Wednesday, July 29, 2009

SKUAD BOGEL – siapa dibogelkan?

Nora maklumkan kepada pembaca laman ini bahawa itulah mereka yang pernah dinamakan skuad bogel. Mereka menyerang TS Khalid dengan harapan untuk dapat projek. Mereka juga pernah mengaku pada Nora bahawa mereka akan dapat projek itu hasil dari bantuan Zuraidah (MP Ampang) dan Azmin Ali ( ADUN Bukit Antara Bangsa). SMS itu Nora simpan dan akan Nora keluarkan tidak lama lagi.

Nora bukan pakar dalam politik atau dalam manipulasi politik tetapi Nora tahu bahawa nama Nora juga di gunakan konon-konon menyokong skuad bogel tersebut. Salah seorang dalam skuad bogel itulah yang Nora namakan lelaki yang tidak orait yang menyebabkan penderitaan yang selama ini Nora tanggung. Mereka dapat projek – hanya menggunakan nama REFORMIS sedangkan REFORMIS sendiri tidak pernah menggunakan pendekatan mengugut untuk mendapatkan projek.

REFORMIS ikhlas dalam memperjuangkan isu ketidakadilan dan isu kezaliman ke atas Anwar Ibrahim tetapi nampaknya REFORMIS terperangkap dengan menjadi alat bagi sesetengah pihak menggunakan nama itu untuk tujuan tersendiri – adakah ini tidak ada bezanya dengan pentadbiran kerajaan sebelum ini – khususnya di Selangor. Kenapa tidak ada pembaharuan. Kerana bazar seperti UP TOWN di gunakan untuk menjadikan sesetengah pihak kaya dan kononnya mahu membantu reformis. Kenapa tidak Kerajaan Negeri Selangor sendiri di bawah Majlis Perbandaran memberi ruangan peniaga dengan harga subsidi untuk reformis dari membenarkan segelintir PENIPU yang mengaku reformis menyedut darah peniaga sebagaimana kerajaan sebelum ini melakukan.

Kita perlu sedar bahawa perjuangan kita adalah untuk keadilan dan kita sering katakan bahawa kerajaan sebelum ini gagal melihat kepada kebajikan rakyat. Namun hari ini cerdik pandai Pakatan Rakyat tidak dapat memikirkan cara yang berkesan untuk mengubah sistem dan cara yang ada. Sistem sama sahaja yang digunakan – cara lama sehingga membenarkan penipu dan mereka yang kononnya berjuang untuk mengambil kesempatan. Cuba siasat siapa mereka yang diberi kerajaan Negeri Selangor projek itu. Mereka adalah REFOMIS BOGEL dan mereka juga adalah antara yang pernah diberi “MID NITE WALK SELAYANG” yang gagal beroperasi sehingga wang deposit yang di kutip hilang begitu sahaja. Tapi mungkin mereka berjasa kepada beberapa kepimpinan yang mahu memanipulasi politik Selangor. Nora tak tahu sangat fasal manipulasi ini tetapi Nora tahu sebelum mereka bercadang untuk membogelkan diri mereka juga dijanjikan projek UPTOWN oleh Zuraidah dan Azmin Ali – nanti SMS dia Nora pamerkan untuk menunjukkan kesahihan cerita Nora. Kaitan dalam isu ini, mengenai pemberian projek, skuad bogel, Azmin Ali, Zuraidah, Ramlan dan TS Khalid, nanti Nora tulis. Apa yang Nora nampak ialah Kerajaan Negeri Selangor dengan kepakaran korporat masih tidak mampu melakukan perubahan dan hanya menggunakan sistem lama sewaktu UMNO memerintah. Adakah ini reformasi.

Nora tak kira – kalau Nora sorang-sorang terpaksa bangkit – apa ada hal, Nora bukan takut dan Nora tak pernah terhutang budi pada mana-mana pemimpin. Nora akan gunakan pengalaman Nora dalam perjuangan refomasi – tangkapan keatan Nora dan kes-kes Reformasi sebagai sandaran untuk Nora memperkatakan apa yang Nora nampak. Kenapa tak boleh? Anwar Ibrahim yang mengajar Nora untuk bersuara, suara rakyat suara keramat, supaya tidak takut dengan risiko perjuangan dan bangkit menentang kezaliman. Nora akan bersuara !

