Friday, July 4, 2008

Mana "Aci" keikhlasan kita di soal - tamak mereka tak plak kita tegur

Salam,

Weiiiii, ramai pula yang mendesak meminta Nora menulis dan menulis. Katanya seronok dengan celoteh Nora...hihihi..... Apa pun Ahad ini kita akan berhimpun di jalanan untuk mendesak agar harga diturunkan...oppps maaf bukan jalanan tetapi...kita adakan perhimpunan Protes Se Juta Rakyat dalam Stadium Kelana Jaya untuk membantah kenaikan harga minyak dan kos kehidupan. Weiiii....Nora kena bantah juga kerana terdapat kenaikan kos saraan hidup sehari-harian. Ini zaman mahu membesarkan anak-anak, bayaran sekolah, yuran tuisyen dan perbelanjaan lain semakin hari semakin me-roket tinggi. Nora kena hati-hati kalau tidak terbabas. Kali ini tak mahu terbabas lagi – perjuangan mesti diteruskan tetapi kita mesti ada duit untuk berjuang (bukan Nora kata...........siapa yang kata macam itu rasanya semua dah tahu...kalau tidak cari lah)....biarlah...biarlah.. Pada Nora kenyataan itu tak betul. Perjuangan bukan berlandaskan duit semata-mata tetapi perjuangan adalah kesanggupan berkorban – apa bentuk sekali pun – hi hi hi cikgu sekolah menengah tak ajar ini – kat Universiti pun tak ajar – tapi yang ajar bapa Nora seorang bekas askar biasa.

Tapi kali ini Nora tidak mahu menulis mengenai isu-isu lain selain dari – khabarnya REFORMASI ke-2 akan berkumandang semula. Wahhhh REFORMASI lagi....beratus ribu di Jalan Tuanku Abdul Rahman – menjerit-jerit konspirasi baru yang dilemparkan kepada Anwar Ibrahim. WAHH ini membawa nostalgia lama. Adakah REFORMASI 1998 akan berulang semua pada 2008? Adakah mereka yang pada waktu itu gah dengan berani akan timbul balik? Adakah mereka sanggup melalui semula apa yang pernah mereka rasa – tanya apa yang telah terjadi kepada mereka setelah Anwar Ibrahim keluar – tanya lah – jangan tanya yang “anonymous” dalam blog Nora yang kadang-kadang hanya tahu mengkritik dan memburukkan orang tapi mahu mengambil tanggungjawab atas tulisan mereka. Nora sedia di hubungi – ada nombor, ada muka kat blog – ada yang tak de muka – tak de nombor melalak kata orang ambil duit itu dan ini. Marah sket – opps tak leh gitu kan – sabar...

Sebenarnya apa yang Nora nak sampaikan adalah kita semua ini manusia. Manusia memerlukan perkara-perkara tertentu untuk terus hidup. Kawan Nora pernah pesan kat Nora – kemiskinan mendekatkan kita pada kekufuran. Hari ini setelah 10 tahun terlibat dalam reformasi dan setelah melalui kehidupan yang penuh kepayahan Nora sedar apa ertinya keadilan. Keadilan perlu dituntut. Keadilan tidak seharusnya dipadamkan dengan alasan keikhlasan. Keadilan sepatutnya untuk semua – dan mereka yang mengeluh kesempitan hidup setelah berjuang sepatutnya tidak dikritik sebagai tidak ikhlas sebaliknya dibantu sebagai rakan seperjuangan.

Selalunya mereka inilah yang dilabel tak ikhlas – di saran, kena ikhlas dalam berjuang,supaya tidak mengharapkan balasan dan semua balasan akan diberi oleh ALLAH. Itu memang benar – tetapi kenapa kalau kita nampak ketidakadilan kita bangkit berjuang – kenapa tidak dibiarkan ALLAH menentukan segala-galanya. Bukan macam itu lumrah hidup. Kita perlu memastikan kehidupan kita dan tidak akan berubah kehidupan kita kalau kita tidak berusaha mengubahnya – waduh....banyak Nora belajar sejak buka blog ini.

