Thursday, July 30, 2009

SMS - dapat projek!

Ini adalah SMS yang Nora janji untuk di pamerkan. Setakat ini Nora pamerkan kerana Nora masih mencari link antara sms ini dan projek yang di peroleh oleh Skuad Bogel. Adakah Skuad ini berkeja sama dengan Azmin untuk mendapatkan lokasi perniagaan. Kalau YA adakah Azmin antara mereka yang menentang secara senyap-senyap TS Khalid atau TS Khalid telah menjanjikan kepada skuad itu untuk berhenti dan memberikan mereka tapak downtown atas nama REFORMIS. Perlu diingat wakil dari Pejabat Menteri Besar ada berjumpa dengan reformis bogel - untuk settle kot, habis benarlah mereka turut terbabit dalam skuad reformis bogel.

Wednesday, July 29, 2009

SKUAD BOGEL – siapa dibogelkan?

Nora maklumkan kepada pembaca laman ini bahawa itulah mereka yang pernah dinamakan skuad bogel. Mereka menyerang TS Khalid dengan harapan untuk dapat projek. Mereka juga pernah mengaku pada Nora bahawa mereka akan dapat projek itu hasil dari bantuan Zuraidah (MP Ampang) dan Azmin Ali ( ADUN Bukit Antara Bangsa). SMS itu Nora simpan dan akan Nora keluarkan tidak lama lagi.

Nora bukan pakar dalam politik atau dalam manipulasi politik tetapi Nora tahu bahawa nama Nora juga di gunakan konon-konon menyokong skuad bogel tersebut. Salah seorang dalam skuad bogel itulah yang Nora namakan lelaki yang tidak orait yang menyebabkan penderitaan yang selama ini Nora tanggung. Mereka dapat projek – hanya menggunakan nama REFORMIS sedangkan REFORMIS sendiri tidak pernah menggunakan pendekatan mengugut untuk mendapatkan projek.

REFORMIS ikhlas dalam memperjuangkan isu ketidakadilan dan isu kezaliman ke atas Anwar Ibrahim tetapi nampaknya REFORMIS terperangkap dengan menjadi alat bagi sesetengah pihak menggunakan nama itu untuk tujuan tersendiri – adakah ini tidak ada bezanya dengan pentadbiran kerajaan sebelum ini – khususnya di Selangor. Kenapa tidak ada pembaharuan. Kerana bazar seperti UP TOWN di gunakan untuk menjadikan sesetengah pihak kaya dan kononnya mahu membantu reformis. Kenapa tidak Kerajaan Negeri Selangor sendiri di bawah Majlis Perbandaran memberi ruangan peniaga dengan harga subsidi untuk reformis dari membenarkan segelintir PENIPU yang mengaku reformis menyedut darah peniaga sebagaimana kerajaan sebelum ini melakukan.

Kita perlu sedar bahawa perjuangan kita adalah untuk keadilan dan kita sering katakan bahawa kerajaan sebelum ini gagal melihat kepada kebajikan rakyat. Namun hari ini cerdik pandai Pakatan Rakyat tidak dapat memikirkan cara yang berkesan untuk mengubah sistem dan cara yang ada. Sistem sama sahaja yang digunakan – cara lama sehingga membenarkan penipu dan mereka yang kononnya berjuang untuk mengambil kesempatan. Cuba siasat siapa mereka yang diberi kerajaan Negeri Selangor projek itu. Mereka adalah REFOMIS BOGEL dan mereka juga adalah antara yang pernah diberi “MID NITE WALK SELAYANG” yang gagal beroperasi sehingga wang deposit yang di kutip hilang begitu sahaja. Tapi mungkin mereka berjasa kepada beberapa kepimpinan yang mahu memanipulasi politik Selangor. Nora tak tahu sangat fasal manipulasi ini tetapi Nora tahu sebelum mereka bercadang untuk membogelkan diri mereka juga dijanjikan projek UPTOWN oleh Zuraidah dan Azmin Ali – nanti SMS dia Nora pamerkan untuk menunjukkan kesahihan cerita Nora. Kaitan dalam isu ini, mengenai pemberian projek, skuad bogel, Azmin Ali, Zuraidah, Ramlan dan TS Khalid, nanti Nora tulis. Apa yang Nora nampak ialah Kerajaan Negeri Selangor dengan kepakaran korporat masih tidak mampu melakukan perubahan dan hanya menggunakan sistem lama sewaktu UMNO memerintah. Adakah ini reformasi.