24 comments:

Anonymous said...

dijemput layari http://airmataselangor.blogspot.com

cik Puan Nora saya mohon izin untuk salin artikel cik puan utk saya siarkan semula di airmata selangor

Anonymous said...

cik nora, jagalah anak2 cik nora. Mereka lebih memerlukan keperihatinan dari cik nora. Tak payahlah buang masa dengan reformis dan demonstrasi ni. Apa yg cik nora dapat? kaya ke jadi reformis ni sejak 1999? masuk penjara adalah..kena bayar saman/denda..ada anwar ibrahim jenguk? buang masa je..

C++ said...

Puan Nora,

Gua dari dulu lagi kurang setuju dengan geng-geng yang mengaku reformis nie... kerja takder cuma nak dapat nama, pangkat dan harta jer...

tak boleh pakai geng-geng nih... termasuklah TS Khalid Ibrahim...

Ttg TSKI ... ader gua tuliskan kat dalam blog gua... boleh baca kat sana..

Anonymous said...

Setuju dgn C++ Melayu yg asyik reformasi mana ada cina dgn india yg reformasi...depa tepuk tangan tengok kebodohan org Melayu lawan orang Melayu...

Cik Nora, tidak akan ada kerajaan yg bersih dalam dunia ni..sedarlah...kronisma tetap akan wujud...tak kira sesiapa pun memerintah...sedarlah pasal benda ni...takkan malaysia ni dah tergadai baru org melayu nak bukak mata ..baru nak menyesal

setuju dgn C++..orang yg reformasi ni semua nak kaya cepat ataupun berharap untuk dapat habuan...

at least walau korup mana kerajaan lama yg cik Nora tentang, hak orang melayu masih dijaga tidak dikompromi dgn bangsa lain)

pikir pasal masa depan anak cucu kita....

salam dan ikhlas

Ibnu Hasyim said...

Alhamdulillah, terus berjuang. Ikutilah landasan yang betul dan selamat dunia akhirat!

Anonymous said...

kalau nora dpt kontrak uptown, husband nora x dpt, dia pulak yg melenting.

itulah dunia.

yang pkr pusat ni pun satu, tgk² la nora ni, dia keluar masuk penjara unt bela anwar, pr & rakyat.

bantulah apa yg patut.

penduduk Bukit said...

Norazimah,

Biasalah tu, saya kenal sangat dengan Azmin ali dan zuraida. saya tinggal di Bukit Antarabangsa dan antara pengundi Azmin dan Zuraida.

Orang poiltik, belum ada kuasa dia cakap degar-degar, dah dapat...hancus, tengok aje, apa yang jadi kat Bukit antara Bangsa?

Azmin asyik salahkan MPAJ, Zuraida salahkan Federal government, habih siapa yang teraniya...?

PRU 13, nanti kita undi bebas, you nak bertanding? Take care, kesian tenguk you sekarang....

norazimah mohamad nor said...

Salam,

Sekali lagi Nora tegaskan bahawa Nora tidak minat nak projek sebegitu. Nora tahu apa yang mampu Nora buat dan apa yang tidak mampu Nora lakukan. Utk pengetahuan, Nora tidak minat berpolitik tetapi Nora percaya kepada keadilan dan bukan perjuangan untuk projek. Ini bukan masalah siapa dapat projek baik Nora ataupun ex Nora, tapi yang penting orang dapat projek itu mendapatkannya secara adil dan atas landasan yang betul.

Nora percaya bahawa definasi reformis perlu dibuat secara betul. Kita tidak mahu skuad bogel...memalukan golongan reformasi...menjaja nama reformis di beri ruangan sedangkan mrk yang benar ikhlas di campak ketepi.

Pokoknya dapat atau tak dapat projek tidak penting..keadilan penting ..mereka yang mendabik dada kononnya berjuang tetapi sebenarnya berjuang utk diri sendiri perlu di tentang. Bukankah ini janji kita dalam melancarkan reformasi.