Hari ini REFORMIS dituntut bangkit – atas nama perjuangan kecil – ini SMS yang Nora terima. Tapi rata-rata bila Nora tanya kawan-kawan Nora – mereka berkata, sudahlah tu Nora. Kalau orang mempersoalkan keikhlasan kita suruh dia aje berjuang – jangan menaip tapi menyorok belakang papan kekunci komputer mengenai keikhlasan – dia lupa mereka pun kena ikhlas tengok kita – makan ke tidak. Kawan Nora itu sehingga ini masih bersama dengan reformasi tetapi memastikan perniagaan kecilnya ada untuk menyara hidupnya. Nora juga nasib baik ada kerja dan ada sedikit perniagaan untuk menyara hidup setelah bergelumang dengan perjuangan reformasi.

Apa pun pegangan kita – memang kita akan bangkit untuk menentukan keadilan – ini sebati tetapi dalam kesebatian ini, perkembangan terbaru yang Nora tengok betul-betul tidak meyakinkan Nora. Seolah-olah kejayaan untuk orang yang sudah sedia ada kaya. Seolah-olah oportunis yang lebih dibela dan bagi mereka – kita tidak boleh mempersoalkan keikhlasan mereka – hanya keikhlasan kita sahaja yang boleh dipersoalkan.

Satu pesan Nora kepada mereka yang memberi komen ala-ala cerdik pandai – tunjukkan muka – bagi nombor hand-phone, jadi orang yang berani – setidak-tidak berani berdebat dengan Nora yang bukan dari Universiti biasa – kolej peniaga jalanan – bak kata Hishammuddin – Universiti Rakyat. Hi Hi Hi ..bukan frust tetapi dah belajar sedikit -sedikit . Mana "Aci" keikhlasan kita dipersoalkan , tamak mereka tak nak pulak kita tegur .

15 comments:

Aku Anak Silaun said...

Salam,
sudah2 la Pn. Nora. Takkanlah sampai tua nak kena kencing dgn Pemimpin yg ada agenda ni...agenda peribadi dia utk jd PM.
Aku ni dulu reformis jg mcm Pn. Nora, tp bila aku tgok pjuangan dah lari dr kiblat...cepat2 aku taubat.
Dulu lg aku agak, time susah memang ceta pasal pjuangan. Bila dah menang, sibuk dgn m'agihkn habuan...hingga tlupa kwn2 yg kena simbah air b'asid, cota FRU, kena belasah polis etc...
Pn. Nora, MB Selangor , TS Khalid tu 1998 dulu, dia d mana?

KHAIRUL NAZRI said...

HI...

Saya adalah salah seorang yang sama-sama berada didalam proses reformasi 10 tahun dahulu. Walaupun saya masih percaya bahawa kita harus menuntut keadilan dari semua segi namun begitu saya menolak cara meraih keadilan itu hanya berdasarkan ikutan dan dipengaruhi oleh pihak-pihak yang berkepentingan diri.

Saya amat memahami bahawa kita semua menghadapi pelbagai masalah akibat kenaikan harga petrol baru-baru ini yang mana kenaikan ini meransangkan kenaikan-kenaikan barangan serta perkhidmatan yang lain.

Saya menghadapinya dengan fikiran yang terbuka bahawa ini adalah ujian terhadap kehidupan saya di dunia ini. Pada fikiran saya, saya boleh terima sekiranya kerajaan menarik terus subsidi minyak. Walaupun perit seketika namun saya tidak perlu melahirkan sebarang bantahan, saya tidak perlu berhimpun di tempat-tempat tertentu terjerit-jerit membuat bantahan.

Saya percaya, setiap apa yang kita semua hadapi ini boleh di kekang melalui muhasabah diri. Kita sebenarnya boleh menurunkan harga seekor ayam dengan tidak membelinya atau membeli dengan kuantiti yang rendah, kita boleh mengurangkan penggunaan petrol dengan mengurangkan perjalanan kita yang tidak perlu.