Nora tak kira – kalau Nora sorang-sorang terpaksa bangkit – apa ada hal, Nora bukan takut dan Nora tak pernah terhutang budi pada mana-mana pemimpin. Nora akan gunakan pengalaman Nora dalam perjuangan refomasi – tangkapan keatan Nora dan kes-kes Reformasi sebagai sandaran untuk Nora memperkatakan apa yang Nora nampak. Kenapa tak boleh? Anwar Ibrahim yang mengajar Nora untuk bersuara, suara rakyat suara keramat, supaya tidak takut dengan risiko perjuangan dan bangkit menentang kezaliman. Nora akan bersuara !

Tuesday, July 28, 2009

Reformis ??? Ancam' PR turut

Ini dia sebenarnya laporan Sinar mengenai mereka yang mahu berbogel dan kemudiannya menyepak ketuanya untuk mendapatkan projek kerajaan Negeri Selangor. Mereka ini kemudiannya diberi projek UPTOWN Seri Gombak Selangor. Kenapa mereka diberikan projek tersebut – biasalah mereka mengaku mereka reformis hebat dalam memperjuangkan agenda Anwar Ibrahim dan Menteri Besar Selangor masih buta, bukan kerana tidak nampak tetapi kerana tidak pernah tahu erti perjuangan, erti masuk keluar lokap. Antara yang dapat adalah lelaki yang saya kata tidak orait ini. Kenapa mereka diberi sedangkan mereka BUKAN REFORMIS sebenarnya.




Kadang-kadang Nora tertanya – adalah ini sebenarnya makna keadilan yang kita perjuangkan. Mereka ugut dan kerajaan Negeri Selangor membenarkannya. Nora tidak mahu bantai lebih-lebih tetapi Nora kesal dengan apa yang berlaku di Selangor. Adakah ini akan menjarakkan semula Melayu pada UMNO dan Melayu pada PAS.

Nora janji akan bertindak kerana mereka difahamkan mendapat tempat itu atas alasan reformasi. Ini tidak boleh kita biarkan berlaku kerana ini satu ketidakadilan. Bagi yang masih musykil lihat saja dan kita lihat Selangor pula mampu kecundang.

Tuesday, July 21, 2009

Pergi menunjukkan solidariti Teoh Beng Hock







Laman Web bagi menunjukkan solidariti terhadap Teo Beng Hock

Solidariti buat mendiang Teoh Beng Hock. Nora agak kecewa kerana Nora sampai lewat - tersasar direction. Tapi sampai ke kawasan rumahnya di Taman Sri Kelemak. Malang semua orang dah tak de....apa pun perjuangan memastikan SPRM itu bersih dan tidak berpihak adalah apa yang mahu kita capai.

Thursday, July 16, 2009

Sedikit rakaman dari Nora

Ini sedikit rakaman yang Nora buat melalui telefon bimbit :


video
Lihat kemarahan mereka - isu kematian Teoh Beng Hock

Kematian Teoh - perlu pembelaan!