Satu lagi Nora nak kata, Nora setakat ini tidak perlu bantuan, Nora ambil inisiatif sendiri utk memperbaiki diri. Nora masuk kelas, belajar dengan kawan-kawan demi untuk masa depan Nora. Itu untuk menjadi bekal Nora kelak.

Namun bagi Nora yang penting, kita perjuangkan rakyat dan bukan terbabit menyokong secara meng-khinzir buta kepimpinan yang tak orait...dah lah yang dulu itu pun tak orait.

Apa pun Nora harap bagi mereka yang layar blog Nora, at least baca dengan teliti dan terbuka. Pada teman yg telah menghantar SMS dan email - kata-kata semangat, teruskan perjuangan. Ini perjuangan kita bersama!

Anonymous said...

bagi si a, si b kata tak adil.

bagi si c, si b kata itu parti lwn,

bagi si d, dia x berparti, x untung la parti kita.

bagi si b, walaupon dia tak berkelayakan, tapi dia nak belajar, marah plak si a c d.

senang cerita, bagi "taiko" e, dia mmg dah lama dlm bidang ni, dia ada kewangan, dia boleh tlg tabungan parti, a b c d boleh "sewa" tapak kat dia ja la ...

last² taiko jgk yg untunnn. haiya!

Anonymous said...

erm anonymous 4.24am

betul lah,boleh bagi tapi jangan dengan cara menipu dan gunakan nama orang lain.

betul ke mereka ini nak belajar meniaga?ooohhh...kalau nak belajar meniaga kena ugut,dapat projek dan sapu projek ye?uwh...jadi budaya UMNO ni dah menular ke PR ya?

sebelum ni tempat tersebut adalah gerai2 makan dan tapak pasar malam yang hanya sekali seminggu tapi di alihkan ke tempat lain kerana jalan yang sibuk,selalu berlaku kemalangan dan sebagainya tapi di pindahkan.kenapa ye?

apa yang hebat sangat group ini sehingga boleh dapat tempat ni dan bileh berniaga tiap2 malam?

adakah terdapat unsur2 rasuah?????bak kata nabil...LU PIKIR LA SENDIRI!!!

BEB...lu jangan cuba nak tegakkan BENANG YANG BASAH LAAA....

rakyat maupun penyokong PR dah boleh berpikir dengan bijak tau.

Anonymous said...

ya. betultu anonymous 7:45

so skrg salah kepimpinan PR yg bagi projek kat kaki² ugut bogel ni.

yg bagi plak katanya azmin.

takkan kita tanak undi org kuat kita ni next election ? susah la mcm ni.

kalau betul² bersih, tarik balik kontrak projek yg geng² bogel ni dpt.

kita pemerintah, takkan tak boleh revoke ?

AnakMerdeka said...

Salam...

Kalau boleh saya ingin mulakan komen ini dengan satu pertanyaan. Apakah yang sebenarnya Nora dan para refomis perjuangkan dan inginkan?

Keadilan? Keadilan yang macam mana? Keadilan untuk siapa?

Sudah pasti orang yang memprotes biasanya merasakan dirinya teraniaya dan tidak mendapat keadilan. Jika mereka tidak teraniaya, tidak mungkin mereka memprotes. Jika memprotes untuk pihak lain, itu dinamakan pemimpin, tetapi nora mengatakan bahawa nora tidak minat politik dan tidak mengharapkan imbuhan.

Refomis sikaki bogel itu juga bukannya pemimpin atau ahli politik. Mereka adalah antara ribuan refomis yang merasakan diri teraniaya dan tidak mendapat keadilan. Lantas mereka mendapat apa yahg mereka kehendaki, walaupun sekadar tapak berniaga di Up Town.

Bukan bermaksud menyebelahi mereka. Samada cara tindakan mereka itu salah atau tidak, itu perkara lain. Tetapi mereka mengugut untuk mendaptkan sesuatu untuk diri mereka. Nah, sekarang mereka mendapat apa yang mereka kehendaki.

