

Gerakan Reformasi menjemput ramai antara kita, tidak kira bangsa, usia dan dari mana mereka berada dan apa juga pegangan mereka untuk sama-sama memastikan perubahan. Mereka yang terlibat dalam gerakan reformasi akhirnya hadir sebagai satu keluarga besar yang terus - menerus memperjuangkan hak rakyat dan menuntut perubahan dari kerajaan yang ada hari ini - yang sombong dan bongkak melakukan mengikut selera mereka dan bukan kepentingan rakyat secara keseluruhan.Nora tidak nafikan ada yang dilakukan adalah untuk kesejahteraan rakyat tetapi dalam pada itu - mereka mengaut untuk kepentingan diri sendiri. Macam kalau kita cite pasal 1 Malaysia. Usaha ini adalah cetusan Pakatan Rakyat yang benar-benar mahu menggabungkan kekuatan dan ketuanan rakyat tetapi untuk kerajaan yang ada - satu Malaysia adalah usaha komersial - menjadikan satu retorik untuk mendapat sokongan tetapi tidak tahu makna sebenarnya 1 Malaysia. Jangan tipu lah...1 Malaysia ciptaan kerajaan BN sebagai satu cita-cita memartabatkan rakyat. 1 Malaysia ciptaan kerajaan adalah untuk manafaatkan politik UMNO dan BN yang semakin cedera - parah dan berdarah.
Berbalik pada gambar diatas, Nora hadir kerana ibu, Ganesan - salah seorang pejuang reformasi - Ketua Cabang Kepong yang sama-sama dengan Nora hadir untuk memperjuangkan hak rakyat. Nora hadir dalam upacara pengebumian ibu beliau - walau berlainan agama, amalan dan budaya tetapi kehilangan ibu pasti memberikan kesedihan yang sama - buat sesiapa sahaja. Bersabarlah. Nora hadir pada hampir jam 12.00 tengahari 20/11/2009. Turut hadir adalah Puspa dan Tian Chua.
Apa pun semangat kehadiran kami adalah semangat ikhlas dan bukan satu ciptaan kommersial BN ,1 Malaysia yang penuh dengan gimik kommersial - salam 1 Malaysia lah, konvensyen 1 Malaysia, larian 1 Malaysia dan esok - putu mayam 1 Malaysia, Bak Kut Teh 1 Malaysia dan macam2 produk kommersial 1 Malaysia - bagi memudahkan kapitalis tak bermoral meraih kekayaan.
Sori semua - laman tak update - sebok sket keje, apa pun kita cite lagi k....