Tragis Teoh Beng Hock

Nora hadir apabila mendengar kejadian kematian Teoh Beng Hock pegawai kepada Ean Yong Hian EXCO Kerajaan Selangor (DAP) - walaupun Nora tidak mengenali beliau tetapi agak terkejut dengan berita itu lebih-lebih lagi kejadian itu berlaku apabila beliau dalam kawalan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah. Lebih tragis lagi beliau dijangka akan berkahwin esok. Amat malang sekali dan pada keluarga mendiang , Nora ucapkan takziah. Nora hadir tadi di Pejabat SPRM Shah Alam dalam menunjukkan solidariti kepada keluarga Teoh dan turut mendesak agar punca kematian di peroleh segera. Kerajaan tidak boleh menutup insiden tragis ini. Nora yakin sekiranya kerajaan meneruskan usaha menutup insiden seperti ini maka rakyat tidak akan teragak-agak untuk menuntut keadilan walau dengan apa cara sekali pun. Nora percaya rakyat akan berada membantah dan mendesak agar mereka yang bertanggungjawab atas kematian Teoh di dakwa dan keadilan diberi kepada keluarga beliau.



Gambar dari Malaysia Kini

Melihat tadi tunang Teoh, Nora menitiskan air mata - turut bersimpati atas apa yang terjadi. Pasti keluarga mendiang terkejut dengan tragis yang menimpa. Andai ini perbuatan SPRM, kita harus tuntut agar kematian beliau terbela. Ini satu musibah bukan sahaja kepada keluarga Teoh tetapi kepada rakyat Malaysia sendiri. Kita perlu bersatu menangani insiden buruk seperti ini berlaku. Ini satu KECELAKAAN!


Wednesday, July 15, 2009

Reformis itu - reformis bogel


Salam,


Tulisan kali ini adalah untuk memberi justifikasi mengenai kenyataan Che Bard mengenai gerai – Down Town yang telah di beri kepada reformis. Ini yang Nora nak bagi tahu Che Gu Bard sebagai kepimpinan Parti Keadilan Rakyat Malaysia (PKR). Nora dapat tahu memang ada tapak down town telah dianugerahkan oleh Kerajaan Negeri Selangor kepada mereka yang konon-kononnya bergelar REFORMIS.

Malang sekali Bard, Nora mungkin terasa Kerajaan Negeri Selangor keliru dengan apa yang dimaksudkan reformis itu. Nora terangkan sebelum ini – bagi kerajaan Negeri Selangor, reformis itu adalah mereka yang mengugut untuk berbogel dan mereka adanya di kenali sebagai “reformis bogel”. Yang dapat projek itu – maksud Nora bukan dapat tapak tetapi diberi hak untuk membuka Down Town – konon untuk reformis tetapi hampas. Mereka yang dapat hanya mengaku reformis dan kalau mereka bagi reformis untuk menyewa pun mereka caj dengan harga RM 350 dan mereka yang bukan reformis – atau reformis bogel itu diberi hak ke atas tapak itu dan untung berganda-ganda. Nora bukan iri hati dan Nora tidak kisah kalau mereka dapat asalkan mereka benar-benar reformis dan telah banyak berkorban untuk perjuangan tetapi agak terkilan kerana antara yang dapat itu adalah “lelaki yang tidak orait”. Lelaki inilah yang telah pernah memukul, menipu dan menghancurkan masa depan anak Nora kerana tidak bertanggungjawabnya. Chegu Bard pun tahu kan, Chegu Bard sendiri datang melawat ke hospital tempoh hari untuk melihat anak Nora.


Ini adalah antara mereka yang pernah menggugut untuk bogel - reformis bogel yang di beri hak down town oleh Kerajaan Selangor -di Sri Gombak

Chegu Bard, ini Nora nak tanya, apa sebenarnya kerajaan Pakatan Rakyat turut buta dengan erti keadilan. Apa makna keadilan – adakah perjuangan keadilan itu hanya untuk mendapatkan kuasa? Adakah tidak, keadilan untuk semua itu bermaksud keadilan secara menyeluruh. Kenapa kepimpinan tidak usul periksa kepada siapa mereka anugerahkan hak tapak tersebut? Adakah itu keadilan?

