsa lah?? Macam mana dengan yang di Jepun, Cina, Jerman, Perancis, Mesir, Jordan, England, US dan seantaro dunia? Mereka belajar dalam Bahasa melayu? Semua itu pengkhianat, termasuk yang berarak tempoh hari kerana mereka juga belajar dalam Bahasa Inggeris dahulu.
Tentang mana pergi nya Bahasa Jawi dan Surak Khabar Jawi iru, hang tanyalah Pejuang Bahasa. Kenapa tak berarak dan guling-guling atas jalan tegakkan bahasa jawi?
Jadi kalau Bahasa Arab itu perlu untuk belajar Al Quran dan fardhu Ain, kenapa tak berarak guling-guling minta di WAJIBKAN pelajaran bahasa Arab di Sekolah supaya anak melayu boleh mempunyai ilmu untuk mendalamai Agama??
Kenapa tak ikut macam pejuang BAHASA IBUNDA CINA yang konsisten dengan perjuangan mereka sehinggakan tempoh hari ketika dia orang BERARAK untuk MANSUH BAHASA INGGERIS untuk SAINS MATEMATIK, mereka pun turut sama dalam kumpulan itu. Mereka mahu MANSUH PENGHANTAR INGGERIS supaya diganti dengan BAHASA IBUNDA CINA, bukan untuk diganti dengan BAHASA MELAYU. Jadi kau orang kena KUDA lah kan????
Dah makan? Liam luduk, nanti wua bagi, tapi lu kena kija laaaa..boloh.
Hahaha... tak payah berarak berguling - guling, lintang pukang, jerit sana, jerit sini. Polis yang berkawal diajaknya bergaduh, katanya "anjing" pula sebab kena tangkap. Walhal siapa yang hidupkan api kekecohan? Dalam komen-komen di sini pun memang menyerlahkan tahap dan minda pencacai yang menyanjung pemansuhan PPMSI ini. Hanya mendengar dan menganalisa pada fakta yang buntu. Tidak mengorak pemikiran ke tahap lebih paradigma dan holistik maju ke hadapan untuk 2 @ 3 dekad. Memang fakta sains ada menyebut 20% dari apa2 fakta adalah subfakta yang memerlukan hipotesis yang lebih terperinci bagi menghasilkan hasil yang persis.
Fakta mana yang menyatakan Bangsa Jepun dan Korea (bukan Korea Utara yer) tak belajar Bahasa Inggeris? Anak saya di public kindergarten di Jepun pun belajar Bahasa Inggeris jugak. Kecualilah fakta tuan dari Korea Utara; memang Bahasa Inggeris tidak diutamakan diatas sebab perjuangan komunis mereka. Adakah tuan - tuan juga sama diperkudakan komunis malaysia alaf baru ini?
ASP Bodoh. Wei, org tak kacau kedaulatan bahasa kita yang kacau kita sendiri. org tak suruh buang JAwi kita sendiri buang akhirnya jawi terkubur. Kalau boleh kita pegang dan kita angkat bahasa kita sendiri ..ini tak....wei kalau nak belajar Inggeris pi belajar Inggeris...jgn jadi bodoh nak belajar Inggeris pi belajar matematik.
Simple aje...ajar betul2 Inggeris. Ini kita sendiri tak yakin dengan bahasa kita - p tukar matematik dan sains dlm bahasa inggeris. habis kita suruh gak lah p tukar belajar quran dalam bahasa inggeris...lagi haru kita belajar bahasa melayu dalam bahasa inggeris apa kata ---asp baghal
Kepada Anonymous @ March 29, 2009 11:06 AM;
Memang sah anda tidak pernah menghadapi sengsara mentelaah ilmu teknikal dalam dwi bahasa. Matapelajaran Inggeris yang diajar di sekolah tu adalah hanya kesusasteraannya. Lain konsep dari ilmu teknikal. Persoalannya; siapa yang baghal?
