Sunday, May 31, 2009

Nora kat Central Market


Sebenarnya Nora melihat mereka, melihat mereka berusaha untuk mencari wang - dengan seni yang mereka ada.


Black - turut bersama-sama mereka. Nanti Nora nak minta kita sama-sama lakukan sesuatu - nanti Nora cerita okay.

Reformasi – makna pada diri

Perjuangan Reformasi – Benar, Nora terbabit dalam perjuangan reformasi yang di anjurkan oleh Anwar Ibrahim sejak 1998. Sejak dari itu Nora telah di tahan sebanyak hampir 13 kali dan sikap politik Nora hanya terbatas kepada perjuangan mengenai isu rakyat. Isu rakyat dan isu kemanusiaan ini telah menjemput Nora menyertai Reformasi dan pembabitan itu telah banyak mengorbankan masa hidup Nora. Nora tidak sesal. Selagi perjuangan itu perjuangan membela rakyat Nora sokong dan Nora percaya suara rakyat perlu kita dengar kerana pemimpin hadir dari sokongan rakyat dan jangan sekali-kali kepimpinan itu kelak membelakangi rakyat yang telah menyokongnya. Kalau itu senarionya maka – rakyat perlu berani untuk bertindak dan menolak kepimpinan itu. Mungkin itu makna demokrasi bagi Nora yang tidak tinggi pelajarannya. Kita cermin diri kita – lihat diri kita dan bertanya – wajarkan kita bercerita mengenai reformasi sedangkan diri kita sendiri terperangkap dalam perbuatan yang membelakangi perjuangan hak, gagal memartabatkan nilai kemanusiaan dan bergelumang dengan perbuatan yang menzalimi sehingga keluarga sendiri. Kita lihat diri kita dan kita persoalkan. Kepimpinan yang ada juga perlu melihat jauh – menilai dan dapatkan input nyata sebelum membenarkan seseorang yang datang mendabik dada kononnya mengaku reformis dan menuntut itu dan ini.

Nora sedar, ada kepimpinan yang sebelum ini yang tidak kenal erti reformasi – tidak pernah turun berdemonstrasi – tidak pernah hadir - tertipu dengan konon-kononnya mereka hebat berjuang. Mereka hadir meminta wang – meminta projek dan menggunakan nama reformis untuk tujuan ini. Kenapa kepimpinan yang ada tidak – bertanya pada yang tahu – mendapatkan sedikit makluman mengenai orang tersebut sebelum menghulurkan bantuan – kerana bantuan itu atas dasar kamu tertipu. Mereka yang menggunakan nama reformis tetapi – tidak tercalar sedikit pun akibat perjuangan – malah menggunakan nama orang lain untuk tujuan meminta sedekah – amat keji di mata Nora. Mereka ini seolah-olah pelacur – dan kepimpinan yang memberi tanpa usul periksa itu bagi Nora seolah-olah bersedekah kepada mereka yang mahu melakukan kejahatan. Adakah tidak kita juga bersekongkol dengan kejahatan itu.

Nora setelah keluar dari kepompong lelaki yang tidak orait itu terkejut bila mengetahui banyak sumbangan telah disalurkan kepada Nora hasil dari penjajaan nama Nora oleh lelaki yang tidak orait ini. Malang sumbangan itu tidak sampai kepada Nora mahupun untuk menyara anak-anak. Lelaki tidak orait ini menjajakan nama Nora memohon sumbangan – dan sehingga sanggup menabur fitnah kononnya beliau menyara keluarga hari ini. Tanya Nora – Nora boleh tunjukkan bil-bil yang Nora belanja – yuran sekolah pun kalau tidak Nora bayar, tidak akan berbayar. Nora boleh selongkar apa sahaja yang dapat memberi keadilan kepada Nora. Lelaki tidak orait ini hanya tahu duduk – mengharap projek dari Azmin dan TS Khalid dengan menjajakan nama reformis sedangkan Nora tahu wang yang di terima – tidak digunakan untuk membiayai anak-anak. Baju sekolah, beg sekolah, yuran sekolah, baru harian semua Nora tanggung dengan hasil berniaga di Masjid India sahaja. Bila di minta – lelaki tak orait ini akan berkata – kita tengah tunggu projek down town dari Azmin Ali dan Zuraidah. Ada sekali bila Nora dia untuk bayar separuh dari perbelanjaan ( tahu tidak akan dapat – tetapi sekadar mengingatkan tanggungjawab dia ) beliau menjawab – dak tak de nak buat macam mana. Kalau nak keluar dalam blog keluarlah – jangan cakap aje! Dan ini membuat Nora menyatakan semua dalam Internet dan bangun untuk membantu mereka yang terus di tindas oleh lelaki-lelaki yang tidak orait.

