Sunday, May 31, 2009

Reformasi – makna pada diri

Perjuangan Reformasi – Benar, Nora terbabit dalam perjuangan reformasi yang di anjurkan oleh Anwar Ibrahim sejak 1998. Sejak dari itu Nora telah di tahan sebanyak hampir 13 kali dan sikap politik Nora hanya terbatas kepada perjuangan mengenai isu rakyat. Isu rakyat dan isu kemanusiaan ini telah menjemput Nora menyertai Reformasi dan pembabitan itu telah banyak mengorbankan masa hidup Nora. Nora tidak sesal. Selagi perjuangan itu perjuangan membela rakyat Nora sokong dan Nora percaya suara rakyat perlu kita dengar kerana pemimpin hadir dari sokongan rakyat dan jangan sekali-kali kepimpinan itu kelak membelakangi rakyat yang telah menyokongnya. Kalau itu senarionya maka – rakyat perlu berani untuk bertindak dan menolak kepimpinan itu. Mungkin itu makna demokrasi bagi Nora yang tidak tinggi pelajarannya. Kita cermin diri kita – lihat diri kita dan bertanya – wajarkan kita bercerita mengenai reformasi sedangkan diri kita sendiri terperangkap dalam perbuatan yang membelakangi perjuangan hak, gagal memartabatkan nilai kemanusiaan dan bergelumang dengan perbuatan yang menzalimi sehingga keluarga sendiri. Kita lihat diri kita dan kita persoalkan. Kepimpinan yang ada juga perlu melihat jauh – menilai dan dapatkan input nyata sebelum membenarkan seseorang yang datang mendabik dada kononnya mengaku reformis dan menuntut itu dan ini.

Nora sedar, ada kepimpinan yang sebelum ini yang tidak kenal erti reformasi – tidak pernah turun berdemonstrasi – tidak pernah hadir - tertipu dengan konon-kononnya mereka hebat berjuang. Mereka hadir meminta wang – meminta projek dan menggunakan nama reformis untuk tujuan ini. Kenapa kepimpinan yang ada tidak – bertanya pada yang tahu – mendapatkan sedikit makluman mengenai orang tersebut sebelum menghulurkan bantuan – kerana bantuan itu atas dasar kamu tertipu. Mereka yang menggunakan nama reformis tetapi – tidak tercalar sedikit pun akibat perjuangan – malah menggunakan nama orang lain untuk tujuan meminta sedekah – amat keji di mata Nora. Mereka ini seolah-olah pelacur – dan kepimpinan yang memberi tanpa usul periksa itu bagi Nora seolah-olah bersedekah kepada mereka yang mahu melakukan kejahatan. Adakah tidak kita juga bersekongkol dengan kejahatan itu.

Nora setelah keluar dari kepompong lelaki yang tidak orait itu terkejut bila mengetahui banyak sumbangan telah disalurkan kepada Nora hasil dari penjajaan nama Nora oleh lelaki yang tidak orait ini. Malang sumbangan itu tidak sampai kepada Nora mahupun untuk menyara anak-anak. Lelaki tidak orait ini menjajakan nama Nora memohon sumbangan – dan sehingga sanggup menabur fitnah kononnya beliau menyara keluarga hari ini. Tanya Nora – Nora boleh tunjukkan bil-bil yang Nora belanja – yuran sekolah pun kalau tidak Nora bayar, tidak akan berbayar. Nora boleh selongkar apa sahaja yang dapat memberi keadilan kepada Nora. Lelaki tidak orait ini hanya tahu duduk – mengharap projek dari Azmin dan TS Khalid dengan menjajakan nama reformis sedangkan Nora tahu wang yang di terima – tidak digunakan untuk membiayai anak-anak. Baju sekolah, beg sekolah, yuran sekolah, baru harian semua Nora tanggung dengan hasil berniaga di Masjid India sahaja. Bila di minta – lelaki tak orait ini akan berkata – kita tengah tunggu projek down town dari Azmin Ali dan Zuraidah. Ada sekali bila Nora dia untuk bayar separuh dari perbelanjaan ( tahu tidak akan dapat – tetapi sekadar mengingatkan tanggungjawab dia ) beliau menjawab – dak tak de nak buat macam mana. Kalau nak keluar dalam blog keluarlah – jangan cakap aje! Dan ini membuat Nora menyatakan semua dalam Internet dan bangun untuk membantu mereka yang terus di tindas oleh lelaki-lelaki yang tidak orait.

Berbalik pada reformasi – Nora setelah bergaul dengan mereka di Institut Kajian Asas Kemasyarakatan – bergaul dengan kawan-kawan yang membuat penyelidikan khusus mengenai kemiskinan, baru Nora tahu, reformasi itu bermula dengan kesedaran dalam diri dan disemarakkan untuk membantu yang lain untuk berubah. Reformasi perlu bukan sekadar bercakap tetapi diri sendiri kekok dan lupa tanggung jawab. Lelaki yang tidak orait akan menjadikan keluarga itu tidak orait dan seterusnya akan menyebabkan generasi keturunannya tidak orait. Inilah yang dikatakan putaran ganas kemiskinan dan Nora sedang berusaha untuk membantukan putaran ini dengan apa cara sekali pun. Nora percaya kalau Nora kuat usaha maka putaran ganas ini akan dapat di bantutkan.

Reformasi – Reformasi – Reformasi

3 comments:

Anonymous said...

salam reformasi kak nora,
banyakkan bersabar ye...orang yang suka taburkan fitnah pada orang lain adalah kerana dia ingin menutup kesalahan dia dari di ketahui oleh orang lain.ini bukan suami namanya,ini binatang!
apa yang penting adalah anak-anak kerana itu harta yang paling bernilai.

Anonymous said...

Sis...

Tu la asyik dok cakap suami tu baik sangat kan.Sekarang apa dah jadi?

Lu pikirla sendiri...

JAMILKUCING said...

askm nora

kenapa nora tulis lelaki tak orait.kenapa tak letakan nama dan foto mereka jika ada. ,kenapa nak cover orang macam tu lagi.tak cukupkah kesengsaraan yg nora sekeluarga tanggunbg.dan amsih membiaran lagi manusia begini menginaya mu.