Yang penting ketahuilah, kita boleh memuaskan hati orang pada satu ketika, tetapi kita tidak mungkin boleh memuaskan hati semua orang pada setiap masa.

www.anak2merdeka.blogspot.com

Anonymous said...

salah itu anak merdeka,

Pertama sekali kita tidak mahu sistem sama di gunakan dalam mana kita mahukan pembahagian yang adil. Kerajaan Selangor adalah kerajaan baru yang berlandaskan keadilan. Jgn laungkan keadilan tapi sebenarnya tidak berusaha untuk menegakkan keadilan.

Hari ini kita lihat reformis yang banyak berjuang merasakan diri teraniya. Kenapa? Bagi mereka yang berjuang sekiranya keadilan turut di perlaku keatas mereka tentu mereka tidak marah. Malang yang tidak berjuang dan mengaku reformis hebat di beri ruang - secara relatif itu sebab ada yang marah.

Kerajaan Selangor pun satu, kalau nak menyediakan ruang berniaga sediakan lah, tetapi jangan tekan mereka dengan cara membuka uptown yg menyebabkan ada golongan yang tidak sepatutnya kaya menjadi kaya dan peniaga terus di tekan seperti sistem up town lain dalam kerajaan BN. Itu namanya melahirkan kapitalis dan bukan inisiatif berniaga. Banyak up town sebenarnya menekan peniaga. Konsep kebenaran up town adalah memberi peluang berniaga tetapi pembukaannya hanya untuk memberi kronis tempat untuk menekan peniaga.

Aku rasa lah, kalau bukan kerana tidak keadilan maka reformis lain tidak membantah tetapi kerana mereka yang dapat tidak layak dapat maka kerana itu timbul ketidakpuasan hati...

Anonymous said...

buat anakmerdeka

ko ni klu beri komen mesti komen2 yang ke arah provokasi kan.

klu xphm dan xreti nk baca,lbh baik ko jgn pndai2 nk beri komen orang tengah panas ngan SKUAD BOGEL NI.

REFORMIS2 TELAH DI ANIAYA OLEH SKUAD2 BOGEL

Anonymous said...

Walaupun kamu orang2 reformis.. jangan mudah fikir kamu dapat keistimewaan kerana kamu memperjuangkan anwar...silap besar tuan2..dan puan2..layanan samarata diberikan kepada semua rakyat...tak kiralah kamu ini reformis atau atas pagar...sekian...sedar dan hakikat apa yang anwar katakan... samarata samarasa...

AnakMerdeka said...

Salam..

Firstly, komen Anak Merdeka (AM) bukan bersifat provokasi dan tidak pernah pun berniat begitu. AM andaikan kita semua sebagai kawan, yang sedang bersembang di kedai kopi, bertelagah pendapat, tetapi bukan untuk bergaduh. AM dulu ahli PKR. Nanti la kalau senang-senang AM akan scann kad keahlian PKR yang AM ada dan tayang kat korang (mungkin ramai dari korang yang tak adapun kad keahlian PKR)

Keduanya, AM rasa tidak ada antara kita yang boleh memberi definasi sebenar berkenaan KEADILAN. Keadilan hanya dapat dinikmati oleh orang yang tahu menilai apa yang mereka perolehi. Orang buta tidak akan merasa diadili jika dia diberi sebuah motor atau kereta, tetapi dia akan cukup bersyukur jika diberi sebatang tongkat.

Serupa juga, jika kita ada dua isteri, seroang gemuk dan seorang kurus. Bila hendak membelikan kain untuk membuat baju, yang gemuk harus diberi lebih besar ukurannya berbanding yang kurus. Jika yang gemuk diberi sama besar ukurannya dengan yang kurus, itu bukan adil namanya.

Berbalik kepada golongan reformis, mereka sebenarnya mencari keadilan untuk diri sendiri (dalam bahasa yang biasa kita gelarkan kepada orang UMNO, menjaga tengkuk dan tembolok sendiri) Ini terbukti kepada skuad bogel. Dimana demostrasi yang mereka rancang nak anjurkan? Kenapa sekarang senyap? Jawapannya, sebab mereka dah dapat Up Town...

Kes Anwar hanyalah faktor. Cuba tanya kepada Nora, adakah dia berjuang sejak dulu, semata-mata untuk mendapatkan keadilan untuk Anwar? Atau adakkah kira rasa kerajaan yang ada sekarang ini terlalu zalim dan tidak berlaku adil kepada rakyat? Jawapannya sudah tentu tidak (harap Nora tidak nafikan).

