Salam,
Lama betul rasanya tidak menulis. Tapi beberapa hari ini Nora amat sibuk dengan tugasan harian dan juga perniagaan Nora kat Masjid India. Nasib baik anak Nora dapat mengganti ibunya dalam urusan perniagaan. Nora sayangkan mereka dan Nora tahu mereka sayangkan Nora sebagai ibu mereka.
Kadang-kadang membaca komen-komen liar segelintir mereka benar-benar menunjukkan sikap tidak bertanggungjawab mereka. Mengutuk itu dan ini – tanpa memikirkan apa yang ditulis benar-benar menunjukkan keperibadian penulis komen tersebut, ahhh tapi Nora tak kisah. Nora teruskan apa yang Nora percaya baik untuk masyarakat. Perjuangan yang dikatakan mahu “glamour” sebenarnya bukan sesuatu yang “glamour”. Jadi artis memang “glamour” tapi setakat masuk keluar lokap itu bukan “glamour” – itu bagi Nora adalah perlambangan sikap Nora dalam mempercayai makna perjuangan.
Itulah pengorbanan yang sedikit Nora lakukan untuk anak-anak Nora dan anak-anak kita kelak. Setidak-tidaknya mereka sedar bahawa yang tak betul perlu diperbetulkan dan sikap diam -menyorok bagi Nora adalah sama dengan menyokong perkara-perkara yang tidak betul yang dilakukan oleh kepimpinan/pemerintah negara ini. Kalau betul kita katakan betul dan kalau tidak kita katakan tidak.
Dalam masa beberapa hari setelah Nora di bebaskan, Nora banyak menerima SMS. Terima Kasih kepada mereka yang terus memberi semangat kepada Nora. Nora akan teruskan perjuangan biar apa juga keperitan yang bakal Nora lalui. Apa pun sikap lawan tetap lawan masih ada pada jiwa Nora.
Semasa dalam lokap memang banyak sekali fikiran Nora melayang. Nora terfikir perbezaan antara perjuangan reformasi sewaktu itu dan sekarang. Nasib baiklah Nora dah biasa kena tangkap jadi Nora tidak begitu gerun. Tapi kalau ada adik-adik kita yang baru kena tangkap Nora pasti mereka akan rasa resah dan terkilan – dibiarkan berseorangan kerana sewaktu Nora ditangkap – Anwar Ibrahim turut di tangkap. Maka ramailah mereka di tempat Anwar Ibrahim – melaungkan reformasi dan membakar lilin.
Sebenarnya bagi mereka yang ditangkap atau dilokap - laungan reformasi oleh penyokong adalah simbolik solidariti, bukan untuk glamour tetapi pembakar semangat. Mungkin Nora kena tangkap sewaktu Anwar Ibrahim turut kena tangkap dan ini sebenarnya ada beza. Namun bagi penyokong reformasi – kalau ada adik-adik kita yang baru bergelumang dengan reformasi – di tahan, ajaklah kawan-kawan bagi “support” – jangan biarkan dia keseorangan.
Tetapi paling terkejut adalah bila Nora dengan saudara Nora bercerita - pengalaman mereka ke rumah Anwar Ibrahim. Sekarang dah tidak macam dulu lagi. Sekarang ramai antara mereka timbul mahu jadi orang kiri kanan Anwar. Jaga “gate” – tak bagi orang masuk – alasan keselamatan dan kena ada pas masuk dan sebagainya. Adik – adik baru yang nak mengenal erti reformasi terketepi – bukan itu aje mereka yang rancak sebelum ini memperjuangkan reformasi turut disoal siasat sebelum dapat masuk ke perkarangan rumah Anwar Ibrahim – wah hebat – itu sebab mungkin sejemput saja orang berada di perkarangan rumah Anwar Ibrahim – tak macam dulu, penuh program dan berduyun-duyun ramai yang datang lantas mengerti apa sebenarnya yang berlaku dan apa sebenarnya yang perlu kita lakukan.
Tapi mungkin suara lantang dan deras orang kecil – seakan berbisik kedengarannya tetapi suara orang besar biar berbisik – kuat didengari maka tak ubah lah kita seperti mereka yang turut dan tidak mahu berganjak biar ketua-ketua mereka jelas melaksanakan kemungkaran. Pernah Nora dengar orang berkata, follow like buffalo...jangan lah kita jadi macam itu. Satu lagi jangan terlampau jahat berprasangka mengenai orang – kalau yang tak faham kita fahamkan – kalau orang nak berjinak-jinak dengan reformasi kita ajak bersama – kerana misi sebenar adalah untuk menyebarkan bukan untuk mengecilkan. Kalau UMNO nak tahu mengenai perjuangan kita bagi tahu – kita dengarkan mereka – Nora yang tak tinggi pelajaran pun tahu perkara ini kenapa – unit keselamatan kita sibuk – “itu orang UMNO jangan bagi masuk” kalau gitu gayanya maka reformasi itu bukan sesuatu yang akan membesar malah akan bertambah kecil. Apa pun kepada bekas-bekas komando yang menjaga – jaga lah dengan keterbukaan bukan mengecilkan makna reformasi.