Berbalik pada reformasi – Nora setelah bergaul dengan mereka di Institut Kajian Asas Kemasyarakatan – bergaul dengan kawan-kawan yang membuat penyelidikan khusus mengenai kemiskinan, baru Nora tahu, reformasi itu bermula dengan kesedaran dalam diri dan disemarakkan untuk membantu yang lain untuk berubah. Reformasi perlu bukan sekadar bercakap tetapi diri sendiri kekok dan lupa tanggung jawab. Lelaki yang tidak orait akan menjadikan keluarga itu tidak orait dan seterusnya akan menyebabkan generasi keturunannya tidak orait. Inilah yang dikatakan putaran ganas kemiskinan dan Nora sedang berusaha untuk membantukan putaran ini dengan apa cara sekali pun. Nora percaya kalau Nora kuat usaha maka putaran ganas ini akan dapat di bantutkan.

Reformasi – Reformasi – Reformasi

Tuesday, May 26, 2009

Bukan memburukkan apa yang sudah buruk

Bukan memburukkan apa yang sudah buruk. Bukan menghina dan bukan mahu membuka pekong dada. Tetapi yang benar tetapi benar dan yang hakikat akan terus jadi hakikat. Kita perlu faham erti reformasi dan kita perlu menterjemah erti reformasi seluas mungkin. Di Institut Kajian Asas Kemasyarakatan Nora sering di dedahkan dengan konsep kemiskinan minda. Nora di dedahkan mengenai ruang dan peluang yang perlu ada. Nora di fahamkan mengenai erti perubahan dan reformasi. Kita perlu sedar bahawa keangkuhan membicarakan reformasi harus di lenyapkan selagi kita sendiri takut berubah dan tidak mahu berubah. Nora adalah antara mereka yang miskin selama 17 tahun. Selama 17 tahun Nora berkahwin baru Nora sedar Nora hidup dalam kemiskinan – bukan sahaja fizikal tetapi kemiskinan minda – miskin ruang dan peluang. Minda tertutup dan jalan yang ada hanya pada lelaki yang baru kini Nora tahu tidak orait.


Nora mahu menceritakan semua kerana Nora sudah bebas dan Nora rasa terpanggil untuk membantu yang lain sekiranya perlu mereka yang terperangkap sebagaimana Nora terperangkap. Nora berkahwin pada usia yang muda – 16 tahun. Desakan kemiskinan – membuat Nora berhenti sekolah pada usia yang agak muda. Kedudukan keluarga yang tidak stabil kedudukan kewangan maka Nora terdedah kepada dunia pekerjaan sejak awal lagi. Baru Nora sedar sekarang ini bahawa masalah sebegini mampu membangkitkan masalah sosial dengan apa yang Nora belajar mengenai definisi kemiskinan. Nora sedar kemiskinan mampu merosakkan kita malah mampu mempengaruhi kedudukan kehidupan anak-anak kita dan generasi masa depan kita. Dengan lahirnya anak pertama Nora – Nora berusaha untuk mengubah hidup – dan membantu keluarga dalam menyara kehidupan harian.


Ini adalah pengorbanan yang Nora lakukan berterusan selama 17 tahun apabila Nora sedar bahawa Nora perlu langkah yang lebih drastik untuk keluar dari kepompong kemiskinan. Langkah ini adalah untuk membebaskan diri dari lelaki yang Nora harap dapat membantu keluarga untuk membentuk kehidupan yang lebih sempurna – tapi malang – apabila yang tidak orait itu merasakan dia orait dan berpuas hati dengan hanya mengurung kita anak-beranak dalam di bawah tempurung dalam rumah sebilik tanpa mahu mengusahakan perubahan. Sedar tidak sedar Nora terpaksa menyara kehidupan anak-anak dan lelaki itu sekali – bagi memuaskan dirinya tanpa meletakkan prioriti kepada keluarga. Malah gerai perniagaan yang Nora peroleh dari DBKL di Masjid India adalah hasil dari Nora bekerja dengan orang di sana dan berusaha menongkah arus untuk mendapatkan tempat berniaga sedangkan lelaki yang tidak orait itu hanya melopong menunggu rezeki jatuh ke riba untuk dia terus berfoya dengan angan-angan imaginasi projek tanpa mahu mengusahakannya.

Nora mahu menasihati rakan-rakan wanita untuk kenal dan melihat jauh ke dalam seseorang itu – asal usulnya dan apa yang ada pada dirinya dengan menutup telinga kita pada cerita sensasi nya. Janji – janji manis mereka hanya untuk memerangkap kita dan akhirnya mahu menjadikan kita hamba untuk jadi pemuas dirinya. Jangan melututjangan gentarjangan takut pada perubahan. Kalau perlu berubah – meninggalkan keadaan yang tidak sempurna – tinggalkan dan jangan tunggu lama. Ambil kesempatan dan tanya rakan-rakan yang sudah bebas – tanya Nora.