Kita boleh meningkatkan ekonomi orang melayu dengan tidak berurusan dengan peniaga lain.

Semuanya bergantung pada diri kita sebenarnya.

Kita boleh lihat sekarang bangsa lain berlumba-lumba mengejar ilmu, mengejar kemajuan samada diri, keluarga dan masyarakat. Tidak kisah akan situasi politik terkini kerana kedudukan mereka amat kuat. Tetapi, bangsa kita kini berada di dalam keadaan dimana kita tidak mempunyai apa-apa untuk mempertahankan diri.

Kekalutan yang melanda kita semua ini adalah kerana para pemimpin kita sebenarnya tidak ikhlas dari semua segi. Kenapa? Jiwa ini sebenarnya ada pada setiap orang melayu. Kita nampak ketidakadilan pada pemimpin tetapi pernah tak kita melihat ketidakadilan kita pada orang-orang yang berada disekeliling kita.

Saya sudah lama meninggalkan reformasi ini. Saya nampak reformasi hanya mempaksikan kepada satu pihak dan kita hanya menurut dan mengiyakan apa yang mereka kata. Fikiran kita dialihkan kepada sesuatu yang kita boleh terima dan sesuai dengan jiwa dan kehendak.

Jika mereka mahu kita berarak di setiap pelusuk kampung, kita akan buat, jika kita disuruh memecahkan setiap apa yang ada di sekeliling kita, kita akan buat.

Bukan apa sebenarnya..seronok, gembira, puas kerana tuntutan jiwa kita sebenarnya sudah dipenuhi. Ibarat hubung seks juga.

Jadi, pada fikiran saya, selepas ini akan ada reformasi setiap minggu, pihak polis akan berterusan melakukan sekatan jalan atau sebagainya, suratkhabar akan terus laris, produktiviti kerja kita akan menurun, harga minyak akan terus naik, roti canai akan terus naik, perjalanan kita akan terus meningkat, jalan-jalan utama akan terus sesak, urusan kita akan kerap tergendala, jiwa kita akan terus memberontak, sembahyang juga akan pasti terlepas. Kelahiran blog-blog akan bertambah, siber-siber kafe akan penuh dengan surfer-surfer yang selain dari melihat gamabar dan video porno kini akan beralih membaca blog-blog yang menarik perhatian mereka dan bangsa kita Melayu akan terus bersengketa.

Celaka sungguh lah kita hari ini. Mencampakkan diri ke dalam kemusnahan...

Anonymous said...

Nampaknya sudah ada orang berputus asa. Nampak buat mcm mana, satu orang yang pergi ada 10 orang baru dalam perjuangan ini. Ini bukan utk DSAI, ini untuk rakyat Malaysia.

Ayuh rakan2 sertai perhimpunan 6 Julai ini di STADIUM KELANA JAYA untuk PROTES harga minyak kerana kita sudah GERAMM. Kita berjuang hingga ke titisan minyak yang terakhir. Silalah ke http://www.GERAMM.org untuk tandatangan tanda protes kenaikan harga minyak.

Rakan2
Jangan Lupa layari blog saya di http://khairilazuar.wordpress.com
bagi komen setiap artikel yang saya tulis. …ada artikel baru

Anonymous said...

dear nora

ya disetiawangsa pun menghadapi benda yang sama ... pejuang yang berjuang selama 10 tahun dipinggirkan ... yang diangkat adalah org org kaya yang cuma nampak muka bila kemenangan telah terbayang.

Tapi sebagai org lama anda perlu berjuangan. Sekarang nie kita bukan saja kena berjuang di luar tetapi didlam.

antara kelemahan pahlawanan jalanan mereka tidak mahu pangkat dan darjat... mereka berjuangan dengan tenaga, air mata dan darah ... kita perlu terus berjuang didlm bahagian masing masing jika tidak ... budaya umno, mca dan dap akan meresapi jiwa malaysia baru

roh_insan said...

Salam.

