Ini dia sebenarnya laporan Sinar mengenai mereka yang mahu berbogel dan kemudiannya menyepak ketuanya untuk mendapatkan projek kerajaan Negeri Selangor. Mereka ini kemudiannya diberi projek UPTOWN Seri Gombak Selangor. Kenapa mereka diberikan projek tersebut – biasalah mereka mengaku mereka reformis hebat dalam memperjuangkan agenda Anwar Ibrahim dan Menteri Besar Selangor masih buta, bukan kerana tidak nampak tetapi kerana tidak pernah tahu erti perjuangan, erti masuk keluar lokap. Antara yang dapat adalah lelaki yang saya kata tidak orait ini. Kenapa mereka diberi sedangkan mereka BUKAN REFORMIS sebenarnya.
Kadang-kadang Nora tertanya – adalah ini sebenarnya makna keadilan yang kita perjuangkan. Mereka ugut dan kerajaan Negeri Selangor membenarkannya. Nora tidak mahu bantai lebih-lebih tetapi Nora kesal dengan apa yang berlaku di Selangor. Adakah ini akan menjarakkan semula Melayu pada UMNO dan Melayu pada PAS.
Nora janji akan bertindak kerana mereka difahamkan mendapat tempat itu atas alasan reformasi. Ini tidak boleh kita biarkan berlaku kerana ini satu ketidakadilan. Bagi yang masih musykil lihat saja dan kita lihat Selangor pula mampu kecundang.
8 comments:
Adil hanya belaku jika ia berpihak kepada diri sendiri. Dalam apa-apa kes pun,satu pihak akan berasa tidak adil jik dia kalah.Jika menang dia akan keluarkan kenyata .. ini baru adil. PAS,ADIL,DAP memang macam tu.
Kak Nora,
Payahnya orang-orang mcm nie, sudah pandai main politik kotor, pusing sana pusing sini. Mula bersifat nak jadi hero lepas tue nak balasan pula ......
Kalau saya nak bogel sangat, bogellah, kita tengok sapa yang hebat bila berbogel ....
https://khairilnotkhairy.blogspot.com
Kita kenalah periksa dengan teliti kalau mereka sememangnya dapat kontrak. Jangan kita pakai bantai saja pemimpin saperti Menteri Besar sebab dia tidak akan tahu semuanya yang berlaku di Selangor.
Kita kena tahu adakah mereka dapat kontrak atas ugutan atau lain2 sebab.
Sepatutnya sesiapa saja yang berkelayakan perlu diberi peluang untuk mendapat kontrak tidak kira bangsa, agama atau parti.
Itulah keadilan namanya.
Salam,
Baca lah Sinar keluaran Sabtu baru lalu..cek sapa dapat kontrak itu, kerana Nora tahu lah Nora keluarkan. Nora juga tahu siapa mereka dan mengapa mereka di beri kontrak. Alasan mereka ada kekuatan untuk melakukan dan melaksanakan kontrak itu adalah karut, itu tidak tepat. Baca dan ikuti semuanya dan Nora akan bongkar semuanya bukan kerana Nora nak kontrak itu, itu tak benar kerana Nora tak kan dapat melaksanakan tetapi kerana cara dapat itu amat meragukan dan mereka yang mendapatkannya adalah melalui ugutan...
kalau nora,
rasanya nora sudi ambil kontrak uptown tu tak kalau kerajaan negeri selangor nak bagi kat nora?
sempena menghargai sumbangan nora & reformis yg keluar masuk lokap membela yb anwar ibrahim.
Untuk pengetahuan, kalau Nora di beri Nora tidak akan ambil. Nora tidak ada kepakaran utk menjalankan bisness 2.
Apa salah kalau Kerajaan Negeri run dan bagi kepada reformis untuk berniaga dengan yuran yang amat rendah. Salah ke? Memeberi org yang tidak tidak pernah kenal erti perjuangan hanya melahirkan kapitalis yg menyedut dari kalangan org susah. Adakah susah untuk kerajaan negeri membuka ruangan untuk berniaga dikalangan reformis tetapi tidak menyedut darah dengan melantik org2 YANG PENTINGKAN DIRI SENDIRI?
Untuk pengetahuan sekarang ini AlHAMDULILAH Nora cukup utk hidup dan utk membesarkan anak2. Nora tidak marah kalau yang dapat adalah mereka yang sahih dah berkorban dan amat malang sekali di beri kepada org tak orait dan bertindak dengan lesen kononnya seorang pejuang
utk anonymous 10.22 am
aik beriya2 back up skuad bogel ni?
ntah2 hang salah sorang dari mereka x?
xphm lg ker?c nora ni bkn nk projek la,dia lwn group penipu ni yg kononnya mgaku sebagai re4mis.
lain kali baca dgn teliti
SYABAS KEPADA NORA KERANA MEMBONGKAR KAN PERKARA INI...NIH LAH YG DIPANGGIL MUSUSH DALAM SELIMUT NAMANYA..BERJUANG TANPA KEIKHLASAN..ORG2 MCM NI MASIH BEROTAK UMNO..NI LAH MASALAHNYE...
KEEP UP THE GUD WORK AND BTW U ROCK BEB
Post a Comment