Persoalan kita mengalah dan kita cuba menyimpan menyorokkan penderitaan di dada akan hanya merosakkan kita. Nora mahu bangkit untuk menceritakan pengalaman agar kesengsaraannya, penderaan mental dan fizikal yang Nora lalui selama 17 tahun dapat di kongsi untuk dijadikan pengalaman buat kita. Alasan Nora untuk mula bercerita adalah mudah – bagi menangkis fitnah yang di lemparkan dan menyahut cabaran untuk mempamerkan perkara ini dalam laman web Nora oleh orang yang Nora katakan tidak orait. Tambahan lagi Nora berhasrat untuk membuka satu kumpulan khusus bagi membantu mereka yang di dera baik secara fizikal, mental termasuk seksual oleh suami masing-masing. Ini bagi Nora penting agar mereka dapat berdepan dengan masalah ini secara positif dan berani bertindak untuk menyelesaikan perkara ini dengan berkesan.
Nora akan berkongsi pengalaman dan sama-sama bertukar pendapat untuk bukan sahaja membantu menyelesaikan masalah mereka malah sama-sama berusaha untuk menguatkan kedudukan ekonomi antara sesama untuk menyara kehidupan diri dan anak-anak. Nora mahu bangkit untuk sama-sama terlibat dan sama-sama bangun bagi menuntut keadilan dan hak sebagai seorang wanita , ibu dan isteri.
Ini penting bukan sahaja untuk memastikan agar nasib semua kita terbela dan Nora menyeru agar mereka yang berhadapan dengan masalah yang serupa menghubungi Nora pada talian – seperti tertera di atas. Nora juga memohon sekiranya ada pakar-pakar perundangan syariah untuk turut menghubungi Nora bagi membantu bukan sahaja Nora malah membantu mereka yang senasib dengan Nora.
Nora hari ini bebas dari kangkangkan hidup yang penuh dengan penderitaan. Nora bebas dari tindakan penderaan fizikal, di pukul dan di tindas. Nora bebas dari penderaan seksual oleh orang yang Nora anggap sebelum ini sebagi tiang harapan dan Nora akan mengambil langkah bagi menangkis fitnah yang dilemparkan kepada Nora yang selama ini Nora diamkan. Nora akan mengubah laman web ini untuk hadir membantu dan membela nasib kaum wanita yang tertekan – di hambakan oleh suami masing-masing dan Nora akan menggunakan pengalaman Nora untuk bangkit membantu adik-adik Nora agar keputusan yang mereka buat tidak akan menyusahkan mereka di hari muka. Nora setelah bebas dari kangkangkan telah banyak belajar. Nora sedar mengenai dunia yang ada. Nora tidak mahu nasib yang serupa menimpa anak-anak Nora kerana orang yang Nora harapkan membimbing akhirnya hanya tahu menindas dan memberi arah yang salah.
Alhamdulillahlah Nora bebas hari ini. Nora bukan seperti mana yang orang sangka, Nora tidak pandai berpura-pura, nampak baik – tapi hati busuk dan angkuh menabur fitnah. Nora tidak lagi mahu terperap dalam kesengsaraan dan Nora telah belajar banyak erti kehidupan. Nora percaya siri-siri akan datang akan menunjukkan menjelaskan bahawa kehidupan kita perlu kita atur dan mereka yang hadir hanya untuk menggagalkan kita harus di hebahkan agar yang lain tidak tertipu dengan sikap kepura-puraan dia, yang sembahyang tidak pernah tinggal tetapi tidak ada jiwa dan tidak ada nilai dalam kehidupan. Ini seri pertama – kelak akan di teruskan dengan perbuatan terkutuk dia – yang menggunakan nama Nora – untuk mendapatkan khidmat dan bantuan kewangan untuk diri dia belanja, sedang Nora bertungkus-lumus menyara 5 orang anak yang perlu pendidikan.
Insyallah akan menyusul.
7 comments:
perkataan "wanita" itu telah di"tua"kan oleh UMNO.
sejak ada puteri, "Wanita" itu nampak macam geng makcik-makcik
hehe
Nora ..kenapa..nampak selama ini ok aje..betul ke u antara mangsa penderaan, di tindas oleh suami. U dah cerai ke?
Sis Nora, what u r doing is somthing noble..teruskan...ramai wanita yang sering di tindas dan di pukul. Saya nak ikuti semuanya tentang isu Nora. Biarlah org kata apa, yg penting pengalaman hidup sis dapat dijadikan pengalaman...teruskan....
apalah lah bullah org kata lain dia cite lain...ini serius la
salam puan
saya mohon agar puan terus menulis untuk membantu saya yang senasib dan masih lagi terikat.
banyak kali saya cuba untuk membebaskan diri tapi kerana anak,saya terpaksa balik semula kepangkuan dia.
mohon jasa baik puan sekiranya dapat membantu saya membebaskan diri.saya mempunyai 3orang anak
Salam,
Berita panas isu semasa.
Tuan-tuan dipelawa untuk buatkomen,walaupun belainan fahaman,tak kisah.
http://penpusaka.blogspot.com
Assalamualaikum,
Hai kak lama tak dengar berita, baru hari ni saya jumpa blog akak. Dah lama dah cari...
Kalau senang singgahlah kat gerai..
wak kerang and family
atiepaps@gmail.com
Post a Comment