Pandai cakap tapi alpa, lupa dan terus diperkuda.
Betul cakap tuan, mereka itu diperkuda!!
Diperkudakan oleh Al Juburi yang kempunan untuk menjadi Perdana Menteri sedangkan di mahkamah sudah ada menunggu Saiful Bukhari !!!
Kita tengok dan tunggu..siapa yang bakal mengiggit jari setelah menjadi kuda tunggangan Al Juburi !!
ASP Bukit Kepong , Andalah yg dikatakan Tan sri P Ramli sebagai keturunan kampetai2 jepun dulu . Bahasa Asing ditegakkan , bahasa sendiri dibunuh . Maka jadilah bahasa melayu seperti bahasa jawi yg matinya dibunuh dan dinazakkan oleh Lanun BN/Umno yg mengaku mereka melayu tapi membunuh bahasa ibunda sendiri . Anda mengatakan yg blogger2 aliran pembangkang sebagai kuda2 , tapi cuba anda layari blogger yg sealiran dengan kerajaan , penuh dengan artikel lamebrain serta hujah2 dangkal mereka. Takkan melayu hilang didunia tapi apa erti melayu jika berbahasa inggeris ? 9/10 remaja melayu kita tidak tahu menulis jawi ? Yg tahu ditulis FUCK U , MOTHERFUCKER yg maksud dia sendiri pun tak tahu . ASP Bukit Kepong setia lah anda dengan pemerintah yg zalim dan tertutup hatinya dek kerana kerakusan nafsu yg tamak haloba mengaut keuntungan duniawi demi tembolok sendiri . Ingat PR13 bakal penentu ,anginreformasi98' bakal kembali bertiup ...
Dan aku sendiri telah melalui zaman kepayahan PPSMI . Aku berjaya manakala puluhan lagi sahabat aku kecundang . 2 dari 50 orang . Sebelum itu kami merupakan pelajar terbaik sekolah dan kami merupakan intake pertama PPSMI .Bayangkan betapa sukarnya anak2 melayu kampung memahami bahasa asing. Aku bernasib baik kerana aku dilatih sejak kecil dengan bahasa inggeris .
TO ; TheFugitive
Jiwa anda masih muda dan penuh rasa terkilan dek sistem yang merobek jiwa. Mungkin betul cakap cikgu Farhana; umpama si Aziz yang kononnya "John". Padahal tidak berupaya berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris. Watak, gaya, habit Inggeris yang diwar-warkan, umpama ungkapan tuan;9/10 remaja melayu kita tidak tahu menulis jawi? Yg tahu ditulis FUCK U , MOTHERFUCKER yg maksud dia sendiri pun tak tahu. Kenapa mereka tidak tahu maksud tulisan itu? kerana mereka tidak tahu Bahasa Inggerisnya. Adakah ini satu mantik yang sukar untuk tuan faham?
Bukan itu yang kita pinta dari anak muda seperti tuan, kita pohon dan garap agar tuan - tuan muda dapat berdiri utuh melapisi bangsa tua seperti saya mewarisi entiti MELAYU yang kekal mengoncang dunia. Bukan kekal mengoncang keamanan MELAYU dengan diporakperandakan oleh individu yang menjolok kedamaian dan kononnya dilabel pejuang MELAYU yang mengkaburi mata tuan.
Saya juga berasal dari kampung, dan rata - rata individu melayu bandar sekarang berpaksikan kampung sebagai susur galurnya. Cuma apa yang membimbangkan generasi fasa pertengahan seperti saya; adalah entiti KEMELAYUAN anak anak seperti tuan yang alpa, sekali lagi terus diperkuda. Ingat dan bacalah nukilan saya ini sekiranya tuan mencecah umur 30an nanti. Berfikirlah secara rasional, buka minda dengan mata hati yang tulus. Tanpa ironi kepada pulus.
Post a Comment