Antara pesan Rasullullah saw(hadis) dlm bab menuntut ilmu yang wajib ada tiga perkare n telah ditetapkn olih ulamak seperti berikut:

1.usulluddin.
2.feqah.
3.tasawuf.

Antara sabda Rasullullah "tdk sempurna iman andai tertinggal salah satu".Malah sabda Nabi(saw) lagi,mafhunnya:"Tdk sekali-kali diterima amal ibadatnya walaupun menunaikan haji di Mekah".

Berbalik kpd soal cerite sensasi yg sdg hangat kini,terlalu yg ramai memberi hujah hingge ketahap yg amat taksub,caci mencaci,kutuk mengutuk n smp ade yg sanggup mengambil ckp2 n kerje2 tuhan.

Andai kite berkate mmg Dsai meliwat tanpa kebenaran bukti2 dibentangkn make kite telah mendahului Tuhan yg belum lagi ingin membuke aib hambe Nya.Begitu lah juge andai kite menafikn dgn sekeras kerasnye pd per,yg belum pun Tuhan tunjukkn kebenaran nye.

Dgn YAKIN kite kate HANYA BN YG MAMPU MEMERINTAH M'SIA make kite telah pun syirik kpd Allah,krn Dia lah yg tau ape yg di dpn n ape yg dibelakang kite(antare maksud ayat kursi"Kamu tdk tau ape yg ade didpn kamu,dibelakang kamu sehingge Aku beri tau kamu).

Kite lihat iman kite,adakah sempurne sblm memaki n mengate org,adakah kite benar2 berpegang pd Al-Quran n hadis,apekah kite bertenang atas tiap2 ketentuan Allah,bukan kah sdh di khabarkn didlm Al-Quran "Tiap2 yg hdp akn mati.Kami akn menguji kamu semue dgn keburukn n kebaikn sbg cubaan yg sebenar" Al-Anbiya:35.

Kite mrh bile dituduh tdk beriman,itu lazim nye berlaku pd umat Muhammad.Namun ape berlaku bile terjd sesuatu BURUK kpd diri atau org2 yg kite suke,kdg2 tanpe disangke dgn sengaje kite menolak kpd rukun iman yg ke 6.(untung baik dr Allah untung rugi pun dr Allah).

Bertenang lah,jgn di ungkit2 ape yg telah sdh,kite tiade kuase tuk menghalang tiap sesuatu,kite hanye berushe,tp kehendak Allah jue lah ape n bakal terjadi.

Andai ditakdirkn Bn pupus di bumi M'sia ini,susun lah bgi mana pun,tipu lah bgi mane pun,PASTI JUGE AKN BERLAKU.Andai ditakdirkn Dsai tdk akn menjadi PM,berefomasi lah saban mlm n siang make PASTI TDK AKN BERLAKU.

Mari lah kite USHAKN bagi kemakmuran M'sia mengikut acuan parti masing2 tanpe mempersende n mencaci parti lain,jdkan lah sebagai salah satu usha2 murni kite didlm membantu sesame manusie disamping mengejar Rahmat Allah.(antare firman Allah"Beruntung lah org2 yg Aku beri rahmat n celake lah org2 yg Aku sesat kan")

Mmg dah jd dasar pemimpin akn mempertahankn DIRI masing2,meraih sokongan ahli masing2,kite lah yg harus bertenang,tp bkn beerti tdk menyokong,namun berpade pade,hilangkn emosi n sentiase ingat pd janji2 Allah.

Selaku manusie saye akn ushekn utk bersame turun pd 6july,jd tak jd,minyak turun tak turun itu bkn urusan saye.

Sempurnekah iman kite.
Wallahhuallam.

qstravel said...

