Tuesday, May 26, 2009

Bukan memburukkan apa yang sudah buruk

Bukan memburukkan apa yang sudah buruk. Bukan menghina dan bukan mahu membuka pekong dada. Tetapi yang benar tetapi benar dan yang hakikat akan terus jadi hakikat. Kita perlu faham erti reformasi dan kita perlu menterjemah erti reformasi seluas mungkin. Di Institut Kajian Asas Kemasyarakatan Nora sering di dedahkan dengan konsep kemiskinan minda. Nora di dedahkan mengenai ruang dan peluang yang perlu ada. Nora di fahamkan mengenai erti perubahan dan reformasi. Kita perlu sedar bahawa keangkuhan membicarakan reformasi harus di lenyapkan selagi kita sendiri takut berubah dan tidak mahu berubah. Nora adalah antara mereka yang miskin selama 17 tahun. Selama 17 tahun Nora berkahwin baru Nora sedar Nora hidup dalam kemiskinan – bukan sahaja fizikal tetapi kemiskinan minda – miskin ruang dan peluang. Minda tertutup dan jalan yang ada hanya pada lelaki yang baru kini Nora tahu tidak orait.


Nora mahu menceritakan semua kerana Nora sudah bebas dan Nora rasa terpanggil untuk membantu yang lain sekiranya perlu mereka yang terperangkap sebagaimana Nora terperangkap. Nora berkahwin pada usia yang muda – 16 tahun. Desakan kemiskinan – membuat Nora berhenti sekolah pada usia yang agak muda. Kedudukan keluarga yang tidak stabil kedudukan kewangan maka Nora terdedah kepada dunia pekerjaan sejak awal lagi. Baru Nora sedar sekarang ini bahawa masalah sebegini mampu membangkitkan masalah sosial dengan apa yang Nora belajar mengenai definisi kemiskinan. Nora sedar kemiskinan mampu merosakkan kita malah mampu mempengaruhi kedudukan kehidupan anak-anak kita dan generasi masa depan kita. Dengan lahirnya anak pertama Nora – Nora berusaha untuk mengubah hidup – dan membantu keluarga dalam menyara kehidupan harian.


Ini adalah pengorbanan yang Nora lakukan berterusan selama 17 tahun apabila Nora sedar bahawa Nora perlu langkah yang lebih drastik untuk keluar dari kepompong kemiskinan. Langkah ini adalah untuk membebaskan diri dari lelaki yang Nora harap dapat membantu keluarga untuk membentuk kehidupan yang lebih sempurna – tapi malang – apabila yang tidak orait itu merasakan dia orait dan berpuas hati dengan hanya mengurung kita anak-beranak dalam di bawah tempurung dalam rumah sebilik tanpa mahu mengusahakan perubahan. Sedar tidak sedar Nora terpaksa menyara kehidupan anak-anak dan lelaki itu sekali – bagi memuaskan dirinya tanpa meletakkan prioriti kepada keluarga. Malah gerai perniagaan yang Nora peroleh dari DBKL di Masjid India adalah hasil dari Nora bekerja dengan orang di sana dan berusaha menongkah arus untuk mendapatkan tempat berniaga sedangkan lelaki yang tidak orait itu hanya melopong menunggu rezeki jatuh ke riba untuk dia terus berfoya dengan angan-angan imaginasi projek tanpa mahu mengusahakannya.

Nora mahu menasihati rakan-rakan wanita untuk kenal dan melihat jauh ke dalam seseorang itu – asal usulnya dan apa yang ada pada dirinya dengan menutup telinga kita pada cerita sensasi nya. Janji – janji manis mereka hanya untuk memerangkap kita dan akhirnya mahu menjadikan kita hamba untuk jadi pemuas dirinya. Jangan melututjangan gentarjangan takut pada perubahan. Kalau perlu berubah – meninggalkan keadaan yang tidak sempurna – tinggalkan dan jangan tunggu lama. Ambil kesempatan dan tanya rakan-rakan yang sudah bebas – tanya Nora.

Dalam usia muda itu 16 tahun, Nora bernikah, alasan untuk keluar dari kepompong kemiskinan dan pada masa itu – hanya satu harapan yang ada – pada lelaki yang tidak orait itu. Janji di taburkan-mahu menyekolahkan Nora – mahu membina hidup sebaik mungkin – mahu mengadakan apa yang boleh menggembirakan hidup Nora. Dalam usia yang semuda itu Nora terpengaruh. Nora percaya lelaki yang tak orait ini dapat memperbaiki hidup dan membebaskan keluarga Nora dari terus menyara Nora. Nora bernikah tidak dipaksa dan tidak terpaksa. Nikah tanpa bayaran mas kahwin – hutang – dan Nora terima semua itu.


Namun badai pertama hinggap pada awal lagi. Takkala itu Nora buta dan Nora menerima apa juga alasan – biar keterlanjuran lelaki yang tidak orait ini dengan kawan Nora sendiri – seminggu sebelum bernikah. Alasan diberi dan Nora terima – kerana janji mahu berubah. Nora terima dan Nora memberi peluang sekali lagi. Itu kesalahan pertama Nora. Kemiskinan yang ada pada diri Nora tidak akan dapat di tebus dengan sengaja meletakkan harapan perubahan kepada orang lain – kerana ini akan hanya membelenggu kita. Kemiskinan tetap akan jadi isu dan kemiskinan tidak akan dapat di ubah dengan janji – melainkan ada iltizam untuk mengubahnya.