Chegu Bard – Nora nak tanya lagi – mereka reformis ke? Apa dia reformis sebenarnya dan adakah mereka layak di gelar reformis. Keadaan ini sebenarnya dah banyak menimbulkan kekeliruan. Nora tidak mengharapkan anugerah tapak tetapi Nora kesal dengan cara pengendalian Kerajaan Negeri Selangor yang semakin lama tidak nampak membantu mereka yang pernah membantu mereka untuk duduk pada kerusi yang mereka ada. Mungkin dengan tindakan mereka – dengan anugerah kepada mereka yang tidak layak – mungkin mereka ( Nora ulangi mungkin) mungkin adalah proksi dan mungkin ada yang tidak kena dengan pemberian projek down town. Mungkin adalah rasuah ? Mungkin ada share? Mungkin ada kepentingan tertentu kepada orang yang memberi? Nora akan selongkar demi keadilan. Nora akan mula bercakap demi keadilan dan kalau keadilan tidak wujud dalam apa yang pernah Nora perjuangkan bersama-sama Che Bard dulu, maka itu adalah perjuangan baru Nora menuntut keadilan. Nora akan mula bersuara sekiranya Nora tidak nampak keadilan dalam Pakatan Rakyat sekali pun. Apa pun Nora tidak akan berpihak kepada UMNO seperti fitnah yang di buat sekarang ini terhadap Nora.

Bard – kita patut mula menggoncangkan kepimpinan yang tidak pernah tahu mengenai perjuangan reformasi – tetapi kini duduk seolah-olah mereka tahu apa makna perjuangan. Mereka hanya timbul sewaktu kemenangan – lantas menggagalkan makna pengorbanan demi perjuangan.

Monday, July 13, 2009

Sinar dan Harian Metro – laporan tepat, Utusan seperti biasa manipulatif

Benar – 13hb Julai 2009, Nora bersendirian hadir ke mahkamah. Nora di tuduh pada 9.10 malam – 16 Julai 2008 di hadapan ibu pejabat polis kontinjen Kuala Lumpur memaki polis, dan di tuduh di bawah seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 (Akta 336) yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM 100. NORA MENGAKU SALAH – ya mengaku salah.

Memang Nora
hamun polis itu. Pada hari tersebut ada dua orang di tahan – Anwar Ibrahim pada lingkungan 1 tengah hari dan Nora pada malam itu membantah penahanan Anwar Ibrahim. Akhirnya Nora terpaksa berulang alih ke mahkamah dan membela diri sendiri secara bersendirian.

Nora terpaksa membayar denda – itu, tapi Nora tidak merayu untuk mengurangkan denda. Maaf bukan “style” Nora. Nora bersalah maki hamun polis setelah Nora di asak oleh polis itu yang pada Nora mengeluarkan kata-kata yang agak biadab pada Nora.

Kata Superintenden Sulaiman Salleh, balik pergi main bola – dan boleh ada di baca sebagai “go back and play ball atau balls” - wah.....penjawat awam yang
dapat gaji dari ihsan rakyat senang-senang nak enjut rakyat.

Tapi BENAR – Nora maki dia dengan mengatakan dia bodoh – tapi Nora bahasakan juga k
epada polis itu supaya berhemah dalam melakukan tugas. Namun NORA MENGAKU SALAH kerana tidak tahan lagi untuk menghadiri mahkamah. Nora ada hampir 13 kes yang belum diselesaikan – semuanya untuk REFORMASI.