Dalam usia muda itu 16 tahun, Nora bernikah, alasan untuk keluar dari kepompong kemiskinan dan pada masa itu – hanya satu harapan yang ada – pada lelaki yang tidak orait itu. Janji di taburkan-mahu menyekolahkan Nora – mahu membina hidup sebaik mungkin – mahu mengadakan apa yang boleh menggembirakan hidup Nora. Dalam usia yang semuda itu Nora terpengaruh. Nora percaya lelaki yang tak orait ini dapat memperbaiki hidup dan membebaskan keluarga Nora dari terus menyara Nora. Nora bernikah tidak dipaksa dan tidak terpaksa. Nikah tanpa bayaran mas kahwin – hutang – dan Nora terima semua itu.


Namun badai pertama hinggap pada awal lagi. Takkala itu Nora buta dan Nora menerima apa juga alasan – biar keterlanjuran lelaki yang tidak orait ini dengan kawan Nora sendiri – seminggu sebelum bernikah. Alasan diberi dan Nora terima – kerana janji mahu berubah. Nora terima dan Nora memberi peluang sekali lagi. Itu kesalahan pertama Nora. Kemiskinan yang ada pada diri Nora tidak akan dapat di tebus dengan sengaja meletakkan harapan perubahan kepada orang lain – kerana ini akan hanya membelenggu kita. Kemiskinan tetap akan jadi isu dan kemiskinan tidak akan dapat di ubah dengan janji – melainkan ada iltizam untuk mengubahnya.

Nora terima juga dalam keadaan usia yang begitu muda – mentah dalam menilai dan tidak mahu membuka minda untuk menilai sendiri lelaki itu. Penilaian sepatutnya di buat – penilaian sepatutnya sudah cukup untuk menolak lelaki yang tidak orait ini tetapi – alasan di terima mentah-mentah dan janji manis di termakan oleh lelaki yang tidak orait ini yang berusia – 22 tahun.

13 Mei 1992, zuriat pertama Nora terima. Gelodak perkahwinan semakin nampak jelas. Umur anak dalam lingkungan 2 atau 3 tahun – anak Nora dan Nora di pukul sehingga anak kecil itu cedera – patah gigi. Kemelut ini berlaku – angkara kegilaan lelaki yang tidak orait ini. Nora sebelum ini juga pernah di pukul – seawal tahun pertama perkahwinan. Nora – pernah membuat laporan polis – sebelah Jaya Jusco di Taman Maluri. Tapi dalam keadaan Nora yang ada anak, Nora takut kehilangan – hilang suami dan sentiasa berdoa akan lelaki yang tidak orait ini berubah. Nora percaya kalau Nora lakukan segala-galanya untuk lelaki ini maka kelak lelaki ini akan melakukan kebaikan pada Nora. Ini harapan tetapi harapan hanya tinggal harapan – dan nasihat Nora, agar kita dapat bezakan antara harapan dan angan – angan. Lelaki yang tidak orait sentiasa mengambil kesempatan dengan kata-kata, kononnya akan berubah. Mainan untuk memperbaiki hidup dan akan berusaha untuk berubah sentiasa menjadikan Nora sejuk tetapi sebenarnya itu hanya satu retorik yang akan membinasakan kita. Sikap dan tabiat mabuk dan berfoya-foya semakin ketara dan sepatutnya Nora mengambil ketetapan pada waktu itu. Nasihat Nora – memang kita patut bagi ruang dan peluang untuk berubah tetapi kita jangan terlampau memberi ruang dan peluang sehingga membinasakan diri kita sendiri.

Kenapa pembongkaran ini berlaku – ini adalah untuk memberi keadilan kepada Nora atas tuduhan konon-kononnya Nora yang meninggalkan anak kerana tidak mampu hidup miskin, konon Nora lari kerana mahu hidup yang sempurna, konon-kononnya Nora mahu hidup yang kaya raya. Ini semua fitnah yang sekarang ini ada dan demi keadilan pada diri Nora mulakan siri ini. Ini juga dilakukan kerana pengalaman hidup pahit dengan lelaki yang tidak orait mahu Nora kongsi bersama – sama agar adik-adik Nora dan mereka yang mempunyai masalah yang sama tidak teragak-agak melakukan perubahan. Reformasi yang paling berani Nora lakukan adalah membebaskan diri dari lelaki yang menjahanamkan hidup Nora – biar 13 kali Nora di tangkap atas perjuangan reformasi – kali ini reformasi ini – adalah reformasi total yang telah berjaya Nora lakukan – Nora akan bersuara lagi.