Nora terima juga dalam keadaan usia yang begitu muda – mentah dalam menilai dan tidak mahu membuka minda untuk menilai sendiri lelaki itu. Penilaian sepatutnya di buat – penilaian sepatutnya sudah cukup untuk menolak lelaki yang tidak orait ini tetapi – alasan di terima mentah-mentah dan janji manis di termakan oleh lelaki yang tidak orait ini yang berusia – 22 tahun.

13 Mei 1992, zuriat pertama Nora terima. Gelodak perkahwinan semakin nampak jelas. Umur anak dalam lingkungan 2 atau 3 tahun – anak Nora dan Nora di pukul sehingga anak kecil itu cedera – patah gigi. Kemelut ini berlaku – angkara kegilaan lelaki yang tidak orait ini. Nora sebelum ini juga pernah di pukul – seawal tahun pertama perkahwinan. Nora – pernah membuat laporan polis – sebelah Jaya Jusco di Taman Maluri. Tapi dalam keadaan Nora yang ada anak, Nora takut kehilangan – hilang suami dan sentiasa berdoa akan lelaki yang tidak orait ini berubah. Nora percaya kalau Nora lakukan segala-galanya untuk lelaki ini maka kelak lelaki ini akan melakukan kebaikan pada Nora. Ini harapan tetapi harapan hanya tinggal harapan – dan nasihat Nora, agar kita dapat bezakan antara harapan dan angan – angan. Lelaki yang tidak orait sentiasa mengambil kesempatan dengan kata-kata, kononnya akan berubah. Mainan untuk memperbaiki hidup dan akan berusaha untuk berubah sentiasa menjadikan Nora sejuk tetapi sebenarnya itu hanya satu retorik yang akan membinasakan kita. Sikap dan tabiat mabuk dan berfoya-foya semakin ketara dan sepatutnya Nora mengambil ketetapan pada waktu itu. Nasihat Nora – memang kita patut bagi ruang dan peluang untuk berubah tetapi kita jangan terlampau memberi ruang dan peluang sehingga membinasakan diri kita sendiri.

Kenapa pembongkaran ini berlaku – ini adalah untuk memberi keadilan kepada Nora atas tuduhan konon-kononnya Nora yang meninggalkan anak kerana tidak mampu hidup miskin, konon Nora lari kerana mahu hidup yang sempurna, konon-kononnya Nora mahu hidup yang kaya raya. Ini semua fitnah yang sekarang ini ada dan demi keadilan pada diri Nora mulakan siri ini. Ini juga dilakukan kerana pengalaman hidup pahit dengan lelaki yang tidak orait mahu Nora kongsi bersama – sama agar adik-adik Nora dan mereka yang mempunyai masalah yang sama tidak teragak-agak melakukan perubahan. Reformasi yang paling berani Nora lakukan adalah membebaskan diri dari lelaki yang menjahanamkan hidup Nora – biar 13 kali Nora di tangkap atas perjuangan reformasi – kali ini reformasi ini – adalah reformasi total yang telah berjaya Nora lakukan – Nora akan bersuara lagi.

6 comments:

Reformis Jalanan said...

Memang memalukan kaum lelaki betul..saya membaca kisah ini secara automatik saya menjadi malu..malu kerana masih ada jantan yang berperangai seperti sial bergantung hidup pada seorang wanita yg lemah, tak cukup dengan itu dipukulnya lagi.. walaupun bukan saya, tapi memang saya rasa malu sangat, memalukan orang lelaki. dasar bajingan.


tabahkan hati kak nora, kak nora seorang wanita yg kuat.

Anonymous said...

Nora tolong komen isu chin peng di
http://penpusaka.blogspot.com/

Anonymous said...

Kepada sri kandi reformis wanita kita,

Sabar melalui laluan yg berliku dan tahniah kerana mahu membantu yg lain dari tidak tunduk kpd jantan sedemikian.

Anonymous said...

salam
kak nora,banyakkan bersabar.sedih juga bila terbaca luahan hati akak.
sebelum ini akak nampak tenang je.
saya dan teman-teman disini mendoakan kebahagiaan buat akak dan anak-anak.aminnn

Anonymous said...

Laki hang tu samseng .aku tengok dulu dulu dia nak bergasak ngan DBKL

Abang F Penang said...

Salam Reformasi,
Nora... kesabaran adalah kekuatan iman dan sejahat mana pun LELAKI TAK ORAIT tu.. dia tetap ayah kepada anak anak Nora.
Bersyukurlah pada Allah kerana telah diberinya kekuatan pada Nora dalam membuat keputusan besar yang paling sukar bagi seorang wanita yang bergelar ISTERI.
Reformasi TOTAL yang berjaya Nora lakukan ini adalah rahmat dan kejayaan besar pada seorang ISTERI yang sentiasa, saban waktu dan saat terlalu menyintai SUAMINYA YANG TAK ORAIT itu dan berusaha melakukan yang terbaik bagi membina sebuah rumahtangga yang smpurna seperti insan lain.
Jadikanlah ini sebagai pengalaman yang paling berharga dalam hidup Nora.
Untuk waktu ini Nora dalam keadaan yang amat sukar dan hati hatilah dalam mencurahkan segala masalah dan apa apa yang masih terpendam dan terbuku dihati bagai tak mampu lagi dapat disembunyikan dan mahu saja dilontarkan pada siapa yang sudi menghulurkan simpati.
Bijaklah memilih rakan dan teman untuk meluahkan derita agar penyesalan tidak hadir dihari muka.
Ikhlas dari seorang abang yang sama sama pernah menjelajah jalan jalan melaungkan REFORMASI! REFORMASI! REFORMASI!