Wednesday, July 16, 2008

MAKLUMAN

Saya telah diamanahkan untuk memberi maklumat berikut oleh Norazimah Mohd Nor sebentar tadi sekiranya perkara ini berlaku :

NORAZIMAH MOHD NOR telah di tahan sebentar tadi

kerana terlibat dalam demonstrasi di IPK Kuala Lumpur


Semoga beliau di beri kecekalan untuk meneruskan perjuangan.

9 comments:

Unknown said...

Mudah-mudahan Allah mengurniakan negara ini dengan lebih banyak lagi srikandi yang bernai menentang kerajaan zalim seperti Nora!

Saya mendoakan kesejahteraan Nora dan keluarga.

Anonymous said...

NORA yang dikagumi dan disayangi..


JOM JOIN PAS JOM!!!!

Anonymous said...

I admire your guts. Semoga Allah melindungi dan sentiasa memberi kesejahteraan kepada Nora dan anak-anak. Kita perlu ramai pejuang-pejuang berani seperti ini bagi menentang kerajaan yang zalim.

Anonymous said...

ajak lah geng Gerakan Reformasi Ampang yang hebat2 tu... kam mereka tu kuat, hebat bereformasi!

Anonymous said...

tabah kak nora.sabar...

Anonymous said...

Noooraaaaaa......!

Malangnya sekarang saya duduk jauh dr KL. Tapi kalau Nora dah kena....Kita akan menyusul selepas ini! Teruskan perjuangan...Nora memang berani...Wanita besi!

Kita hidupkan kembali semangat 'reformasi' 98!!!

Anonymous said...

Sabarlaahh.. 98,mmg aku join reformasi.. Tapi kali ni rasa confuse pun ada.. Kenapa DSAI tak berani bersumpah???? Berani kerana benar... 2 ulama' dlm negara dah syorkan DSAI bersumpah. Tup tup Ulama luar jugak digunapakai... Kalau DSAI berani bersumpah dengan nama Allah yg dia tak buat, aku dan dibelakang aku ada 300 orang ahli yang akan menguatkan barisan REFORMASI...

Anonymous said...

Sabarlah...cuma doa mengiringi puan. Tapi saya terkilan tindakan puan yang mana sudah terdetik dihati semasa mendengar laporan dari radio ketika memandu pagi tadi, mungkin puan adalah wanita yang dimaksudkan. Tindakan yang dilaporkan adalah puan mencaci dan menghina pengurusan PDRM. Itu sahaja yang tidak baik, tidak kena, tidak islamik dan tidak demokratik sebenarnya. Harap puan mengambil ikhtibar dari kesalahan lepas. Jangan ikut nafsu, kenapa kita memburuk-burukan PDRM? Walaupun saya bukan anggota PDRM, sedarlah, mereka yang menjaga keamanan kita. Bandingkan negara jiran Thailand @ Indonesia; Polis mereka lagi berkeras dan kasar. Jangan bangkitkan sentimen kemarahan orang lain kerana ada pihak lain menggunakan kita sebagai perisainya. Fahamilah tugas PDRM. Tindakan kita umpama meludah ke langit, terlepek ke muka sendiri. Siapa untung? tiada yang untung; cuma musuh2 kita yang gembira melihat perkembangan ini.

Sekian...bersatulah untuk Perkara 3, 32, 38 dan 132 Perlembagaan Persekutuan Malaysia.

Anonymous said...

Menurut makluman yang saya terima, DSAi akan bersumpah pada keadaan yang sesuai. Ok kalau dia bersumpah skrg, dia tetap di tangkap. Tetapi kalau di bersumpah setelah semua anjing2 buat tuduhan tentu anjing2 yang buat tuduhan itu paling terror diam.

Apa pun kalau kita fikir logik - seorang peliwat tidak akan takut bersumpah kerana nak tak nak di memang telah dilaknat tuhan. Bagi isu Anwar Ibrahim dia tahu bila di mahu mulakan sumpahnya.

Menurut SUN pula, st tadi aku dpt, keengganan beri DNA adalah tahu manipulasi awal mereka, ingat dulu pun dah ambil DNA test - tup tap teruk juga dia kena.

Ini kes Anwar tidak lagi percaya dengan sistem yang ada.

Polis janji bagi sampai 2pm - aleh aleh 1 jam awal dia kena tangkap. Janji macam tu pun tak leh nak penuhi....