Dengan menuduh bukan-bukan – konon Nora orang Ezam dan sebagainya sebenarnya wujud. Itu yang kadang kala Nora jadi anak tiri guaman. Buat Kak Lat – Nora adalah orang yang di gelar penjilat tanduk kerbau – logo PRM dulu apabila bersetuju untuk penyatuan antara PRM dan PKR.
Tapi tak pe lah...anak tiri guaman – pun anak tiri lah....tapi Nora tidak kisah – mungkin Kat Lat pun dah serik ambil kes – kes macam ini. Tapi yang lagi kurang ajar adalah Utusan Malaysia – bila masa Nora merayu untuk kurangkan denda. Nak merayu kurangkan denda – sorry ! Nora mengaku salah maki hamun polis kerana sebab lain – kurangkan kes Nora yang bertimbun itu dan tak larat nak ke mahkamah apa lagi kes macam ini – hadir sendirian aje. Ahhhhh bayar aje RM 100.00 esok mungkin kena bayar lagi dan lagi dan lagi – sampailah mungkin polis itu sedar tugas mereka pada rakyat dan bukan kepada kepimpinan khususnya yang korup. Tapi apo nak di kato – Utusan Malaysia la ..kan....dah di cap sebagai akhbar manipulatif untuk kepentingan tertentu. Itu sebabnya utusan Malaysia ini semakin kurang di baca. Asyik menulis untuk mengampu...terus mengampu...esok tutup pun fasal mengampu. Nora lebih suka baca laporan Sinar Harian dan Harian Metro, lebih tepat......NORA TIDAK MERAYU ..... Apa pun Nora sentiasa percaya kepada prinsip perjuangan Nora – itu tak de sesiapa boleh ubah.... Mungkin satu hari ini .....ala berangan la ni ...nak tengok gak Anwar Ibrahim tetiba hadir pada kes reformasi......ala selama ini kita hadir ke court untuk kes dia tak kan sesekali tidak boleh hadir kes kita............baru lah terasa macam kepimpinan itu perihatin kepada perjuangan rakyat - kan suara rakyat suara keramat. Mungkin satu hari nanti k...so kepada mereka yang asyik ke mahkamah untuk di bicarakan ...pasang harapan ok...suatu masa nanti...di hari yang indah....ku sebut nama mu lalu......kau hadir....( modifikasi lagu M.Nasir sikit) tak nak asyik Micheal Jackson kan!....bye...esok cite lagi

Thursday, July 9, 2009

Terima Kasih JIM dan rakan reformasi

Salam,

Beberapa foto yang perlu Nora muatkan untuk tatapan semua rakan-rakan reformasi.


Nora semasa kenduri di rumah Rosli Ibrahim - so good to have meet all of you

Nora bersama Era ( Isteri CheGu Bard ) dan anak mereka

Gambar ini Nora dan anak-anak Nora bersama Kak Nashita dari JIM yang telah banyak membantu Nora dalam menguruskan tragis yang menimpa anak Nora. Semoga ALLAH SWT sahaja yang dapat membalasnya.




Perjuangan di teruskan - hapuskan mereka yang oportunis

Salam buat semua,

Perjuangan menuntut keadilan, menuntut agar sikap perikemanusiaan hadir , sikap hormat-menghormati dan menghapuskan mereka yang hanya berpaksikan kepada kepentingan sendiri dalam memimpin dan menerajui negara ini tidak pernah luntur dari Nora. Kalau ada suara-suara sumbang mengatakan bahawa Nora menyertai UMNO maka bukan sahaja suara itu sumbang bahkan penyampai itu sendiri sumbang.

Nora masih berdiri di kalangan pejuang yang Nora rasakan mereka ikhlas berjuang. Nora tidak akan membiarkan mereka yang berpura-pura berjuang tetapi hanya hadir dengan sikap oportunis hanya mahu mengaut dan membusuk-busukkan nama reformasi dan reformis.

Ini Nora gesa untuk kita bantah dan untuk kita hapuskan kerana musuh dalam selimut adalah musuh utama yang akan menghancurkan usaha kita demi mencapai keadilan buat semua rakyat Malaysia. Nora tidak faham kenapa mereka ini masih terus dibelai oleh kepimpinan PKR amnya dan PR khususnya. Mereka sepatutnya lebih arif dalam mengenal pasti sama ada yang ada di depan mata adalah pejuang untuk keadilan atau pejuang untuk tembolok mereka sendiri. Kenapa tidak tanya, kenapa tidak ada inisiatif untuk mengetahui kerana kepimpinan yang tidak mengetahui, bukan seorang pemimpin yang baik malah tidak salah kalau kita katakan bahawa mereka sama buruk dengan perbuatan yang dilakukan oleh pihak oportunis itu.