Apa yang berlaku ialah, Nora telah dipinggirkan oleh orang yang sepatutnya membelanya dan melindunginya dan anak-anak. Bila dia rasa terabai dan teraniaya (oleh orang yang dia gelar 'orang yang tidak oright') dia mula merasakan semua yang berada disekelilingnya, tidak berlaku adil kepadanya. Kerajaan tidak adil kepadanya. Kalau bukan beragama islam, mungkin dia akan sanggup berkata tuhan tidak adil kepadanya.

Itulah sebabnya dia memberontak. Jika satu hari nanti, (di depan mata kita semua) Nora berjumpa dengan seseorang yang benar-benar mengerti akan keperitan hidupnya. Dapat membelanya dan dapat memberikan perhatian kepada anak-anaknya, kita pasti akan lihat, Nora tidak akan lagi berdemostrasi. Kerana ketika itu dia rasa telah mendapat keadilan yang sebenar yang dicari..

Percayalah cakap AM...:)

www.anak2merdeka.blogspot.com

Aziz_Kepong said...

salam,
buat anakmerdeka

mungkin apa yang saudara katakan dalam komen saudara adalah diri tentang saudara sendiri.

saudara juga pernah memberikan kenyataan bahawa saudara sebelum ini juga adalah salah seorang dari ahli parti keadilan dan juga sering turun ke jalan raya.

adakah kenyataan saudara komen ini mengenai diri saudara sebenarnya?kenapa saudara berpaling dan menyertai UMNO?adakah kerana saudara tidak lagi di pandang?adakah sudah tiada sesiapa lagi yang membela nasib?memberi makan dan minum buat saudara?adakah saudara berputus asa?adakah saudara tidak diberikan kereta?motor?basikal?dan adakah kerana saudara kecewa?
adakah mungkin saudara teraniaya?

JAWAPAN INI HANYA ADA PADA SAUDARA.

norazimah mohamad nor said...

Kepada anak Merdeka,

Kesalahan asas yang ramai antara kita lakukan adalah kerana membuat andaian. Di samping membuat andaian mereka meletakkan kata-kata dalam mulut seseorang – putting words into their mouth – itu silap sebagaimana silapnya kerajaan dalam membuat andaian apa yang terbaik untuk rakyat sedangkan input yang di terima hanya dari segelintir yang duduk sekelilingnya. Nora lebih terbuka dalam hal ini. Nora kritik kerajaan dan Nora kritik Pakatan Rakyat mana – mana yang tidak betul.

Sebenarnya apa yang Nora ceritakan mengenai lelaki yang tak orait adalah sedikit sahaja di samping banyak lagi isu yang menimpa keadaan keluarga Nora. Nora hadapi semua dengan rela dan ketabahan. Mungkin kalau mahu diukur perjalanan hidup Nora dengan anak merdeka mungkin anak merdeka sendiri akan tunduk mengakui bahawa perjalanan hidup Nora melayakkan Nora untuk berkata-kata.

Mendefinisikan keadilan dengan usaha mencari definisi yang tetap dan konklusif tidak akan tercapai tetapi bertindak dan melakukan usaha untuk menuntut keadilan adalah sikap yang perlu ada. Sebenarnya anak merdeka perlu sedar antara reformis yang ada adalah mereka yang hidup senang lenang sebelum ini. Mereka mengorbankan hidup mereka kerana perjuangan menuntut keadilan. Apakah ini tidak pernah saudara sedar ada dalam negara kita. Kita lihat cerdik pandai seperti Datuk Onn Jaafar, Burhanuddin Helmi dan banyak lagi kepimpinan unggul negara kita berkorban untuk perjuangan bangsa dan menuntut keadilan. Kita lihat pula pejuang seperti Tok Bahaman dan Mat Kilau – mereka patut lebih selesa duduk dan mengampu Sultan dari turun meneruskan perjuangan. Kita perlu mengerti bahawa ada antara golongan reformasi dari kalangan yang sebelum ini berjaya.