Salam Nora,
Kalau nak ikutkan memang tak Aci betul lah tu.. tapi perlu di ingatlah ya..Dalam kita nak memperjuangkan hal yg melibatkan untuk byk org sedangkan akhir nanti apa kah front line tu nanti akan di sanjung atau nanpak hasil nya.Kejadian 1998 cukup byk memberi kesan sehingga hari ini.Kalau nak teruskan juga, buat lah melalui saluran yang selamat, jg sampai anak2, adik2,remaja2 yang melihat hasil kerja kita tu di jadikan contoh utk mereka lakukan nanti bila ada saja peluang dan ruang untuk mereka memberontak.Keadaan sekarang ni sangat runcing dan merunsingkan.Boleh buat tapi, jgn melatah, silap langkah lain jadi nya.Kenaikan ni bukan hanya di Malaysia.Malasaalah dunia yang mana satu saat pasti akan terjadi cuma menunggu masa sahaja.Sebaik mana sekali pun misti ada turning point nya.Perkara ni berlaku kepada semua hal.Cuba tenang2 kita fikir2kan.Insyallah akan dpt jawapan nya.Jawapan itu lah yg akan membantu utk menyelesaikan sebahagian masaalah hari ini.Erti kata lain, tindakan individu misti di dahulukan bagaimana utk kita hendak menyelesaikan 1.masaalah kita 2, anak2 3,ahli keluarga,4.sahabat handai dan rekan seperjuangan 5.lain2.
Kalau kita menghadapi masalah..cuba Pn Nora fikir..siapa kah yg akan sama membantu? 5.4.3.2.1 kah atau 1.2.3.4.5?
Saya akan, 1. diri sendiri lah, kalau jatuh kita akan bangun walaupun masa tu kita luka,cedera ..baru bersuara minta tolong dan org yg terdekatlah yang membantu.
Jadi...fikir2kan lah//
utk mengetahuan Pn Nora, saya balik pasar tiba2 sayur naik gila.Balik rumah, terus saya cari benih kangkong,sawi,kacang panjang,buncis,k.botol saya tanam.Kerana tempat tinggal tak ada kawasan besar..saya ambil plastik, taruk tanah hitam letak tepi2 pagar.Sekarang dah boleh nampak hasil.Saya jimat RM30 seminggu x 4 = RM120.00.Pergi kerja tak bawa kereta dah, saya naik bas.rupa2 nya lagi best.Tiap hari jumpa member kat bas, saya ajak dia pergi melawat ke Jakarta=Bandung harga RM1280.00.Setakat satu bulan ni saya dah dapat hampir 60orang nak ikut.Pergi sana beli barang dan jual kat sini.Logik kan..
Sebelum ni saya naik kereta..mana jumpa orang.Kegawatan ekonomi ni lah yg merubah diri saya yang dah 15tahun tak naik bas.Situasi ni berubah kita misti berubah tapi jgnlah emosi.Kalau kita rasa susah,selalu bayangkan ada org lain lagi susah.Anak2 pun turut berubah nampak nya.Sebelum ni saya jarang berkebun, tanam bunga adalah.Anak2 pun turut sama siram sayur..best//
so..kalau nak bincang2 nak cari nak tambah2 rezeki..pse email me ..aida_bizlink@yahoo.com
pandai tu tak lah..tapi insyaalah ad saja..peluang selepas keadaan ekonomi hancur ni.Gara2 adik2,rekan2 sekerja..keloh resah..tiap hari.Jadi otak saya ni berfikir terus macamane..fikir punya fikir..alhamdulillah ada byk idea pulak..//ok lah gitu je lah ya..
maaf lah kalau komen saya ada yang tak kena...kite relax je//kalu serius sgt nanti, otak kite serabut...

Tulang Besi said...

Nora Kata:

". Kalau orang mempersoalkan keikhlasan kita suruh dia aje berjuang – jangan menaip tapi menyorok belakang papan kekunci komputer mengenai keikhlasan – dia lupa mereka pun kena ikhlas tengok kita – makan ke tidak. Kawan Nora itu sehingga ini masih bersama dengan reformasi tetapi memastikan perniagaan kecilnya ada untuk menyara hidupnya. Nora juga nasib baik ada kerja dan ada sedikit perniagaan untuk menyara hidup setelah bergelumang dengan perjuangan reformasi."