Nora akan menulis lagi bila ada kesempatan – Nora nak cerita mengenai perjuangan reformasi dahulu dan sekarang – apa pun sampaikan salam Nora pada Anwar Ibrahim sekiranya mereka yang membaca blog Nora berjumpa dengan beliau dan ada pas masuk untuk masuk berjumpa Anwar. Nasib baik tak kena beli tiket masuk - haru biru jadi nya.
Salam
nnora75
14 comments:
Nora yg dihormati,
Saya sekadar nak kongsi pandangan, dan ingin menyatakan sokongan moral kpd Nora yg saya anggap sebagai serikandi dlm perjuangan reformasi. At least biarlah Nora tahu bahawasanya Nora tidak keseorangan dlm perjuangan ini..!
Sebagai 'orang kecil' - malah jauh lebih kecil dari Nora - saya pernah tersepit pendirian di antara 'perjuangan utk menuntut reformasi DAN perjuangan utk mendapatkan kerusi (p/raya)'.
Pada akhirnya saya mengambil jalan tengah dgn menetapkan pendirian bahawa kedua-duanya adalah penting, bahkan perlu seiring dan saling bersatu...sepatutnya begitu!
Gerakan politik juga memerlukan sokongan drp reformis, sepertimana gerakan reformasi yg juga mengharapkan sokongan dan dokongan drp parti politik. Sepatutnya ia saling tidak terpisah...
Tetapi...bukan semua orang berpendirian sama dgn kita...mungkin ada sesetengah orang politik yg memandang rendah -malah ada yg tak nak pandang langsung - kpd pejuang reformasi dan reformis yg tidak menduduki apa-apa jawatan politik spt kita...mungkin mereka merasakan bahawa kemenangan yg dicapai dlm PRU adalah semata2 kerana kepandaian mereka, atau penampilan, kepetahan berpidato, kecekapan strategi, dan apa2 sajalah...yg penting mereka dah menang, dah dapat title YB, dan dah 'ada nama' - semua orang kenal, dah glamour, mesti ada gaya, protokol nak kena jaga..dll.
Mereka sudah tentu lupa sama sekali, malah tidak terlintas dlm pemikiran mereka bahawa ada segelintir rakyat yg telah terlebih dulu membayar kemenangan ini dgn simbahan air asid, pukulan cota, gari, lokap, dsbnya...inilah kelompok yg menjadi pencetus kpd kemenangan mereka...
Tetapi...mereka lupa...Nora!
Teruskan perjuangan.
Salam Walida Maya,
Terima kasih di atas sokongan moral yang di berikan.Bagi Nora, Walida Maya juga seorang pejuang sama seperti reformis-reformis yang lain, tidak ada yang besar ataupun kecil.
Tujuan kita adalah untuk menuntut perubahan.Perubahan ini adalah untuk kebaikan anak-anak kita di masa hadapan.Nora syukur kerana di beri sedikit kesedaran dan kekuatan untuk meneruskan perjuangan.Nora juga bersyukur kerana di beri pelajaran untuk mengendalikan blog ini,sedikit sebanyak dapat memberi pendapat dan meluahkan apa yang terbuku di hati.
Apa yang Nora tulis bukan satu bentuk penentangan,tetapi satu cetusan rasa agar kita sama-sama dapat memperbaiki kelemahan yang ada untuk menjadikan nya kekuatan bagi kita meneruskan perjuang ini untuk rakyat.
Pada Walida Maya,terima kasih atas komen anda.Teruskan melayari blog Nora agar sama-sama kita boleh bertukar-tukar pendapat.
Salam
semangat reformis xkan pernah luntur kepada yg sejati.. smoga nora terus cekal dan menjadi role model kepada reformis2 muda. perjuangan xkan selesai sampai bila2. Yg hak tetap hak dan yg batil pasti akan jatuh.
Teruskan Nora..
Ole
Mulanya agak keliru tajuk yg Pn Nora buat. Nak suruh PAS masuk ke mana? Lepas baca, laa,.. pas masuk rupanya, bukannya PAS parti Islam Semalaysia.
Ye ke kena ada pas masuk? Mungkin bukan kehendak Anwar agaknya, mungkin mereka di sekeliling hendak menjaga Anwar agar tidak berlaku perkara2 yg buruk terhadapnya. Dan mungkin kerana itu mereka ter'over' sedikit.
Lagi satu, hamba rasa terkeliru ialah gambar lawyer Pn Nora yg membantu Pn Nora tempoh hari bersama lawyer lelaki sebelahnya. Hambe ingat Pn Nora sudah bertudung menutup aurat, kerana muka lawyer tu sebijik macam puan Nora. Apabila baca, rupanya dia adalah lawyer Pn Nora. Ye ke? atau betul itu Pn Nora yg sudah bertudung?