Sebenarnya apa yang berlaku adalah andaian yang tidak berdasarkan fakta konklusif. Nora menulis berdasarkan pengalaman biarpun sekolah tidak tinggi. Nora tidak akan membuat andai kalut seperti contoh-contoh orang berbini, kalau ada orang yang membela Nora maka Nora akan hilang semangat untuk meneruskan reformasi. Sebenarnya andai itu meleset. Setelah orang yang tak orait itu Nora tinggalkan usaha memperbaiki diri dilaksanakan dengan lebih sempurna. Kedudukan kewangan walaupun tidak mewah tapi cukup untuk membiayai sekolah anak-anak, menyekolahkan Nora sendiri dan mengambil peluang untuk berjalan-jalan melihat dunia yang luas tetapi dalam diri, perjuangan untuk terus memartabatkan bangsa dan menuntut keadilan tetap wujud. Jangan ambil mudah, kerajaan bagi subsidi dah kira adil. Keadilan adalah proses berterusan. Ia terus dituntut agar yang baik hari ini jadi lebih baik dan yang jahat hari ini bertukar baik. Perlu diingat perjuangan Nora bukan bermula dengan reformasi Anwar Ibrahim. Ia bermula dengan memperjuangkan tempat berniaga di Masjid India. Sehingga hari ini perjuangan di lakukan.

Kalau mahu berceloteh dan berceramah untuk menjawab tulisan anak merdeka pasti panjang tetapi satu yang Nora nak cakap,kehidupan selesa Nora hari ini, peluang yang ada untuk menyambung pelajaran walau dengan duit sendiri tidak pernah membutakan mata Nora untuk lupa kepada mereka yang menderita. Apa pun, anak merdeka perlu sedar satu, faham dahulu, dalami dahulu sebelum membuat andaian kerana andaian meleset mungkin menghilangkan nilai kemerdekaan kita. Sudahkah kita merdeka? Merdekakah kita orang Melayu? Dan yang penting sekali, benarkah anak merdeka ini merdeka!

Salam

July 31, 2009 6:14 AM

Sal_mi said...

anak merdeka

hang ni mcmana ni?hang paham ka dak apa yg d tls oleh c nora ni?

kereta merah kepunyaan nora dan pak nora,jantan yg xorait ni masih dok pakai lagi.hang habaq xdak sapa nak bela nora?jantan yg xorait ni la yg xdak sapa nak bela,ada projek depa sapu!kan sebelum ni nora yg bela jantan xorait ni.

nora hang pun 1,awat hang jadi pempuan bodoh dok tanggung laki?salah hang jugak,hang yg ajaq dia.semua hang provide sbb 2 dia dh mua.pempuan dok tanggung dia.

anak merdeka,hang ni lagu mana ni?LOKLAK sungguh la!

hang dah keluaq dari PKR kami dah lega...la ni MAMPUIH UMNO dok bela org LOKLAK mcmni!NAYA NAYA

Anonymous said...

PERJUANGAN YANG SIA SIA.

WANG RINGGIT,PANGKAT, KUASA YANG DIUTAMAKAN OLEH MANUSIA.

Anonymous said...

hek eleh.... reformis diri dulu sebelum memekak nak be-reformasi... pikir pikirkanlah... diri sendiri banyak tak betul nak membetulkan orang... pirah mabuk...

Anonymous said...

huuu.. best arr PKR.. pompuan bela jantan... mcm mcm ada...

oit sedarlah.. reformis diri dulu...

YUNGIE said...

ANONYMOUS 11:41AM

SEBELUM MENGATA ORANG,LEBIH BAIK AWAK CERMIN DIRI SENDIRI.

AIKK...MARAH NAMPAK?
NTAH2 AWAK SALAH SORANG DARI SKUAD BOGEL TERSEBUT TAK?

LAIN MACAM JE MARAH NI

Calipso said...

Assalammualaikum

saya sangat setuju menyokong penuh pendirian Nora.... asal penuh ikhlas... jangan bimbang jutaan yang akan menyokong dan membantu.

KEADILAN tidak ternilai harganya...

air mata dan darah rakyat yang menjulang mereka naik keatas dengan mudah dilupakan...