Monday, November 23, 2009

Ganesan - kami masih bersama



Gerakan Reformasi menjemput ramai antara kita, tidak kira bangsa, usia dan dari mana mereka berada dan apa juga pegangan mereka untuk sama-sama memastikan perubahan. Mereka yang terlibat dalam gerakan reformasi akhirnya hadir sebagai satu keluarga besar yang terus - menerus memperjuangkan hak rakyat dan menuntut perubahan dari kerajaan yang ada hari ini - yang sombong dan bongkak melakukan mengikut selera mereka dan bukan kepentingan rakyat secara keseluruhan.Nora tidak nafikan ada yang dilakukan adalah untuk kesejahteraan rakyat tetapi dalam pada itu - mereka mengaut untuk kepentingan diri sendiri. Macam kalau kita cite pasal 1 Malaysia. Usaha ini adalah cetusan Pakatan Rakyat yang benar-benar mahu menggabungkan kekuatan dan ketuanan rakyat tetapi untuk kerajaan yang ada - satu Malaysia adalah usaha komersial - menjadikan satu retorik untuk mendapat sokongan tetapi tidak tahu makna sebenarnya 1 Malaysia. Jangan tipu lah...1 Malaysia ciptaan kerajaan BN sebagai satu cita-cita memartabatkan rakyat. 1 Malaysia ciptaan kerajaan adalah untuk manafaatkan politik UMNO dan BN yang semakin cedera - parah dan berdarah.

Berbalik pada gambar diatas, Nora hadir kerana ibu, Ganesan - salah seorang pejuang reformasi - Ketua Cabang Kepong yang sama-sama dengan Nora hadir untuk memperjuangkan hak rakyat. Nora hadir dalam upacara pengebumian ibu beliau - walau berlainan agama, amalan dan budaya tetapi kehilangan ibu pasti memberikan kesedihan yang sama - buat sesiapa sahaja. Bersabarlah. Nora hadir pada hampir jam 12.00 tengahari 20/11/2009. Turut hadir adalah Puspa dan Tian Chua.

Apa pun semangat kehadiran kami adalah semangat ikhlas dan bukan satu ciptaan kommersial BN ,1 Malaysia yang penuh dengan gimik kommersial - salam 1 Malaysia lah, konvensyen 1 Malaysia, larian 1 Malaysia dan esok - putu mayam 1 Malaysia, Bak Kut Teh 1 Malaysia dan macam2 produk kommersial 1 Malaysia - bagi memudahkan kapitalis tak bermoral meraih kekayaan.

Sori semua - laman tak update - sebok sket keje, apa pun kita cite lagi k....

1 comment:

AnakMerdeka said...

Salam,

Lama tak menulis. Mungkin kerana sibuk dengan butik.

Berkenaan 1Malaysia. Jika kita ikhlas, jangan peduli siapa yang empunya idea, samada idea pakatan rakyat atau idea BN.

Yang penting niatnya untuk menyatupadukan rakyat.

Jika dalam melaksanakannya, terdapat individu yang mencari keuntungan peribadi, maka yang itu yang kita harus tentang. Bukan dasar itu keseluruhannya.

Yang salah ditentang, yang betul harus disokong. Kenapa setiap yang dibuat oleh kerajaan harus dipandang sinis?

Rasanya nora dapat berniaga, dapat butik yang cantik, dapat lesen perniagaan, bukan atas bantuan Anwar Ibrahim atau PKR. Nora buat semua dengan tenaga empat kerat nora sendiri, dan kerajaan mengeluarkan lesen.

AM hormat setiap pendapat orang lain, termasuk rakan-rakan dalam parti pembangkang, tetapi dalam masa yang sama AM harap kita dapat berfikir secara rasional. Bukan ikut perasaan.


www.anak2merdeka.blogspot.com