Nora akan kembali semula..menuntut keadilan, menuntut hak dalam memperjuangkan agenda yang besar, membebaskan diskriminasi dan tindakan kejam kerajaan yang memerintah yang selama ini lupa pada rakyat. Perjuangan yang sama akan Nora lakukan sekiranya kalangan kita juga lupa pada rakyat kerana Nora lahir dari penderitaan rakyat dan hadir dalam perjuangan ini untuk sama-sama menegakkan suara rakyat suara keramat.

Nora tidak meminta habuan wang ringgit tetapi cukup sekadar kepimpinan melakukan sesuatu perkara dengan adil dan penuh ketahuan. Andai itu sudah luntur maka sia-sia pengorbanan ratusan ribu rakyat yang bangkit sama-sama memperjuangkan agenda reformasi.

Apa pun Nora bertekad untuk meneruskan apa yang Nora lakukan, bersama-sama rakan yang ikhlas berjuang untuk menegakkan kebenaran dan untuk melahirkan satu sikap yang mengutamakan perlakuan baik, murni dari sikap yang hanya mementingkan diri sendiri. Nora akan hadir semula dengan agresif, tetapi sekiranya kita leka dalam memastikan pasukan kita jujur dan bersih maka perjuangan kita turut akan terlempar najis yang amat menjijikkan. Kita bangkit sekali lagi setelah retak tulang-tulang ini bertempur, kita bangkit sekali lagi bagi memastikan keadilan dan kita bangkit sekali lagi agar nilai kemanusiaan di utamakan.

Sunday, July 5, 2009

Rahmat Harun

video

Sempat juga Nora merakamkan bacaan sajak Rahmat Harun yang benar-benar menyentuh perjuangan ini. Maaf cuma rakam pakai handphone aje...

Malam Seni Rakyat

Nora hadir pada program Malam Seni Rakyat


Bersama Cikgu Hee Kai, Umi Hari dan Siti Aishah

Bersama rakan blogger dan penyokong reformasi

Bersama Pyan Habib

Kagum dan benar-benar terharu dalam kekentalan mereka untuk terus memperjuangkan keadilan. Semangat Reformasi mereka tidak luntur sungguhpun mereka terpaksa berkorban untuk program ini. Syabas kepada rakan Nora Afandi, Black, Meor, Rahmat, Nik dan semua yang hadir. Tahniah juga kepada YB Lee Kim Seng. Nanti Nora ulas lagi mengenai Malam itu.

Wednesday, July 1, 2009

UGUT ,DAPAT PROJEK FENOMENA BARU DALAM PR?


Norzairi Jantan ( lelaki yang tak orait - hujung kiri) juga pada mulanya pernah menjadi Skuad Berani Bogel
Gambar di atas adalah antara mereka yang pernah menjadi ahli Skuad Bogel. Adakah wajar lelaki yang tak orait di bantu dengan hanya konon2 mengaku reformis hebat?

Budaya baru ? Fenomena baru ? Apa semua ini. Adakah ini keadilan atau ini sebenarnya corak dan cara baru untuk kita menuntut sesuatu. Kita ugut, kita serang , kita langgar tanpa etika. Akhirnya yang benar ke tepi dan yang rakus dan tidak bertanggung jawab memperoleh segala-galanya.

Adakah pemimpin masih tidak faham-faham lagi? Adakah mereka tidak nampak atau mereka tidak tahu? Pernah ada orang komen dalam blog ini,bahawa reformis tidak menuntut balasan kerana perjuangan itu adalah ikhlas. Namun, apakah keikhlasan itu juga menjadikan kita lemah dan lesu lantas membiarkan saja nama reformis di jaja oleh orang yang tidak bertanggungjawab menggunakan nama untuk kepentingan sendiri. Akhirnya semua nama reformis lain terbabit di burukkan sebagai golongan orang yang tidak ikhlas berjuang.