Maaf bertanya soalan, kerana hanya inginkan kepastian.
Lain hulu lain parang. Lain dahulu lain sekarang
www.sokongpr.blogspot.com
salam..
sayer pun perasan gak..bodyguard anwar sekrang bukan macam 10 tahun dulu..dan anwar pun pernah di tegur di blognya..anwar menerima teguran itu dan memohon maaf.. tapi kita tak boleh salahkan anwar 100%..mungkin org yg disekelilingnya bersikap poyo2.. dulu di stadium shah alam budak si SAIFUL nie yg beriya-iya tidak menberi ruang kepada penyokong untuk salam dengan anwar..tapi sayer melihat anwar cuba sedaya upaya memenuhhi segala permintaan penyokongnya..anwar mengankat tangannya melepassi bodyguard untuk bersalam dengan penyokongnya.. sayer tahu anwar yg ada sekarang masih samer dengan anwar 1974 -1998..cuma yg beza nya dulu 1974-1998 anwar tak ader bodyguard sekarang sudah ader.. dah tugas seorg bodyguard mengawal keselamatan tuannya..harap faham jer lah....
salam reformasi...
Ada pro dan kontra terhadap isu ini, tak mahu cakap lebih-lebih takut jadi salah sangka, apa aku harapkan kita sentiasa bersatu dalam perjuangan ini. Moga kita sentiasa dilindungi oleh Allah S.W.T. AMin.....
Rakan2
Jangan Lupa layari blog saya di http://khairilazuar.wordpress.com
bagi komen setiap artikel yang saya tulis. …ada artikel baru
Payah gak ya nak jumpa DSAI skg, tak macam tahun 1998 dulu. Jika dah jadi PM lagi susah kot nak jumpa.
Tapi semua ini mungkin di sebabkan faktor keselamatan. Tak mahu musang berbulu ayam menyelinap masuk. Berhati-hati agar tiada lagi saifol kedua.
Teruskan perjuangan Nora!
Lawan Tetap Lawan!
Nora-nora biaslah tu.sekarangd atos eri kan sudah di luar.jadi siapa yang datang beliau boleh nampak muke. sos enang lah kalau datos eri ajdi perdana menteri nanti senang lah sikit nak minta projek. sebab itu selepas dato seri di bebeaskan dan betul betul ok abg jamil sudah tidak lagi ke rumah dato seri. dia tetap pemimpin abg jamil dan mungkin kita.tapi benci dan meluat bin menyampah dengan perangai-perangais eparuh ahli politik ni.maaf cakap macam sial,macam cipan. dulu waktu dato
seri dalam penjara,keluarga dato
seri memerlukan sokongan di mana mereka-mereka ini.abg jjamil malas takut kasng abg jamil pergi orang yg abg jamil tak pernah jumpa dulu tanya pas kang buta je kena penerajang dengan abg jamil. abg jamil ni panas baran. so baik abg jamil tak payah.ye pun kita bukan nak apa-apa dari dato seri.
setuju tak nora.
salam nora....
hope bisnes ok..
utk adik adik student yang baca.saya cuma nak menasihat,berhati hati dlm berjuang.saya ada ramai kawan yang di tangkap krn gerakan reformasi 98.ramai yang di buang universiti.bkn tak blh berjuang,cuma berhati hati.harapan utk ibubapa juga amat perlu di ambil berat.
salute kak nora!
kita pernah jumpa di kongres keadilan kat n9 (2007) kak nora jual kain kat sebelah and aku tlg aic kat booth time tu. belum kenal sgt kak nora tp sempat sembang sekejap and bersalaman.
selepas membaca kak nora ni (setelah ternampak dr link blog kawan), aku betul2 kagum dgn kak nora.
*GOD BLESS!
Salam..Caya Lah kak Nora...!!!! Ramai penyokong dan peminat nih..Ala-ala artis dah nih..Fewiiittt..!!!! Hehehehehehe... - abg bayan baru.
Syabas Nora, andalah Srikandi sebenar. Teruskan perjuangan saudari. Jgn peduli apa yang orang lain nak kata atau komen, terutama dari TB--I. Dia tu memang pakar carut. Tengok posting dia dalam MW pun dah nak muntah. Salam.
Em.. takde nya anwar jadi PM. Tu semua cakap politik anwar je. Kesian anwar teringin nak jadi PM tp Tuhan maha berkuasa. Anwar ni samalah mcm kak nora. Hanya seorang papoliris. Yang hanya cari popular tp bukan pejuang bangsa. Berbanga bila ditahan polis. Penjenayah je ditangkap polis ni. Samalah mcm anwar hanya seorang papoliris. Dulu dgn Abim, Umno dan sekarang dgn Pkr. Sy pernah dgr ceramah anwar, depan hindu ckp mcm seorang sami hindu, depan orang kampung ckp mcm pejuang melayu. Tp Tuhan maha besar. Sebenarnya anwar adalah tali barut US.
Post a Comment