MY REPLY: Nora, mana ada org tamak. Kao ingat Khalid Ibrahim tu jadi kaya ke sbb jadi MB? Semua kerajaan negeri bekas tngn UMNO nak bankrap.

Terpaksa ambik tindakan drastik nak selamatkan kewangan negeri

Kau tak sedar ke?

lepas tu kao nak tuduh sapa tamak ni Nora?

Pasal Keikhlasan, kau ingat Khalid, family Anwar tu semua tak ihlas ke?

Yang sebenarnya org suspek keikhlasan kao sebab kao beriye sgt sokong Ezam.

lagi skali aku nak tanya, brapa Ezam dah janji kat kau ni?

Duit, rumah, pinjaman bank? Apa dia yang dah dijanjikan Ezam kat kau?

Kau sebenarnya membuat org sangsi. Kao nyokong sgt Ezam sdgkan Ezam belot dgn perjuangan yang kao pegang sendiri.

Ezam kata ezam masuk umno sbb nak perjuangkan melayu. Mana ada dia kata nak perjuangkan reformasi dlm UMNO.

Berentilah ngarut Nora. Kao memang patut dipersoalkan.

hahahahahaha

Tulang Besi said...

woii orang,

kao cakap apa ni hah? Kalau dia nak jadi PM baik dia masuk UMNO, sokong segala yang Mahazalim nak dulu, termasuk sokong anak Mahazalim mentekedghah duit Petronas.

Apa la kao orang. Taraf kau ni org, jadi mamak teh tarik pun tak layak, tau tak.

Hakikatnya org dah suspek Nora akan mengkhianati perjuangan reformasi.

Sbab dia merestui pengkhianatan Ezam Mat Nor.

Aku tak marah Nora persoalkan Azmin dan Khalid Jaafar hancur tu.

Tapi kenapa tak persoal Ezam? Kenapa tak soal RM2juta Ezam dpt join UMNO?

Tu tak termasuk segala bala projek dan kronisma yang dia dapat.

Sudah la org, baik kau tumpu kerja asasi kau, pencacai angkat najis.

Lagi mulia kerja pencacai angkat najis kau dari kau mengarut kat sini.

Tulang Besi said...

wanitasetiawangsa tulih:

"
ya disetiawangsa pun menghadapi benda yang sama ... pejuang yang berjuang selama 10 tahun dipinggirkan ... yang diangkat adalah org org kaya yang cuma nampak muka bila kemenangan telah terbayang."

MY REPLY: apasal tak lawan? Kalau mamat tu betul2 tak buleh harap, lawan la.

Jgn bagi can la. Kenapa duduk senyap mcm tak orghang bengap. Lawan la mamat tu.

Tak kira la dia kaya ke, miskin ke papa kedana, makan babi ke.

Lawan tetap lawan.

Paham tak? Asyik komplen je sampai bila kerja tak jalan.

Kenapa kao ni bengap sangat hah?

norazimah mohamad nor said...

salam perjuangan pada sahabat dan terutama tulang besi...

tulang besi,

Nora tak nak komen banyak,kamu asyik menyalak pasal Ezam dan Nora.Hari itu kamu bertanyakan pada Nora berapa Ezam bayar Nora,kamu menyalak yang Ezam tu Abang Nora dan sebagainya tapi Nora masih boleh bersabar.

tulang besi,

Dapatkan butir-butir yang saudara nyatakan yang Ezam bayar Nora.Nora tak kisah orang suspek Nora atau apa tapi Nora nak kamu buktikan yang apa kamu cakapkan itu benar.

Kamu terlalu taksub pada seseorang sampaikan kamu tidak boleh terima mereka dikritik.

Setiap kali kamu layar blog Nora,kata-kata kamu penuh dengan maki hamun,sumpah seranah,tuduhan dan setiap kali Nora baca komen kamu,Nora malu dengan perlakuan dan perangai kamu.

Ya Allah,sejahil-jahil Nora,Nora tak menjerit,maki hamun,mencarut, menuduh dan sebagainya.