Tuesday, May 19, 2009

Yang teraniaya dan dianiaya



Kesabaran orang ada had nya. Keadilan perlu di tuntut dan jangan hanya pandai membicarakan keadilan tanpa tahu dan mengerti melaksanakannya. Apa guna kita menuntut keadilan dalam gerakan reformasi tetapi tidak pandai melaksanakan keadilan baik pada diri dan pada keluarga tersendiri. Keadilan perlu di tuntut dan keadilan pada diri Nora juga patut Nora tuntut. Biarlah orang kata membuka pekong di dada tetapi kalau ini yang akan dapat membersihkan nama Nora dan mengembalikan maruah Nora, maka inilah yang perlu Nora lakukan. Nora berhasrat untuk menceritakan apa yang sebenarnya berlaku demi menuntut keadilan dan agar ini akan menjadi pengajaran kepada semua – khususnya wanita-wanita yang menghadapi masalah keluarga – agar apa yang dikatakan oleh HM Tuah dalam buku motivasinya Bagaimana membina personaliti yang menarikjangan berkorban kepada lelaki yang tidak orait...tersirat dalam jiwa dan nurani kita.



Persoalan kita mengalah dan kita cuba menyimpan menyorokkan penderitaan di dada akan hanya merosakkan kita. Nora mahu bangkit untuk menceritakan pengalaman agar kesengsaraannya, penderaan mental dan fizikal yang Nora lalui selama 17 tahun dapat di kongsi untuk dijadikan pengalaman buat kita. Alasan Nora untuk mula bercerita adalah mudah – bagi menangkis fitnah yang di lemparkan dan menyahut cabaran untuk mempamerkan perkara ini dalam laman web Nora oleh orang yang Nora katakan tidak orait. Tambahan lagi Nora berhasrat untuk membuka satu kumpulan khusus bagi membantu mereka yang di dera baik secara fizikal, mental termasuk seksual oleh suami masing-masing. Ini bagi Nora penting agar mereka dapat berdepan dengan masalah ini secara positif dan berani bertindak untuk menyelesaikan perkara ini dengan berkesan.


Nora akan berkongsi pengalaman dan sama-sama bertukar pendapat untuk bukan sahaja membantu menyelesaikan masalah mereka malah sama-sama berusaha untuk menguatkan kedudukan ekonomi antara sesama untuk menyara kehidupan diri dan anak-anak. Nora mahu bangkit untuk sama-sama terlibat dan sama-sama bangun bagi menuntut keadilan dan hak sebagai seorang wanita , ibu dan isteri.

Ini penting bukan sahaja untuk memastikan agar nasib semua kita terbela dan Nora menyeru agar mereka yang berhadapan dengan masalah yang serupa menghubungi Nora pada talian – seperti tertera di atas. Nora juga memohon sekiranya ada pakar-pakar perundangan syariah untuk turut menghubungi Nora bagi membantu bukan sahaja Nora malah membantu mereka yang senasib dengan Nora.


Nora hari ini bebas dari kangkangkan hidup yang penuh dengan penderitaan. Nora bebas dari tindakan penderaan fizikal, di pukul dan di tindas. Nora bebas dari penderaan seksual oleh orang yang Nora anggap sebelum ini sebagi tiang harapan dan Nora akan mengambil langkah bagi menangkis fitnah yang dilemparkan kepada Nora yang selama ini Nora diamkan. Nora akan mengubah laman web ini untuk hadir membantu dan membela nasib kaum wanita yang tertekan – di hambakan oleh suami masing-masing dan Nora akan menggunakan pengalaman Nora untuk bangkit membantu adik-adik Nora agar keputusan yang mereka buat tidak akan menyusahkan mereka di hari muka. Nora setelah bebas dari kangkangkan telah banyak belajar. Nora sedar mengenai dunia yang ada. Nora tidak mahu nasib yang serupa menimpa anak-anak Nora kerana orang yang Nora harapkan membimbing akhirnya hanya tahu menindas dan memberi arah yang salah.


Alhamdulillahlah Nora bebas hari ini. Nora bukan seperti mana yang orang sangka, Nora tidak pandai berpura-pura, nampak baik – tapi hati busuk dan angkuh menabur fitnah. Nora tidak lagi mahu terperap dalam kesengsaraan dan Nora telah belajar banyak erti kehidupan. Nora percaya siri-siri akan datang akan menunjukkan menjelaskan bahawa kehidupan kita perlu kita atur dan mereka yang hadir hanya untuk menggagalkan kita harus di hebahkan agar yang lain tidak tertipu dengan sikap kepura-puraan dia, yang sembahyang tidak pernah tinggal tetapi tidak ada jiwa dan tidak ada nilai dalam kehidupan. Ini seri pertama – kelak akan di teruskan dengan perbuatan terkutuk dia – yang menggunakan nama Nora – untuk mendapatkan khidmat dan bantuan kewangan untuk diri dia belanja, sedang Nora bertungkus-lumus menyara 5 orang anak yang perlu pendidikan.

Insyallah akan menyusul.