Bagi Nora,membantu orang yang tidak bertanggungjawab, mendahulukan mereka, tunduk pada ugutan-ugutan mereka adalah tindakan yang tidak wajar. Ini juga bagi Nora sama seperti menikam mereka yang benar-benar ikhlas berjuang. Ingin Nora tegaskan di sini, ini bukan masalah iri hati atau dendam dan cemburu tetapi ini adalah bentuk-bentuk ketidakadilan yang amat mengecewakan reformis yang selama ini tidak hadir menuntut pembalasan perjuangan.

Keadaan inilah yang wujud dan keadaan inilah yang membentuk kecurigaan kita terhadap kepimpinan yang ada. Mereka perlu tahu dan sekiranya mereka tidak tahu maka mereka tidak ada bezanya dengan kepimpinan UMNO yang ada.

Sebenarnya, perkara-perkara ketidakpuasan ini wujud dan baru-baru ini sewaktu Nora menghadiri kenduri persandingan anak kepada abang Anwar Ibrahim iaitu uncle Li, Nora terdengar suara-suara ketidakpuasan ini timbul di kalangan aktivis-aktivis reformasi yang selama ini mendahulukan perjuangan dari kebajikan mereka sendiri.

Kelmarin selepas Nora bawa anak-anak keluar makan, Nora sempat singgah sebentar ke Masjid India untuk bertemu teman-teman di sana dan bertanyakan khabar mereka dan melihat tempat Nora berniaga. Banyak kenangan di sini,yang baik dan yang buruk terbayang di fikiran Nora. Nora masih ingat satu ketika dulu tong tempat niaga Nora telah di terbalikkan dan Nora di herdik di depan orang ramai dan di jerkah oleh lelaki yang tidak “orait” hanya kerana Nora menuntut untuk mendapatkan khidmat Majlis Agama tentang status perkahwinan Nora yang di ragu setelah lelaki yang tak orait ini berkali-kali melafazkan cerai kerana pembabitan dia dengan wanita-wanita. Lelaki yang tak orait ini, setiap kali terbabit dengan wanita lain beliau sering berjanji dan bersumpah untuk menceraikan Nora. Alangkah hiba hati seorang isteri apabila mendengar sendiri kata-kata dan janji lelaki yang tak orait ini kepada wanita tersebut.

Lebih memburukkan keadaan, apabila Nora enggan bersama lelaki yang tak orait ini kerana Nora meragui status Nora setelah lelaki yang tidak orait ini seakan menggugurkan talak berkali-kali. Lagi durjana bila lelaki yang tidak orait ini mengucapkan kata-kata berikut-ala, aku boleh tanggung lah dosa tu, apabila Nora menolak untuk bersamanya.

Begitu banyak kenangan di jalan Masjid India ini, ini lah tempat Nora berhempas pulas mencari rezeki untuk membesarkan anak-anak dan sehingga menyuapkan nasi pada lelaki yang tidak orait ini yang hanya tahu duduk dan hanya bercerita perihal politik dengan kawan-kawanya.

Tapi kehadiran Nora kali ini lebih mengejutkan, bila lelaki yang tidak orait ini, tidak bertanggungjawab dan tidak gugur sedikit pun keringat dalam gerakkan reformasi diberi ruang dan peluang semata-mata menggunakan nama reformis. Alangkah malunya mereka ini mengugut untuk berbogel-satu perbuatan yang memalukan namun mungkin menguntungkan. Ugutan mereka ini menyebabkan ada kepimpinan yang tunduk lantas memberikan projek-projek tertentu semata-mata takut mereka ini membogelkan diri dan menunjukkan ....di khalayak ramai.

Begitu terkejut Nora bila Nora dan teman-teman kami pergi minum,macam biasa kedai mamak di belakang sungai-masjid India mengatakan bahawa ,lelaki yang tak orait ni termasuk 3 dari teman-teman nya dapat projek untuk menjalankan uptown yang terletak di Seri Gombak, berhampiran Pejabat Pos dan Maybank. Kabarnya lelaki yang tak orait ni telah mula mengedarkan borang-borang pendaftaran untuk menyewa tapak-tapak uptown tersebut.