Tulang besi,

Nora tunggu bukti dari kamu....di atas apa yang kamu cakapkan.Demi Allah, Nora tidak takut untuk menghadapinya.

Buktikan atau selamanya nanti Nora akan kata kamu penipu.

Nora akan turun esok ...kenalkan diri bila jumpa Nora. Setidak-tidaknya Nora percaya kamu bukan penakut.

Salam

Anonymous said...

Salam kak Nora,

Yang kak nora layan beruk tulang besi karat 2 wat apa. Blog dia sebenarnya tak laku, so dia sibuk popularkan diri dia di blog ini. Cian orang nak cari tempat dan populariti.

Kak Nora , jangan layan dia. Orang tahu kak Nora siapa. Orang tahu sejauh mana pengorbanan Nora. Org yang suspek Nora dia sorang aje. Kot-kot Kak Nora tak layan dia kot.

Pesan saya pada si tulang karat

Gi pada blog sendiri, buat cite ko, pas2 cite ko berjuang cam mana. Kot-kot asyik duk mengekori pemimpin.

Anyway Khalid bagi hang berapa banyak da...sure lebat punya kan..aku suspek lah org macam ko, ko pergi menyalak kat blog sendiri la...

Anonymous said...

salam.teruskan reformasi,jangan mundur.dari surabaya

Anonymous said...

Salam Nora, kawan lama yang tidak mahu memperkenalkan diri (buat masa ini)

Kononnya kau x terlibat dengan PKR, eloklah itu. Demi Allah lepas kes Saiful aku cukup benci dengan GAY TUA yang x sedar diri itu. Menyesal aku selama 10 tahun bersama-sama mereka yang berjuang untuk GAY TUA hipokrit itu. Tetapi masih ramai yang buta hati, tidak dapat melihat kerosakan yang berlaku hari ini adalah akibat ketamakan dan kerakusan GAY TUA itu bermain politik untuk menonjolkan dirinya sendiri.

Selagi dia x bersumpah seperti yang disarankan oleh Dr Asri/Nik Aziz selagi itu akan terus menyumpah dia supaya Allah jatuhkan kehinaan ke atasnya sehingga dia mampos. Pasti aku tak bersama-sama dengan golongan GAY TUA cilaka itu.

Aku tahu kau x pernah taksub dengan GAY TUA itu, berhati hati supaya tidak terlibat membantu GAY TUA itu menipu rakyat malaysia yang mengharapkan perubahan iklim pemerintahan.

Aku harap kali ini Allah menghukum dia kerana dia menipu rakyat Malaysia yang dahagakan perubahan, kejahatannya mengorek aib orang demi untuk menutup pekongnya sendiri, semuanya untuk memenuhi ajendanya yang gila kuasa.

Sorry Nora, setelah seminggu membaca semua pandangan dan pendapat dalam forum, blog dan sebagainya, aku yakin aku kena menyumpah GAY TUA cilaka itu ..

penyamun said...

islam tu indah.........
pjuangan krn bmatlamat utk msyariatkn hukum islam insyallah sentiasa dlm kberkatan.. ayuh saudari tanamkn kazaman mari bsama kte bjuang dan mletakkn target pjuangan kte kearah jln yg btul.... org yg bjuang ikhlas krn islam insyallah sentiasa bada dlm keadaan yg selesa wlupun sentiasa dtekan n dtindas.. smgt mcm saudari amt dtagih.... :-)

Aku Anak Silaun said...

Pn. Nora aku stuju btul dgn pendapat pn. pasal tulang besi tu, ah merapu la c tulang ni,

Tulan Besi, tolong jawab...
1. TS Khalid time reformasi menggelegak 1998 dulu, dia kat mana?

2. DSAI, kalau dia ditakdirkan jadi PM slps th 1998 mlalui UMNO, wujud ka reformasi, PKR dan Pakatan Rakyat?

Ini semua agenda peribadi la...utk jd PM!!! itu ja