Lelaki yang tak orait ni dan juga temen-teman mereka sebelum ni adalah ahli-ahli dari skuad reformis bogel dan sebelum ini bukan main lagi mengutuk pemimpin dan pimpinan yang ada dalam PR, aik…apa dah jadi ni?

Ada fenomena baru dalam PR ke? Ugut mengugut untuk mendapatkan projek yang konon nya untuk puak reformis dan untuk membantu reformis, katanya. Betul ke? Reformis yang mana tu agaknya ye? Sedangkan mereka sendiri tidak cukup syarat untuk mengelar kan diri mereka sebagai reformis,apa lagi sebagai pejuang.

Apa yang buat kan lagi tak best ialah,salah sorang darinya yang tidak pernah beri nafkah pada keluarga dan anak-anak dalam jagaan bekas isteri dan lelaki yang tak orait ni tidak bercerita pula pada teman-teman bahawa dia telah menceraikan isterinya. Bila jumpa pimpinan dan minta projek dia akan cakap-saya suami Nora, tolonglah saya. Kami dah banyak berjuang untuk parti. At least berilah kami makan untuk anak-anak dan isteri kami. Isyikk jijik dengarnya.

Alangkah hina perbuatan nya ini,dan bagi Nora sesiapa yang telah membantunya tanpa usul periksa tidak akan menguntungkan parti malah akan menyebabkan para reformis yang ikhlas berjuang memandang serong pada konsep keadilan yang di laung-laungkan sebagai tunggak perjuangan kita.

Wow,senangnya ye? Apa kredibiliti yang ada pada lelaki yang tak orait ni dan teman-temannya? Sapa pula reformis-reformis yang dapat petak dan peluang berniaga di uptown kepunyaan dia? Dan berapa banyak pula wang yang akan di kaut atas alasan palsu yang diberi?

Demi kebenaran, Nora terpaksa meluahkan semua ini dalam blog Nora dan ini di lakukan kerana Nora tidak sanggup tengok kepalsuan yang ada.

Apa yang lelaki tak orait ni tak pernah buat pada Nora?

Pukul Nora dalam waktu mengandung mulai mengandung anak pertama dan seterusnya, pukul anak Nora sehingga Nora terpaksa buat laporan polis. Penderaan seksual sehingga ada percubaan yang tidak sanggup nora tulis. Nafkah? Jarang-jarang sekali dengan alasan bisnes nora ok, kalau minta pun, kami terpaksa bergaduh besar dan Nora juga pernah minta walau hanya seringgit tapi jawapan ini lah yang Nora sering dapat- AKU TAK ADA DUIT,KAU NAK BUAT APA KAU PUNYA SUKA LAH! PERGI LA REPORT POLIS DAN MENGADU KT KADI.

Adakah ini orang yang patut kita bantu. Nora hari ini mendapat sedikit kekuatan dan Nora telah bebas dari cengkaman beliau. Nora tidak mahu lagi menoleh ke belakang dan Nora mahu terus meniti,memperbaiki dan membentuk kehidupan yang lebih baik.

Nora akan mendapatkan khidmat guaman untuk menyelesaikan kemelut antara Nora dan lelaki yang tidak orait ini. Nora amat berharap perkara ini akan dapat di selesaikan dengan segera dan pendedahan ini bukan untuk memburukkan perkara yang sudah buruk tetapi untuk menyedarkan kepimpinan supaya lebih peka dalam melaksanakan keadilan. Mereka ini bukan pejuang sejati,mereka adalah oportunis yang tidak bertanggungjawab yang tidak sepatutnya di dahulukan berbanding dengan pejuang-pejuang reformasi lain yang telah banyak berkorban untuk gerakan reformasi menuntut keadilan.